Sabtu, 27 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia negara pembunuh anak ‘OKU Terlantar’?

Posted: 27 Jul 2013 02:24 AM PDT

Oleh: RONASINA

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008- 'Orang Kurang Upaya' diklasifikasikan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Kategori OKU

Menurut perangkaan Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih  sepuluh peratus penduduk di dalam sesebuah negara adalah Orang Kelainan Upaya (OKU). OKU pula terbahagi kepada tujuh kategori mana di dalam tujuh kategori tersebut terpecah pula kepada beberapa bahagian.

Di antaranya kategori cacat anggota tetapi boleh berfikir dan mengurus diri, cacat anggota tetapi tidak boleh mengurus diri, cacat akal tetapi masih boleh menguruskan diri dan ada juga cacat akal serta tidak mampu menguruskan diri serta lain-lain lagi kategori.

Bandar Shah Alam-20121216-00296

Di Malaysia menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir tiga juta orang didaftarkan sebagai OKU. Di antara kategori ini terdapat apa yang dipanggil 'OKU Terlantar' yang mana anak ini dilahirkan terlantar, terencat perkembangan dan pembesaran malah tidak mampu menguruskan diri.

Ibu bapa atau penjaga anak OKU kategori ini jika berdaftar akan mendapat elaun sebanyak RM300 setiap bulan. Manakala yang tidak berdaftar disebabkan berbagai-bagai kesulitan juga ramai seperti tiada bapa sama ada sudah meninggal dunia atau lari, tiada kenderaan dan lain-lain.

Apakah elaun yang diberikan ini telah dapat menyelesaikan masalah kebajikan anak-anak ini? Apakah bantuan wang ini telah 'menutup buku' permasalahan yang membelenggu? Tahukah kita setiap tahun berapa ramai anak OKU Terlantar lahir?

Di Australia kajian menunjukkan setiap seribu kelahiran akan ada dua kanak-kanak mengalami Cerebral Palsy (Lumpuh Otak). Berapa ramai pula anak OKU Terlantar mati saban tahun? Mengapa mereka mati? Kebanyakan mereka mati kerana potensi diri semakin lama semakin merosot.

Tahap kesihatan mereka merudum bermula dengan kerosakan anggota seperti kekejangan sendi, tulang belakang membengkok (scoliosis), gangguan saraf sehingga kerap diserang sawan berbahaya dan juga jangkitan kuman terhadap paru-paru dan otak yang langsung membawa maut.

Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini kerana, di Malaysia tidak diperuntukkan sekolah khas bantuan penuh kerajaan untuk anak-anak kategori OKU Terlantar ini. Anak-anak ini dinafikan hak untuk bersekolah.

Kanak-kanak berhak mendapat pendidikan

Tahukah anda bahawa setiap kanak-kanak di dunia berhak mendapat pendidikan mengikut keupayaan potensi mereka? Inilah dasar 'No Child Left Behind' (Tiada kanak-kanak keciciran) yang diamalkan di negara-negara maju di mana setiap kanak-kanak tidak kira warna kulit atau bagaimana keadaan mereka sama ada normal atau mengalami kecacatan wajib dibenarkan mendapat pendidikan.

Di negara Scandinavia atau di Lingkaran Artik (Sweden, Norway, Denmark dan Finland) contohnya, mereka menyediakan sekolah khas harian percuma untuk anak-anak OKU Terlantar. Lengkap dengan sukatan pelajaran dan kaedah yang sistematik beserta tenaga pengajar dan pembantu yang cukup terlatih.
Bayangkan anak-anak yang tidak mampu menguruskan diri ini dijemput dengan kenderaan, diberikan tumpuan penuh oleh guru dan pembantu di mana nisbahnya setiap seorang anak OKU diberikan seorang guru dan seorang pembantu. Pulang ke rumah dihantar. Ibu bapa jika pun tidak diberi elaun masih boleh bekerja seperti ibu bapa yang lain.

Di Malaysia, ibu bapa terpaksa bersaing dengan orang lain demi meneruskan hidup. Anak tidak layak masuk ke sekolah. Rawatan fisioterapi dan latihan cara kerja (Occupational Therapy) dibuat di hospital seminggu sekali selama sejam. Bolehkah anak ini mempelajari semua itu semua dalam waktu sesingkat itu?

Bayangkan, bolehkah anak normal menguasai kemahiran membaca jika hanya datang sekolah sekali seminggu selama satu jam? Apatah lagi anak OKU Terlantar ini. Mereka perlukan sekolah harian untuk pemulihan. Lagi pun anak ini bukan sakit, maka kelas pemulihan mereka bukan di hospital tetapi di sekolah. Kaedah latihan yang diberikan pula sama semuanya walhal anak-anak ini berbeza keupayaannya berbanding anak-anak yang lain.

Disebabkan tidak ada pendidikan khas untuk anak-anak jenis inilah maka hari demi hari kualiti kesihatan mereka merosot, potensi mereka dibunuh sehingga anak-anak ini menemui ajal dalam keadaan yang amat menyedihkan. Mengapa kerajaan boleh menanggung perbelanjaan yang besar terhadap penagih dadah di Pusat Serenti? Mengapa pula kerajaan sanggup berhabis di pusat pemulihan akhlak untuk kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah juvana? Jadi, bagaimana pula dengan sekolah untuk anak-anak OKU Terlantar?

Selamatkan Segera anak-anak OKU Terlantar

Anak-anak OKU Terlantar tidak melakukan apa-apa dosa, jauh sekali menyakiti orang lain. Ketidaksempurnaan ini bukan sesuatu yang dirancang oleh mereka. Mereka sendiri tidak pernah meminta diri mereka dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan ini. Jadi, apakah jalan bagi orang yang sempurna untuk membela nasib OKU Terlantar ini?

Dalam keadaan pemerintah hari ini yang melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' serta isteri Perdana Menteri yang menjaga badan NGO Permata yang kononnya menumpukan kepada anak-anak OKU; mereka tidak sedar ada segolongan rakyat yang tertindas dan tidak diberikan hak untuk menikmati pendidikan. Retorik dan slogan hampas Kerajaan Prihatin, Masyarakat Penyayang dan lain-lain lagi yang amat memualkan ini sebenarnya bak peluru yang setiap hari menembusi kepala  anak-anak OKU Terlantar ini.

Kekejaman bukan setakat melihat Aminul Rashid yang ditembak polis atau Kugen mahupun Teoh Beng Hock, tetapi kezaliman yang dilakukan terhadap anak-anak OKU Terlantar ini dengan menafikan hak mereka mendapat pendidikan adalah lebih besar kerana kematian mereka tiada siapa pun yang peduli.

Ketepikan perbezaan fahaman politik dan hentikan retorik busuk serta politik fitnah yang kotor.
Anak-anak OKU Terlantar di dalam kecemasan dan sangat memerlukan pembelaan segera. Mahukah kita melihat Malaysia menjadi sebuah negara pembunuh nombor satu bagi kanak-kanak OKU Terlantar?

Justeru, pihak berwajib terutama mereka yang terlibat secara langsung mestilah mengambil langkah yang lebih proaktif dan bersungguh-sungguh agar masalah dan penderitaan kanak-kanak OKU Terlantar ini akan terbela. Semoga hak mereka untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat direalisasikan. Janganlah kita sebagai masyarakat yang sempurna mengabaikan mereka.

* Dalam keadaan pemerintah hari ini yang melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' serta isteri Perdana Menteri yang menjaga badan NGO Permata yang kononnya menumpukan kepada anak-anak OKU; mereka tidak sedar ada segolongan rakyat yang tertindas dan tidak diberikan hak untuk menikmati pendidikan.

(*) RONASINA atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli adalah seorang kartunis politik dan aktivis. Memiliki dua puteri istimewa, salah seorangnya meninggal dunia pada  2012. Beliau lantang memperjuangkan hak dan nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Muslimah: Antara tertutup dan terbuka

Posted: 27 Jul 2013 02:20 AM PDT


Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Beberapa malam lalu, seorang pensyarah pengajian Islam dari salah sebuah Negara Teluk datang ke rumah saya. Beliau menjadi imam tarawih di tempat saya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziah. Selepas solat saya menjemputnya berbual dalam rumah saya. Ketika beliau memberitahu saya bahawa beliau mengajar pelajar perempuan, saya bertanya apakah negaranya sudah membenarkan guru lelaki mengajar wanita secara berhadapan.

Dia kata, dia mengajar menggunakan perantaraan talian komunikasi, bukan secara langsung. Saya tanya kenapa? Dia menjawab tidak wajar lelaki berhadapan dengan wanita secara langsung kerana itu membawa fitnah. Dia lalu membawa beberapa alasan dari hadis Nabi s.a.w untuk memperkukuh pandangan itu. Jam sudah agak lewat ketika itu, saya mengambil langkah enggan berhujah panjang dengan tetamu saya itu. Apa nak hairan, macam itu mazhab kebanyakan ulama di negaranya.

Di negara kita pula sehari dua ini ada yang tidak puas hati dengan fatwa larangan wanita muslimah menyertai pertandingan ratu cantik. Ada yang membantah kerana kononnya fatwa itu tidak demokratik dan menghalang hak wanita. Hal ini dibangkit dan disokong oleh kumpulan 'liberal tegar' yang seperti biasa - sekalipun mungkin tidak mengaku - menjadikan Barat sebagai asas dalam penentuan hal ini. Apabila kita sebut Barat, kita maksudkan pegangan awam yang menguasai cara fikir penentuan polisi di Barat. Kita tidak maksudkan agama Kristian.

Inilah masalah yang menghimpit pemikiran yang sederhana dan adil mengenai wanita dalam Dunia Islam. Satu pihak yang begitu sempit mengenai wanita sehingga menfardukan budaya setempat yang diberikan label agama ke atas wanita seperti yang berlaku di Pakistan dan beberapa negara Arab. Di satu pihak lagi, golongan yang menuntut tafsiran agama diselaraskan dengan kehendak semasa di Barat.
Wanita Zaman Nabi

Dalam hadis yang banyak, pergaulan antara lelaki dan wanita di zaman berlaku secara normal tetapi terhormat. Tidak jumud seperti yang disangka sesetengah pihak. Sebab itu sahabiyat atau wanita muslimah pada zaman Nabi s.a.w terlibat membantu Nabi s.a.w dan tentera Islam dalam peperangan. Mereka mengubati tentera yang cedera dan sebagainya. Bahkan ada yang terlibat langsung dengan peperangan.
Umpamanya, semasa Peperangan Hunain, Umm Sulaim membawa khanjar (pisau belati) untuk menikam sesiapa yang menghampirinya. Dalam hadis Muslim, suaminya iaitu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulain, bersamanya khanjar". Lalu Rasulullah berkata kepada Ummu Sulaim, "Khanjar apakah ini?". Ummu Sulaim menjawab, "Aku bawa, jika ada musyrikin (musuh) yang menghampiriku nescaya aku belah perutnya dengan ini".

Begitu juga Umm Haram, apabila dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Tentera yang pertama dikalangan umatku yang berperang di laut wajiblah bagi mereka itu di syurga." Kata Umm Haram: "Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah aku termasuk di kalangan mereka?" Jawab Baginda: "Ya!" Kemudian Baginda bersabda lagi: "Tentera yang pertama di kalangan umatku yang memerangi bandar Qaysar (Caesara) diampunkan dosa mereka." Aku (Umm Haram) berkata: "Adakah aku di kalangan mereka, wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Tidak!" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sejarah mencatatkan, bahawa peperangan umat Nabi s.a.w yang pertama di laut ialah peperangan Cyprus. Umm Haram menyertainya dan panglima tentera Islam dalam peperangan itu ialah Mu'awiyah ibn Abi Sufyan. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayyidina 'Uthman ibn 'Affan. Mu'awiyah yang menjadi amir ketika itu, turut serta ke medan peperangan bersama dengan isterinya (Ibn Hajar al-'Asqalani, Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, 8/223, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah) Wanita juga terlibat menghidangkan makanan kepada lelaki semasa majlis perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari, masa majlis walimah Abu Usaid al-Sa'idi, isteri beliau yang juga pengantin baru melayan hidangan untuk tetamu lelaki, termasuk Rasulullah s.a.w.

Terdapat juga riwayat di mana Rasulullah dan sahabat pernah nampak isteri al-Zubair ibn al-'Awwam iaitu Asma bin Abi Bakr yang sedang membawa benih tamar, lalu baginda menjemputnya untuk naik tunggangan baginda. Dalam riwayat al-Bukhari, Asma berkata: "Nabi s.a.w mendudukkan unta untuk aku menaikinya. Aku malu terhadap Nabi dan teringatkan pula sifat cemburu kamu (al-Zubair)". Terlalu banyak riwayat yang menunjukkan pergaulan secara terhormat berlaku antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi s.a.w dengan keizinan baginda dan bahkan penglibatan baginda sendiri kadang-kala.
Sopan

Pun begitu, hubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan yang mesti dikawal. Menutup aurat salah satu daripadanya. Pakaian menutup aurat bukan sahaja disuruh oleh Islam bahkan dalam semua agama yang ada hubung kait dengan wahyu serta kenabian seperti Yahudi dan Kristian, sentiasa menganggap menutup kepala dan jasad secara sopan seperti yang dipakai oleh nun dalam Kristian adalah tuntutan. Persamaan itu tidak pelik. Puasa juga Allah tegaskan (maksudnya) "seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu".(Surah al-Baqarah, ayat 183). Persamaan bukan menunjukkan pengaruh yang salah seperti yang didakwa oleh kelompok anti-tudung kepala.

Dalam al-Quran Allah berfirman: (maksudnya) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Ahzab, ayat 59). Maka, asas dalam fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak membangkit nafsu lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.

Juga firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya): "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".Berpandukan  ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud "kecuali yang zahir daripadanya" ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".

Ini bermaksud wanita diperintahkan tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup. Inilah pakaian yang syarak tetapkan. Wanita muslimah patut mengetahui identiti mereka seperti yang disebut dalam ayat surah al-Ahzab tadi: 'cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu'. Pakaian mempunyai nilai yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat manusia.

Double Standard Cuma mungkin ada yang keliru dengan fatwa yang dikeluarkan kerana hanya mengkhususkan pertandingan ratu cantik sedangkan ada lagi acara lain yang lebih terdedah seperti renang dan olahraga lain. Mengapa pula tiada fatwa yang menghalang mereka?! Jawapan mungkin kerana olahraga itu mendapat sokongan kerajaan yang berkuasa. Jika difatwa, mungkin tidak panjang ajal kontrak yang mengeluarkannya. Ataupun, seperti mazhab ulama muda sebuah pertubuhan politik, jika kesalahan kerajaan kita jangan bising, diam-diam bisik di telinga menteri sudahlah. Orang lain, mereka bising habis-habisan.
Ataupun, seperti kata tetamu Arab saya yang keras mengenai wanita itu, 'para ulama hari ini ramai yang bacul'. Saya rasa saya boleh bersetuju dengannya dalam bab itu.

Sukan olahraga yang ada boleh disertai jika penontonnya hanya wanita. Walaupun ada khilaf ulama mengenai kadar aurat sesama wanita, namun jika diambil pendapat yang lebih luas maka ruang boleh diberikan kepada mereka. Ataupun, mereka mengenakan suit yang tidak bercanggah dengan syarak. Maka, lelaki boleh melihat acara tersebut. Sekali lagi, walaupun ada pendapat yang sempit, kita memilih pendapat yang sederhana yang lebih memberi kemudahan dalam masa yang sama tidak lari daripada nas agama. Namun, tidak longgar sehingga melondehkan nas seperti golongan 'liberal tegar'.

* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah pendakwah Islam dan bekas Mufti Perlis.

Semua pertubuhan berkaitan Syiah dilarang

Posted: 27 Jul 2013 02:16 AM PDT


Abdul Rahman Othman
  Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman
 
SHAH ALAM – Sebarang pertubuhan yang berhubung kait dengan Syiah tidak dibenarkan, tegas Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, pernah ada permohonan dibuat pengikut Syiah di ROS di Melaka tetapi ditolak.

"Apa-apa pertubuhan berkaitan dengan Syiah adalah tidak dibenarkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ketika ditanya, jika terdapat pertubuhan yang cuba mengaburi pihak ROS dengan menggunakan nama lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak perkara itu mungkin berlaku dan akan meneliti setiap permohonan terlebih dahulu.

Pada Rabu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram.

Ketua setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah pernah memohon mendaftarkan pertubuhan mereka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Mana bukti Pas amal Syiah?

Posted: 27 Jul 2013 02:14 AM PDT


 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
 
ALOR SETAR - Ada ahli Pas di Kedah yang diakui amalkan Syiah. Bagaimanapun, tuduhan kaitkan fahaman itu dengan pemimpin Pas di negeri ini, disifatkan karut.

"Jangan buat tuduhan melulu. Kalau nak dakwa kena ada bukti. Jangan cakap saja, label dari pemerhatian sedangkan ini perkara serius, babitkan akidah orang," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan wujud beberapa pemimpin parti politik di negeri ini terlibat fahaman itu. Menurutnya, tuduhan itu jelas tidak berasas, selain tanpa bukti kukuh.

"Tuduhan itu berunsur politik semata-mata," katanya.

Menurutnya, tuduhan itu juga membahayakan kesepakatan yang terjalin antara umat Islam yang berbeza fahaman politik, dan jika disalah tafsir boleh memecahbelahkan umat Islam.

"Setahu saya ada ahli Pas yang amal Syiah tetapi saya tegaskan, bukan daripada kalangan pimpinan tertinggi parti," katanya.

Phahrolrazi diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi, Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Ashiq Elahi yang bersedia mendedahkan nama pemimpin parti politik yang terlibat dengan kegiatan Syiah selepas pengharaman Syiah diwartakan.

Dakwanya, sekurang-kurangnya enam pemimpin utama sebuah parti politik di negeri ini terlibat Syiah. Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat mengenai pemimpin dalam parti politik tertentu amalkan Syiah dan membuka jalan kepada penyebaran fahaman itu di negara ini.

Katanya, tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jakim.

Dalam pada itu, Phahrolrazi, yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, setakat ini, belum ada pemimpin parti itu yang mengisytiharkan diri sebagai pengikut Syiah, dan tohmahan yang dilemparkan mungkin ada kaitan dengan hubungan baik pemimpin Pas dengan pemimpin Iran.

"Tidak dinafikan ada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan ke Iran dan berjumpa pemimpin politik di sana atau hadir pada persidangan ulama. Tetapi itu tidak bermakna kita sokong atau amalkan Syiah," katanya.

Menurutnya, adalah tidak wajar membuat andaian sebegitu hanya kerana pemimpin Pas menjejak kaki ke negara Iran.

"Selama bergaul dengan pemimpin Pas di Kedah atau Pusat, saya tidak nampak aktiviti yang menjurus kepada amalan Syiah dalam kalangan pimpinan. Cara Syiah berbeza, kita boleh kenal pasti dan saya yakin tiada kalangan pimpinan parti terlibat," katanya.

Mengulas tohmahan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering kali dikaitkan dengan Syiah, Phahrolrazi berkata, ia lebih kepada propaganda politik.

"Sebelum ini, perkara sama dihebohkan, kini kembali selepas BN berkuasa di Kedah. Saya percaya kempen memburuk-burukkan Mat Sabu diuar-uarkan sejak beliau terpilih sebagai calon PRU13 di Parlimen Pendang," katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang rapat dengan pemimpin nombor dua Pas itu, beliau tidak pernah menyaksikan amalan Mat Sabu terpesong daripada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Pelajar asing IPTA, IPTS bawa fahaman Syiah?

Posted: 27 Jul 2013 02:11 AM PDT


Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim
Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim 
 
SHAH ALAM -  Pensyarah di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim mendakwa faktor penyebaran ajaran Syiah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) adalah berpunca daripada kehadiran pelajar luar terutama dari Timur Tengah terutama dari Iraq dan Iran.

Menurut Izhar Ariff, pelajar terbabit dipercayai membawa ajaran tersebut dari negara asal dan cuba menyebarkannya di kalangan pelajar tempatan.

"Keadaan ini bagi saya sangat membimbangkan.

"Saya pernah melihat di sebuah masjid, ada mahasiswa sedang sujud di atas batu ketika solat Jumaat. Itu lambang ajaran syiah," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

Bagaimanapun Izhar Ariff menjelaskan bahawa ajaran syiah di IPTA dan IPTS masih belum menonjol.

"Mereka ini (pengikut ajaran Syiah) masih berdiam diri, tidak berani menonjolkan diri lagi, walaupun sudah bertambah pengikutnya,"  katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak terutama jabatan agama untuk 'bersatu hati' mengeluarkan fatwa pengharaman ajaran Syiah di Malaysia.

"Tiada kompromi, ajaran Syiah patut diharamkan di Malaysia, semua pihak harus bersatu hati.

"Baru ajaran Syiah boleh disekat," katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Anak Ketua Pengarang Berita TV3 maut kemalangan

Posted: 27 Jul 2013 02:09 AM PDT

SINAR HARIAN

TEMERLOH - Anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di km143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi.
  
Mangsa, Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, mati di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya, kedua-duanya lelaki, seorang pemandu kereta Proton Wira berumur 21 tahun, dan penumpang bahagian belakang, 31, cedera parah.
  
Dalam kejadian 9.30 malam itu, kenderaan yang terbabit dalam nahas itu ialah kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa, sebuah kereta jenis Toyota Corolla dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.
  
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
  
"Di tempat kejadian, dipercayai kereta dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar Toyota Corolla terbabit menyebabkan kenderaannya berpusing dan melintang di atas jalan sebelum dirempuh Perodua Kancil yang datang dari arah Kuantan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, turut parah ialah pemandu Perodua Kancil seorang lelaki berumur 64 tahun, sementara pemandu Toyota Corolla berkenaan hanya cedera ringan.
  
Mohd Khaidir ketika ditemui Bernama berkata anak kedua daripada enam beradik itu pergi ke Kuala Lumpur bersama dua rakannya itu untuk membeli persiapan bagi menyambut hari raya nanti.
  
"Saya sekeluarga juga turut ke Kuala Lumpur secara berasingan untuk membeli persiapan raya dan dimaklumkan kejadian itu malam tadi," katanya.
  
"Arwah anak yang baik dan mendengar kata, saya sempat berbuka puasa dengannya sebelum ini selepas selesai membuat liputan pilihan raya kecil Kuala Besut, baru-baru ini," katanya.
  
Jenazah Muhammad Luqman selamat dikebumikan 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebak Muslim, dekat sini. - Bernama

Saya tak pernah berjanji, kata Guan Eng

Posted: 27 Jul 2013 02:08 AM PDT


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang mendakwa beliau berjanji secara lisan untuk mengemukakan laporan mengenai isu doktor rasis.

Beliau berkata, kenyataan itu amat mengejutkan kerana tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan yang dibuat Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin pada sidang Dun baru-baru ini.

"Tuntutan Dr Hilmi (meminta laporan dari kerajaan negeri) amat mengejutkan kerana ia  tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah berjanji secara lisan atau bertulis untuk menyiasat dakwaan serius oleh Roslan kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa.

"Dr Hilmi jelas tidak layak menjadi Timbalan Menteri Kesihatan jika tidak tahu bahawa hospital kerajaan adalah di bawah bidang kuasa pengawasan dan eksklusif Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan alasan itu, beliau telah menulis surat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dua minggu lalu untuk memintanya mengesahkan dakwaan itu.

"Sekiranya siasatan menunjukkan perkara itu benar, maka doktor yang terlibat perlu diambil tindakan kerana ia perkara serius namun jika sebaliknya, Roslan perlu memohon maaf kerana membuat tuduhan tidak berasas sehingga menjejaskan  reputasi dan imej semua doktor di Malaysia.

"Pada saya, kenyataan Dr Hilmi jelas menunjukkannya cuba untuk lari dari tanggungjawab dengan melepaskannya kepada kerajaan negeri sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan perlu tunggu laporan kerajaan negeri untuk membolehkan tindakan diambil," katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat doktor di hospital kerajaan malah tiada perjanjian yang dibuat olehnya seperti yang didakwa.

Namun jelasnya, kerajaan negeri bersedia untuk menyiasat perkara itu jika Dr Hilmi sanggup menyerahkan kuasa penuh kepadanya.

"Saya juga ingin menjemput beliau datang ke pejabat saya pada 31 Julai ini untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah membuat janji lisan atau bertulis.

"Selain itu, jika beliau mahu serahkan kuasa penuh kepada kerajaan negeri untuk menyiasat di hospital kerajaan, boleh juga buat pada hari yang sama.

"Saya tertanya-tanya,dengan kenyataannya itu, Adakah ini jalan keluar bagi Kementerian Kesihatan tidak menyiasat  perkara itu dengan menunding jari kepada kerajaan negeri pula" katanya.

Terdahulu, Dr Hilmi meminta Guan Eng mengemukakan laporan mengenai dakwaan doktor di Kepala Batas dan Seberang Jaya yang didakwa bersikap rasis seperti yang dijanjikan.

Dr Hilmi berkata, Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan daripada Guan Eng berikutan ada berjanji dengan Subramaniam pada sidang Parlimen baru-baru ini.

Daripada Merajuk Dengan Najib, Kini Menjadi Perkasa 1Malaysia

Posted: 27 Jul 2013 02:03 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Ibrahim Ali hari mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa. 

Dengan bergabung dengan pertubuhan Cina dan India, tidak dipastikan setebal mana perjuangan Melayu, Bumiputera dan Islam yang akan diperjuangkan oleh Perkasa.

Sikap dan keterbukaan yang secara tiba-tiba ditunjukkan oleh Perkasa ini menimbulkan persoalan ramai, apa sudah jadi dengan perjuangan Perkasa sekarang ini? Kenapa secara mengejut menukar hala tuju perjuangannya?

Walaupun beliau bertegas bahawa Perkasa akan terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya untuk terus bertahan sekiranya timbul isu-isu yang menggugat kepentingan Melayu selepas ini.

Lebih-lebih lagi kerapuhan benteng pertahanan Perkasa itu amat terserlah bilamana belum pun apa-apa lagi sudah tercetus perbalahan kecil di hari pertama penubuhan Mirac ini berikutan Perinban tidak setuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin, Naib Presiden Perkasa mengenai sokongannya terhadap guru besar Sri Pristina berhubung isu murid-murid makan di bilik persalinan sekolah.

Ia berakhir dengan Zulkifli meninggalkan majlis manakala Ibrahim pula terpaksa memujuk Perinban supaya terus berada di majlis berbuka puasa itu. Zulkifli pula mungkin hanya berbuka puasa di dalam kereta atau di gerai tepi jalan berikutan tiada sesiapa yang memujuknya.

Hanya dalam isu kecil seperti isu kantin pun mereka sudah berbalah, bagaimana nanti jika timbul isu-isu yang lebih besar yang memerlukan suara Perkasa lebih lantang? Mungkin selepas ini suara Perkasa akan menjadi seperti kebanyakan pemimpin UMNO juga yang semakin hilang aura kemelayuannya berikutan Najib lebih cenderung kepada perjuangan bercorak 1Malaysia.

Selama ini ramai orang Melayu terpana dengan perjuangan Melayu dan Islam yang dibawa oleh Perkasa sehingga ramai ahli UMNO yang menjadi ahlinya walaupun Ibrahim Ali yang menjadi presidennya bukanlah ahli UMNO, malahan pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan juga PAS.

Namun atas keyakinan terhadap perjuangan Melayunya, mereka menyertai Perkasa. Tambahan pula dengan menyertai Perkasa, mereka merasakan dapat meneruskan perjuangan untuk Melayu berikutan UMNO sejak dipimpin oleh Najib lebih gigih melaungkan semangat 1Malaysia berbanding untuk kepentingan Melayu, selain menunjukkan sikap tolak ansur dan lunak terhadap tuntutan kaum-kaum lain.

Walaupun tindakan Najib itu dilihat untuk kepentingan undi dan sokongan, namun dalam banyak hal sikap yang ditunjukkan beliau dilihat berlebih-lebihan dan di luar kewajarannya. Lantaran itulah Perkasa menjadi pilihan.

Perkasa sendiri, sebaik pilihanraya berakhir pernah meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang lebih memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang membuat tuntutuan secara mengugut seperti Dong Ziong dan Hindraf dengan sedia mengadakan pertemuan serta memenuhi permintaan mereka sedangkan pandangan Perkasa langsung tidak diberi perhatian.

Ibrahim yang pernah mencadangkan untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sebagai protes terhadap penggunaan kalimah Allah, juga kecewa dengan Najib kerana menjemput paderi-paderi untuk berdialog di Seri Perdana sedangkan Perkasa tidak pernah dilayan sebegitu rupa.

Sebelum pilihanraya, walaupun menyokong UMNO dan Najib, Ibrahim dan Perkasa tetap lantang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam. Suara mereka jarang ketinggalan dalam kebanyakan isu yang berbangkit.

Selepas pilihanraya dan hampir diketepikan Najib sebagai calon dan kemudian kalah di Pasir Mas, Ibrahim tidak menyimpan lagi rasa kecewanya dengan Najib. Selain mengungkit bahawa Najib lebih memberi perhatian kepada tuntutan kaum lain dan mengabaikan padangan Perkasa, Ibrahim juga seperti mengugut mahu mengambil sesuatu langkah yang dianggapnya drastik terhadap kepimpinan Najib.

Tidak lama selepas itu pula, Perkasa mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dan mengumumkan mereka kini mengambil sikap berkecuali dan tidak lagi terikat dengan UMNO, kerajaan atau Najib. Ternampak bahawa Perkasa benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiga hari lalu, Ibrahim dan 10 pimpinan tertinggi Perkasa telah dijemput ke Seri Perdana oleh Najib untuk bersemuka dan meluahkan pandangannya. Sebaik selesai, Ibrahim dilaporkan berpuas hati dengan pertemuan itu serta melahirkan rasa gembiranya dapat bertemu dengan Najib.

Dan semalam tiba-tiba Ibrahim mengumumkan penubuhan Mirac yang menandakan arah baru perjuangannya selepas ini. Walau apa pun penafian Ibrahim mengenai kaitan penubuhan Mirac dengan pertemuannya dengan Najib, kesimpulan ramai ialah "takkan burung tempua tiba-tiba bersarang rendah". Dan di sebalik mee yang sedap selalunya ada udang galah atau ketam tersorok dibawahnya.

Itulah pandangan atau tanggapan ramai mengenai Perkasa dan Ibrahim Ali sekarang ini.

Luahan kata-kata kecewa, ugutan untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik kononnya dan mengumumkan sikap berkecuali kemudiannya, rupa-rupanya hanyalah "langkah silat pengantin" untuk lebih dekat dan rapat dengan Perdana Menteri.

Perkasa kini, melalui Mirac, bukan saja semakin mendekati halatuju perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh Najib, bahkan Perkasa kini sudah boleh dikenali sebagai Perkasa 1Malaysia

Teknologi SPR

Posted: 27 Jul 2013 02:01 AM PDT




Oleh esmael

"SPR terus dipersoal kewibawaannya. Soalnya kenapa ? Mudah jawabnya, kerana SPR banyak menyimpan pelbagai cerita misteri pilihanraya. Misteri yang belum terungkai. Tetapi mengikut keperluan peruntukan dalam beragama, kebatilan akan terselah jua akhirnya. Maka benarlah kata pepatah bangkai gajah masakan dapat ditutup ? Lalu soalnya bila ? Tiada siapa yang boleh menjawab dengan tepat, sama-samalah bersabar dan tunggu episod seterusnya

Mempersoalkan integriti SPR bukan sahaja dari pembangkang malah pihak kerajaan sendiri. Tanda ketidakpuasan tentang keputusan pilihan raya lalu adalah sebagai buktinya. Kesilapan dan kecuaian SPR menjadi-jadi, membuat keputusan berat sebelah atau bermain silap mata seperti kejadian karan terputus ketika undi dihitung. Berlaku juga peti undi yang lambat sampai seperti dibeberapa tempat dikepulauan Langkawi, tidak seperti pilihanraya sebelum ini, walaupun pada hari pengundi lautan dipersekitaran kepulauan tersebut seperti hamparan karpet, dan kemudahan teknologi laut dan pengangkutan yang semakin canggih, tapi capaian antara pulau-pulau semakin sukar nampaknya. Atau heli pembawa peti undi tidak dapat mendarat pada waktunya di kawasan pendalaman Sabah, cuaca buruk dan amat membimbangkan ! Ahhh pekerja ladang teh di pendalaman Sabah sebenarnya tidak mengundi kerana mereka berbangsa Bangla atau pekerja upahan dari pergunungan di Tibet. 

SPR sebuah badan yang sedang bergerak ke belakang dalam sebuah negara yang mempunyai multimedia super koridor. Koridor yang digerakan oleh bekas Perdana Menteri ketika revolusi teknologi maklumat mula mempengaruhi dunia sebagai agenda dan tatacara hidup masyarakat masa depan. Bekas PM berharap inilah pacuan terbaik menyambut cabaran ini selari dengan hasrat meningkatkan persaingan negara dalam teknologi maklumat. Namun gagasan ini telah banyak kali memakan tuan. Kerajaan menjadi lemas, kaku dan ketaktahuan bila berdepan dengan aliran maklumat melalui teknologi yang semakin canggih ini. Bekas PM banyak kali mengeluh dengan dasar langit terbuka yang diusahakannya seperti Firaun mengeluh dengan karenah anak angkatnya Nabi Musa. 

SPR mengikut jejak negara India dan Bangladesh apabila membuat keputusan menggunakan dakwat celup jari bagi mengelak berlaku penipuan semasa pembuangan undi. Teknologi lama dan telah juga lama digunakan di negara tersebut. Tetapi ia menjadi isu besar dan menampakkan kegagalan apabila berlakunya bermacam-macam bantahan pada pilihanraya lepas. Ketuanya sendiri pernah mengakui tentang kelemahan ini. Yang jelas SPR mendakwa dakwat yang digunakan bersifat kekal, tetapi hanya kekal untuk beberapa jam sahaja atau akan hilang sekelip mata apabila jari berdakwat itu diumpal dengan rumput-rumput di tepi jalanan yang berklorofom itu. 

Persoalannya sekarang, mengapa Malaysia yang selalu mengangap dirinya telah maju dalam banyak bidang berbanding dengan negara mundur lain mesti mengikut negara pengeluar kain pelikat terkenal di dunia itu ? Mengapa dalam hal ehwal keselamatan proses pengundian tidak sahaja Malaysia mengikut jejak negara maju lain di Eropah atau Amerika ? 

Negara maju seperti Jepun atau Korea, mereka akan mengenalpasti sesuatu masalah. Setelah masalah tersebut dikenal-pasti, baharulah mereka akan mengemukakan cadangan untuk diimplimentasi kaedah yang lebih baik. Cara implimentasi mereka biasanya berdasarkan kepada penggunaan teknologi pantas, tepat dan tidak membosankan. Pada masa yang sama, para penipu dan penyangak dalam pilihanraya seharusnya dianggap sebagai penjenayah yang tiada maaf bagimu. Mereka akan dikejar, ditangkap, dibicara dan dihukum mengikut keperluan perundangan. Tetapi hal sedemikian tidak berlaku. Para penipu dan penyangak pilihanraya lepas bebas, tetapi para pengundi dan rakyat yang tidak bersalah pula yang dihukum. Tidak pasal-pasal jari-jemari mereka terpaksa dikotorkan demi menegak sistem pengundian yang laput. 

Meredah ke alam maya, kita akan menemui halaman sesawang kepunyaan SPR. Agak canggih dan bermaklumat juga halamannya. Layanan teks dan multimedia serta pangkalan data untuk semakan daftar pemilih secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar ! Ah macam tidak percaya aku. Satu sentuhan teknologi yang uptodate dan banyak membantu. Dan sekiranya pengunjung dari luar negara ke laman tersebut sememangnya mereka menyangka sesuatu yang lebih canggih sedang berlaku kepada sistem pilihanraya di negara ini. Mereka memikirkan bahawa rakyat di negara ini tidak perlu beratur panjang di pusat-pusat pembuangan undi seperti di sekolah atau dewan serbaguna dengan kawalan pegawai keselamatan bersenjata. Sebaliknya mereka memikirkan rakyat Malaysia hanya membuang undi menggunakan mesin kekunci sentuh yang diletakkan di kawasan awam seperti pusat membeli belah, stesyen bas dan keretapi atau pangkalan feri dan lapangan terbang, tanpa kawalan keselamatan yang ketat, kerana segala kerja remeh-temeh dan membosankan itu diserahkan kepada kecanggihan komputer bulat-bulat. 

Namun perkara sebaliknya berlaku di pentas-pentas pilihanraya. SPR masih ditakuk 60an. Kalau dulu senarai pengundi ditaip dengan menggunakan mesin taip, kini senarai pengundi dalam cetakan komputer, itu saja. Komputer yang mereka perolehi disimpan di pejabat untuk kegunaan benda yang tidak berfaedah seperti berfacebook atau mengintai gosip dan cerita karut disaluran youtube. Senarai bercetak yang dikeluarkan itu sering menimbulkan banyak kontroversi tentang kesahihannya. Banyak komplain yang kita dengar senarai ini tidak ngam dengan realiti pengundi. Namun SPR seolah-olah tidak mengambil pot dengan rungutan dan aduan. Soalnya kenapa SPR tidak membuat semakan pendaftaran secara talian semasa pilihanraya bagi mengatasi masalah kekeliruan yang timbul ? 

Aduh ! mungkin hujahnya begini. Bukan semua pusat mengundi mempunyai kemudahan komputer. Hatta sesetengahnya pusat pengundian di pendalaman tidak mempunyai bekalan elektrik. Talian komputer yang lemah, kemahiran staf menggunakan komputer masih tidak setimpal bla bla bla, itu adalah modul jawapan yang akan kita dengar. Kalau itulah jawapannya, maka ia adalah tepat dan benar untuk kawasan yang mundur dan pendalaman, tetapi ia tidak tepat untuk Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, juga Tasek Gelugor atau Gurun Kedah, mungkin juga di pekan Gua Musang. 

Sesungguhnya komputer direka dan dibina atas kapasiti untuk menyelesaikan masalah remeh-temeh seperti ini. Ia juga bertujuan menyelesaikan perkara yang lebih besar seperti penjimatan kos operasi dan pengendali. Seandainya masalah celop jari dalam botol dakwat di atasi dengan menggunakan solusi komputer tentunya masalah ini dapat diselesaikan dengan tuntas. Hanya keperluan pengubahsuaian atau kemaskinian komputer sahaja dari semasa ke semasa. Lagipun solusi ini tidaklah semahal kos membayar harga dakwat atau membayar elaun FRU atau RELA serta belanja isian minyak untuk bersesak ke pusat pembuangan undi. 

Beberapa negara di Afrika seperti Tanzinia telah mengumumkan akan menggunakan biometric electoral system, yang mendakwa sistem ini akan menghasilkan proses pengundian lebih selamat dan keputusan yang tepat dan lebih dipercayai. Sistem ini pada asasnya mampu mengesan capjari atau wajah pengundi. Pengimbasan pada wajah atau jari-jemari akan dipadankan dengan pangkalan data untuk memastikan pengundi berkenaan sah atau tidak. 

Negara seperti Tanzinia atau Uganda yang dianggap lebih mundur dari Malaysia (tapi dalam sukan mereka lebih power dan advance) pun lebih yakin dan percaya kepada kemampuan komputer berbanding dakwat, maka kita tidak pasti petajalan (roadmap) SPR dalam melayani karenah pilihanraya. Sistem tidak perlu diubah, namun pendekatan perlu diubah bersesuaian dengan masa. Kadang-kadang mengundur ke belakang adalah alasan terbaik untuk tidak terus ke depan !

Harga ayam naik kerana gaji naik dan bukannya kurang bekalan, kata penternak ayam

Posted: 27 Jul 2013 01:59 AM PDT

OLEH RANJIT SINGH

Harga jualan ayam di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram walaupun harga siling RM7.80. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Julai 2013.Harga jualan ayam di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram walaupun harga siling RM7.80. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 


















Harga ayam yang mencatatkan peningkatan baru-baru ini disebabkan susut nilai ringgit, peningkatan gaji dan peningkatan kos makanan ayam. Tetapi, ia bukan disebabkan kekurangan bekalan, kata sekumpulan penternak kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Jeffrey Ng berkata peningkatan kos menyebabkan harga ayam meningkat meskipun ahli persatuan meningkatkan pengeluaran ayam kepada 11.9 juta ekor secara mingguan pada bulan ini berbanding 10.7 juta ekor setiap minggu pada Julai 2012.

"Pengeluar ayam menghadapi masalah berganda apabila kos makanan ayam import meningkat iaitu 60 peratus kos pengeluaran dan susut nilai ringgit.

 "Kos seekor ayam meningkat kepada RM5.12 sekilogram pada Julai tahun ini berbanding RM4.67 sekilogram pada Julai 2012," jelas Ng dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Beliau berkata, situasi bertambah meruncing dengan pelaksanaan gaji minimum RM900 sebulan yang diwajibkan kerajaan pada tahun ini.

"Ahli FLFAM sebelum ini membayar gaji seorang pekerja di ladang ternakan purata RM600 sebulan dan gaji baru meningkat 50 peratus termasuk elaun," katanya.

Beliau menjelaskan, harga ayam di pasar basah bergantung kepada upah memotong ayam dan membuang kulit ayam. Harga runcit ayam meningkat kepada RM9 sekilogram bulan ini daripada harga sebelumnya RM6 hingga RM6.50 sekilogram pada pertengahan Jun.

Ng berkata, Akta Persaingan dan Akta Anti Pencatutan 2011 diwujudkan bagi mengawal industri daripada mengambil kesempatan kenaikan harga semasa bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Harga ayam ditentukan oleh jumlah permintaan dan bekalan namun di pihak pembekal, kami  meningkatkan pengeluaran apabila terdapat lebih permintaan. Adakah ada pernah mengalami situasi di mana kurangnya bekalan ayam di pasar besar atau pasar basah?" katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan untuk mengimport ayam dan mencadangkan pengguna untuk memboikot daging mentah berkenaan sementara harga ditetapkan menjelang musim perayaan.

Semalam, harga ayam ditetapkan kepada RM7.70 sekilogram bagi tempoh 17 hari.

Ng berkata, ahli FLFAM berpuas hati dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawal harga ayam daripada terus melambung.

Namun, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata isu kenaikan harga ayam adalah isu yang sering dimainkan menjelang musim Ramadan.

"Fomca tiada kaitan dengan kenaikan harga ayam dan kami percaya peningkatan harga semasa musim perayaan adalah perkara biasa yang disebabkan oleh pertambahan permintaan.

"Pengguna sebenarnya mempunyai alternatif. Mereka yang tidak mampu menanggung harga ayam di pasar basah boleh mendapatkan bekalan ayam di pasar besar," katanya kepada The Malaysian Insider

MCA: Selaraskan undang-undang negeri dengan Perlembagaan

Posted: 27 Jul 2013 01:54 AM PDT

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

MCA hari ini menuntut supaya enakmen negeri dan undang-undang harus selaras dengan Persekutuan Perlembagaan bagi memastikan agama ditentukan kedua-dua ibu bapa.

Biro Publisti MCA, Heng Seai Kie, berkata kerajaan negeri perlu meminda undang-undang bagi memastikan ia konsisten.

"Ia akan lebih membantu jika semua Enakmen Negeri mengikut Enakmen Pentadbiran Islam (Perak) yang memerlukan kanak-kanak hadir secara peribadi mengesahkan penerimaan mereka bagi penukaran agama,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Heng mengulas ekoran  keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membenarkan permohonan guru tadika M Indira Gandhi  membatalkan penukaran agama bagi tiga anaknya baru-baru ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan penting oleh Hakim Lee Swee Seng, berkata bahawa hal itu harus diselaraskan dengan kedudukan MCA bahawa Perkara 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan menerangkan 'agama seseorang yang di bawah umur berumur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa beliau,iaitu perlu melibatkan kedua-dua ibu bapa.

"Mengikut  Perlembagaan Persekutuan yang dicetak kerajaan dalam versi Bahasa Melaysia dengan jelas menggunakan perkataan 'Ibu-Bapa' bermaksud memerlukan pertujuan kedua-dua ibu bapa seperti dalam  kandungan kesebelas, Perkara 160 (1) dalam Persekutuan Perlembagaan berbunyi bahawa 'kata-kata dalam bentuk tunggal termasuk majmuk, dan kata-kata dalam bentuk plural termasuk 'tunggal, " katanya.

'Kami mahu mengelakkan situasi terjadinya kes seperti ini lagi bagi mereka yang menukar agama , dan secara tidak langsung turut menukar agama anaknya tanpa memberitahu pasangan mereka sebagai satu cara mendapatkan jagaan tanpa melalui mahkamah sivil," katanya.

Katanya, semua agama adalah suci dan kerana itu individu tidak harus menggunakan agama untuk mencapai agenda mereka sendiri.

Heng juga menggesa bekas suami Indira untuk mengembalikan anak bongsu mereka segera kerana Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan penuh kepada ibunya terhadap tiga kanak-kanak itu pada tahun 2010.

"Sebagai seorang ibu, saya juga merayu kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk membantu mencari Indira Prasana supaya ibu dan anak perempuan boleh bersatu semula dan adik-beradik tidak akan dipisahkan daripada satu sama lain," katanya.

Kerajaan BN nak haramkan DAP?

Posted: 27 Jul 2013 01:51 AM PDT

 


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR, : Keangkuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) turut berlagak hebat dengan membayangkan sikap takbur mahu mengharamkan DAP tidak lama lagi.

Sehinggakan sanggup ROS timbulkan perkara yang tak masuk akal kononnya tak mahu menimbang permohonan pimpinan DAP untuk menubuhkan parti baru jika DAP diharamkan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan bahawa semua pihak dalam DAP, termasuk pemimpin dan ahli parti, tidak pernah membangkit atau melayan soal mendaftar sebuah parti baru jika parti pelbagai kaum itu dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Beliau juga hairan kenapa ROS tiba-tiba membangkitkan isu mahu mengharamkan DAP.
Katanya, dakwaan kononnya pemimpin DAP dan ahlinya bersedia menubuhkan sebuah parti politik baru adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya ia adalah rekaan propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN bertujuan mencemarkan imej pemimpin DAP.

Sehubungan itu, beliau berkata, komen Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang disiarkan akhbar The Star hari ini adalah tidak berasas kononnya DAP mahu memohon penubuhan satu parti baru.

Akhbar The Star milik MCA-BN hari ini memaparkan tajuk berita "Dont harbour false hope" (Jangan bergantung kepada harapan palsu) yang memetik kata-kata Abdul Rahman sebagai petanda paling jelas bahawa kerajaan UMNO-BN sedang mencari alasan untuk mengharamkan DAP.

DAP yang mendapat kejayaan baik dalam PRU lalu semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu walaupun sering menjadi mangsa tohmahan media massa yang hampir semuanya dikuasai oleh UMNO-BN.

Laporan The Star itu diisi dengan premis yang palsu dan tidak berasas, menunjukkan Ketua Pengarah ROS itu bertindak dengan cara yang sama sekali tidak wajar, tidak saksama, dan tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab awam.

"Tidak ada sebab bagi Ketua Pengarah ROS untuk mengulas mengenai senario yang direka sepenuhnya dan tidak lain adalah khayalan propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN seolah-olah ia satu fakta," kata Kit Siang dalam kenyataan media, hari ini.

Berikut adalah berita bertajuk "Don't harbour false hopes" berkenaan:

'Don't harbour false hopes'

PETALING JAYA: DAP members have been told not to harbour hopes of forming a new party if the Registrar of Societies (ROS) decides to de-register it.

ROS director-general Datuk Abdul Rahman Othman said they would not likely entertain requests to set up a new party.

"They can apply. But the right to approve is with the ROS. We did not even entertain 29 applications to set up new parties submitted over the last five years," he said yesterday.

He was asked to comment on the move by DAP members to look into establishing a new political party if de-registration was inevitable following complaints of election fraud in the DAP's central executive committee (CEC) election in December.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, yang menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pengarah ROS sendiri terbabit dalam segala pembohongan dan kepalsuan yang dilemparkan oleh propagandis, cybertrooper, dan ejen UMNO/BN yang menuduh DAP dengan tidak sewajarnya mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ketika Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.

Menurutnya, Abdul Rahman perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "inisiatif untuk menyelamatkan parti" kerana sepanjang tujuh bulan sehingga kini DAP belum menerima sebarang tuntutan untuk mengadakan pemilihan semula CEC, hanya propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN yang bising-bising mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lalu.

"Dengan semakin hampirnya pemilihan UMNO akhir tahun ini, semakin jelas ROS tidak akan membuat keputusan profesional mengenai DAP, sebaliknya keputusan politik.

"Ketua Pengarah ROS dan kerajaan UMNO/BN harus sedar bahawa DAP sedetik pun tidak akan berhenti menentang sebarang penyalahgunaan kuasa yang akan menjejaskan masa depan DAP, termasuk penyalahgunaan kuasa dalam membatalkan pendaftaran DAP secara tidak berasas," ujarnya.-Roketkini.com

Pilihan Raya Kecil: Hanya 158 undi untuk RM476 juta?

Posted: 27 Jul 2013 01:45 AM PDT




Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
BAGAI diduga sedari awal, Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Terengganu. Dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan yang berlangsung pada Rabu (24 Julai), calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, menewaskan calon PAS Haji Azlan @ Endut Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi.

 Tengku Zaihan memperolehi 8,288 undi berbanding Azlan, yang lebih popular dengan panggilan Che Long, mendapat 5,696 undi. Kedua-dua jumlah undi itu bagaimana pun menyaksikan penurunan berbanding undi diperolehi setiap parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
 
Jumlah undi diraih calon BN, Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar pada Mei lalu ialah 8,809. Ia merosot 521 undi dalam PRK ini. Begitu juga di pihak PAS, mengurang sebanyak 679 undi berbanding 6,375 undi dikutip Puan Napisah Ismail dalam PRU-13 lalu.
 
Kemerosotan ini dipercayai ekoran peratus keluar mengundi yang lebih rendah kali ini. Dilaporkan hanya 14,108 atau 79.78 peratus daripada 17,683 pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Ia merosot agak banyak berbanding 86.70 peratus atau 15,328 daripada 17,679 pemilih berdaftar pada PRU lebih dua bulan lalu.
 
Hal itu bagaikan sudah dijangka. Pelbagai pihak sebelum ini, terutamanya para pemimpin dan pendukung pembangkang, telah meluahkan rasa terkilan di atas pemilihan tarikh pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia seakan disengajakan bagi menyulitkan pengundi, terutama yang berada di perantauan untuk pulang mengundi.
 
Pertama, ia terlalu hampir dengan tarikh hari raya (dua minggu). Hal ini menyebabkan pengundi yang tinggal jauh dari Kuala Besut, terutama yang kurang berkemampuan, terpaksa memilih antara pulang untuk pilihan raya atau menunggu balik untuk hari raya. Kelihatannya, mereka lebih memilih untuk pulang berhari raya sahaja.
 
Kedua, hari pengundian jatuh pada Rabu. Ia adalah hari bekerja, sama ada untuk penjawat awam, swasta, pekerja sendiri mahu pun yang menjadi nelayan setempat. Agak sukar bagi mereka mengambil cuti memandangkan Rabu berada di tengah-tengah minggu, bukannya di awal atau hujung minggu. Maka tidak mustahil ramai antara mereka memilih untuk meneruskan jadual kerja dan mengabaikan tanggungjawab mengundi.
 
Ketiga dan paling membebankan ialah apabila tarikh itu (24 haribulan) para pengundi dari kalangan penjawat awam belum mendapat gaji bulanan mereka. Jika pun ada jabatan/majikan membayar gaji pekerja pada tarikh berkenaan, bagi mereka yang berada di perantauan, perjalanan pulang sudah pun dibuat sehari sebelumnya. Maka bagi yang terpaksa menunggu kemasukan gaji bulan ini, mereka kemungkinan terpaksa melupakan saja hasrat pulang mengundi.
 
Selain itu, ada juga persepsi di kalangan pengundi bahawa kepulangan mereka sukar mengubah keadaan. Majoriti lebih 2,400 undi pada PRU lalu agak selesa buat BN mengekalkan kemenangan.
 
Persepsi ini wujud di kalangan kedua-dua pihak. Pengundi yang sayangkan BN berasa yakin dengan keadaan itu. Manakala pengundi PAS tidak meletakkan harapan tinggi parti mereka mampu mengatasi BN, lebih-lebih lagi dalam sebuah pilihan raya kecil yang sedia dimaklumi dihujani segala macam taktik dan strategi kotor pihak lawan. Lalu mereka merasakan jikalau keluar atau tidak keluar mengundi kali ini pun, tidak akan mengubah keadaan.
 
Kesemua pertimbangan itu dipercayai menjadi penyebab utama 1,220 pengundi memilih untuk tidak keluar mengundi dalam PRK ini.
 
Sepertimana lazimnya, setiap kemenangan BN akan dijadikan bukti sokongan dan keyakinan rakyat yang masih kekal kepada parti itu. Para pemimpin BN berlumba-lumba membuat kenyataan kononnya kemenangan ini bukti Umno tetap di hati penduduk Kuala Besut. Kononnya juga calon dikemukakan BN diterima baik oleh rakyat.
 
Malah Timbalan Perdana Menteri selaku Pengarah PRK nyata tersasul apabila mendakwa kononnya undi diperolehi calonnya kali ini meningkat berbanding PRU-13 lalu. Kenyataan itu sangat tidak cermat dan menyalahi fakta yang diperakui semua pihak.
 
Sepertimana disebutkan di atas, dan disahkan keputusan rasmi oleh SPR, undi dikutip kedua-dua parti menunjukkan kemerosotan. Maka, tidak sepatutnya ada pihak termasuk BN mendakwa ia telah berjaya menambah undi atau meningkatkan sokongan.
 
Satu-satunya perangkaan yang menampakkan peningkatan di pihak BN ialah jumlah undi majoriti. Ia meningkat sebanyak 158 undi sahaja berbanding 2,434 pada PRU lalu. Namun itu pun bukan kerana jumlah undi dipungut parti itu bertambah. Ia hanya kerana jumlah kemerosotan undi di pihak PAS lebih besar berbanding penurunan undi BN. Itu saja, dan ia bukanlah pencapaian membanggakan buat BN!
 
Apatah lagi agak jelas daripada hakikat itu betapa dengan segala kerahan tenaga, kewangan dan taburan segala macam janji, bantuan segera, projek segera dan sebagainya, BN hanya mampu meningkatkan majorit 158 undi. Sedangkan jumlah dicongak pada janji projek-projek bakal dilaksanakan di Kuala Besut melangkaui RM476 juta.
 
Ishhh... hanya 158 undi untuk RM476 juta? BN patut malu nak berbangga dengan kemenangan ini!

Bapa Muslim rayu keputusan mahkamah benar anak kekal Hindu

Posted: 27 Jul 2013 01:41 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik


























Bekas suami M Indira Gandhi (gambar), Muhammad Ridzuan Abdullah akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya dalam masa 10 hari akan datang.

Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.

"Kita sudah pasti akan membuat rayuan kerana ia berkaitan pembatalan sijil memeluk Islam. Lagipun, kes ini membabitkan kepentingan awam.

"Anak guam saya ada di sekitar Ipoh pada hari perbicaraan tetapi dia tidak sempat hadir ke mahkamah," kata Hatim dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.

Swee Seng berkata di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 mengehendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman tersebut dilakukan.

"Di bawah Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan; Indira Gandhi mempunyai hak kebebasan dan hak sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan amalan agamanya.

"Keputusan ini merujuk kepada Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita (Cedaw) yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia," tambah Swee Seng semasa penghakimannya terhadap kes itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Indira, M Kulasegaran berkata beliau berharap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu disebabkan kes berkenaan berlarutan selama lima tahun.

"Dua tahun lalu, Peguam Negara pernah membantah apabila kita cuba membawa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan kehakiman kerana berpendapat Mahkamah Tinggi boleh mengendalikan kes itu.

"Oleh itu, kita berharap beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk merayu dalam keputusan kali ini," katanya.

Indira, seorang guru tadika berkahwin dengan K Patmanathan 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.
Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya masuk Islam dan menjadi Muhammad Ridzuan Abdullah.

Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.

Penukaran agama itu tanpa pengetahuan isterinya.

Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.

Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.

Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.

Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka.

DAP beri amaran bawa RoS ke mahkamah

Posted: 27 Jul 2013 01:37 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

















Lim Guan Eng (gambar) menggesa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) , Datuk Abdul Rahman Othman mengemukakan bukti ahli DAP mahu membentuk sebuah parti baru sebelum dibawa ke mahkamah atas dakwaan sengaja mereka cerita.

Setiausaha Agung DAP itu mengatakan kenyataan Abdul Rahman keterlaluan, dan tidak pernah dibincangkan dalam Menyuarat Jawatankuasa Pusat (CEC) dan amat kesal dengan tindakan fitnah Ketua Pengarah itu terutamanya apabila dilakukan pada bulan Ramadan .

"RoS membenarkan dirinya digunakan sebagai alat politik Umno bagi menentang DAP yang tidak boleh dilakukan oleh Umno sendiri pada pilihan raya yang lalu, "kata Ahli Parlimen Bagan itu.

 Menurut Lim, Abdul Rahman tidak melakukan siasatan sebelum bercakap tentang isu ini.

"DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan RoS malah atas permintaan dia (Abdul Rahman) saya  bertemu beliau di pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang sebelum pilihan raya umum dan dia  memberi jaminan kepada DAP tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai."

Pendirian Zulkifli Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa

Posted: 26 Jul 2013 04:28 PM PDT

Oleh Md Izwan

NGO India bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Julai, 2013. 
NGO India bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.

Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor.

"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana.

 "Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.

Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.

Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya.

Keluarga Pendapatan Bawah RM 3,000 Boleh Terima Skim MES

Posted: 26 Jul 2013 04:16 PM PDT


rodziah bubur lambuk dengkil 01

DENGKIL: Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

"Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

"Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

"Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

"Juga dengan skim Si KEMBAR, TUNAS juga kita akan berikan sasaran RM 2,500 ke bawah, ada yang RM 3,000 ke bawah lihat kepada keperluan keluarga."

Demikian kata Rodziah ketika ditemui dalam Program Jejak Amal Ramadhan Bersama Exco Kebajikan Negeri Selangor di Kampung Bukit Changgang di sini petang semalam.

Selepas berjaya mentadbir Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Kerajaan PR Selangor mula memperkenalkan pelbagai skim di bawah agenda MES yang kini mempunyai sebanyak 16 skim.

Antara skim bantuan yang diperkenalkan  termasuklah Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Air Percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Sementara itu, dalam program semalam, sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengunjung Bazar Ramadhan Kampung Bukit Changgang.

SAMM rayu bantuan guaman

Posted: 26 Jul 2013 04:13 PM PDT

Harakahdaily,




KUALA LUMPUR: Seramai 33 aktivis akan didakwa pada 29 Julai ini di bawah Akta Perhimpunan Aman ekoran himpunan di hadapan bangunan Parlimen 24 Jun lalu.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memohon dana wang jaminan mahkamah serta bantuan guaman bagi mereka terbabit.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard berkata, 17 daripada mereka turut berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana cubaan merusuh.

"Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jaminan RM3,000  bagi satu pertuduhan, maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan.

"Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media.

Untuk menyumbang dana boleh terus memasukkan wang ke akaun Maybank bernombor 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda dan SMS ke nombor 012-6937908 atau emel yang sama bagi makluman pengesahan.

Selain itu, mana-mana peguam yang ingin memberi perkhidmatan boleh menghubungi Pengerusi SMM Safwan Anang di talian 014-8408219 atau Penyelaras SAMM Wilayah Sdr Azmir Hj Mustafa 012-2231239 atau emelkan kepada samm4anakmuda@gmail.com untuk butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman.

Ketirisan RM6.7 juta bayar penyelaras parlimen

Posted: 26 Jul 2013 04:06 PM PDT

Harakahdaily,


IPOH: Adalah tidak wajar untuk membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen di kawasan-kawasan BN kalah dalam pilihanraya.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pelantikan penyelarasan kawasan parlimen adalah pelantikan politik dan bukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya membayar gaji kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pembayaran gaji kepada mereka adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian Kewangan yang mana wang kutipan cukai daripada rakyat disalahgunakan untuk tujuan politik BN.

Tambahnya, penyelaras-penyelaras kawasan itu hanya menganjurkan program-program politik untuk BN.

Tidak salah kalau parti-parti politik melantik penyelaras kawasan Parlimen  dan dibayar gaji daripada dana politik masing-masing.

"Tetapi, membayar gaji mereka melalui dana kerajaan adalah satu salah laku dan penyelewengan yang patut dielakkan," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Menurutnya, sebelum 1 Jun 2012, gaji yang dibayar kepada penyelaras kawasan parlimen ialah RM5,680 sebulan.

Pada 13 Ogos 2012, kadar gaji itu dinaikkan kepada RM6,265 sebulan berkuat kuasa 1 Jun 2012.

Ini, kata beliau bermaksud kerajaan terpaksa membayar gaji kepada kesemua 89 penyelaras  parlimen di kawasan-kawasan yang BN tewas.

Oleh yang demikian jumlah gaji yang perlu dibayar oleh kerajaan berjumlah RM557,585 setiap bulan, katanya.

Dalam tempoh satu tahun, kata beliau jumlah gaji yang dibayar kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen ini berjumlah RM6,691,020 dan dalam tempoh lima tahun, beban kerajaan untuk pembayaran gaji itu ialah RM33,445,100.

Justeru, beliau berkata kerajaan harus berhenti membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen dengan serta merta kerana RM33.5 juta dibelanjakan secara tidak amanah.

"Dalam jawapan yang diberikan  di Dewan Rakyat, kerajaan tidak mengetahui atau mempunyai apa-apa rekod bagaimana wang yang dibayar itu dibelanjakan oleh penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu," ujarnya.

Shahidan jadi pemerhati PRU Kemboja

Posted: 26 Jul 2013 03:39 PM PDT

SINAR HARIAN

Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
 
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim akan ke Kemboja selama dua hari mulai esok untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum kelima negara itu yang akan diadakan pada Ahad.

Kunjungan beliau ialah atas jemputan International Conference of Asia Political Parties (ICAPP), sebuah forum parti politik yang bertujuan menggalakkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik di rantau ini.

Beliau akan mengetuai delegasi sembilan orang termasuk para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media, menurut seorang pegawai JPM di sini hari ini.

Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) baru-baru ini mengumumkan bahawa seramai 9.67 juta pengundi layak untuk mengundi pada Ahad bagi memilih wakil-wakil untuk 123 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Kemboja.

Parti pemerintah Cambodian People's Party (CPP) yang diketuai Perdana Menteri Hun Sen kekal berkuasa sejak 1998.

Pada pilihan raya umum 2008, CPP memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 90 kerusi sementara parti pembangkang Cambodian National Rescue Party (CNRP) memperoleh 29 kerusi. - Bernama

KJ tegur sikap BAM

Posted: 26 Jul 2013 03:37 PM PDT


Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin 
 
KJ tegur sikap BAM
Keratan akhbar hari ini memaparkan pemain badminton negara hanya memakai pakaian tidak rasmi ketika berlepas ke Hong Kong
 
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegur sikap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak memandang serius mengenai etika pemakaian ketika menghantar skuad badminton negara berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Khairy, situasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pemakaian uniform itu penting kerana ia melambangkan imej Malaysia semasa beraksi di luar negara.

"Nampak perkara kecil tapi BAM tak patut hantar pasukan kita ke luar negara tanpa beruniform sukan nasional.

"Bab baju, blazer dan tali leher, itu gaya FAM,"kata Khairy menerusi laman Mikro Twitternya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melihat etika pemakaian pemain badminton negara yang tidak memakai pakaian uniform rasmi kebangsaan ketika berlepas berlepas ke Hong Kong di KLIA, semalam.

Semalam, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai 29 pemain Malaysia ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos.

Najib umum tarikh pemilihan Umno

Posted: 26 Jul 2013 03:36 PM PDT

SINAR HARIAN
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Beliau turut mengumumkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.

Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di badan Perhubungan Umno Negeri pada 7 September ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu.

Najib berharap dengan pemilihan berdasarkan perlembagaan baharu itu, anggota Umno akan memilih pemimpin yang boleh meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.

"Kita harap pemimpin yang dipilih nanti boleh diterima parti dan rakyat...kita tidak mahu pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya.

"Kita harap Umno boleh diterima sebagai parti pilihan rakyat, sebab itu kita kena ketengahkan barisan pemimpin yang diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan jumlah keseluruhan anggota Umno setakat ini adalah kira-kira 3.4 juta orang.

Ini termasuk pertambahan anggota baharu setakat 22 Julai lepas berjumlah 113,959 yang terbahagi kepada ahli biasa (9,043), Pergerakan Wanita (17, 841) Pergerakan Pemuda (48,867) dan Pergerakan Puteri (38,208). - Bernama

Laman Facebook diwujud sokong HM SK Seri Pristana

Posted: 26 Jul 2013 03:30 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
VIDEO | 1.33 min

Sebuah laman peminat Facebook telah ditubuhkan untuk menyokong Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor, dengan warga siber mempertahankan tindakannya dan mengecam mereka yang "memutarbelit" perkara itu untuk mewujudkan persepsi "negatif".

NONEMohamad Nasir menjadi sasaran kecaman berhubung keputusannya
menjadikan bilik persalinan di sekolah itu sebagai kantin sementara.

Laman Facebook itu yang diwujudkan semalam, menarik lebih 1,000 orang dan jumlahnya semakin meningkat.

Warga siber tersebut mempertahankan tindakan Mohamad Nasir dan berkongsi posting blog mereka yang melawat sekolah itu dan mendapati situasinya bercanggah dengan apa yang didakwa.

Antara lain, warga siber itu turut menggesa pihak polis dan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera dan "menangkap" individu pertama yang dilaporkan berkongsi gambar bilik persalinan itu di kalangan media sosial, yang kemudiannya mengundang perhatian media.

Gambar-gambar itu pertama kali dimuat-naik di Facebook oleh Guneswari Kelly, ibu kepada salah seorang murid.

Sementara itu, penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan mengkritik cara kontroversi itu ditangani, dan mendakwa bahawa pihak sekolah dan pihak berkuasa telah "meremehkan" isu tersebut.

SPR: Wang tanpa syarat undi bukan rasuah

Posted: 26 Jul 2013 03:27 PM PDT

 
MALAYSIA KINI

 
Pemberian "duit minyak" kepada pengundi tanpa mengarahkannya memilih mana-mana calon bukan rasuah, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Tan Sri Aziz Yusof berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONE"Jika wang minyak yang diberi itu tanpa meletakkan apa-apa syarat tetapi hanya meminta pengundi-pengundi itu balik mengundi tanpa mengarahkan kepada calon mana-mana parti, ia tidak dianggap sebagai rasuah," katanya.

Dalam SMS jawapan kepada Malaysiakini, Aziz juga berkata, pihaknya tidak menerima laporan rasmi tentang perkara itu.

Beliau diminta mengulas berhubung dakwaan pembelian undi dalam pilihan raya kecil Kuala Besut apabila bayaran dibuat oleh Ketua Kampung Beris Lampu Yaakob Kadir.

Yaakob bagaimanapun menafikannya sebagai rasuah dan menegaskannya "insentif kepada pengundi luar", diberikan secara terbuka dan kepada semua pengundi, termasuk orang PAS.

Mukhriz terajui Umno Kedah, Shahidan di Perlis

Posted: 26 Jul 2013 03:25 PM PDT

BERNAMA


 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan enam pengerusi Umno negeri yang baru yang telah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Kedah), Datuk Seri Noh Omar (Selangor), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Wilayah Persekutuan), Datuk Idris Haron (Melaka) dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Johor).

Pengerusi Umno negeri yang dikekalkan ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Kelantan), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Perak), Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan) dan Datuk Seri Musa Aman (Sabah).

Najib yang bercakap kepada pemberita selepas itu juga mengumumkan nama timbalan pengerusi Umno seperti berikut:

* Perlis - Azlan Man
* Kedah - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah
* Kelantan - Datuk Awang Adek Hussin
* Terengganu - Datuk Seri Idris Jusoh
* Pulau Pinang - Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
* Perak - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
* Pahang - Datuk Mohd Shamsudin shakar
* Selangor - Abdul Shukor Idrus
* Wilayah Persekutuan - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
* Negeri Sembilan - Datuk Shaziman Mansor
* Melaka - Datuk Wira Ahmad Hamzah
* Johor - Datuk Seri Dr Ahmad Latif
* Sabah - Datuk Seri Salleh Said Keruak

Menurut Najib, Majlis Tertinggi Umno juga bersetuju supaya pengurusan Umno Sungai Petani dan Padang Serai bahagian di Kedah, dikembalikan kepada bahagian masing-masing.

Ia ekoran permintaan Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Kedah supaya Ketua Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya dan pemangku ketua bahagian Padang Serai, Halim Hassan diamanahkan tanggungjawab tersebut.

Umno bahagian Sungai Petani bermasalah sejak 2010 manakala Padang Serai pula mulai awal tahun lalu, yang memaksa pengurusannya diambil alih oleh ibupejabat parti negeri.- Bernama

Tiada ulasan: