DUNIACACAMARBA |
- Gadis Dibogel & Dicabul Ah Long
- Sorok 5.5 Kg Emas di dalam Dubur
- Polis Terima 18 Laporan Isu Makan dalam Bilik Mandi dan Persalinan, MIC Timbang Dedah Nombor Ganggu Pengadu
- Cinta Gila, Bergaduh Sampai Berbogel
- [Video] Jurulatih Buaya Mujur Tidak Hilang Kepala
- YB Tersilap Siar Kemaluan
Gadis Dibogel & Dicabul Ah Long Posted: 27 Jul 2013 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik. "Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja," katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam. Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini. Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal. "Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya. Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin. Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu. Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya. "Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu," katanya. Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya. - 27/7 P/s: Walaupun ah long menyebarkan nombor telefon mereka di merata-rata tempat, tetapi jarang-jarang kita baca berita mereka dicekup pihak berkuasa. Jangan pelik! Jangan pelik juga jika pihak berkuasa tempatan dan polis melakukan gotong-royong membersihkan iklan ah long di kawasan bandar dan sewaktu dengannya. |
Sorok 5.5 Kg Emas di dalam Dubur Posted: 27 Jul 2013 12:30 AM PDT [HM] Seoul: Pihak berkuasa kastam Korea Selatan semalam menahan sembilan warga Taiwan yang menyembunyikan 24 keping emas dalam dubur mereka. Kesemua mereka ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Seoul. Setiap keping emas itu seberat 225 gram, bermakna setiap penyeludup membawa 5.5 kilogram logam berkenaan. Menurut kastam, penyeludup warga Taiwan itu dijangka bertemu seseorang di stesen kereta api bawah tanah Seoul selepas keluar dari lapangan terbang itu. Di situ emas berkenaan akan diserahkan sebelum mereka pulang ke Taiwan keesokan harinya. Jumlah keseluruhan semua emas diseludup itu adalah AS$3 juta (RM9.62 juta). Kastam Korea berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat daripada beberapa penumpang selepas mereka melihat "tingkah laku mencurigakan" warga Taiwan itu. - Agensi |
Posted: 26 Jul 2013 10:00 PM PDT [Bernama] Polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah. Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu, dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama semalam. Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian, 10 laporan pada keesokan harinya, empat dibuat semalam dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama. Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini. Pada Rabu lepas, Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Nasir Mohd Noor, 57, turut membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu tersebut. Berkaitan: MIC Timbang Dedah Pengganggu Ibu Pemberi Maklumat [MK] Pengarah strategik MIC, S Vell Paari merancang untuk mendedahkan nombor telefon mereka yang mengancam pemberi maklumat isu bilik persalinan dijadikan kantin di SK Seri Pristana di Sungai Buloh. Katanya, beliau sedang memikirkan untuk menyiarkan nombor telefon tersebut dalam akhbar Tamil Nesan. Menurut Vell Paari, beliau telah bercakap dengan pemberi maklumat itu, Guneswari Kelly - ibu kepada salah seorang pelajar di SK Seri Pristana. Katanya, beliau telah meminta Guneswari menyerahkan kepadanya nombor telefon mereka yang mengancamnya. "Saya juga memberitahu beliau bahawa jika anaknya terus diganggu oleh guru-guru, saya sendiri akan pergi ke sekolah dan berjumpa dengan mereka," katanya. Foto dipaparkan di FB Vell Paari melahirkan rasa kesalnya bahawa kejadian diskriminasi seperti itu berlaku di sekolah. "Ia menyedihkan... guru-guru sepatutnya menjaga murid-murid. Kementerian Pelajaran dan polis perlu menyiasat aduan Guneswari," katanya. Semalam, Guneswari yang memuat-naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan, mengadu menerima panggilan mengancam. |
Cinta Gila, Bergaduh Sampai Berbogel Posted: 26 Jul 2013 09:00 PM PDT [HM] Beijing: Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam. Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya. Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. "Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan. "Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa mengelak daripada melanggar mereka," katanya. Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu. Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan. - Agensi SI lelaki mula menanggalkan pakaian sebelum diikuti oleh teman wanitanya. |
[Video] Jurulatih Buaya Mujur Tidak Hilang Kepala Posted: 26 Jul 2013 07:54 PM PDT [HM] Samut Prakan: Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam. Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu. Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius. Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta. - AP |
Posted: 26 Jul 2013 06:11 PM PDT [HM] Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu. Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar 'burungnya' juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu. Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial. Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: "Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya." Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini. "Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan