Sabtu, 27 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pengerusi MyWatch ditembak, berada dalam keadaan kritikal

Posted: 27 Jul 2013 09:18 AM PDT



Oleh Diyana Ibrahim

Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi.

Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.

Mangsa kin sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.

Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu.

Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang.

MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara. - 27 Julai, 2013.

Serangan Terancang Memburukkan dan Menjatuhkan Presiden PAS?

Posted: 27 Jul 2013 09:13 AM PDT

Kehebatan Anak & Menantu dalam PAS

1. Sebentar tadi saya menerima e -mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredebiliti ulama' tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga di serlahkan dengan ketara.] Saya memilih untuk respon artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba - tiba sahaja nama Al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.

5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [ Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw. ]

6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.

7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis - habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke 13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.

8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana - mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.

9. Jika teori konspirasi ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka. Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi ?

10. Saya tidak percaya Tuan Guru Hj Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.

11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya - tanya dan tercari - cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu ? dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi kelak ?

12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara olehNya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.

13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafikan bahawa ia adalah suatu yang benar sebaliknya ia adalah salah jua tohmahan dan jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh dan mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.

Nasrudin bin Hassan

Sedih! Luahan Hati Anak Guru Besar S.K Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor

Posted: 27 Jul 2013 05:28 AM PDT

 http://kisahbest.my/wp-content/uploads/2013/07/524779_10150683538754420_1177793216_n.jpg

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya, tetapi kali ini, entah kenapa, saya rasa seperti tersekat. Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi. Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku. Didalam hati, saya menangis. Menangis kuat. Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.

Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan?

Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas", ya Allah , itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN. Sekarang, sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya. Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor, dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka?adakah kamu benar tahu, dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum?

Pertuduhan murid makan di tandas adalah tidak benar sama sekali.Tandas pun tak mampu nak beza.Penat Penat. Kalau benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?

Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri. Ye, ayah saya. Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu , paling tidak pun untuk menulis post ini.

Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain , belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi, apakah yang berlaku sekarang ini?

Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias, kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik. Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan, tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah. Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum. Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita. Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).

Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu, mereka menyerang ayah saya di facebook, di setiap post ayah, dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.

Tolonglah, jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan, hentikanlah fitnah. Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini. Dengan nama Allah, saya memohon , ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong, dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya. Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang. Jika Kamu rasa, saya menulis ini adalah untuk meraih simpati, kamu memang benar. Jika dengan berbuat demikian, boleh membantu ayah saya.

Untuk pengetahuan, oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini, ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat. Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa, cukup untuk saya mengatakan tidak. Saya pasti, sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.

Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. Kebenaran akan terbongkar juga. saya mendoakan. saya juga percaya, kawan saya akan tetap disini bersama saya, tak kira apa warna kulit dan kepercayaan. Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik, saya percaya dengan mereka. Kepada yang tidak mengenali saya, tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula. Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya. Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu. Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini, jika kamu rasakan ianya perlu.

Farah Asyikin

Jawi nafi akan beri kebenaran empat finalis ratu cantik bertanding semula

Posted: 27 Jul 2013 05:24 AM PDT


KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin. - Bernama

Senarai Penuh Undian Piala Malaysia 2013

Posted: 27 Jul 2013 03:33 AM PDT

Senarai Penuh Undian Piala Malaysia 2013

Kumpulan A
1) SELANGOR
2) ATM
3) KL SIME DARBY
4) JOHOR FA

Kumpulan B
1) JOHOR DARUL TAKZIM
2) SELANGOR PKNS
3) T.TEAM
4) KL FELDA UNITED

Kumpulan C
1) KELANTAN
2) PAHANG
3) TERENGGANU
4) NEGERI SEMBILAN

Kumpulan D
1) LIONS XII
2) PERAK
3) SARAWAK
4) KEDAH

Daripada Merajuk Dengan Najib, Kini Menjadi Perkasa 1Malaysia

Posted: 26 Jul 2013 05:21 PM PDT



Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa.

Dengan bergabung dengan pertubuhan Cina dan India, tidak dipastikan setebal mana perjuangan Melayu, Bumiputera dan Islam yang akan diperjuangkan oleh Perkasa.

Sikap dan keterbukaan yang secara tiba-tiba ditunjukkan oleh Perkasa ini menimbulkan persoalan ramai, apa sudah jadi dengan perjuangan Perkasa sekarang ini? Kenapa secara mengejut menukar hala tuju perjuangannya?

Walaupun beliau bertegas bahawa Perkasa akan terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya untuk terus bertahan sekiranya timbul isu-isu yang menggugat kepentingan Melayu selepas ini.

Lebih-lebih lagi kerapuhan benteng pertahanan Perkasa itu amat terserlah bilamana belum pun apa-apa lagi sudah tercetus perbalahan kecil di hari pertama penubuhan Mirac ini berikutan Perinban tidak setuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin, Naib Presiden Perkasa mengenai sokongannya terhadap guru besar Sri Pristina berhubung isu murid-murid makan di bilik persalinan sekolah.

Ia berakhir dengan Zulkifli meninggalkan majlis manakala Ibrahim pula terpaksa memujuk Perinban supaya terus berada di majlis berbuka puasa itu. Zulkifli pula mungkin hanya berbuka puasa di dalam kereta atau di gerai tepi jalan berikutan tiada sesiapa yang memujuknya.

Hanya dalam isu kecil seperti isu kantin pun mereka sudah berbalah, bagaimana nanti jika timbul isu-isu yang lebih besar yang memerlukan suara Perkasa lebih lantang? Mungkin selepas ini suara Perkasa akan menjadi seperti kebanyakan pemimpin UMNO juga yang semakin hilang aura kemelayuannya berikutan Najib lebih cenderung kepada perjuangan bercorak 1Malaysia.

Selama ini ramai orang Melayu terpana dengan perjuangan Melayu dan Islam yang dibawa oleh Perkasa sehingga ramai ahli UMNO yang menjadi ahlinya walaupun Ibrahim Ali yang menjadi presidennya bukanlah ahli UMNO, malahan pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan juga PAS.

Namun atas keyakinan terhadap perjuangan Melayunya, mereka menyertai Perkasa. Tambahan pula dengan menyertai Perkasa, mereka merasakan dapat meneruskan perjuangan untuk Melayu berikutan UMNO sejak dipimpin oleh Najib lebih gigih melaungkan semangat 1Malaysia berbanding untuk kepentingan Melayu, selain menunjukkan sikap tolak ansur dan lunak terhadap tuntutan kaum-kaum lain.

Walaupun tindakan Najib itu dilihat untuk kepentingan undi dan sokongan, namun dalam banyak hal sikap yang ditunjukkan beliau dilihat berlebih-lebihan dan di luar kewajarannya. Lantaran itulah Perkasa menjadi pilihan.

Perkasa sendiri, sebaik pilihanraya berakhir pernah meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang lebih memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang membuat tuntutuan secara mengugut seperti Dong Ziong dan Hindraf dengan sedia mengadakan pertemuan serta memenuhi permintaan mereka sedangkan pandangan Perkasa langsung tidak diberi perhatian.

Ibrahim yang pernah mencadangkan untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sebagai protes terhadap penggunaan kalimah Allah, juga kecewa dengan Najib kerana menjemput paderi-paderi untuk berdialog di Seri Perdana sedangkan Perkasa tidak pernah dilayan sebegitu rupa.

Sebelum pilihanraya, walaupun menyokong UMNO dan Najib, Ibrahim dan Perkasa tetap lantang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam. Suara mereka jarang ketinggalan dalam kebanyakan isu yang berbangkit.

Selepas pilihanraya dan hampir diketepikan Najib sebagai calon dan kemudian kalah di Pasir Mas, Ibrahim tidak menyimpan lagi rasa kecewanya dengan Najib. Selain mengungkit bahawa Najib lebih memberi perhatian kepada tuntutan kaum lain dan mengabaikan padangan Perkasa, Ibrahim juga seperti mengugut mahu mengambil sesuatu langkah yang dianggapnya drastik terhadap kepimpinan Najib.

Tidak lama selepas itu pula, Perkasa mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dan mengumumkan mereka kini mengambil sikap berkecuali dan tidak lagi terikat dengan UMNO, kerajaan atau Najib. Ternampak bahawa Perkasa benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiga hari lalu, Ibrahim dan 10 pimpinan tertinggi Perkasa telah dijemput ke Seri Perdana oleh Najib untuk bersemuka dan meluahkan pandangannya. Sebaik selesai, Ibrahim dilaporkan berpuas hati dengan pertemuan itu serta melahirkan rasa gembiranya dapat bertemu dengan Najib.

Dan semalam tiba-tiba Ibrahim mengumumkan penubuhan Mirac yang menandakan arah baru perjuangannya selepas ini. Walau apa pun penafian Ibrahim mengenai kaitan penubuhan Mirac dengan pertemuannya dengan Najib, kesimpulan ramai ialah "takkan burung tempua tiba-tiba bersarang rendah". Dan di sebalik mee yang sedap selalunya ada udang galah atau ketam tersorok dibawahnya.

Itulah pandangan atau tanggapan ramai mengenai Perkasa dan Ibrahim Ali sekarang ini.

Luahan kata-kata kecewa, ugutan untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik kononnya dan mengumumkan sikap berkecuali kemudiannya, rupa-rupanya hanyalah "langkah silat pengantin" untuk lebih dekat dan rapat dengan Perdana Menteri.

Perkasa kini, melalui Mirac, bukan saja semakin mendekati halatuju perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh Najib, bahkan Perkasa kini sudah boleh dikenali sebagai Perkasa 1Malaysia. (SH 27/07/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/07/daripada-merajuk-dengan-najib-kini.html

Serangan samseng upahan terhadap demonstran Pro Mursi

Posted: 26 Jul 2013 04:34 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/q71/943682_209270875897850_1903483883_n.jpg

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1009817_209270672564537_249755229_n.jpg

 http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/q71/969177_209270792564525_1301495730_n.jpg
Serangan samseng upahan terhadap demonstran Pro Mursi di Iskandariah.

Menurut AlJazeera, Jumlah kematian berikutan keganasan di Iskandariah pada hari Jumaat telah mencecah lima orang, mengikut Kementerian Dalam Negeri. Sekurang-kurangnya 70 dilaporkan cedera dalam pertembungan di antara penyokong dan penentang Mursi di bandar pelabuhan tersebut.

Sumber : انت عيل اخونجى

Tiada ulasan: