Selasa, 23 Julai 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hukuman penjara blogger Sharpshooter kekal

Posted: 23 Jul 2013 08:48 AM PDT

SINAR HARIAN
PUTRAJAYA - Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri (kini Tan Sri) Dr Rais Yatim.

Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah pada 10 Ogos tahun lepas apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuan Amizudin.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah tidak dapat mencari sebarang kekhilafan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Amizudin, 43 dengan kesalahan menghina mahkamah.

"Perintah yang memaksa beliau dipenjara tiga bulan adalah tidak keterlaluan dan tidak mewajarkan campur tangan kami," katanya yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Anantham Kasinater.

Bagaimanapun, Zaharah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu permohonan penulis blog itu untuk kebenaran merayu perintah hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Beliau turut memerintahkan Amizudin memfailkan permohonan itu dalam tempoh dua minggu.

Katanya, jika Amizudin gagal berbuat demikian, beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan selepas tempoh itu berakhir untuk menjalani hukuman.

Panel itu menolak rayuan itu tanpa kos. Pada 21 Nov 2011, Rais, 71, diberi kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Amizudin berhubung satu saman yang difailkan oleh beliau.

Rais menang dalam saman fitnah beliau terhadap penulis blog itu di Mahkamah Tinggi, yang pada 19 Julai 2011, memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM100,000 kepadanya.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, yang juga anggota Jawatankuasa Belia Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel yang disiar dalam laman blog penulis itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau kira-kira 28 Dis 2010.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah sambil menyifatkan ia tidak begitu tinggi berdasarkan kedudukan sosial Rais.

Bagaimanapun, jumlah kos dikurangkan kepada RM50,000. Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Amizudin oleh R.Sivarasa. - Bernama

Annuar Musa dilantik pengerusi MARA

Posted: 23 Jul 2013 08:46 AM PDT



 
Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkuatkuasa 19 Julai lepas.

"Berdasarkan latar belakang akademik serta pengalaman politik luas, Annuar akan dapat memantapkan lagi usaha serta peranan organisasi itu ke arah mengangkat martabat bangsa," menurut MARA dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Annuar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berikutan pelepasan jawatan Pengerusi Mara yang disandang Idris sejak 2008, kerana bertanding dalam pilihan raya umum lalu.

Anggota pengurusan serta warga MARA mengalu-alukan serta mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Annuar Musa atas pelantikan sebagai Pengerusi MARA yang baharu, menurut kenyataan itu.

Annuar, 57, memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London serta ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah Bahagian Perancang Korporat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Fama (1989-1990) dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi tempoh 2005 hingga Mei 2013.

Annuar juga pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan (1990-1993) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).

Selain itu, beliau juga pernah menjadi anggota ADUN Peringat (1986-1990) dan Kok Lanas (2004-2008) dan anggota Parlimen Peringat (1995-1999).- Bernama

Hanya pendekatan agresif mampu selamatkan PAS

Posted: 23 Jul 2013 08:39 AM PDT

 


 
ULASAN PAS turun sebagai underdog dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas kalah dengan majoriti agak besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Penampilan Azlan Yusof (gambar bawah, berkopiah hitam) atau panggilan mesranya Che Long sebagai calon PAS bagaimanapun menjadikan pertembungan adalah sengit dan sukar diramal.

Kajian pola pengundian dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang diadakan pada 18 sehingga 21 Julai 2013, menunjukkan populariti calon PAS jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN.

NONEKajian ini melibatkan 546 responden yang melibatkan kesemua lapan daerah mengundi dalam DUN Kuala Besut.

Kawasan pilihanraya N01 Kuala Besut mempunyai keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya yang mempengaruhi pola pengundian di sini.

Paling jelas, pendirian politik mereka dizahirkan dengan jelas seawal tempoh kempen berbanding dengan kawasan-kawasan pilihan raya kecil sebelum ini, yang mana pengundi menyembunyikan pendirian politik mereka.

Rata-rata responden yang ditemui suka dikenali dengan imej parti yang mereka wakili.

Faktor pertembungan Umno dan PAS yang begitu tajam pada era 80-an banyak mencorakkan sikap pengundi antara kedua boleh pihak yang bertanding kali ini.

Kesannya, margin pengundi yang belum menentukan sikap sepanjang kempen ini kelihatan mengecil peratusannya, iaitu sekitar 15 hingga 20 peratus sahaja.

Che Long vs janji BN

Dapatan kajian yang paling unik ditemui, berhubung kekuatan calon PAS, Azlan @ Endot Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long.

Berdasarkan maklum balas responden yang ditemui, Che Long lebih dikenali oleh pengundi dan penduduk Kuala Besut berbanding calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman - yang cuba dipopularkan sebagai Abe Ku.

NONEPeratusan responden yang memihak Che Long sebanyak 71.6 peratus jauh meninggalkan Abe Ku yang hanya mendapat 14.2 peratus.

Seakan mengetahui kekuatan ini, jentera PAS dilihat menggunakan strategi mengetengahkan nama Che Long berbanding imej parti.

Ironinya, kekuatan imej Che Long ini kelihatan tidak dapat diterjemahkan kepada bentuk undi oleh responden atas beberapa faktor yang lebih dominan.

Sejarah pertembungan radikal dan ekstrim PAS-Umno suatu ketika dahulu yang menyaksikan isu yang kontroversi seperti kafir mengkafir dan sembahyang dua imam masih membayangi pengundi.

Penampilan Che Long yang mewakili PAS yang dilihat membawa imej kebajikan untuk semua dan perwatakan rentas parti belum berjaya memadamkan legasi lama ini.

Sikap responden yang memberi wajaran tinggi kepada soalan-soalan positif tentang Che Long perlu diberi perhatian.

NONEJumlah 51.2 penratus responden misalnya bersetuju bahawa Che Long adalah seorang peniaga yang cukup dermawan manakala 65.1 peratus menerima Che Long sebagai seorang yang ramah dan mudah mesra.

Kekuatan figura Che Long berdepan dengan dilema pengundi untuk diterjemahkan kepada bentuk undi.

Kempen agresif dan mewah oleh jentera BN membelenggu pertimbangan rasional pengundi di sini.

Elemen bantuan rakyat dimanipulasi sepenuhnya oleh jentera kerajaan dalam pelbagai bentuk sama ada bersifat one off hinggalah kepada janji-janji yang mengikat minda pengundi.

Kebanyakan responden mengakui terpengaruh dengan manipulasi ini sehinggakan peratus prediksi kemenangan memihak kepada BN mendahului sebanyak 69 peratus berbanding hanya 13 peratus kepada PAS.

Undi pulau, pesisiran pantai
Pengamatan kajian menerusi tren pengundi yang berada di lokaliti Pulau Perhentian dan juga di pesisiran pantai seperti daerah mengundi Seberang Barat, Seberang Barat Luar, dan
Kampung Nail kekal sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.

Kawasan ini sukar ditembusi menerusi kempen konvensional jentera PAS.

Situasi penduduk di sini yang hidup sebagai nelayan pantai, pekerja di sektor pelancongan Pulau Perhentian menjadikan mereka sangat bergantung kepada bantuan kerajaan.

Dalam situasi ekonomi yang menekan sekarang seperti kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan bot yang tinggi menjadikan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya
kepada subsidi bahan api dan bayaran bulanan sara hidup nelayan.

Dalam keadaan ini, mana mungkin mereka boleh menzahirkan sikap yang tidak memihak kepada BN.

Maka faktor ini digunakan sepenuhnya oleh jentera BN untuk menghalang pengundi daripada menyokong PAS.

Pengundi luar & orang muda

Berdasarkan senario ini, bagi pihak PAS, mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peralihan undi penyokong BN di kawasan tegar yang dinyatakan di atas.

NONEStrategi kini tertumpu untuk memenangi hati pengundi muda dan pengundi yang berada di luar kawasan bagi menyokong PAS.

Merujuk kepada komposisi umur pemilih memperlihatkan pengundi muda di DUN ini mencecah 51 peratus daripada keseluruhan pemilih.

Pengundi luar sekitar 2,000 orang berada di luar kawasan.

Hari pembuangan undi yang ditetapkan pada hari bekerja, hari Rabu menyebabkan pengundi luar sukar untuk pulang mengundi.

Sekiranya trend pengundi luar yang dilihat tidak memihak kepada BN, maka keadaan ini memberikan tekanan kepada pihak PAS.

Isu tak pengaruhi undi

Sepanjang perjalanan kempen, usaha pihak PAS menimbulkan beberapa isu berkaitan dakwaan penyelewengan Umno dan juga BN di Kuala Besut kelihatan tidak mempengaruhi keputusan pengundi.

Antara isu yang ditimbulkan ialah isu pemilikan tanah oleh pemimpin-pemimpin Umno Besut, penjualan tanah 200 ekar di Pulau Perhentian dan kegagalan projek perumahan dan pembangunan.

NONEMerujuk kepada dapatan kajian, hanya 8.7 peratus di kalangan responden memberi reaksi kepada isu pemberian tanah kepada pemimpin Umno, pembinaan rumah pangsapuri untuk
nelayan di Kampung Tok Saboh sebanyak 6 peratus, dan isu rampasan tanah oleh BN di Kampung Tok Saboh hanyalah 4.5 peratus.

Begitu juga dengan tema kempen PAS "16:16 Terengganu Baru" untuk menjadikan DUN Kuala Besut sebagai penyumbang kepada situasi kritikal di dalam DUN Terengganu hanya
berada pada peratus 8.7 peratus.

Walaupun realiti kemiskinan di Kuala Besut berada pada tahap 80 peratus, hakikatnya situasi ini memberikan pihak BN kelebihan di mata pengundi, akibat kebergantungan mereka kepada bantuan dan subsidi.

Pendekatan mewah BN


Kedua-dua pihak yang bertanding mempunyai peluang untuk memenangi dalam pilihan raya ini.

Bagi pihak PAS, bagi menjamin kemenangan, kekuatan kempen fasa akhir terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kekuatan calonnya, Che Long.

Di samping itu, berharap berlaku pertambahan sokongan pengundi muda dan pengundi luar untuk merealisasikan kemenangan mereka.
kuala besut 130713 muhyiddin yassin
Kekuatan Che Long yang mempunyai hubungan langsung dengan pengundi dilihat kental.

Pengundi yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja dan rakan niaga dalam industri yang diterajuinya serta orang ramai yang pernah dibantu oleh beliau adalah aset untuk
membolehkan beliau diundi.

Pengundi muda dan pengundi luar yang kritikal terhadap BN dalam isu-isu nasional akan memberikan kekuatan kepada PAS.

Di pihak BN pula, faktor "economic security" masih dominan di Kuala Besut.

Kedudukan sosioekonomi pengundi di sini yang berada di bawah garis kemiskinan menyebabkan kebergantungan kepada manipulasi bantuan pihak BN.

Meskipun calon BN tertinggal jauh di belakang, namun kaedah kempen agresif dan mewah BN boleh menjadikan pengundi yang berada dalam situasi ekonomi terdesak seperti di Kuala Besut akan memihak kepada mereka.

Kesimpulannya, berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan berakhir 22 Julai, BN masih mendahului PAS untuk menang dalam pilihan raya kecil jika tiada sebarang tindak balas
agresif oleh PAS pada pusingan akhir kempen di Kuala Besut ini.


MUHAMAD HISOMMUDIN BAKAR pengerusi Eksekutif Ilham Centre - sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam bidang kajian lapangan.

Artikel ini dipetik dan diubah suai daripada ringkasan eksekutif tinjauan pola pengundian dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang dijalankan badan itu.

'Doktor panggil saya babi, kata saya bodoh'

Posted: 23 Jul 2013 08:34 AM PDT

 


 
"Saya mengaku saya salah kerana tidak mengambil ubat, tetapi doktor lelaki itu salah kerana mengherdik saya, panggil saya babi dan kata saya bodoh," kata Hamid Salleh, 66, yang berasal dari Tasek Gelugor di Pulau Pinang.

"Ubat saya habis sebelum dijadualkan, tetapi doktor itu tidak perlu menggelar saya dengan pelbagai nama," kata Hamid dalam satu sidang media di Penang Golf Resort di Bertam, anjuran ADUN kawasan tersebut.

NONEHamid yang mengidap penjakit jantung, tekanan darah tinggi dan tiroid kelihatan marah ketika bercakap dalam sidang media tersebut.

Katanya, beliau menemui doktor tersebut di Kepala Batas pada Jun dan terkejut dengan layanan yang diterima.

Katanya, beliau juga hendak menumbuk doktor berkenaan tetapi mengawal dirinya dari berbuat demikian.

"Kami berharap doktor tidak akan memarahi pesakit seperti ini. Kami menghormati mereka dan mereka harus menghormati kami," kata bekas petani tersebut.

Norzawani Zakaria, 28, pula berkata beliau berjumpa seorang doktro di Kepala Batas pada 29 Mei selepas mengalami "sakit kepala terus, muntah-mutah dan kabur penglihatan".

"Tetapi doktor wanita yang merawat saya berkata ia perkara normal bagi seorang wanita hamil untuk mengalami perkara seperti itu dan memberikan saya Panadol. Saya tahu ia bukan normal dan enggan mengambil ubat tersebut," kata Norzawani.

NONEBeliau bagaimanapun berkeras agar dimasukkan ke wad namun doktor itu enggan berbuat demikian, katanya.

Wanita berkenaan berkata, beliau yang hamil lima bulan pada masa itu kemudiannya berkunjung ke satu klinik swasta.

"Saya dapati tekanan darah saya adalah 160/110 dan doktor swasta itu memberi rujukan untuk pergi ke hospital semula," kata kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu.

JAWI: Bekas peserta ratu cantik hina Islam

Posted: 23 Jul 2013 08:31 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyifatkan, kenyataan bekas peserta Miss Malaysia World 2013 yang kecewa dengan fatwa mengharamkan orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik, sebagai menghina Islam.

Dalam kenyataannya petang ini, JAWI merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini, yang antaranya memetik reaksi dua daripada empat peserta Muslim pertandingan itu, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard (bawah) dan Wafa Johanne De Korte.

NONE"Berdasarkan laporan akhbar tersebut, peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

"Oleh itu kenyataan tersebut dianggap telah menghina Islam," menurut kenyataan jabatan agama Islam itu lagi.

Berita Harian hari ini melaporkan, empat peserta Islam pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang digugurkan dan dihilangkan kelayakan dalam pertandingan itu tetap berkeras untuk bertanding di peringkat akhir pada 2 Ogos ini.

Menurut harian itu lagi, Sara Amelia, 20, berkata, dia kecewa dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Katanya, beliau sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi dimaklumkan penganjur bahawa ia dibenarkan kerana mereka tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian suka.

Kertas siasatan dibuka
Sementara Wafa Johanna, 19, pula dipetik sebagai berkata, beliau terharu melihat penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri mereka untuk mewakili orang Melayu dalam pertandingan itu.

Dia juga berkata berbesar hati untuk meneruskannya jika masih diberi peluang.

Penganjur pertandingan Datuk Anna Lim dilapor berkata, walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

anwar at jawi islamic centre 300708 02Berita Harian dalam laporan itu bagaimanapun tidak memetik pandangan dua lagi bekas peserta pertandingan itu -- Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19.

Fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WIlayah Persekutuan 1993 memutuskan, menyertai, menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa untuk pertandingan ratu cantik haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sehubungan itu, JAWI hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya kini telah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Menurut jabatan itu, sebagai agensi penguatkuasa agama, JAWI akan akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya.

Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi 3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

'Underdog' tetap yakin kecewakan BN esok

Posted: 23 Jul 2013 08:29 AM PDT

 


 
Walaupun bermula sebagai underdog, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefli Ahmad berkata parti itu yakin berada dalam "posisi untuk mengecewakan BN" dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok.

Dr Dzulkefli berkata berdasarkan kajian mereka, calon PAS Azlan Yusof mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi di Kuala Besut.

Data tersebut selari dengan dengan kajian yang dilakukan sebuah firma penyelidikan bebas Ilham Centre - yang menumpukan pengkhususan dalam bidang kajian lapangan.

NONEZulkefly (kiri) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga berkata, agenda 16:16 yang menjadi tema kempen mereka berjaya "menekan, menggigit dan menggugat" BN pada minggu kedua berkempen.

"Dalam kajian yang kami lakukan dan maklumat rahsia daripada sebelah sana (BN), bahawa mereka takut, kalau-kalau kami dapat mampu mengurangkan majoriti mereka.

"Dengan berkat Ramadan dan kesungguhan calon dan jentera, tidak mustahil kemenangan mampu berpihak kepada kami.

"Jadi pada kami takrif menang itu adalah (bermaksud) mengurangkan majoriti 2,434 mereka.

"Tetapi sepertimana saya sebutkan, dengan keberkatan Ramadan, usaha, gigih, cekal dan sebagainya, kita berada dalam kedudukan untuk mengecewakan mereka dalam pilihan raya kecil ini" katanya.

‘Piagam Kuala Besut’ Akan Beredar 23 Julai

Posted: 23 Jul 2013 12:21 AM PDT

BULETIN ONLINE

KUALA BESUT – Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya keputusan PRK itu berpihak kepada PAS, peranan PR dalam Dun Terengganu akan menjadi lebih besar dalam menentukan dasar dan hala tuju negeri.

"Jika senario itu berlaku, Pas boleh memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

"Senario 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang," katanya.

dr alias

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata pembangkang akan mengeluarkan piagam khas yang menyerupai manifesto untuk rakyat Terengganu jika misi 16-16 tercapai.

Menurutnya, misi 16-16 akan memberi faedah kepada rakyat pada jangka masa panjang dan menguntungkan.

Beliau berkata, Pas dan juga wakil perikatan yang "turun padang" akan mengenegahkan isu perumahan, sektor perikanan dan menghapuskan kemiskinan penduduk di Terengganu.

"Kalau kita menang di sini, kita akan suruh wakil-wakil PR buatkan rancangan untuk menghapuskan kemiskinan Terengganu serta-merta, membina rumah kepada rakyat dalam masa sepuluh tahun, membina kompleks perikanan antarabangsana di sini dan Tok Bali sekali.

"Selain itu, kita juga merancang untuk membuka lapangan terbang kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian di Kuala Besut dan mengagihkan tanah-tanah kepada rakyat jelata termasuk Pulau Perhatian," katanya yang dipetik Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Pas mendakwa senario 16:16 yang bakal tercipta pada PRK di kerusi Dun Kuala Besut sebagai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang lebih berimbang.

Mengulas lanjut, Husam yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, PR tidak akan menggunakan politik wang untuk meraih undi warga Kuala Besut.

"Kita akan berubah program kepada 16-16. "Kita tak akan menggunakan pendekatan menggunakan wang yang dilakukan segelintir pihak.

"Kita lebih gunakan teknik untuk rakyat berfikir melalui maklumat yang disampaikan," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Operasi PAS PRK Kuala Besut Dr Alias Razak berkata, piagam tersebut akan diedarkan kepada orang ramai pengundi Dun Kuala Besut mulai esok.

"kita sedang menyiapkan deraf akhir piagam itu dan InsyaAllah ia akan diedarkan kepada pengundi Dun Kuala Besut mulai esok sebagai satu pernyataan komitmen dan kesungguhan kami (PAS dan pakatan Rakyat) untuk memenangi pilihanraya kecil ini.

Mahkamah ketepi penghakiman ingkar terhadap PAS

Posted: 23 Jul 2013 12:15 AM PDT



 
PAS hari ini berjaya mengenepikan satu penghakiman ingkar yang dibuat terhadap parti itu Mei lalu susulan daripada saman fitnah yang dikemukakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Peguam PAS, Norazmir Zakaria memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan PAS untuk mengenepikan hukuman tersebut.

Pada Mei lalu, MPK memperoleh satu penghakiman ingkar terhadap PAS selepas parti itu gagal hadir di mahkamah.

MPK memfailkan saman terhadap PAS pada Mac dan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta terhadap parti itu yang didakwa mengedar risalah mengandungi perkataan palsu dan fitnah berkenaan Zoo Bukit Takal.

Ia juga ekoran dakwaan terhadap anggota dewan undangan negeri Chukai yang dituduh mengambil tanah seluas lima ekar.

Dalam perbicaraan sebelum ini, PAS gagal hadir ke mahkamah sebanyak dua kali walaupun diarahkan berbuat demikian sebanyak dua kali, menyebabkan penghakiman ingkar dijatuhkan terhadap mereka.

Pasukan antarabangsa selidik kebebasan semasa PRU13

Posted: 23 Jul 2013 12:10 AM PDT

 


 
Pasukan pemerhati antarabangsa di Malaysia akan menjalan misi mencari fakta berhubung keadaan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

Kumpulan tiga anggota, anjuran Forum Asia untuk Pembangunan dan Hak Asasi (Forum-Asia), tiba di Kuala Lumpur pada Ahad dan akan tinggal di ibu kota selama lima hari.

Laporan pasukan itu akan dibentangkan kepada Maina Kiai, pelapor khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung hak kebebasan berhimpun dan berpersatuan.

Kiai dijangka membangkitkan keadaan Malaysia itu kepada Majlis Hak Asasi dan persidangan agung PBB pada Oktober.

"Terdapat banyak kumpulan melihat isu penyelewengan pilihan raya, tetapi kami fokus kepada dua isu khas (kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman), kami akan melihat penyelewengan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum ke-13," kata Joses Kuan, antara pasukan Forum-Asia, dalam wawancara semalam.

Forum-Asia, yang mewakili 47 organisasi daripada 16 negara baru-baru ini menjalankan misi yang sama di Bangladesh, Myanmar dan Maldives.

Dalam masa terdekat mereka juga akan menjalankan misi di Kemboja dan Pakistan.

SUPP: Mereka parti Cina, kami berbilang kaum

Posted: 23 Jul 2013 12:08 AM PDT

 


 
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menolak penggabungan dengan MCA dan Gerakan atas alasan terdapat banyak halangan perlu diatasi dan juga perbezaan besar antara parti-parti tersebut.

"Ada beberapa halangan perlu diatasi jika kami bergabung dengan MCA dan Gerakan. Mereka parti Cina, sementara kami pula parti berbilang kaum," kata Presiden SUPP, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Cakap-cakap tentang penggabungan itu mula muncul selepas prestasi buruk ketiga-tiga parti dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Penggabungan itu juga telah dibincangkan seawal tahun 80-an lagi.

Chin, yang merupakan bekas menteri tenaga, teknologi hijau dan air mengakui pernah bertemu beberapa pemimpin MCA secara tidak rasmi sebelum ini tentang penggabungan itu.

"Kami cuma bercakap secara tidak rasmi. Kami belum terima sebarang surat dari MCA. Memandangkan ia dibincangnkan secara tidak rasmi, saya belum membangkitkan perkara ini dengan jawatankuasa kerja pusat parti," katanya.

"Secara peribadi saya rasa sukar untuk bergabung dengan MCA kerana terdapat beberapa halangan perlu diatasi.

"Namun, jika kita mahu melihat hubungan lebih erat di antara tiga parti berasaskan etnik Cina ini, adalah lebih baik untuk kita bentuk satu perikatan longgar bagi membolehkan situasi menang-menang untuk semua pihak berbanding satu penggabungan," tambahnya.

Pilihan Raya Kecil: Jangan jadi hamba semata-mata mahu bantuan BN - Anwar

Posted: 23 Jul 2013 12:04 AM PDT


 
DETIK DAILY
 
KUALA BESUT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak menjadi hamba BN semata-mata kerana mahu bantuan dari mereka.

"Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang?

"Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi, lapor The Malaysian Insider.

Ketua Umum PKR itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka.

"Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah.

"Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa.

BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750.

Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.

Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999.

"Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar.H/Daily

Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar

Posted: 23 Jul 2013 12:02 AM PDT

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara  diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar," kata Surendran.

Beliau mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran  rayuan kerajaan terhadap pembebasan  Anwar, 9 Januari tahun lalu.

Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan.

Menurut Surendran, Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar.

"Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar," kata N Surendran.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Budak 14 tahun dirogol bergilir-gilir 8 lelaki

Posted: 22 Jul 2013 11:58 PM PDT


Budak 14 tahun dirogol 8 lelaki
Lokasi kejadian mangsa dirogol bergilir-gilir dipercayai oleh lapan lelaki di Bukit Kebuk awal pagi semalam.
 
MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.

Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.

Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol bergilir-gilir.

Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis.

Pilihan Raya Kecil PRK peluang rakyat asuh BN

Posted: 22 Jul 2013 11:54 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang

'MINDA kita diasuh, kalau bukan otak kita dibasuh untuk takut kepada "kekecohan" seandainya gandingan politik yang bertentangan mempunyai kekuatan yang setanding. Mentaliti ini terserlah apabila Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Terengganu akan berdepan dengan situasi politik yang tidak stabil seandainya PAS menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Senario 16-16 kerusi Dun terus digambarkan bakal meletakkan Terengganu dalam keadaan yang tidak menentu, malah boleh mencetuskan krisis perlembagaan. Saya tidak tahu apakah yang sarat dalam otak Timbalan Perdana Menteri ini. Persempadanan kawasan pengundian dengan jumlah 32 kerusi sendiri memungkinkan senario 16-16 ini berlaku. Perkara ini sesuatu yang mudah difahami, umpama pilihan raya umum. Kalau Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, maknanya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menggulingkan kerajaannya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal apabila "menggulingkan kerajaan" diuar-uarkan bagai dosa yang besar di negara ini. Setahu saya, tukar kerajaan hanya menjadi dosa di negara komunis seperti China.

Kita perlu akur dengan hakikat yang terpampang di depan mata. Ia bukan "tsunami politik", yang dicetuskan sentimen atau emosi sehingga masyarakat kita terbahagi dua. Dari PRU12 pada tahun 2008, hinggalah PRU13 pada tahun 2013, keputusan 505 menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pengundi Malaysia menolak Barisan Nasional. Inilah realiti yang harus diterima semua orang, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat. Sokongan terhadap Pakatan mantap, bukan disebabkan angin perubahan secara tiba-tiba, atau pengundi sekadar mahu melepaskan geram. Untuk lima tahun selepas PRU12, kita melihat kekuatan yang sama rata antara BN dengan Pakatan - sama ada melalui pilihan raya kecil, mahupun hasil soal selidik.

Justeru, jikapun persempadanan semula kawasan pengundian untuk menjadikan jumlahnya angka ganjil, ia sekadar menyelesaikan masalah secara "teknikal", tetapi gagal menutup realiti bahawa kekuatan Pakatan dan BN sebenarnya terikat pada 50-50. Senario ini tidak pelik di negara demokrasi yang sudah matang sistem dua partinya. Masing-masing hanya mampu meraih majoriti 1-2% lebih daripada pesaingnya. Yang aneh bin pelik adalah situasi di mana parti yang memenangi 51% undi popular, tetapi hanya menawan 40% kerusi, atau parti yang hanya memperolehi 47% undi popular, tetapi menawan 60% kerusi.

Kegagalan sistem pilihan raya menterjemahkan undi kepada kerusi kini dipersalahkan kepada Pakatan oleh pemimpin BN. Cuba bayangkan, apakah reaksi pemimpin BN, seandainya mereka berada pada kedudukan Pakatan - menang lebih undi, tawan kurang kerusi? Sesiapa yang waras akan bangkit menyuarakan ketidakpuasan, apabila kemenangannya dicuri oleh musuhnya. Yang harus dipersalahkan sebenarnya adalah pemimpin BN sendiri. Sejak awal soal persempadanan yang tidak adil ini dibangkitkan, dengan fakta bahawa BN tidak pernah meraih majoriti dua pertiga dari segi undi popular, pada masa yang sama tidak pernah kehilangan majoriti dua pertiga dari segi bilangan kerusi Parlimen (kecuali pada tahun 1969) - sebelum PRU12 pada 8 Mac 2008. Paling ketara, BN meraih lebih 90% kerusi Parlimen dengan hanya 63.85% undi popular pada tahun 2004.

Namun pemimpin BN langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperbetulkan keadaan, kerana persempadanan sedia ada menguntungkan diri mereka. Jadi, ketaksuban kuasa pemimpin BN-lah yang menjerat 1-Malaysia ke dalam senario yang kononnya "tidak stabil" ini. Bukan sahaja pemimpin Pakatan dipersalahkan, malah pengundi pula diberi amaran bahawa mereka perlu memilih BN untuk mengelakkan berlakunya "ketidakstabilan".

Padahal, senario sedemikian menguji sejauh manakah seseorang pemimpin berjiwa besar untuk menangani situasi ini. "Penyatuan" semula masyarakat boleh berlaku. Betapa benci sekalipun anda terhadap Amerika Syarikat, Barack Obama dalam ucapannya sebaik sahaja menang dalam pertarungan sengit pemilihan Presiden, terus mengiktiraf dan memuji pesaingnya daripada parti musuh kerana sumbangannya demi Amerika Syarikat yang lebih baik.

Di Malaysia, setelah merompak kemenangan musuhnya, komuniti Cina pula dipersalahkan dengan menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "tsunami Cina". Kemudian, mereka yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya, dicabar untuk berhijrah ke negara lain. Usah kita mengharapkan pengiktirafan Najib Razak terhadap sumbangan pemimpin dan penyokong Pakatan yang turut menyuburkan demokrasi Malaysia, kita hanya mendoakan agar tiada lagi fitnah yang dipanah kepada pemimpin Pakatan, dan tidak lagi pemimpin Pakatan disumbatkan ke dalam lokap.

Hakikat di sebaliknya. Pemimpin Pakatan dan aktivis reformis terus ditangkap dan ditahan. Tindakan ini bukan sahaja dilihat sebagai provokasi, malah memperlihatkan bahawa pemimpin BN tidak berhasrat merangkumi "pembangkang" ke dalam keluarga Malaysia. Dengan kuasa yang ada (walaupun dirompak melalui sistem pilihan raya yang tidak adil), mereka seharusnya menampilkan kesediaan untuk berkongsi kuasa - sekurang-kurangnya Speaker Dewan Rakyat haruslah disandang calon yang dicadangkan Pakatan. Ia akan memperlihatkan keikhlasan BN untuk merendah diri dan tunduk kepada suara 51% pengundi Malaysia.

Di sini kita diperlihatkan "nilai" yang ada pada pemimpin BN. Keangkuhan kuasa yang bersifat eksklusif, mengasingkan mereka yang berbeza pandangan dengan diri. Untuk BN dahulunya, demokrasi hanya bermakna minoriti akur kepada majoriti. Untuk BN kini, demokrasi boleh jadi minoriti 47% merompak kemenangan majoriti 51%. Namun untuk BN selama-lamanya, suara rakyat tidak akan didengar dan dihormati. Untuk itu, BN memerlukan lebih pengajaran daripada rakyat untuk mengasuh agar mereka tunduk kepada suara rakyat. PRK Kuala Besut adalah peluangnya.

PRK: Pastikan BN kekal 17:15

Posted: 22 Jul 2013 11:46 PM PDT


Pastikan BN kekal 17:15
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hadir di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut petang semalam. Beliau turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM20 ribu untuk membaiki lantai masjid ini. - Foto KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
Pastikan BN kekal 17:15
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (3 dari kiri) hadir di majlis berbuka puasa dan penyampaian dividen Risda negeri Terengganu. Dimajlis itu juga beliau turut memberi sumbangan kurma dan air zam-zam kepada penduduk setempat. Turut hadir Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (3 dari kanan) yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji. - Foto KHIRU SHALEH ABDULLAH
 
BESUT – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengingatkan pengundi PRK Dun Kuala Besut supaya bijak memilih bagi menentukan kemenangan berpihak kepada BN dengan kedudukan 17:15 seperti sebelum ini.

Abdul Azeez berkata, pengundi diharap tidak mensia-siakan amanah yang diberikan untuk memastikan BN kembali kekal menyandang kerusi tersebut.

"Jangan sia-siakan undi yang ada kerana anda penentu masa depan BN di Terengganu.

"Sudah terbukti selama ini kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia benar-benar dapat dirasai," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Dividen Risda Terengganu bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Masjid Haji Husain, Kampung Baharu di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau merayu pengundi untuk membuat keputusan bijak pada hari pengundian Rabu ini bagi memastikan misi dilancarkan PR melalui formula 16:16 itu tidak menjadi kenyataan.

Abdul Azeez yang juga merupakan Ahli Parlimen Baling berkata, rakyat Kuala Besut perlu mengambil iktibar apabila Kedah di bawah pemerintah PR pada penggal lalu.

"Kita pernah rasai betapa perit di bawah PR kerana mereka hanya pandai membuat manifesto tetapi tak pandai melaksanakan.

"Rakyat sudah merasainya dan menolak mereka. Alhamdulillah BN kembali memerintah Kedah," katanya.

Negara dalam bahaya, kata NGO

Posted: 22 Jul 2013 11:45 PM PDT


Negara dalam bahaya, kata NGO
Sebahagian daripada pengikut ajaran Syiah sedang mengikuti ceramah.
 
SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Syiah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Syiah berkembang pesat di Malaysia.

"Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.

"Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Syiah telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui  hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Syiah ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Syiah.

"Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Syiah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

"Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Syiah," katanya.

Menurutnya, ilmuwan, Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menasihati Malaysia untuk membendung Syiah.

"Beliau pernah diajak berdialog bersama puak Syiah, tetapi terpaksa dibatalkan kerana mereka tidak mahu menghormati perjanjian untuk tidak menyebarkan ajaran mereka ke negara Sunni. Sekarang negara dalam keadaan bahaya dan parah," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan antara 300,000 dan sejuta orang, Abdullah Zaik berkata, angka itu sengaja diperbesarkan bagi melambangkan mereka punyai pengaruh yang kuat.

"Apabila Kedah mewartakan Syiah haram, mereka mahu nampak kuat dan nampak ramai. Dengan itu, mereka boleh guna alasan hak asasi untuk tidak diganggu gugat dan mendakwa didiskriminasikan jika kerajaan mengambil tindakan," katanya.

PRK: Isu MB, kenyataan Hadi jujur kata Mahfuz

Posted: 22 Jul 2013 11:43 PM PDT


Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
 
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih jujur dan tidak "hipokrit" bagi berebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut berbanding jawatan Menteri Besar Terengganu itu sendiri malahan tuduhan mengatakan kenyataan itu sebagai "satu perangkap" adalah tidak berasas sama sekali.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi itu sebagai tidak memahami usaha Pas untuk mewujudkan politik baru di negara ini khususnya menjadi pembangkang yang kuat di negeri itu tanpa menjejaskan kedudukan BN sebagai Kerajaan Negeri.

"Kalau kami dapat Kuala Besut, kita tidak mahu jawatan Menteri Besar Terengganu, tapi kami mahu mewujudkan suasana politik baru di Malaysia, bermula dengan Kuala Besut dan Kerajaan Negeri Terengganu itu sendiri.

"Apabila Pas menjadi pembangkang yang kuat, peranan Pas akan lebih berkesan dan segala tindak-tanduk kerajaan negeri nanti, memerlukan rundingan dan persetujuan daripada pembangkang sebelum meluluskan sesuatu dasar dan projek pembangunan yang melibatkan dana awam," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ahmad Zahid mengingatkan pengundi PRK Dun Kuala Besut supaya tidak terpedaya dengan kenyataan Abdul Hadi yang berkata, Pas tidak mahu jawatan menteri besar adalah sebagai 'perangkap'.

Ahmad Zahid berkata, adalah mustahil Pas tidak mahu menuntut jawatan itu sekiranya misi 16:16 dilancarkan dalam kempen PRK kali ini berjaya dicapai.

Sementara itu, mengulas kenyataan Zahid berhubung peruntukan beberapa projek pembangunan di Dun Kuala Besut yang diberikan selepas kempen PRK kawasan itu bermula, beliau menyifatkan BN sebagai sebuah kerajaan yang lemah dan tiada perancangan teliti dalam hal itu.

"Kenapa perlu pembangkang sebut (projek pembangunan), baru kerajaan nak beri, bermakna dia tak ada perancangan teliti, kenapa baru sekarang nak isytihar projek, ini menunjukkan kerajaan cukup lemah," tegasnya.

Tony: Keputusan siasatan CEC diketahui bulan ini

Posted: 22 Jul 2013 11:39 PM PDT

Tony Pua
Tony Pua
 
KUALA LUMPUR - Keputusan siasatan awam berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Disember lalu akan diketahui pada penghujung bulan ini.

Setiausaha Publisitinya, Tony Pua bagaimanapun berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan terbaru mengenai siasatan yang dilakukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu.

"Dalam satu perjumpaan tidak rasmi di Parlimen dengan Kementerian Dalam Negeri mengatakan siasatan akan disiapkan bulan ini.

"Kita tunggulah jawapan daripada pihak ROS," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas status siasatan ROS terhadap pemilihan CEC parti itu pada Disember lalu yang dikatakan tidak sah selepas menerima surat dari ROS dua hari sebelum penamaan calon PRU13.

Agensi itu juga tidak mengiktiraf CEC yang dipilih.

Ketika ditanya jika siasatan tersebut tidak berpihak kepada DAP, beliau menegaskan tindakan susulan akan diambil termasuk mengemukakan rayuan terhadap ROS.

"Kita kena tengok dulu asas keputusan yang diambil oleh pihak ROS.

"Kalau ROS mengambil pandangan yang berlainan, selepas itu baru kita ambil tindakan susulan yang diperlukan," katanya.

Katanya lagi, kali terakhir DAP menyerahkan dokumen dan memberikan keterangan kepada ROS berhubung pemilihan CEC itu pada pertengah bulan lalu.

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, undi Che Long demi Islam!

Posted: 22 Jul 2013 11:35 PM PDT



 Oleh Mohammad Faizal Che Yusof

Pertembungan antara dua parti Melayu dan orang Islam iaini Umno dan PAS bukanlah satu hal yang remeh. Pertembungan antara keduanya bukanlah sekadar perbezaan pendekatan dalam memperjuangkan Islam. Perjuangan Umno yang berteraskan kebangsaan dan perjuangan PAS yang berteraskan Islam cukup untuk menjarakkan kedua-duanya bagai langit dan bumi.

Jangan kita ambil mudah dengan mengatakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Jika kita meletakkan hal dasar atau disebut Groom Norms oleh ahli juris perundangan moden, PAS telah menjadikan Islam sebagai asas kepada perjuangannya sedang Umno meletakkan bangsa sebagai asas.

Bagi PAS, bangsa Melayu akan selamat dan sejahtera apabila Islam itu diutamakan dan itulah yang tiada dalam perjuangan Umno.
 

Isu yang ingin saya nukilkan tidak lain tidak bukan ialah persoalan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan Islam. Apakah Umno selama ini mampu meletakkan negara atau lebih khususnya negeri Terengganu sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan nilai-nilai Islam?

Dengan mengetahui pentafsiran dan penegasan yang dibuat oleh badan yang berbidangkuasa dan berkelayakkan, cukup untuk menjadi jawapan kepada persoalan sama ada pimpinan kerajaan telah lari atau bercakap benar.

Allah telah mentakdirkan selari dengan firmannya bahawa kebenaran dan kebatilan itu tidak mungkin bercampur. Kedua-duanya telah jelas untuk kita memilihnya. Begitu jugalah dalam mencari jawapan kepada isu yang dikemukakan ini.

Dalam satu kes Mahkamah Persekutuan (sebelum 1995 Mahkamah Agong), LINA JOY lwn MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN [2007] 4 MLJ 585, Mahkamah Persekutuan yang dipaneli oleh AHMAD FAIRUZ KETUA HAKIM NEGARA, RICHARD MALANJUM HB (SABAH & SARAWAK) DAN ALAUDDIN HMP, telah menyentuh satu kes berkaitan pentafsiran Islam dalam perlembagaan Persekutuan iaitu CHE OMAR BIN CHE SOH v. Pendakwa Raya, [1988] 2 MLJ 55.

Dalam sidang lima orang hakim Mahkamah Agong pada ketika itu, Ketua Hakim SALLEH ABAS, WAN SULEIMAN, SEAH, HASHIM YEOP A SANI & SYED AGIL BARAKBAH telah membuat satu keputusan berkaitan kedudukan Islam dalam undang-undang Negara.

Mahkamah Agong telah menjelaskan persoalan sama ada Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bersifat kerohanian dan keagamaan sahaja atau bersifat menyeluruh sebagaimana Islam itu sendiri?

Telah diperakui oleh mahkamah sememangnya Islam adalah satu cara hidup yang mana ajarannya merangkumi setiap aspek kehidupan. Islam bukanlah suatu dogma agama semata-mata yang hanya terhad kepada perkara-perkara ibadat dan kerohanian.

Kesimpulan dari hujah dan sejarah yang disingkap, Mahkamah Agong telah memutuskan Islam dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah Islam sebagaimana yang difahami. Islam dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah menjadikan hukum Islam yang bersifat menyeluruh itu terpakai dalam Negara ini. Bahkan Malaysia hingga ke hari ini adalah kekal dengan status Negara Sekular iaitu negara yang bukan berteras kepada agama.

Salleh Abas yang pada ketika itu Ketua Hakim Negara telah menegaskan bahawa sentimen peribadinya yang bersetuju dengan hujah pembelaan tidak boleh mengubah hakikat status undang-undang sekular negara hari ini. Berdasarkan apa yang diungkapkan oleh Mahkamah Agong, kini terpulang kepada dewan perundangan dan ahli politiklah yang bertanggungjawab sepenuhnya jika status undang-undang sedia ada ingin diubah.

Nah, pengundi Kuala Besut kini sekali lagi dipertanggungjawab memilih dan melantik ahli-ahli politik yang menduduki dewan perundangan. Biarpun PRK Kuala Besut hanya di peringkat negeri, kemenangan PAS tentunya akan menyuntik kekuatan tersendiri buat PAS bagi mengutarakan dasar-dasar Islam untuk diterima oleh seluruh masyarakat pada masa hadapan.

Haruslah diinsafi tanpa berbuat sesuatu yang terbaik, kitalah yang bertanggungjawab terhadap sekularnya negara pada hari ini. Kitalah yang bertanggungjawab menjadikan Islam sekadar agama pinggiran di sisi undang-undang hari ini.

Saya akui tanggungjawab yang dipikul oleh PAS bukannya kecil. Namun kita berpegang kepada janji Allah kepada hambanya bahawa Dia akan menolong hambanya yang menolong menegakkan agamanya. Maka tiada alasan lain selain seluruh umat Islam di Kuala Besut berfikir dan berikhtiar untuk meletakkan Islam pada tempatnya dengan memberi undi solid kepada Che Long.

Seorang Lagi Terkandas 65 Hari Di KLIA, Imigresen Bantu Urusan Hantar Pulang

Posted: 22 Jul 2013 11:28 PM PDT

Warga Asing Terkandas - Kerana Disenaraihitam Di Malaysia Dan Ditolak Kemasukan Di Negara Ketiga Tanggungjawab Kedutaan



Alias Ahmad. 

PUTRAJAYA: Seorang lagi warga asing - kali ini rakyat Sudan - Osama Salim Juma Al-Baraa, 24, ditemui terkandas selama lebih 65 hari di ruang transit di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA) pada Selasa lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Alias berkata, beliau menerima laporan itu daripada pasukan petugas mengenai Osama yang merupakan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat yang terkandas di KLIA sejak16 Mei lalu selepas dihantar pulang ke Malaysia kerana ditolak kemasukan di Bangkok, Thailand.

"Mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO), seseorang yangditolak kemasukan di sesebuah negara, akan dihantar pulang ke tempat pelepasan terakhirnya. Dalam kes warga Sudanini, tempat terakhirnya adalah Malaysia.

"Bagaimanapun, Osama dilarang masuk ke Malaysia kerana telah disenaraihitamkan atas sebab menyalahgunakan pas pengajian kerana menetap lebih masa di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Warga Sudan yang terkandas di KLIA, Osama Salim Juma Al-Baraa.

Menurut Alias, ruang transit KLIA sebenarnya merupakan kawasan di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen kerana bahagian itu belum melepasi pemeriksaan Imigresen.

"Dalam struktur KLIA, kawasan Bangunan Satelit (ruang transit) bukan kawasan pintu masuk negara yang digazetkan di bawah Akta Imigresen maka mereka yang terkandas itu adalah di luar kawalan kita," katanya.

Bagaimanapun, Alias menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan sesekali berkompromi dalam isu keselamatan dan keamanan negara.

Jelasnya, mana-mana kes warga asing yang terkandas - kerana disenaraihitam di Malaysia dan ditolak kemasukan di negara ketiga - adalah di bawah tanggungjawab kedutaan negara mereka di sini.

"Namun begitu atas dasar kemanusiaan, kami mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan kes Osama dengan menghubungi Kedutaan Sudan di Malaysia bagi urusan penghantaran pulang.

"Wakil kedutaan sudah pun berjumpa dengan Osama pada Khamis lalu dan akan bertanggungjawab untuk menghantar balik Osama termasuk kos penerbangan selewat-lewatnya minggu depan," katanya lagi.

Ketua Unit Operasi Imigresen KLIA (Main Terminal Building), Mohamed Lamsah Othman (kiri) sedang memberi penerangan kepada Osama (kanan) mengenai maklumat berkaitan urusan penghantaran pulang. 

Beliau menambah, sementara menunggu untuk penghantaran pulang, Osama ditempatkan di 'bilik menunggu' di bawah pengawasan Imigresen di Bangunan Terminal KLIA.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan seorang warga Palestin, Ahmed Kanan, 22, terkandas di KLIA selama lebih 50 hari dan kemudiannya diberikan pas khas selama 30 hari sementara kesnya dikaji olehImigresen.

Alias menambah, bukan amalan bagi Imigresen untuk membenarkan warga asing yang melakukan kesalahan di negara ini memasuki negara begitu mudah kerana perlu menghormati kedaulatan negara dan integriti undang-undang.

"Hanya 'case by case basis' yang dikaji berasaskan kepada kekuatan justifikasi dalam menentukan keputusan untuk memberikan pengecualian itu.

"Pemberian pas khas kepada warga Palestin itu adalah kes pertama seumpamanya dengan mempertimbangkan atas dasar kemanusiaan disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di negaranya," kata Alias.

Adun Pinang Tunggal Kemuka Saksi Dakwaan Doktor Bersikap Rasis

Posted: 22 Jul 2013 11:24 PM PDT



Roslan Saidin.
 
KEPALA BATAS: Seramai empat saksi tampil ke hadapan bagi mendedahkan dakwaan mengenai seorang doktor berbangsa Cina di Hospital Kepala Batas enggan merawat mereka dalam kunjungan yang berasingan sejak Jun tahun ini.

Shahidah Saad, 27, Mariani Mansor, 22, Nurzawani Zakaria, 28, dan Hamid Salleh, 66, meluahkan kekesalan mereka terhadap keengganan doktor terbabit untuk memberikan rawatan ketika kecemasan.

Keempat-empat mereka hadir pada sidang media yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin di Bertam pada Selasa.

Roslan berkata, beliau menerima sebanyak enam aduan di mana lima daripada Hospital Kepala Batas dan satu dari Hospital Seberang Jaya sejak Mei tahun ini yang melibatkan seramai empat doktor.

"Ketika saya membangkitkan isu ini dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri), saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat.

"Sekarang saya melengkapkan dakwaan-dakwaan itu dengan saksi-saksi, ini membuktikan bahawa saya tidak berbohong," katanya.

Roslan turut mendesak exco kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin supaya memohon maaf kepada keluarga yang telibat dan meletakkan jawatannya.

"Semasa sidang DUN baru-baru ini, beliau (Afif) berkata perkara itu bukan di bawah pentadbirannya.
"Sebagai exco kesihatan, beliau seharusnya mengambil tindakan terhadap doktor yang terlibat," tambahnya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Jumaat menggesa supaya Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menyiasat dakwaan mengenai tiga doktor Cina di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas enggan untuk memberikan rawatan kepada pesakit Melayu.

Dakwaan itu merupakan yang pertama dibangkitkan oleh Roslan dalam sidang DUN baru-baru ini.

Manusia pelik akhir zaman

Posted: 22 Jul 2013 07:42 PM PDT


Oleh Idris Hj Ahmad

Setiap kali Ramadan datang maka isu tazkirah akan menjadi polimik oleh pihak yang tertentu seolah-olah tazkirah ialah virus yang merbahaya kepada orang Islam. Seolah-olah tazkirah menyebabkan pahala  puasa hilang.

Bukankah kita digalakkan untuk ingat-mengingati di antara satu sama lain sebagaimana diajar di dalam al-Quran. Bermaksud "Sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang yang beriman."

Jika kita tidak memberi peringatan sesama mukmin, maka siapa lagi yang akan melakukannya? Kita mesti mempunyai keazaman untuk memberi peringatan kepada saudara seagama untuk memastikan mereka juga merupakan ahli syurga.

Begitu juga Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian melainkan orang beriman. Dan orang yang berpesan dengan kebenaran dan orang yang berpesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr : ayat 1-3)

Para sahabat tidak akan berpisah melainkan setelah membaca ayat ini untuk mengingat sesama dengan mereka. Oleh itu, bagi orang lelaki yang  beriman  diwajibkan untuk hadir mengerjakan solat Jumaat dan mendengar dua khutbah Jumaat. Salah satu rukun khutbah ialah nasihat supaya bertaqwa kepada Allah. Khutbah bertujuan untuk memberi tazkirah kepada sidang jamaah yang hadir. Inilah tazkirah mingguan yang disampaikan oleh khatib kepada ahli kariahnya. Harapannya sekurang-sekurang daripada Jumaat ke Jumaat akan ada peringatan daripada khatib. Supaya peringatan sentiasa segar di dalam jiwa pendengar dan menjadi perangsang untuk dekat kepada Allah dan menjauhkan larangannya.

Apa masalahnya apabila Tazkirah diadakan pada malam Ramadhan. Ini peluang yang terbaik untuk memberi peringatan kepada mereka yang hadir. Terutama kepada mereka yang hanya hadir setahun sekali yakni dalam bulan Ramadan. Hari biasa mereka tidak pernah datang ke majlis ilmu yang diadakan di surau atau masjid.

Satu tindakan yang bijak dilakukan oleh pihak surau untuk menganjurkan tazkirah dengan harapan untuk memberi kesedaran agama dan motivasi cintakan Iman dan Islam kepada hadirin yang hadir. Pendakwah yang bijak ialah mengambil kesempatan di majlis yang mana manusia ramai yang hadir untuk menyampaikan bingkisan dakwah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dengan mengumpul saudara mara yang terdekat dengan membuat jamuan kemudian baginda menyampaikan risalah Islam.

Atas semangat inilah juga yang dilakukan oleh pihak penganjur untuk melebar luas dakwah kepada masyarakat. Pada pemerhatian saya ramai yang mula berubah setelah mendengar tazkirah yang disampaikan sempena dengan kehadiran mereka sewaktu bulan Ramadan. Selama ini mereka tidak pernah mendengar majlis yang menyuburkan Iman dan melembutkan hati. Mereka meneruskan datang ke surau atau masjid selepas Ramadan berlalu.

Cuma apa yang penting ialah pemberi tazkirah (Muzakkir) perlu bijak dan mengolah Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berikan motivasi untuk berubah dengan berpaksikan kepada agama. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Yakinlah mereka yang hadir ke majlis ilmu ialah merupakan orang yang berpotensi besar untuk menyokong perjuangan Islam apabila mereka faham agama.

Masjid atau surau yang tidak menganjurkan tazkirah, kebiasaannya kosong setelah Ramadan. Mereka yang datang hanya bermusim, tanpa ada ilmu dan kesedaran Iman. Apakah ini yang kita hendak? Sehingga sanggup mengatakan tazkirah menganggu tarawih. Sepatutnya usaha ini perlu disokong bukan dihalang. Mereka tidak pernah kecewa melihat masjid menjadi usang tidak berpenghuni, tetapi mereka resah melihat manusia berduyun-duyun hadir ke majlis tazkirah. Inilah manusia yang pelik pada akhir zaman.

Peguam Anwar fail permohonan tolak Muhammad Shafee

Posted: 22 Jul 2013 07:34 PM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah

PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfail permohonan secara formal bagi dilucut kelayakan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan sodomi.

Seorang daripada peguamnya Ram Karpal Singh berkata permohonan itu akan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

"Kami akan mengemukakan permohonan disokong dengan afidavit daripada Anwar," kata beliau hari ini.

Muhammad Shafee diberi kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlah, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun, 2008. - Bernama

Harga ayam di P. Pinang masih RM9 sekilo

Posted: 22 Jul 2013 07:32 PM PDT

SINAR HARIAN
Ayam

GEORGETOWN - Penjual di pasar awam di sini masih belum menurunkan harga ayam ke paras RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.
 
Tinjauan Bernama mendapati harga ayam kekal RM9 sekilogram di sekitar Georgetown dan penjual memberi alasan mereka belum menerima sebarang notis untuk menetapkan harga ayam.
 
Seorang peniaga ayam di Pasar Datok Keramat yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, harga ayam setakat ini dijual RM9 kerana ia masih diterima oleh pembeli dan beliau tidak menghadapi masalah permintaan.
 
"Saya memang berharap agar harga ini dapat turun lebih cepat, tapi sebagai peniaga kami tidak dapat berbuat demikian kerana notis penurunan harga daripada kementerian masih belum sampai ke tangan kami," katanya.
 
Selain itu, beliau berkata kerajaan sepatutnya memantau harga ayam di ladang sebagai langkah awal supaya harga ayam tidak akan melambung setiap kali tiba musim perayaan.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, bahagian penguatkuasanya tidak dapat mengeluarkan sebarang arahan kerana belum mendapat notis Skim Kawalan Harga Barang daripada ibu pejabat.
 
Katanya, notis berkenaan akan diedarkan kepada peniaga di seluruh negeri sebelum 26 Julai ini.
 
"Selain ayam, sebanyak 20 barangan keperluan lain juga tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya. - Bernama

Sultan Ahmad Shah muak layan kritikan negatif

Posted: 22 Jul 2013 07:30 PM PDT


Sultan Ahmad Shah
Sultan Ahmad Shah
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menurut baginda, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Baginda juga bertitah bahawa beliau tidak pernah berputus asa dalam usaha menaikkan ranking negara bagaimanapun semua pihak yang berkepentingan dalam bola sepak negara perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan mendadak.

"Soal ranking, saya tahu ramai kecewa, marah dan berikan pelbagai komen. Namun, kita tidak boleh cepat berputus asa dalam usaha menaikkan ranking.

"Janganlah disebabkan ranking kita tidak begitu membanggakan, kita hendak berputus asa, sebaliknya kita perlulah berusaha keras.

"Saya sentiasa berpandangan positif pandangan segelintir pihak mengenai pasukan kita tetapi kita akan terus berjuang teguh di belakang pasukan kebangsaan," kata  baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam laporan media tempatan semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ranking bola sepak dunia memainkan peranan penting bagi sesebuah pasukan kerana ia menjadi penanda aras terhadap kekuatan pasukan berkenaan.

Menteri itu turut menggesa FAM mencari pendekatan seimbang untuk memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya termasuk memperbanyakkan perlawanan berstatus 'A' selain mengurangkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang dilihat tidak begitu membantu menaikkan ranking skuad Harimau Malaya.

Mengulas lanjut, baginda memberitahu semua pihak bebas memberikan sebarang pendapat tanpa sebarang halangan.

"Saya tidak pernah melarang mana-mana individu untuk bersuara...Walaupun kadang-kala saya agak terasa, tetapi itu hak mereka. Apa pun, saya akan terus bertanggungjawab dan bekerja keras demi kebaikan bola sepak negara," jelasnya.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

Tiada ulasan: