Biaqpila |
Posted: 23 Jul 2013 09:00 AM PDT |
Posted: 23 Jul 2013 05:29 AM PDT Hari ini kita digemparkan dengan pendedahan gambar-gambar yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam konon-kononnya makan di dalam tandas/bilik air sekolah sepanjang bulan ramadhan.. Maka ramailah yang marah-marah dengan bermacam kutukan terhadap guru besar sekolah Seri Pistana,Sungai Buloh.. Memang kita patut marah pun jika guru besar berkenaan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di waktu rehat di dalam tandas/bilik air sekolah... Tapi apa yang silap adalah gambar tersebut di sebar tanpa ada penjelasan secara menyeluruh.. Sebenarnya,pelajar-pelajar bukan Islam berkenaan bukanlah makan di dalam tandas tetapi di dalam bilik persalinan pelajar di sekolah berkenaan... gambar berikut mungkin dapat menjelaskan.. Cuma bilik persalinan ini berdekatan dengan kawasan tandas.. Yer.. ramai yang tanya kenapa di asingkan sedemikian rupa.. kenapa tak makan di kantin sahaja..? Difahamkan bahawa kantin sekolah di tutup kerana masih dalam pengubahsuaian sejak awal ramadhan dan pihak sekolah bimbang sekiranya pelajar dibenarkan makan di kantin dibimbangi pelajar akan mendapat kecederaan ketika berada di kantin.. Pelajar bukan Islam di Sekolah berkenaan adalah seramai 26 orang,di mana pelajar berbangsa Cina seramai 3 orang manakala pelajar berbangsa India seramai 23 orang.. Yang kita boleh persoalkan adalah kenapa tidak disediakan satu tempat sementara lain dan bukannya dibilik persalinan..? lianglahad KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
SIAPA YANG BERSALAH? AYAM ATAU KERAJAAN CAP AYAM? Posted: 23 Jul 2013 02:54 AM PDT DEY MACHA!!! JANGAN SALAHKAN KERAJAAN PASAI HARGA AYAM NI KITA SALAHKAN ANWAR IBRAHIM KAH! KAH! KAH! SAMPAI BILA RAKYAT NAK DIBAHALOLKAN? Harga ayam: Jangan salahkan kerajaan SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini. Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan. "Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram. "Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan peniaga dan pengguna yang menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi. Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram. Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013. Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013. Mengulas mengenai penetapan tarikh Skim Kawalan Harga yang didakwa sesetengah pihak terlalu lambat dilaksanakan, Muhammad Shaani berkata, peraturan tersebut sudah ditetapkan. Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku. "Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak. "Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan," katanya. SH KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan