DIALOG RAKYAT |
- Bekas Pegawai Daerah didakwa rasuah wanita mangsa cabul
- Ashraf nafi punca Wan Sakinah putus tunang
- Empat didakwa culik lelaki diconteng ‘Saya hina Islam’
- Kuala Besut medan tarik sokongan pemilihan Umno
- Jerebu kembali untuk tempoh singkat
- Lantikan Muhammad Shafee secara 'fiat'
- Carian 'Kuala Besut' di Google melonjak
- 'Malam diterangi bulan, siang laut bertambah biru'
- Che Long tiada masalah bertemu penyokong BN
- DAP Johor agih kurma sempena Ramadhan
- TPPA: Kedaulatan negara tergugat kerana kecuaian rundingan kerajaan?
- Kempen BN di Kuala Besut, satu undi RM19,000
- Surat terbuka untuk Ahmad Said
- Bank ‘kejar’ pengendali AES
- [PRK Kuala Besut] Undi Hari Bekerja Untuk Menangkan BN?
- Ahmad Shabery sokong niat 'Semut'
- K Besut: 1 kes pelik, bakar bendera kedua-dua parti
- Anwar: Dunia akan perhati kita jika PAS menang
- Mahkamah setuju tangguh rayuan Liwat II
- Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar
- Risau kegiatan pecah rumah meningkat
- Harimau Malaya tersungkur 1-4
Bekas Pegawai Daerah didakwa rasuah wanita mangsa cabul Posted: 22 Jul 2013 04:27 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Seorang bekas pegawai daerah didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang kerana memberi rasuah RM30,000 kepada seorang wanita untuk menarik balik dakwaan gangguan seksual ke atasnya. The Star Online melaporkan bekas pegawai daerah Seberang Prai Tengah, Roslan Yahaya, 52, ditahan pada Isnin kerana memberi wang tunai kepada Adle Ismail, 38, yang juga suami wanita tersebut melalui Mohd Shukri Hamid, 41, kira-kira 10.30 malam pada 3 Januari tahun ini. Wanita terbabit adalah Noor Amiza Azmee, 29. Jika didapati bersalah mengikut kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan ikat jamin RM15,000 dan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Beliau turut mengarahkan Roslan untuk menyerahkan pasport miliknya. Terdahulu, Roslan didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita di pejabatnya di Jalan Betek, Sungai Rambai di sini pada 26 April 2010 | ||||
Ashraf nafi punca Wan Sakinah putus tunang Posted: 22 Jul 2013 04:15 AM PDT PELAKON, Ashraf Muslim menafikan dakwaan menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan antara isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi dengan bekas tunangnya. Semalam, seorang lelaki yang mengaku bekas tunang Sakinah tampil dalam rancangan Melodi memberitahu tentang Ashraf menjadi penyebab putusnya pertunangan mereka. Ashraf menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sewaktu wanita itu sedang dalam tempoh bertunang. "Pembohong lelaki itu. Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya. Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. "Saya sedih apabila perkara sebegini timbul," katanya dipetik dari Kosmo. Ashraf juga meminta agar tidak diungkit cerita-cerita lama memandangkan dirinya sudah berkahwin dengan Sakinah. "Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. "Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih. Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini," katanya. Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011 | ||||
Empat didakwa culik lelaki diconteng ‘Saya hina Islam’ Posted: 22 Jul 2013 04:07 AM PDT BahasaEmpat lelaki yang dituduh menculik dan mencederakan seorang anak muda Cina sebelum menconteng "Saya hina agama Islam" didadanya didakwa menculik di mahkamah Shah Alam hari ini.Mereka adalah Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Muneer di Seksyen 25 pada 15 Julai pada 4.30 pagi. Tiada pengakuan direkodkan.Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang boleh membawa hukuman maut. Semasa prosiding, peguam suspek memberitahu Nurul Shahida Zainal anak guamnya mengadu dicederakan semasa dalam tahanan. Majistret kemudian mengarahkan dua daripada suspek melakukan pemeriksaan kesihatan. Ketika dibawa masuk ke mahkamah, dua daripada mereka menjeritkan "Allahuakhbar" selama beberapa kali sementara seorang lagi tertuduh kelihatan menangis. Keluarga mereka juga kelihatan sangat emosi. Dilaporkan mangsa Ng Mun Tatt (gambar), 21 telah mengatakan beliau diculik kerana wang dan perkataan "Saya hina agama Islam" merupakan taktik oleh penculik agar beliau dipukul oleh orang awam jika mahu melarikan diri. Gambar dada Ng yang diconteng tersebar ke internet. | ||||
Kuala Besut medan tarik sokongan pemilihan Umno Posted: 22 Jul 2013 04:04 AM PDT Muhammad FaizalPerkara itu dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat yang melihat kedatangan pimpinan utama Umno hanya menonjolkan aktiviti peribadi bukannya calon Barisan Nasional. Beliau yang menyifatkan tindakan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku seorang penduduk yang uzur di Kampung Gong Nering semalam merupakan tindakan yang baik. Tambahnya, tetapi perkara itu hanya berlaku pada waktu PRK sahaja dan kenapa hanya tumpuan kepada beliau bukannya calon BN. "Kita tengok suasana hangat dan meriah berlaku di pos-pos BN setiap malam, sebab apa ia berlaku adalah kerana ia merupakan hari terakhir kempen Majlis Tertinggi Umno untuk sesiapa yang yang bertanding nanti. "Dan mereka yang berhasrat untuk bertanding mengambil peluang menonjolkan diri mereka sedangkan soal calon mereka diketepikan," jelasnya ketika ditemuai di Markas Utama PAS, Kampung Baharu. Beliau juga mengulangi jika Zahid boleh melakukan perkara sedemikian untuk menjadi popular sudah pasti peluang itu turut diambil oleh pimpinan lain sama ada dari Pemuda, Puteri mahupun Wanita Umno. "PRK ini menjadi kempen untuk diri sendiri bukannya untuk calon BN. "Individu yang berhasrat untuk bertanding datang ke Kuala Besut lebih mementingkan agenda peribadi dari tujuan asal BN pada PRK," sambung beliau. | ||||
Jerebu kembali untuk tempoh singkat Posted: 22 Jul 2013 03:58 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, ekoran perubahan corak tiupan angin. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, corak tiupan angin itu akan berubah dalam tempoh dua atau tiga hari dengan angin barat laut kelajuan sederhana akan bertiup di utara Semenanjung dan angin lemah pelbagai hala akan bertiup di bahagian tengah dan selatan. "Keadaan tiupan angin ini, dijangka akan membawa hujan terutamanya di bahagian pedalaman negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu. Malaysia masih mengalami Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September. Peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca yang agak kering sejak dua hari lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu di beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung, menurut kenyataan itu. Tiga kawasan iaitu Bukit Rambai, Bandaraya Melaka dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu masing-masing 122, 112 dan 105, sehingga 9 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, IPU di Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka telah meningkat berbanding bacaan yang direkodkan pada 6 pagi iaitu 117 dan 104. Beberapa kawasan di Semenanjung pula menunjukkan bacaan sederhana termasuk Muar (87), Nilai (80), Port Dickson (88), Seremban (74) dan Pelabuhan Klang (80). Tahap kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan masih berada di tahap baik. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. Bulan lepas, Malaysia mengalami jerebu yang agak teruk sehingga ada kawasan mencatatkan tahap pencemaran udara berbahaya dan sekolah terpaksa ditutup sementara. - Bernama | ||||
Lantikan Muhammad Shafee secara 'fiat' Posted: 22 Jul 2013 03:56 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah dilantik oleh Peguam Negara sebagai pendakwa untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat. Muhammad Shafee memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa beliau telah dilantik untuk bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan, secara "fiat" mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Selepas prosiding berakhir, Muhammad Shafee memberitahu pemberita surat pelantikannya ditandatangani Peguam Negara bertarikh 2 Julai tahun ini dan beliau menerima surat itu pada 11 Julai lepas. Rayuan itu dijadual untuk pendengaran hari ini dan esok tetapi panel Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Ramly Ali menanggguhkannya dan menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran selepas peguam Ram Karpal Singh memaklumkan mahkamah peguam utama pasukan pembelaan Karpal Singh sedang dirawat di hospital. "Kami akan maklumkan (kepada pihak pendakwa dan pembelaan) tarikh baharu pendengaran menerusi surat," kata Hakim Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. Ram Karpal sebelum itu memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan rayuan itu kerana Karpal Singh telah dimasukkan ke wad Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu. Beliau turut menyerahkan kepada mahkamah salinan surat pengesahan Karpal Singh, 73, dimasukkan ke hospital bagi sakit belakang. Sementara itu, Ram Karpal memaklumkan mahkamah pihak pembelaan membantah pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa tetapi Hakim Ramly meminta beliau mengemukakan perkara itu pada tarikh pendengaran akan datang. Ram Karpal kemudiannya memberitahu pemberita pihak pembelaan membantah atas alasan ia mungkin tidak sesuai bagi beliau (Muhammad Shafee) mewakili pihak pendakwa kerana kes Anwar bermotifkan politik dan beliau (Muhammad Shafee) pernah dilantik mewakili Umno dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini. Muhammad Shafee berkata berikutan keadaan kesihatan Karpal Singh, adalah tidak beretika untuknya membantah permohonan penangguhan itu. Beliau bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi pendengaran secepat mungkin kerana menurutnya beliau telah membaca 25 jilid rekod rayuan dan mahukannya segar dalam ingatannya. | ||||
Carian 'Kuala Besut' di Google melonjak Posted: 22 Jul 2013 03:55 AM PDT SINAR HARIAN KUALA BESUT - Pilihan Raya Kecil kawasan Dun Kuala Besut telah menyebabkan graf pencarian dengan kata kunci 'Kuala Besut' menggunakan enjin carian Google.com meningkat mendadak. Mengikut rekod enjin carian tersebut, kata kunci "Kuala Besut" mempunyai lebih 9.5 juta pautan dan keputusan. Ia merangkumi pencarian rumah sewa, hotel, lokasi kedai makan, jumlah pengundi dan pecahannya, maklumat calon parti yang bertanding dan berita semasa mengenai PRK kawasan itu. Menurut rekod itu lagi, graf tersebut mencatat bacaan tertinggi pada 26 Jun lepas iaitu pada hari penyandang kerusi Dun berkenaan, Dr A. Rahman Mokhtar dari BN, meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Grafnya menurun semula selepas itu dan kembali meningkat pada 12 Julai lepas, hari Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan hari pengundian. Carian kata kunci imej 'Tengku Zaihan' atau nama penuh calon BN itu, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pula mencatatkan beribu gambar yang berkisar mengenai penamaan calon, lawatan rumah ke rumah serta kempen yang diadakan. Turut menjadi tumpuan klik pengguna adalah laman sosial Facebook Tengku Zaihan di https://www.facebook.com/ Alamat Facebook calon Pas, Endot@Azlan Yusof pula tidak ditemui. - Bernama | ||||
'Malam diterangi bulan, siang laut bertambah biru' Posted: 22 Jul 2013 03:53 AM PDT TINGGAL dua hari sahaja lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, kerusi panas pertama yang menjadi rebutan selepas PRU13. Penulis yang sudah berkampung di Kuala Besut sejak minggu lalu dapat merasakan debaran yang kian memuncak menantikan detik bersejarah ini. Walaupun cuaca agak kering ditambah pula dalam bulan Ramadan, sisa masa yang tinggal ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera BN dan PR bagi memastikan kempen mereka berjaya menawan hati pengundi tanpa mengenal siang dan malam. Namun sepanjang pemerhatian penulis di sini, seperti sudah menjadi trend, BN menggunakan waktu siang untuk berkempen dan bertemu pengundi manakala PR pula lebih senang 'beroperasi' di malam hari. BN nampaknya benar-benar menggunakan tagline "Laut Kuala Besut Bertambah Biru" dan menggunakan sepenuhnya masa di siang hari untuk beramah mesra bersama pengundi. Sinar Harian Online dapat melihat bot-bot yang dipasang bendera BN membiru menghiasi pesisir pantai dan sesekali membelah lautan membawa bendera keramat parti itu. Sepanjang tempoh berkempen ini, BN dilihat agresif memberikan pelbagai tawaran menerusi pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pengundi. Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan juga telah menyatakan parti itu mempunyai strategi yang tersendiri untuk berkempen. "Kita ada strategi kita sendiri mahu berkempen, kita tak perlu nak adakan ceramah sehingga ke malam seperti parti yang satu lagi (Pas)," katanya baru-baru ini. PR pula yang lebih gemar menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan mesej mereka memilih waktu malam untuk memancing undi. Malam yang sunyi di kampung-kampung Kuala Besut menjadi riuh dengan suara-suara pemimpin PR yang hadir ke kawasan itu menyampaikan ceramah. Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Pas akan menggunakan masa malam sepenuhnya untuk menyampaikan ceramah walaupun ada masa waktu siang turut berkempen. Katanya, pendekatan Pas berbeza dengan BN dalam proses memancing undi rakyat. "Kita akan berkempen, sampaikan maklumat. "Kita tak akan ikut cara BN, kita sampaikan maklumat biar rakyat yang fikirkannya sendiri," katanya pada satu ceramah yang diadakan di Kg Air Terjun, di sini. Pas yang sinonim dengan gelaran bulan mengambang menggunakan sepenuhnya lambang itu bagi menerangi malam-malam mereka di Kuala Besut. | ||||
Che Long tiada masalah bertemu penyokong BN Posted: 22 Jul 2013 03:50 AM PDT
Calon PAS, Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long yang sempat ditemui Harakahdaily menjelaskan program kempennya telah memasuki pusingan kedua dan tumpuan beliau selain mendekati sanak saudara, penyokong Barisan Nasional (BN) turut menjadi sasarannya. Beliau ketika ditanya mengenai sambutan penduduk memberitahu amat berpuashati dengan penerimaan dirinya sepanjang beliau berkempen menemui pengundi-pengundi termasuk sanak saudara. "Sepanjang dua hari ini saya tumpukan perhatian mengunjungi sanak saudara saya, syukur mereka menyokong saya. "Saya berpuashati dengan sambutan yang diberikan serta penerimaan mereka terhadap saya," jelasnya yang ditemui di Markas Utama PAS Kampung Baharu. Menurutnya lagi, selain itu juga beliau turut memasuki kubu kuat BN dan bertemu dengan penyokong BN. "Saya juga masuk ke kawasan kuat BN serta bertemu dengan pengundi mereka, tidak ada masalah untuk saya berbual serta meminta sokongan untuk pilih saya. "Kebanyakannya saya kenali begitu juga mereka, lagi pun sebelum ini sudah selalu berbual jadi tak ada masalah bagi saya. "Kita berusaha sedaya yang mampu dan tidak akan putus asa, selebihnya kita serah pada Allah. Janji Dia telah ada cuma kita tidak tahu dan saya pasti kita ada kelebihan," sambungnya lagi. Che Long yang akan memberi tumpuan kepada Kampung Seberang Barat bagi kempen terakhir dan beliau sasarkan untuk bertemu seramai mungkin penyokong BN. | ||||
DAP Johor agih kurma sempena Ramadhan Posted: 22 Jul 2013 03:47 AM PDT Roketkini.com GELANG PATAH,: DAP Johor semalam mengagihkan sumbangan kurma kepada peniaga dan pengunjung Bazaar Ramadhan, Taman Nusa Perintis, Gelang Patah. Sumbangan sempena Ramadhan itu disampaikan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang dan ADUN DAP Skudai, Dr Boo Cheng Hau. Menurut Kit Siang, sumbangan ikhlas itu adalah untuk menyemarak dan mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan untuk majoriti rakyat yang beragama islam. "Pemberian itu sebagai tanda keprihatinan DAP dan Pakatan Rakyat khasnya untuk masyarakat yang beragama islam, penduduk dan peniaga tanpa pengira fahaman politik dan kaum. "Ini juga merupakan peluang untuk kita mendekati, berinteraksi dan sama-sama menghayati bulan penuh kemuliaan ini," katanya ketika ditemui setelah selesai mengagihkan kurma," katanya yang juga Ketua Parlimen DAP. Dr Boo pula berkata, ia sudah menjadi tanggungjawab wakil rakyat untuk sentiasa peka dan menjaga keakraban bersama rakyat supaya mereka berasa lebih dihargai. "Walaupun PRU sudah dua bulan berakhir, tapi itu bukan bermakna kita boleh lepas tangan. Kita akan terus menerus berusaha membantu rakyat antaranya menerusi bantuan seperti ini serta pembangunan sosial dan sahsiah," ujarnya yang juga Pengerusi DAP Johor. Rata-rata pengunjung dan peniaga memberi maklum balas positif bukan saja kerana dapat bertemu lebih erat dengan pimpinan DAP tapi juga tidak menyangka dihargai sedemikian. | ||||
TPPA: Kedaulatan negara tergugat kerana kecuaian rundingan kerajaan? Posted: 22 Jul 2013 03:43 AM PDT
2. Bagi sebuah kerajaan yang gah mengumumkan ketibaan era pentadbiran inklusif dan berakhirnya zaman "government knows best", rundingan TPPA ini adalah manifestasi sikap gopoh dan tidak cermat kerajaan yang terus menerus membelakangkan penyertaan rakyat di dalam amalan pentadbiran. 3. Kegopohan kerajaan bersandarkan kepada alasan bahawa TPPA boleh melonjakkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi. Berpandukan kepada kajian dari sebuah think tank ekonomi berpangkalan di Washington, Malaysia diunjur untuk mencatatkan penambahan tahunan sebanyak USD 40 billion dalam hasil eksport, USD 25 billion penambahan tahunan dalam pendapatan kasar, akses kepada ekonomi AS yang bernilai USD 15 trillion serta pasaran perolehan kerajaan yang bernilai USD 500 billion setahun. 4. Namun demikian, mengambilkira falsafah yang digunapakai kerajaan di dalam perlaksanaan ETP, kami percaya faedah pendapatan tinggi ini hanya akan dirasai oleh kumpulan pemodal dan elit-borjois manakala golongan marhaen terbanyak akan terus terpinggir sepertimana yang berlaku sekarang. 5. Selagi mana faktor-faktor keadilan ekonomi tidak mendapat keutamaan, TPPA akan terus menjarakkan pendapatan sebenar dikalangan kelompok ekonomi masyarakat. Kajian awal beberapa NGO profesional turut mendedahkan perlaksanaan TPPA kelak akan memberi impak secara langsung terhadap kenaikan mendadak kos yang mesti ditanggung oleh pengguna di dalam sektor kesihatan, ICT dan perkhidmatan. 6. Sekiranya butiran TPPA didedahkan, kami percaya lebih banyak impak negatif terhadap isu-isu kepenggunaan diluar dari dua sektor ini akan dapat dikesan. Situasi inilah yang ingin dielakkan oleh kerajaan yang mahu rakyat hanya menurut tanpa bantahan bagi membolehkan kerajaan menyegerakan pemuktamadan rundingan. Keadaan ini akan mengizinkan segelintir kumpulan pelobi mengejar keuntungan segera di samping membolehkan pemerintah mengukuhkan imej dan legitimasinya pada kaca mata Washington pasca PRU ke-13. 7. TPPA adalah adalah agenda yang boleh mengancam kedaulatan Negara secara "by design". Pihak konglomerat Multinational Corporations (MNC) bebas melabur dan berniaga di pasaran tempatan dan pihak kerajaan tidak dibenarkan melindungi perusahaan tempatan kerana ini dilihat sebagai 'kezaliman' kepada MNC. Bahkan pihak MNC boleh menyaman pihak kerajaan sekiranya tindakan kerajaan dilihat 'mengancam' pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat mega tersebut. 8. Nah, apa yang akan berlaku kepada perusahan kecil dan sederhana (PKS) tempatan? Apakah selepas ini kerajaan perlu menjadi pak turut MNC kerana bimbang disaman dan sekiranya disaman berapa juta atau bilionkah yang terpaksa dibayar kepada pihak MNC tersebut? Inilah agenda halus yang diungkapkan oleh sesetengah pemikir sebagai agenda mewujudkan America's Pacific! 9. Sepatutnya kerajaan mempelbagaikan penyertaan meliputi pakar-pakar segenap bidang dengan perwakilan dari anggota-anggota parlimen dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Malah kepelbagaian ini sepatutnya diterapkan sehingga kepada jawatankuasa perunding antarabangsa dan bukannya dimonopoli oleh birokrat MITI dan kerajaan semata-mata. 10. Sekiranya kerajaan boleh menganjurkan perundingan nasional dengan menjemput kumpulan-kumpulan masyarakat madani untuk turut serta merangka bajet tahunan, kenapakah tiada pendekatan yang sama digunakan untuk TPPA? 11. Apakah yang begitu ingin dirahsiakan kerajaan? Berdasarkan kepada perkembangan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian rundingan mestilah ditangguhkan sehinggalah kerajaan memperincikan butiran TPPA ini untuk penilaian awam dan membuka penyertaan di dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengemudi rundingan. 12. Draf akhir TPPA ini pula mesti dibahaskan secara terbuka dengan muktamad akhir penerimaan atau penolakannya dihakimkan oleh rakyat sendiri menerusi satu referendum bebas. 13. Bagi pihak DPPM insyaallah, melalui INFO [Institut Pemikiran Fadhil Noor] yang ditubuh bawah Lajnah Penerangan DPPM akan menganjurkan wacana bersiri mengenai TPPA : Kesan dan Ancaman kepada ekonomi negara dan ummah. Nasrudin bin Hassan Ketua DPPM | ||||
Kempen BN di Kuala Besut, satu undi RM19,000 Posted: 22 Jul 2013 03:38 AM PDT
Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini, badan reformis pilihan raya itu menegaskan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu. Bersih juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan amaun ini dalam tempoh tiga hari baki kempen sebelum hari membuang undi, 24 Julai ini. Bersih berpendapat, amalan memancing undi dengan menyalahgunakan dana awam, bukan sahaja melanggar etika pilihan raya, tetapi turut menunjukkan perancangan pembangunan secara ad-hoc didorong oleh kepentingan politik semata-mata. Sehubungan itu, Bersih menyeru pengundi Kuala Besut untuk bebas daripada amalan rasuah memandangkan rakyat berhak untuk menerim dana pembangunan secara sihat. Memandangkan kepentingan pilihan raya terus terjamin, Bersih 2.0 menggesa semua pengundi Kuala Besut yang tinggal atau bekerja di tempat lain untuk pulang ke kawasan mereka untuk mengundi bagi menghalang sebarang percubaan penyamaran di kalangan pengundi hantu dan mengundi bagi pihak mereka. Sebelum ini, PAS berpendapat peruntukan sebanyak RM377.45 juta untuk projek-projek yang diumumkan kerajaan setakat ini jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK. Sebanyak sembilan projek yang dijanjikan kerajaan BN, termasuklah projek mendalamkan Sungai Besut bernilai RM250 juta, membina pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out bernilai RM10 juta, projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi Tok Saboh bernilai RM28 juta dan projek masjid terapung dengan kos RM12 juta. Terbaru, kerajaan mengumumkan projek pembinaan Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani khususnya penanaman padi di Pengkalan Nangka. | ||||
Surat terbuka untuk Ahmad Said Posted: 21 Jul 2013 08:21 PM PDT
Datuk Seri Ahmad Said, Sejurus selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13, sebuah akhbar arus perdana melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu yang diperintah Barisan Nasional (BN) tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang tidak dimenangi BN. Saudara turut dipetik berkata tidak akan membina rumah mampu milik di kawasan DUN yang BN kalah. Sebaliknya rumah mampu milik itu hanya akan dibina di kawasan yang dimenangi parti saudara saja. Tindakan itu menampakkan tanda-tanda membalas dendam terhadap rakyat yang memilih untuk tidak menyokong BN. Sedangkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seorang warganegara Malaysia untuk memilih wakil mereka, sesiapa saja yang rakyat rasakan cocok. Terbaru, muncul video ucapan saudara menghuraikan maksud "adil" dengan pengertian yang sangat dangkal. Sekaligus menggambarkan pendirian politik saudara dan mungkin juga keseluruhan parti saudara. Di dalam video itu saudara menyatakan, "Adil ertinya memberi dan menerima. Tuan-tuan beri undi (pada) kita, kita beri bantuan pada tuan-tuan. Tuan-tuan tak undi kita, kita tak berilah. Betul tak? Inilah politik. Politik mendahulukan pengikut dia." Pendirian politik sedemikian bukan saja bercanggah dengan semangat perlembagaan dan demokrasi. Tetapi juga mencerminkan pemahaman politik yang bejat. Nampaknya saudara tidak faham prinsip demokrasi yang menjadi tapak asas negara ini dan peranan sesebuah kerajaan di dalam negara demokrasi. Maka saya terpanggil menulis warkah ini untuk menjelaskan kepada saudara, moga-moga hilangnya gelap pembodohan dengan cahaya pencerahan. Demokrasi dan Kuasa Rakyat Enam tahun selepas Kemerdekaan tanah air kita, Tunku Abdul Rahman menegaskan di dalam Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963 dengan ikrar bahawa Malaysia "akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat…" Di dalam sistem demokrasi yang ideal kuasa dan pembabitan politik tidak berpusat kepada mana-mana individu atau kumpulan kecil sebaliknya dikongsi bersama semua rakyat. Sekiranya saudara hendak memahami dengan mudah bentuk kekuasaan rakyat ini, mungkin saudara boleh rujuk kartun politik dari akhbar Majlis pada Februari 1948 yang melakarkan slogan dilaungkan parti UMNO lama (bukan UMNO Baru yang saudara sertai sekarang) iaitu, "Rakyat itu raja!" Sekalipun kuasa itu di tangan semua, leluhur kita telah memilih sistem yang dirasakan lebih menjamin semak dan imbang untuk melancarkan urusan pentadbiran. Maka dibahagikan kuasa kepada tiga badan; badan penggubal undang-undang, pelaksana undang-undang dan badan yang menjalankan urusan pentadbiran mengikut undang-undang. Beralasankan praktikal bahawa mustahil setiap seorang rakyat boleh terbabit dalam membuat keputusan atau mungkin mahu meniru saja sistem Westminster, maka leluhur kita telah memilih sistem demokrasi perwakilan dan berparlimen. Tiap seorang rakyat yang dikatakan 'raja' itu perlu memilih wakil mereka untuk urusan penggubalan undang-undang dan orang yang akan menguruskan negara bagi pihak mereka dalam hal pentadbiran. Sebab itulah saudara digelar wakil rakyat dan bukannya wakil UMNO atau wakil juak-juak Mat Said. Rakyat perlu memilih seseorang atau sekumpulan manusia untuk mewakili mereka. Ketepikan dulu soal adil atau tidak, pemilihan dibuat berdasarkan undi dan siapa yang memiliki lebih banyak undi daripada pesaingnya akan menang. Namun ini pemilihan, bukan pertandingan kalah mati yang mana pemenang hidup dan yang kalah mati. Ibaratkan satu keluarga dengan tujuh orang anggota dan cuma satu kenderaan. Pening memikirkan mahu balik ke kampung sebelah ayah atau sebelah ibu pada Hari Raya pertama. Akhirnya mereka bersetuju memutuskan dengan undian ala first past the post. Tiga undi memihak kepada kampung si ayah dan empat undi memihak kampung si ibu. Maka berapakah bilangan ahli keluarga yang akan pulang ke kampung sebelah ibu? Tentulah semua tujuh ahli keluarga kerana pengundian itu hanya bertujuan memudahkan pilihan, bukan mengetepikan sesiapa. Cuma kalau mengikut rumus keadilan saudara yang bermasalah, empat ahli keluarga akan pulang ke kampung sebelah ibu dan tiga lagi tinggal di rumah, terhukum! Hak Rakyat Kembali kepada apa yang dikatakan "rakyat itu raja". Saudara hendaklah sedar bahawa apabila disebut rakyat, ia merujuk kepada warga sesuatu negara atau negeri, yang terdiri daripada mereka yang menyokong saudara dan tidak menyokong saudara. Apabila dikatakan "rakyat itu raja" maka ia juga membawa makna negara ini milik setiap rakyatnya, tidak kira apa pandangan politik mereka. Bukan seperti zaman dahulu kala apabila negara dan segala hasilnya adalah milik mutlak individu tertentu baik dengan gelaran Maharaja, Raja, Pembesar dan sebagainya. Sekiranya saudara boleh faham ini, maka saudara akan tahu bahawa setiap hasil negara mahu pun negeri adalah hak rakyat dan bukan hak saudara serta juak-juak saudara. Kuasa dan harta rakyat telah diamanahkan kepada saudara untuk diurus dan ditadbir, dengan harapan kebaikannya akan dirasai semua tidak kira siapa. Maka bolehlah dikatakan perbuatan menyalahgunakan amanah itu untuk kepentingan politik sendiri, UMNO dan penyokong saudara semata adalah pengkhianatan terhadap hak rakyat. Tidak kira parti mana yang melakukannya, yang salah tetap salah. Kecurangan seperti ini sedikit demi sedikit mencabut nyawa demokrasi yang sememangnya sudah nyawa-nyawa ikan serta membiakkan feudalisme. Barangkali kegagalan saudara untuk memahami sistem negara ini membuatkan pengertian "adil" saudara herot. Atau mungkin kacau-bilau pandangan saudara berpunca daripada pemahaman politik saudara, yang melihat politik tidak lebih daripada sekadar perebutan kuasa demi terus berkuasa dan membolot segala kepentingan diri. Sekiranya saudara seorang yang budiman dan memiliki pemahaman politik yang jernih, tentu saudara akan berjiwa besar mewakili seluruh rakyat -sesuai dengan gelaran wakil rakyat- dan tidak hanya memikirkan puak-puak sendiri dan survival politik sendiri. Saya menyeru saudara Ahmad Said supaya saudara dan parti saudara meninggalkan amalan korup sebegitu dan jadilah ahli politik berjiwa besar dan demokrat. | ||||
Posted: 21 Jul 2013 08:15 PM PDT KL TODAY PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge. Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan. Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan. Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman. Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai. Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012. Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta. Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh. Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor. Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd. Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan. | ||||
[PRK Kuala Besut] Undi Hari Bekerja Untuk Menangkan BN? Posted: 21 Jul 2013 08:11 PM PDT KELAB GREENBOC Hari Rabu ini keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan diketahui. Apakah Barisan Nasional (BN) akan kekalkan kerusi DUN ini atau mampukah PAS melakukan kejutan merampas kerusi ini dari BN? Nampaknya atas kertas, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kedudukan BN di DUN Kuala Besut. Pertamanya, bukan sahaja DUN Kuala Besut, malah kerusi Parlimen Besut itu sendiri sudah merupakan kubu kuat Umno. BN menguasai Parlimen Besut dan empat DUN di bawahnya iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut sekurang-kurangnya untuk dua penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan pada PRU-13 Mei lepas. Kalau ia pun calon PAS, Azlan Yusof ada peluang untuk membuat kejutan walaupun dengan kemenangan tipis, peluang tersebut tampak tipis. Sudah diketahui umum, asas sokongan untuk Pakatan Rakyat ialah di kawasan bandar dan daripada pengundi muda di bawah 45 tahun. Untuk PAS mempunyai peluang membuat kejutan di Kuala Besut, parti Islam tersebut perlu mendapat sokongan undi maksima daripada pengundi Kuala Besut yang menetap dan bekerja di Lembah Klang misalnya. PAS juga perlu mendapatkan undi sebanyak mungkin daripada kategori pengundi muda dibawah 45 tahun. Sekali lagi pengundi muda di bawah 45 tahun kebanyakkannya menetap dan bekerja di luar Terengganu. Cabaran yang paling getir dihadapi oleh PAS di Kuala Besut ialah bagaimana hendak menang kerusi ini tanpa kehadiran pengundi muda yang menetap di Lembah Klang atau yang menetap di luar Terengganu. Kelebihan kepada BN Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada hari Rabu (hari bekerja) sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana rata-rata pengundi tempatan merupakan golongan veteran atau berumur 45 tahun ke atas. Lazimnya pengundi berumur 45 tahun ke atas kebanyakkannya penyokong BN. Agak menghairankan apabila SPR menetapkan 14 hari berkempen seolah-olah kempen PRU, tetapi menetapkan hari mengundi pada hari bekerja. Sudahlah hari bekerja, pilih pula hari Rabu. Keputusan ini jelas akan merumitkan pengundi Kuala Besut yang menetap di luar Terengganu untuk balik mengundi kerana seorang pengundi perlu memohon cuti tahun untuk balik mengundi di Kuala Besut. Pengundi luar sudah pasti akan keberatan untuk memohon cuti tatkala kurang tiga minggu lagi, mereka perlu memohon cuti tahun (cuti tambahan) untuk sambutan Hari Raya Puasa. Sudah tentu mereka tidak mahu menghabiskan cuti tahunan mereka untuk PRK Kuala Besut tatkala mereka lebih memerlukan cuti peruntukkan cuti tersebut untuk sambutan Aidilfitri nanti. FMT menghubungi salah seorang petugas PAS PRK Kuala Besut yang dipertanggungjawabkan untuk menghubungi pengundi-pengundi luar dan meyakinkan pengundi-pengundi luar ini balik ke Kuala Besut. Pengundi tidak sanggup balik "Semalam sahaja saya sudah menghubungi 50 pengundi Kuala Besut yang bekerja di luar Terengganu. Tidak sampai 10 pengundi yang sanggup balik untuk mengundi. Selebihnya tidak mahu balik atas alasan tidak mahu korbankan cuti tahunan yang disimpan untuk sambutan Hari Raya Puasa tidak lama lagi. "Saya boleh katakan 90 peratus pengundi luar yang saya hubungi semalam merupakan penyokong Pakatan Rakyat tetapi mereka terpaksa mengutamakan sambutan Hari Raya Puasa. "Mereka juga beri alasan bahawa mereka perlu ambil cuti tahunan yang panjang ketika sambutan Hari Raya Puasa nanti memandangkan cuti sekolah juga sudah bermula serentak dengan sambutan Aidilfitri. "Mereka mahu menggunakan kuota cuti tahunan yang ada itu untuk membawa isteri dan anak-anak bercuti di kampung dan melancung," kata petugas tersebut. Kenapa SPR tidak mahu menetapkan tarikh mengundi pada hari Sabtu atau Ahad (cuti hujung minggu), hanya SPR sahaja yang tahu. Tetapi adalah tidak sukar untuk pembaca, pemerhati politik dan penyokong Pakatan Rakyat untuk meneka rasional SPR menetapkan tarikh PRK Kuala Besut pada hari bekerja. -FMT | ||||
Ahmad Shabery sokong niat 'Semut' Posted: 21 Jul 2013 07:58 PM PDT BESUT – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) menyokong langkah kumpulan sukarelawan Semut (Sensible and Ethical Malaysians United Troopers) memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Menteri KKM, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bukan sahaja kumpulan sukarelawan tersebut tetapi beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama-sama membantu menangani unsur negatif di alam siber. Ahmad Shabery berkata, tindakan itu sangat baik kerana ia dapat membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menangani perkara negatif di alam siber. Menurut beliau, sekiranya terdapat pihak yang memainkan peranan memantau dan melaporkan kepada SKMM, ia sekurang-kurangnya dapat membantu suruhanjaya tersebut. Katanya, tugas SKMM bukan tertumpu untuk mencari pesalah sebaliknya berdasarkan laporan dibuat oleh orang ramai. "Baguslah begitu…itu satu perkara yang baik sebab jenayah dilakukan melalui dunia siber terlalu luas. "SKMM hanya ada beberapa belas orang yang bertugas untuk memantau penggunaan siber. Jadi kalau ada orang nak memantau dan buat laporan memang kita alu-alukan. Tiada masalah," katanya selepas mengadakan lawatan ke lima buah rumah di Kampung Gertak Seratus di Kuala Besut di sini, hari ini sambil mengadakan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Kelab Umno Luar Negara. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kumpulan sukarelawan itu yang mahu memantau serta menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Sebelum ini, negara digemparkan dengan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka. Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!" | ||||
K Besut: 1 kes pelik, bakar bendera kedua-dua parti Posted: 21 Jul 2013 07:55 PM PDT MALAYSIA KINI Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sehingga kini tercatat sebagai pilihan raya kecil paling tenang dengan hanya empat kes dilaporkan setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Daripada laporan itu, satu daripadanya dianggap 'laporan yang pelik' iaitu melibatkan kejadian membakar bendera kedua-dua parti bertanding. "Ertinya ia bukan disebabkan pihak lawan tetapi mungkin ada pihak lain yang sengaja mahu membuat provokasi. "Jadi saya harap trend tenteram ini akan berlanjutan sehingga selepas hari mengundi di mana polis akan sentiasa memantau dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua," katanya selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di Kuala Besut semalam. Ahmad Zahid berkata selain kerjasama parti-parti bertanding, keadaan tenang itu terhasil menerusi kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan penugasan 2,789 pegawai dan anggota dari seluruh negara sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu. Katanya sebanyak RM10.4 juta diperuntukkan PDRM bagi memastikan ketenteraman sepanjang pilihan raya kecil itu. Ditanya apakah kos itu boleh dianggap tinggi bagi sebuah pilihan raya kecil, Ahmad Zahid berkata ia adalah kos yang sederhana sepertimana yang diperuntukkan pada mana-mana pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil pada 24 Julai itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Endot@Azlan Yusof dari PAS.- Bernama | ||||
Anwar: Dunia akan perhati kita jika PAS menang Posted: 21 Jul 2013 07:49 PM PDT Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon PAS Azlan Yusof bakal mengubah landskap politik Terengganu dan dianggap luar biasa dalam sejarah negeri itu. Katanya lagi, dunia akan memberi perhatian mengenai perjalanan politik di Terengganu jika PAS berjaya membawa tema 16:16 pada pilihan raya kecil 24 Julai ini. "Percayalah, menang ia akan mengubah politik Terengganu. Seluruh negeri akan menjadi tumpuan. Seluruh kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini. "Dunia akan memberikan perhatian selepas menang dalam pilihan raya kecil," katanya dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu di Kampung Tok Saboh malam tadi. Anwar berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan akan menceritakan kepada pemimpin Islam itu, jika PAS berjaya mencapai kemenangan. "Saya nak cerita, kalau menang PAS di Kuala Besut, akan membawa perubahan peta politik Terengganu dan dengan sendirinya berubah dengan rakyat memberi perhatian tentang kedudukan politik tanah air. "Oleh itu, jangan menganggap pilihan raya ini suatu perkara yang kecil," katanya di hadapan kira-kira 1,000 orang. P'raya semula T'ganu rakyat untung Sementara itu, Anwar mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat agar menguatkan semangat supaya tidak dibeli atau termakan "fitnah" pihak lawan. Beliau menyeru semua pihak dan jentera agar mengambil iktibar daripada jumlah kecil tentera Islam dalam peperangan Badar yang mengalahkan tentera kafir yang ramai dalam bulan Ramadan. Beliau juga mengingatkan jentera dan penyokong supaya tidak berasa kecil berdepan dengan Umno yang dilengkapi dengan jentera lengkap termasuk media massa. Anwar yang juga ketua pembangkang memberi amaran, Umno turut bertungkus lumus untuk mempertahankan Kuala Besut kerana kekalahan akan mengubah peta politik negara. "Ia (menjadi) gugatan kepada kekuatan Umno dan pemimpin yang lain. "Kemungkinan akan diadakan pilihan raya semula. Kalau ada, rakyat untung. Kedai-kedai pun untung. Kuala Besut pun untung," katanya. | ||||
Mahkamah setuju tangguh rayuan Liwat II Posted: 21 Jul 2013 07:47 PM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Rayuan Putrajaya bersetuju menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. Pengurusan kes ditetapkan pada 1 Ogos. Anwar tiba di mahkamah pada jam 9.04 pagi tadi bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR. Turut hadir pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Selepas setahun setengah, Anwar hari ini kembali ke mahkamah ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam kes yang mendapat perhatian meluas itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. | ||||
Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar Posted: 21 Jul 2013 07:44 PM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR i: Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar. Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail. "Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar," kata Surendran. Beliau mengulas kes rayuan berkenaan yang akan berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya, esok, ekoran rayuan kerajaan terhadap pembebasan Anwar, 9 Januari tahun lalu. Kes tersebut, yang sebelum ini dilihat sebagai konspirasi kedua mengaibkan Anwar, dijangka sekali lagi menarik perhatian media dalam dan luar negara apabila ia dibicara di peringkat rayuan. Menurut Surendran, Umno BN kini kehabisan modal untuk melakukan apa sahaja bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, termasuk memenjarakan semula Anwar. "Itu cara terbaik Umno-BN mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka fikir cara terbaik untuk terus berkuasa ialah memenjarakan Anwar," kata N Surendran. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan. | ||||
Risau kegiatan pecah rumah meningkat Posted: 21 Jul 2013 07:42 PM PDT SHAH ALAM - Penduduk di Seksyen 4, dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kejadian pecah rumah yang kerap berlaku kebelakangan ini. Mereka mendakwa, kes pecah rumah di kawasan itu mencecah 20 kes dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini disebabkan kewujudan sebuah trek basikal. Pembinaan trek ini, menurut mereka memudahkan perompak untuk memecah masuk ke dalam rumah dan melakukan rompakan berikutan trek basikal tersebut tidak mempunyai lampu dan dibina berdekatan dengan rumah. Berdasarkan kes sebelum ini, penjenayah menyelinap masuk ke rumah penduduk melalui pintu pagar belakang dengan kaedah mengumpil dan memecahkan pintu. Suspek dipercayai tidak menggunakan tempoh waktu tertentu untuk bertindak sebaliknya hanya memastikan rumah itu tidak berpenghuni. Hasil tinjauan Sinar Harian di kawasan itu mendapati, penduduk mendesak supaya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang lampu di sekeliling trek itu selain memasang pagar dan lampu di laluan belakang rumah mereka. Selain itu, mereka meminta supaya polis membuat pemantauan secara kerap di kawasan itu pada setiap masa memandangkan perompak memecah masuk rumah mereka tanpa mengira masa. Terbaru minggu lalu, surau di taman perumahan itu turut dipecah masuk dan beberapa peralatan audio dilarikan. Mangsa Pertama: Nadzham bin Ahmad Nasir, 38 tahun Nadzham berkata, rumahnya dimasuki perompak pada Jumaat lalu ketika waktu Subuh. Ketika kejadian menurutnya, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana mereka mempunyai urusan di luar. "Pada mulanya, saya tidak mengesyaki berlaku apa-apa kecurian memandangkan tiada tanda rumah saya dipecah masuk. "Tetapi, apabila saya naik ke tingkat atas rumah saya, saya dapati bilik berselerak dengan almari sudah digeledah perompak," katanya. Nadzham berkata, perompak berkenaan memasuki rumahnya melalui pintu belakang dengan mengumpil tingkap bilik belakang rumahnya sehingga terbuka. Katanya, dia hilang pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, wang ringgit dan pelbagai lagi. "Malah, perompak itu mencuri seluar dalam saya yang belum dipakai dan saya mengalami kerugian dalam anggaran RM30,000 hingga RM40,000 akibat rompak an itu," katanya. Menurutnya, dia terus menghubungi pasukan peronda polis selepas insiden itu. Katanya, polis membuat andaian bahawa rompakan berkenaan dilakukan sekurang- kurangnya dua orang berdasarkan barang yang dicuri. Mangsa Kedua: Othman Ismail, 64 tahun Othm an berkata, rumahnya dirompak ketika dia dan isterinya pergi ke majlis perkahwinan di Klang pada waktu petang 2 Mac lalu. Katanya, anak dan menantu yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya juga tiada ketika kejadian. Menurutnya, perompak berkenaan memasuki rumahnya dengan mengumpil pintu rumah anak mereka, sebelum memasuki rumahnya melalui pintu belakang. Sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya kira-kira jam 5 petang, dia mendapati pakaian di biliknya sudah berselerak. "Antara barang yang hilang ialah barang kemas milik isteri dan anaknya seperti cincin, rantai, jam tangan dan barang lain dan anggaran kerugian akibat rompakan itu bernilai hampir RM1 juta," katanya yang turut membuat laporan mengenai kejadian itu Mangsa Ketiga: Hassan Talib, 80 tahun Hassan berkata, perompak pernah cuba mencuri kereta Perodua Myvi anaknya pada 23 Mei lalu. Ketika kejadian, Hassan berkata, dia berada di masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan solat Subuh. "Ketika itu, anak saya berada di rumah dan dia meletakkan keretanya di luar rumah," katanya. Menurutnya, perompak itu bertindak memecahkan cermin pintu hadapan sebelah kiri kereta tersebut malah sudah menanggalkan nombor plat dan cukai jalan kereta anaknya. Namun, nasib tidak menyebelahi perompak tersebut kerana mereka melarikan diri apabila mendengar jiran rumahnya hendak keluar dari rumah. "Jiran saya tidak sempat melihat pencuri itu memandangkan mereka sudah melarikan diri," katanya. Akibat insiden itu, anaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Mangsa Keempat: Mohamad Radzi Adnan Omar, 48 tahun Moh amad Radzi berkata, rumahnya dipecah masuk kira-kira dua tahun lalu ketika dia pulang ke rumah dan ternampak sebuah kereta di belakang rumahnya. "Dalam kereta berkenaan, saya nampak kelibat dua lelaki berada di dalam kereta itu dan tidak mengesyaki perkara yang pelik," katanya. Apabila dia sampai di rumahnya, dia pelik kerana banyak kucing masuk ke dalam rumahnya walaupun sebelum dia ke surau, dia memastikan tiada kucing berada di dalam rumah. "Apabila saya pergi ke bilik saya, saya dapati bilik saya sudah berselerak dengan pakaian dipunggah pencuri tersebut," katanya. Akibat kecurian itu katanya, dia kehilangan sejumlah wang tunai manakala isterinya kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM15,000. Katanya, dia turut melaporkan kecurian itu di balai polis berdekatan. | ||||
Posted: 21 Jul 2013 07:39 PM PDT SKUAD Kebangsaan nyata bukanlah lawan setanding bagi Chelsea apabila tewas 1-4 kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu pada perlawanan persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, malam tadi. Di hadapan 50,000 penonton, The Blues mempamerkan aksi kelas tinggi yang cukup berbeza dengan apa yang mereka pamerkan ketika menentang pilihan Thailand di Bangkok melalui tempo permainan yang lebih pantas dan tersusun yang membuatkan Harimau Malaya seolah-olah terpaku. Malah dalam perlawanan itu, pasukan bimbingan Jose Mourinho jelas menepati ramalan apabila menguasai penuh perlawanan dan hanya memerlukan masa enam minit sahaja untuk membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore. Begitu pun, Harimau Malaya cuba memberikan sedikit ancaman pada pertengahan babak pertama dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-22 namun K. Gurusamy terlepas peluang itu setelah bola percubaannya dalam kotak penalti sempat ditampan keluar oleh barisan pertahanan Chelsea. Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak buah Mourinho apabila jaringan daripada De Brunye yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit ke-29 berjaya menewaskan penjaga gol Mohd Faizal Marlias. Sebaik sahaja jaringan itu, De Bruyne mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Islam Feruz. Skuad Harimau Malaya masih tidak kenal erti putus asa dan cuba sedaya upaya untuk membolosi gawang lawan. Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mempunyai peluang untuk merapatkan jaringan pada minit ke-35 tetapi tendangannya dari jarak 25 meter dengan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Mark Schwazer. Sebelum perlawanan berhenti rehat, Chelsea terus memperkukuhkan kedudukan menerusi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-47. Pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan. Namun, kelincahan pemain Chelsea nyata sukar digugat oleh pertahanan Malaysia apabila gawang tuan rumah sekali lagi dibolosi dan kali ini oleh Victor Moses pada minit ke-89 selepas Farizal gagal menampan keluar bola rembatan leret di dalam kotak penalti. Akhirnya jaringan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Malaysia tercapai jua pada masa kecederaan apabila Mohd Fadhli Mohd Shas memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Chelsea dengan tandukan cantik yang menewaskan penjaga gol nombor satu The Blues, Peter Cech. Untuk rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia. Senarai pemain: Malaysia: Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mihd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim. Chelsea FC: Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan