Biaqpila |
- INI KE SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA?
- PEGAWAI KDN SAUDI MENGAKUI PERANCANGAN NEGARA JATUHKAN MESIR
- BILA AVENGERS LAPAQ
- Surat cetus huru hara: Pengganas Kiram ugut ceroboh Sabah lagi?
INI KE SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA? Posted: 22 Jul 2013 09:58 AM PDT Jose Mourinho kritik skuad Rajagopal Terjemahan.. Jose Maurinho: Ini ke skuad kebangsaan Malaysia? ada diantara mereka seperti baru diterima masuk kedalam akademi bola sepak. Kami tidak beraksi dengan kekuatan sebenar kerana permainan pasukan tuan rumah sungguh mengecewakan dan saya terpaksa melakukan beberapa pertukaran dengan pemain muda kerana perlawanan sepertu ini hanya sesuai untuk pemain kami yg tidak pernah dapat peluang beraksi dalam skuad utama chelsea. Jika diberi peluang bercakap dari hati ke hati bersama barisan jurulatih malaysia, saya sarankan mereka MEMILIH PEMAIN YANG MENJADI PILIHAN UTAMA DALAM KELAB, bukan pilih pemain berdasarkan kekuatan masa lampau. Saya tak faham dengan taktikal pasukan tuan rumah dan ketika di bilik persalinan, saya arahkan pemain saya bermain seperti biasa.. Kata Jose Mourinho ketika ditemubual oleh CHELSEA TV. FB MALAYSIA FOOTBALL TEAM KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
PEGAWAI KDN SAUDI MENGAKUI PERANCANGAN NEGARA JATUHKAN MESIR Posted: 22 Jul 2013 05:31 AM PDT Seorang pegawai tinggi Kementerian Dalam negeri Saudi, Abdullah bin Masfar bin Wahf El-Qohtoni meletakkan jawatan sebagai tanda protes beliau kepada kerajaan Saudi yang disifatkan "memerangi Mesir dengan bantuan negara UAE." Beliau mengumumkan perkara ini melalui "Twitter": "Saya mengumumkan peletakkan jawatan saya dari Kementerian Dalam negeri, demikian itu selepas mereka menyelewengkan hukum Allah dan memerangi Islam. Saya harapkan apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah. Saya bersaksi dengan nama Allah bahawa saya berlepas diri dari apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (Saudi) yang bekerjasama dengan KDN UAE bagi menggulingkan pemerintahan b di Mesir melalui bantuan kewangan dan media.. Saya bersumpah dengan nama Allah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung, bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan kerjasama antara Amerika, UAE dan Saudi supaya tidak berlaku lagi revolusi-revolusi seperti Mesir." Sumber: http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=157558&SecID=341 tvpru13 KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
Posted: 21 Jul 2013 09:00 PM PDT KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
Surat cetus huru hara: Pengganas Kiram ugut ceroboh Sabah lagi? Posted: 21 Jul 2013 06:00 PM PDT Surat yang didakwa daripada kesultanan Kiram, cawangan Pejabat Daerah Tambunan Surat diatas telah tersebar melalui media sosial kononnya pengganas Kiram mahu menawan daerah Tambunan seterusnya mencetuskan huru hara setelah gagal dalam percubaan di Kg. Tanduo Lahad Datu awal tahun ini. Namun kesahihan surat itu tidak dapat dipastikan kerana sesiapa sahaja boleh mereka tulisan dan alamat surat berkenaan. Dan menjadi tanya tanya alamat pengirim ialah daripada Syarikat Pilak Keluarga Kiram. Orang Sulu yang menjadi pendatang haram di Sabah memang digelar sebagai "Pilak" oleh masyarakat tempatan namun mereka tidak pula akan membahasakan diri mereka sebagai "Pilak". Walauapapun, kerajaan telah memberi amaran tegas kepada sesiapa sahaja yang ingin mengganggu gugat kedaulatan negara. Pasukan keselamatan kita sentiasa bersiap sedia di barisan hadapan! Laporan penuh dari Bharian: Polis, tentera bersiap siaga hadapi kemungkinan Tambunan diceroboh Bagan Datoh: Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan. ESSCOM sudah bersedia Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. "Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu," katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam. Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu. Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama. "Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos... Julai kita sudah tunggu. "Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam. tengoktvonline KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan