Tukar Tiub |
- LAGI TENTANG PULAU COCOS
- LAGI PROJEK MENIPU MELAYU
- TAMAROD BERMULA SEBELUM KE JALAN RAYA
- PETANG YANG BERBAHANG
- LAWAK SEBELUM BERBUKA
- PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS
- BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA
- BERITA AYAM NAIK HARGA
- BERITA LAWAK DARI KUALA BESUT
Posted: 22 Jul 2013 06:56 PM PDT PERANG JEPUN semasa perang jepun... australia dan gabungan telah menghantar 18 orang komando di pedalaman sarawak.(operasi semut).. salah seorang dari 18 orang tersebut adalah seorang melayu australia.. yg bekerja sebagai pencari mutiara... on PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/22/13 PULAU STRATIJIK Pulau Cocos ni asalnya adalah sebahagian daripada negeri2 selat selain dari penang, melaka dan singapura. pulau ni juga kaya dengan bahan semulajadi iaitu kelapa (cocos nausifera; hence the nama cocos ) sebagai bahan dagangan dan mineral phosphate, bahan yang amat diperlukan oleh pihak British satu ketika dulu. Selain dari itu, pulau Cocos yang sinonim digelar pulau kembar dengan Chrismas island, merupakan pusat menara perhubungan strategik pihak British dilautan Hindi. mungkin itu punca utama yang menjadi pujaan hati British dahulu sebelum akhirnya di jual oleh keluarga Clunies Ross kepada Australia pada lewat 70 -an. mungkin juga ada sebab2 lain yang diklasifikasi sulit oleh pihak2 berkepentingan. maybe orang2 tua bangsa Cocos ada maklumat lanjut yang lebih detail. Apa pun, dengan jumlah mereka hanya sekitar 5-10 ribu orang, mereka ini boleh dianggap rare breed.wallahualam. on PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/22/13 LAPANGAN TERBANG salam brother. saya nak tambah sedikit pencerahan berkaitan pulau cocos ni. pulau cocos yang lebih dikenali sebagai cocos keeling island.Kenapa british beria ia sangat nak serahkan pulau ni kepada australia kerana australia berminat dengan landasan kapalterng sepanjang 2250m yang dibina semasa perang dunia kedua di pulau itu. Australia nak jadikan landasan tu sebagai tempat mengisi minyak penerbangan Qantas airways yang membuat penerbangan dari australia ke afrika selatan. perbelanjaan nya untuk memnaik taraf landasan tu adalah sekitar 5 juta pound sterling ketika itu. sebenarnya rundingan antara british dan australia berhubung pulau cocos bermula seawal 1946. hehehe itulah lebih kurang. saya harap saudara tukartiub puas hati lah dengan pencerahan saya yang tak seberapa. untuk pengetahuan tuanm, saya salah seorang keturunan orang orang melayu yang berasal dari cocos. hehehe ok bro./ selamat berbuka puasa. assalam MALAM INI JAM 11:00 SIARAN LANGSUNG DARI KUALA BESUT |
Posted: 22 Jul 2013 06:20 PM PDT SEMUA BIKIN TIPOOOO NOTA betul ke nak guna bahasa melayu? kah kah kah Tingkat iklan berbahasa Melayu Kuala Lumpur: Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar pengiklanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di dalam media cetak berbahasa Melayu bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, mengakui jumlah perbelanjaan pengiklanan 17 GLC di bawah Program Transformasi GLC untuk media berbahasa kebangsaan pada tahun lalu adalah rendah iaitu 23 peratus berbanding bahasa Inggeris 49.5 peratus. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... JANGAN LAAA TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah.... kah kah kah...HAL BAHASA INI JANGAN KELENTONG LAAA....kah kah kah... woit...BERITA INI SENDIRI TAK BETUL PENGGUNAAN BAHASANYA....kah kah kah.. kah kah kah... KOMITED .... KENAPA TAK GUNA TEGAS.... kah kah kah.. kah kah kah... GLC...KENAPA TAK GUNA - SYARIKAT KAITAN KERAJAAN...kah kah kah... kah kah kah.... PRORGAM.... NAPA TAK GUNA RANCANGAN.... kah kah kah.. kah kah kah...TRANFORMASI.... KENAPA TAK GUNA PERUBAHAN.... kah kah kah kah kah kah... MEDIA...KENAPA TAK GUNA SEBARAN.... kah kah kah ---------- |
TAMAROD BERMULA SEBELUM KE JALAN RAYA Posted: 22 Jul 2013 07:30 AM PDT PENGUMUMAN sila ikuti laman laman sila layari laman laman yang mengiklankan kempen ini 'KUBURKAN LYNAS DENGAN 1,000,000 TANDATANGAN!' Rakyat Malaysia telah melakukan segala yang perlu untuk menutup kilang toksik Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Malah, kami telah bertungkus lumus berkempen di PRU13 untuk menukar kerajaan yang telah membawa masuk projek ini. Malangnya, kami tidak berjaya. Namun begitu, ini tidak bermakna perjuangan kami akan berakhir di situ. Kami bertekad untuk menghentikan projek Lynas ini. Himpunan Hijau akan mencabar 'MISI MUSTAHIL' ('Mission Impossible'), sesuatu yang tidak pernah dilakukan di Malaysia, iaitu mengumpul 1,000,000 tandatangan dalam masa 100 hari di seluruh negara. 1,000,000 tandatangan yang dikumpulkan adalah tanda komitmen kuat rakyat untuk menghentikan Lynas. Ia merupakan satu objek fizikal yang mewakili kuasa rakyat dan merupakan senjata terkuat terhadap Lynas. Kami akan membawa 1,000,000 tandatangan yang berjaya dikumpulkan ke : 1) KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan merayu baginda membela nasib rakyat serta negara ini 2) Parlimen Malaysia 3) Kedutaan Australia 4) Kedutaan Jepun 5) Institusi-institusi kewangan serta syarikat-syarikat yang menyokong atau mempunyai hubungan niaga dengan Lynas Kempen ini akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Ogos 2013, iaitu seminggu sebelum Hari Kemerdekaan ke-56. Pada hari tersebut, 10,000 saluran akan dibuka di seluruh pelusuk negara untuk membolehkan rakyat jelata keluar menurunkan tandatangan mereka. Lokasi saluran di setiap negeri/bandar akan dikenalpasti dan akan diumumkan pada 15 Ogos, 2013. APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA BERSEJARAH INI Kami memerlukan 10,000 pemimpin hijau yang berkomitmen tinggi menampilkan diri untuk menyertai usaha yang luarbiasa serta bersejarah ini. Setiap pemimpin mestilah komited untuk mengumpul 100 tandatangan. 1) Sebelum 30 Julai 2013 – DAFTAR sebagai seorang pemimpin hijau di www.himpunan-hijau.com 2) Mulai 1 Ogos - Muat-turun borang petisyen rasmi dari www.himpunan-hijau.com atau Facebook : Himpunan Hijau 2.0 : Langkah Lestari 3) Mulai 15 Ogos - Semak & pastikan lokasi saluran yang paling berdekatan dengan tempat anda diwww.himpunan-hijau.com atau Facebook : Himpunan Hijau 2.0 : Langkah Lestari 4) 24 Ogos 2013 - Hadirkan diri dengan semangat yang paling tinggi di lokasi saluran yang paling berdekatan dengan anda pada waktu yang akan ditentukan dan memulakan misi mengumpul tandatangan. ----- |
Posted: 22 Jul 2013 03:22 AM PDT HARI KE 13 cuaca tidak baik jerebu datang lagi hidung gatal berhingus terbersen tak henti henti manusia cuba mencari jawapan kepada semua masalah semua masalah cuba baiki jawapan kepada masalah itu membawa masalah lagi membaiki masalah itu membawa masalah lagi dulu nyamuk tiruk dibunuh dengan ddt kini nyamuk tiruk tak akan mati dengan semburan ddt nyamuk ini jadi gagah masalah hanya selesai untuk sementara kini timbul masalah baru dari nyamuk tirok yang lebih gagah manusia buka hutan untuk ladang untuk pembangunan ekonomi untuk dapat kerja untuk hidup selesa bumi rosak ekoloji hutan hancur dan petang ini kuala lumpur berejerebu dan petang ini hidup aku gatal terbukti penyelesaian membawa masalah baru KUALA LUMPUR dari atas bukit belakang rumah aku aku nampak kuala lumpur yang kelam udara panas berebahang aku perhatiankan padang rumput tidak ada saekor pun burung pipit uban kemana burung ini menghilang? kemama mereka berteduh dari jerebu? BERBUKA petang ini aku kukus ikan yang aku beli di kuala besut ikan kelisi merah jambu kulitnya ikan ini enak - paling enak lada besar bawah putih bawang besar dan cendawan kacang buncis juga aku juga masukan sebutir buat tamar untuk memaniskan rasa aku akan berbuka dengan buah manggis dan buah mangga MATA TURUT LAPAR kalau ke pasar ramadan selalunya mata aku lebih lapar dari perut aku selalunya membazir selalunya dibuang tidak dimakan selamat berbuka puasa ----------- |
Posted: 22 Jul 2013 01:00 AM PDT
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...I HAVE NOTHING TO SAY MY LORD...kah kah kah.. kah kah kah...I REST MY CASE.... kah kah kah.. woit...KALAU GEROMBOLAN BERTERASKAN SUNNAH DAN AL-QURAN.... kah kah kah.. kah kah kah... RAMAI AKAN MENINGGALKAN ISLAM... kah kah kah --------- |
PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS Posted: 21 Jul 2013 11:30 PM PDT PULAU KEELING PULAU COCOS ATAU PULAU KEELING Melayu yg dtg ke pulau cocos ni dulunye hanye jadi hamba dan gundik saje kpd inggeris. Tapi lama kelamaan die berkembang mnjadi komuniti yg besar. Pulau cocos ni merupakan pangkalan komunikasi british di asia. Pernah terjadi pertempuran british dan jerman di pulau ni masa perang dunia pertama. Perang dunia kedua jepun pernah bom tapi takde ape2 kerosakan. Masa perang dunia kedua, kebanyakkan komuniti melayu dah dipindahkn ke tawau, sabah dan semenanjung malaysia. Katenye atas alasan keselamatan. Mase tunku sebok dgn perjanjian london sebelum merdeka, british2 cepat2 masukkan pulau cocos ni di bawah pentadbiran australia. Mungkin ade sape2 yg boleh bagi pencerahan sebab ape british betul2 nak ambik pulau cocos dan pulau krismas ni. on MELAYU TAK PERLU KETUANAN MELAYU Publish | Delete | Spam Anonymous on 7/21/13 |
Posted: 21 Jul 2013 09:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB ini berita amat amat baik jika anwar masuk penjara sekali lagi ombak rakyat akan turun ke jalan raya united malays national organisation sedar hal ini kerana itu ancaman penjara ini hanya nak acah acah aje NOTA najib bila pulak akan ke paris? kah kah kah Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar (KUALA LUMPUR 21 Julai: Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar. Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Abdul Gani Patail. "Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar," kata Surendran. GARIS POLITIK TEPAT WADAH JALAN RAYA PENENTU MASA DEPAN ------- |
Posted: 21 Jul 2013 07:55 PM PDT Harga ayam: Jangan salahkan kerajaan SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga ayam hidup kepada RM70.70 untuk dua peha dan dua buah dada yang akan dilaksanakan 26 Julai ini. Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam di Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, Brickfeilds, Pudu dan Sunway hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan. "Secara peribadi, saya berpendapat harga RM70.70 untuk dua peha dan dua buah dada agak tinggi. Namun, saya sedar bahawa saya sebagai wakil pengguna sepatutnya bersuara untuk pengguna tetapi saya juga telah diberi saorang ayam pencen dari Jakarta. -------- |
Posted: 21 Jul 2013 07:32 PM PDT Jertih: Seramai 50 penyokong PAS di DUN Kuala Besut bertindak keluar parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Hadi Awang selalu presiden. » woit...BENDA INI ADA LAGI...kah kah kah kah kah kah... TERGOLEK DOG KETAWA.... kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan