Ahad, 21 Julai 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kuala Besut Penentu Masa Depan Mohd Najib?

Posted: 20 Jul 2013 05:37 PM PDT



A Kadir Jasin

MENGULAS dalam tampalan yang lalu, pembahas "drlangitbiru penang" berkata: "Dato' tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?"

Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.

Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan DUN Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.

Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada PAS dalam PRK di Terengganu dan yang kedua PAS mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.

Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Kenyataan Khairy

Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.

Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.

Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan "Sokong Saya Undi BN" serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.

Jadi kalau ada cabaran dalam pemilihan agung Umno akhir tahun ini, kedudukan Mohd Najib terancam. Selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1969, Mohd Najib adalah PM dan Presiden Umno paling lemah dalam sejarah pasca PRU.

Berbalik kepada kenyataan Khairy yang dilaporkan secara meluas oleh media alternatif tetapi tidak oleh MAP, saya menganggapnya sebagai mengandungi makna yang mendalam.

Kita tentu masih ingat bahawa Khairy berada di sisi Abdullah apabila bapa mertuanya diasak meletakkan jawatan setelah gagal mempertahankan suara dua pertiga dalam PRU 2008 dan terpaksa berundur tidak lama setelah BN kalah dalam PRK Kuala Terengganu.

Kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu mengukuhkan tuntutan penentang Abdullah agar beliau meletakkan jawatan. Abdullah meletakkan jawatan pada 3 April 2009.

Dr M Sokong Tiada Pertandingan

Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu.

Antaranya:

1. Banyak blogger Umno yang mementang Abdullah dan menuntut pengundurannya telah berubah menjadi pro-Najib;

2. Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada tahun 2009 menentang Abdullah habis-habisan dengan bantuan Muhyiddin Yassin kini berpendirian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan;

3. Muhyiddin pula dikatakan "tidak berminat" mencabar Mohd Najib kerana "sudah penat" dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM;

4. Boleh jadi juga tindakan "menutup pintu" pertandingan itu terbit daripada kebimbangan akan muncul pencabar lain, misalnya Tengku Razaleigh. Walaupun Ku Li seangkatan dengan Dr Mahathir, beliau masih cergas dalam politik dan menjadi tempat banyak pihak meminta nasihat dan mengadu nasib;

5. Justeru itu, apa yang dua watak ini (Dr Mahathir dan Ku Li) kata di belakang tabir akan memberi kesan kepada kedudukan Mohd Najib. Cuma Dr Mahathir dan Ku Li mungkin tidak sekata untuk menyingkir Mohd Najib;

6. Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah "berunding" dengan Ku Li, cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Mohd Najib yang kaya sumber; dan.

7. Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com/2013/07/kuala-besut-penentu-masa-depan-mohd.html

Lagi Kes Bunuh Tapi Syukur La Malaysia Tidak Berperang

Posted: 20 Jul 2013 05:06 PM PDT

Lelaki maut ditetak kerana dendam

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
berita@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Angkara dendam, seorang pemuda maut akibat ditetak selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong belakang taman perumahan Lebuh Rambai 14, Air Itam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, G. Durintheran, 24, mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini didatangi oleh suspek yang menunggang beberapa buah motosikal dan membawa pelbagai senjata tajam termasuk parang panjang.

Sumber berkata, mangsa telah dibelasah semasa dia rebah ketika cuba menyelamatkan diri.

"Ketika polis sampai, mangsa sudah berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan di badan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini.

Lagi Kes Tembak, Syukur Malaysia Aman

Posted: 20 Jul 2013 04:54 PM PDT

Mangsa kes tembak kejam dikenal pasti

PARIT BUNTAR 20 Julai - Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang mati akibat ditembak kejam sebanyak lapan das di badan dan kepala di dalam sebuah kereta di Jalan Gula menghala Semanggol awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ialah M. Gunabenthan, 25, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Teluk Intan dan berasal dari Taman Bersatu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, identiti mangsa dikenal pasti selepas kad pengenalan dan lesen memandu miliknya ditemui semasa bedah siasat dijalankan di Hospital Parit Buntar, semalam.

"Kematian mangsa telah dimaklumkan kepada keluarganya petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, K. Muniandy, 50, ketika ditemui berkata, seluruh keluarganya terkejut selepas mendapat tahu kejadian yang menimpa anaknya tersebut.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak terlibat dengan sebarang jenayah dan baru bekerja sebagai pemandu jengkaut di Teluk Intan sejak dua bulan lalu.

"Malah sepanjang hidupnya, mendiang tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa atau terlibat dengan aktiviti jenayah mahu pun penyalahgunaan dadah," katanya.

Menurut Muniandy, dia mengesyaki kematian anaknya itu ada kaitan dengan kerjanya di Teluk Intan.

"Pada Rabu lalu, mendiang pergi mengikut majikannya untuk urusan perniagaan di Pelabuhan Klang, Selangor dengan menaiki dua buah kereta sebelum singgah bermalam di rumah saudara di Kajang, Selangor.

"Keesokannya, mendiang pulang ke Teluk Intan untuk bekerja tetapi saya diberitahu dia hilang setelah pergi ke suatu tempat kira-kira pukul 7.30 malam pada hari tersebut," katanya.

Beliau percaya anaknya itu telah dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berharap polis dapat membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.




Pengunjung juga membaca :

Utusan Malaysia Online - Berita Terkini

Perhimpunan gagal capai sasaran

'Black out' hari PRU-13 fitnah

Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Sembilan pelacur tawar khidmat seks dalam talian diberkas
• Mangsa kes tembak kejam dikenal pasti
• Mati diserang lelaki bersenjata
• Wanita kerugian RM31,000 beg tangan dicuri gadis berpurdah
• Keluarga berpakat larikan wang, iPad dari butik
• Mayat jurutera kapal MT Samudera berjaya dikeluarkan
• Kanak-kanak tidak sempat berbuka puasa maut dirempuh kereta
• Polis ambil keterangan ibu bapa kanak-kanak mati dalam kereta
• Hujan batu di Bandar Seri Alam
• Budak 3 tahun tertinggal dalam kereta maut
• Pengusaha kosmetik ditembak
• Bot karam: Seorang maut, tujuh hilang
• 3 cedera diserang ketika makan
• Bapa nafi anak terlibat kumpulan gengster
• Mayat lelaki dibunuh kejam ditemui dalam kereta
• 118 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
• Bapa tunggal maut dipatuk ular ketika memancing
• Guru ditembak mati tiada rekod jenayah - Polis
• Seorang maut terkena serpihan batu kerja kuari
• Lagi guru mati ditembak dalam kereta
Iklan Teks
• Alat Jimat Bil Elektrik. Klik Disini
• JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 05:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:31
Isyak 8:45

Klik untuk waktu solat kawasan lain








IKLAN@UTUSAN


BANCIAN ONLINE

IKLAN@UTUSAN



MENARIK

Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...

Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung

Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.

Tiada ulasan: