BRIGED MP SEGAMBUT |
- ZAHID HAMIDI INGIN DI JATUHKAN?
- KESABARAN SAHIDAN BERBALOI:JADI ORANG KUAT DS NAJIB BAH
- KENALI CALON BN UNTUK PRK KUALA BESUT
- husam ANGGAP IDRIS ANGKUH
- SEKALI LAGI NAK KENAKAN PAKATAN RAKYAT? AWAS...
- GAMBAR PENTING YG HARUS ANDA INGAT:ketahui apa dia
- SEMUA SUDAH LUPA ATAU PURA PURA LUPA:BACA
ZAHID HAMIDI INGIN DI JATUHKAN? Posted: 09 Jul 2013 08:00 AM PDT Tindakan seorang Ahli Parlimen DAP yang meminta penjelasan daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu perbicaraan melibatkan Menteri Dalam Negeri itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh-rendah kira-kira setengah jam. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta Zahid memberi penjelasan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak polis terhadap menteri tersebut mengenai satu laporan berhubung dakwaan tuduhan menyerang dan cubaan membunuh pada 2006. "Bukan sahaja isu jenayah, tetapi lebih penting apabila tiada tindakan yang diambil polis seperti kes yang telah dilaporkan. Kes jenayah serius, kes cubaan membunuh. "Rakyat buat laporan tapi tak ada tindakan, malah tindakan diambil sebaliknya. Tak ambil tindakan tapi naikkan pangkat kepada kerusi yang paling berkuasa dari polis. "Satu laporan polis dibuat terhadap kamu!," kata Gobind. Tindakan itu mengundang teguran dari Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta Gobind bertanya dengan cara yang lebih "lembut". Suasana riuh rendah itu berterusan apabila beberapa MP bangun untuk menyertai perbahasan, termasuk Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Mohamad Hanipa Maidin (PAS-Serdang). Ucapan para MP berkenaan bagaimanapun kemudiannya dihalang oleh Pandikar yang meminta wakil rakyat berkenaan duduk untuk memberi ruang kepada Zahid untuk menjawab. Zahid dalam jawapannya selepas itu mempersoalkan tindakan Gobind dalam membangkitkan isu berkenaan kerana MP tersebut merupakan peguambela dalam kes berkenaan. "Kerana kamu adalah peguam bela dan ada kepentingan terhadap orang itu, melakukan tuduhan. Sedangkan siasatan telah dilakukan ketika itu dan ini bukan kes jenayah tetapi sivil. Kamu ada kepentingan. "Jika saya dengar awak, awak kena dengar saya. Kes ini kes sivil. Kita jumpa di mahkamah," kata Zahid. Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah. Amir Bazli, 39, pada Ogos 2007 memfailkan saman ke atas Zahid dan mendakwa menteri itu menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada Januari 2006. Pada Julai 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh. |
KESABARAN SAHIDAN BERBALOI:JADI ORANG KUAT DS NAJIB BAH Posted: 09 Jul 2013 07:00 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan berkaitan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 perlu dilakukan dengan mengambil kira tuntutan-tuntutan semasa dan tidak berdasarkan emosi semata-mata. "Kita kena fleksibel dengan tuntutan semasa tetapi tuntutan semasa ini biar atas dasar keselamatan dan bukan emosi," katanya kepada Malaysiakini sewaktu mengulas akta itu yang kembali hangat dibincangkan akhir-akhir ini. Namun tegasnya, beliau menyokong pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keperluan mengekalkan akta itu. "Saya dalam hal ini, kenyataan yang dikeluarkan menteri dalam negeri itu saya sokong. Itu yang penting kerana dia mengetahui perkara ini," katanya yang yakin perkara itu masih akan diperhalusi di peringkat kabinet tidak lama lagi. Zahid Hamidi (kanan) sebelum ini menegaskan akta tersebut perlu dikekalkan bagi memelihara empat perkara - kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu. Isu pemansuhan Akta Hasutan kini giat dibincangkan semula kerana selepas perdana menteri mengumumkan hasrat memansuhkannya tahun lalu, ia terus juga digunakan. Malah, anggota kabinet berbeza pendapat berhubung perkara itu. Menurut Menteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz, kabinet bersetuju memansuhkan akta kontroversi itu dalam satu pertemuan tahun lalu dan Jabatan Peguam Negara diminta mengkajinya. Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam sebelumnya yang berkata, hasrat itu "cadangan" Najib dan kabinet akan "mempertimbangkan" sebelum membuat keputusan. |
KENALI CALON BN UNTUK PRK KUALA BESUT Posted: 09 Jul 2013 05:32 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan dijangka berdepan tentangan sengit daripada calon PAS - Azlan Yusof - seorang ahli perniagaan, yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu. Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan. Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon PAS itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi. Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh". Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu. |
Posted: 09 Jul 2013 02:30 AM PDT Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilantik sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini. Laporan lidah parti PAS Harakahdaily menyebut, beliau akan dibantu oleh ketua pengarah pilihan raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat. Jawatankuasa berkenaan juga akan dinasihati oleh tiga pemimpin tertinggi PAS - presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Laporan itu menyebut perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut. Menurut Harakahdaily, pengaruh dan peranan PAS Kelantan sangat penting untuk menentukan corak kempen pilihan raya ini. Prestasi Husam dalam mengetuai jentera pilihan raya kecil ini menarik untuk diperhatikan, lebih-lebih lagi dalam suasana PAS yang akan menjalankan pemilihan parti pada penghujung tahun ini. ADUN Salor itu tidak disenarai sebagai anggota exco Kelantan selepas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur dari mengetuai pentadbiran negeri pada penggal ini |
SEKALI LAGI NAK KENAKAN PAKATAN RAKYAT? AWAS... Posted: 08 Jul 2013 10:59 PM PDT Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan. Pakatan Rakyat mencadangkan agar Dewan Rakyat tidak menyertakan perkara yang menyatakan penerimaan ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 dalam nota menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan menerima perkara lain dalam nota berkenaan namun penerimaan keputusan pilihan raya itu menurutnya akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan. Pakatan dan BN telah mengemukakan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya umum 5 Mei di beberapa kawasan parlimen dan DUN. A |
GAMBAR PENTING YG HARUS ANDA INGAT:ketahui apa dia Posted: 08 Jul 2013 05:00 PM PDT Kubur dibersihkan sempena Ramadan tidak lama lagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Julai, 2013. |
SEMUA SUDAH LUPA ATAU PURA PURA LUPA:BACA Posted: 08 Jul 2013 01:30 PM PDT Menteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz hari ini berkata, kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan Akta Hasutan dalam satu pertemuan yang diadakan tahun lalu. Beliau yang memegang portfolio perundangan sebelum ini juga berkata, pengumuman tentang pemansuhan akta itu dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Kebangsaan juga telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu. "Saya masih ingat lagi semasa saya menjadi menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang dalam Parlimen yang lepas, perdana menteri ada berucap dalam persidangan undang-undang di KLCC dan membuat pengumuman akan memansuhkan akta hasutan dan ganti dengan akta baru yang akan menjaga keharmonian negara. "Kemudian perkara itu dibawa (ke kabinet) dan Jabatan Peguam telah diminta untuk mengkaji secara terperinci. Perdana menteri tidak pernah menarik balik kenyataannya," kata Nazri. Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi di Parlimen hari ini. Peguam negara sedang kaji Pagi tadi, Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam berkata, hasrat kerajaan memansuhkan Akta Hasutan merupakan "cadangan" oleh Najib. Subramaniam berkata, kabinet akan "mempertimbangkan" kenyataan perdana menteri itu dan membuat "keputusan yang baik". Sementara itu, ketika ditanya mengapa Subramaniam memberi kenyataan berbeza, Nazri berkata, kemungkinan Timbalan Presiden MIC itu terlupa memandangkan banyak mesyuarat diadakan tahun lalu. Selain itu, bercakap mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Hasutan, Nazri berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan Jabatan Peguam. "Tiada (mesyuarat lain). Perdana menteri ada memberitahu bahawa Jabatan Peguam akan mengkaji akta hasutan itu. Itulah komitmennya. "Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses untuk mengkaji dan berjumpa dengan pihak yang berkepentingan sebelum mewujudkan akta baru," katanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan