Selasa, 9 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Syed Ali Alhabshee nasihat atau sindir Shahrizat nie?

Posted: 09 Jul 2013 07:30 AM PDT


DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya menerima saranan dan pandangan supaya beliau melepaskan jawatan ketua Pergerakan Wanita UMNO dengan hati terbuka, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Katanya, saranan dan suara akar umbi yang mahukan beliau melepaskan jawatan tersebut bukan berniat untuk mematikan kerjaya politkknya tetapi dibuat berasaskan kepada persekitaran politik semasa.

"Saya sendiri tidak pernah berniat disebaliknya apabila mengusulkan supaya dia melepaskan jawatan, tetapi hanya melontarkan pandangan demi kebaikan dan masa depan serta hala tuju pergerakan tersebut," katanya.

Tegas beliau, Shahrizat juga seharusnya menerima gesaan tersebut dengan berlapang dada dan tidak menyifatkannya segala teguran dan desakan itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau. 

"Apabila ada yang menegur kita, bermakna teguran itu ada asasnya dan kita sewajarnya menerima segala teguran itu dengan hati terbuka dan menilainya dengan sifat jujur disamping bermuhasabah diri," jelasnya. 

Lagipun kata beliau, jawatan dalam parti bukan milik mutlak seseorang individu dan apabila sampai masanya maka mahu tidak mahu terpaksa berundur atau melepaskan jawatan tersebut.

"Pemimpin pergi dan datang silih berganti adalah lumrah dalam UMNO, tetapi tanggungjawab kita ialah menjaga kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi atau pihak tertentu," tegasnya.

Menurutnya, apabila seseorang itu diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin, niatnya mestilah ikhlas berkhidmat kepada parti dan bertanggungjawab kepada amanah yang dipikul dan akhirnya bersedia untuk berundur apabila merasakan wajar berbuat demikian.

Menurut beliau, sewajarnya seseorang itu bersedia untuk melepaskan jawatan yang disandang apabila merasai bahawa kepimpinannya sudah tidak dapat lagi diterima secara majoriti oleh kumpulan yang dipimpin.

"Apabila seseorang itu berkeras untuk tidak mahu melepaskan jawatan, akan timbul pelbagai tanggapan disamping berlaku desakan secara terbuka oleh pihak yang mahukan kepada perubahan kepimpinan," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, cara bagaimana seseorang pemimpin itu berundur kadangkala menjadi persoalan atau pemerhatian rakyat terutama ahli-ahli parti diperingkat akar umbi.

Oleh sebab itu jelas Syed Ali, tidak timbul soal beliau bersengeketa atau sengaja melakukan provokasi untuk menjatuhkan Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

"Saya sekadar berikan pandangan bahawa melihat kepada situasi politik masa kini dan UMNO memerlukan transformasi secara keseluruhannya sejajar dengan aspirasi presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka saya beranggapan bahawa Wanita UMNO perlu kepada kepada perubahan dan seeloknya Sharizat melepaskan jawatan," katanya.

Katanya, beliau pernah menegur dan menyarankan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Rafidah Aziz supaya melepaskan jawatan tetapi bukan bermakna beliau mencipta permusuhan. 

"Oleh sebab itu, hubungan saya dengan Rafidah masih kekal baik sehingga ke hari ini, kerana dia seorang pemimpin yang bersedia untuk menerima segala teguran dan pandangan daripada akar umbi," katanya.

Syed Ali menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shahrizat tetapi barangkali berbeza dan bercanggah pendapat dari segi parti bukannya membabitkan isu peribadi.

"Niat saya ikhlas apabila membuat teguran dan niat saya terhadap Shahrziat juga ikhlas demi kebaikan parti, bukannya kerana dibelenggu masalah peribadi, tidak ada sifat sedemikian pada saya, apa yang penting kepada saya ialah memastikan UMNO kekal relevan dan dihormati," tegasnya.

Tengku Zaihan Calon BN akan berdepan Azlan Yusof Calon PAS?

Posted: 09 Jul 2013 04:30 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. 

Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan dijangka berdepan tentangan sengit daripada calon PAS - Azlan Yusof - seorang ahli perniagaan, yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu.

Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.

Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon PAS itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.

Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi. sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh".

Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu ~ Malaysiakini

Kerajaan UMNO larang tazkirah.. Kerajaaan DAP galakkan tazkirah..

Posted: 09 Jul 2013 02:33 AM PDT


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri Pahang (Negeri yang dikuasai UMNO, Parti pejuang Bangsa dan Agama), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.

"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih" katanya.

Tetapi ianya berbeza dengan sebuah negeri yang dikuasai oleh DAP (Parti Chauvinist Cina yang Anti Islam menurut macai-macai UMNO)..

Biarpun dikuasai oleh Parti Chauvinist Cina yang Anti Islam tiada halangan dikenakan terhadap tazkirah malah ianya digalakkan pula..

Laporan ni dicopy dari Blog Faqar..

P.Pinang galak tazkirah Ramadan - Exco Agama  
KERAJAAN Negeri menggalakkan semua pentadbiran masjid kariah mengadakan program tazkirah sepanjang bulan Ramadan demi menyemarak lagi penghayatan Islam yang sebenar dalam kalangan umat.

Justeru, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, larang tazkirah sempena bulan puasa yang lazim di negeri-negeri tertentu tidak akan dikuatkuasa di Pulau Pinang. 
 
"Tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia.  
"Tiada halangan (untuk bertazkirah) dan menggalakkan mana-mana masjid yang ingin mengadakan tazkirah (sempena menyambut) Ramadan," ujar beliau dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.  
Beliau berkata demikian sebagai reaksi pada isu larangan tazkirah di negeri-negeri tertentu yang dibangkitkan pada mesyuarat penggal pertama DUN Pulau Pinang Ke-13.  
Mengulas mengenai perbezaan fiqh ibadah yang turut dibangkitkan dalam dewan, beliau berkata, Kerajaan Negeri menggalakkan solat taraweh 20 rakaat, tetapi, tidak menghalang ibadah sunat itu didirikan dalam 8 rakaat.  
Beliau berkata, perbezaan pendapat fiqh mengenai ibadat sunat itu tidak wajar ditajamkan demi keharmonian umat Islam di negeri berkenaan ~ Faqar

Parti pejuang Bangsa dan Agama larang tazkirah tapi Parti chauvinist Cina dan Anti Islam benarkan tazkirah.. apa cerita ni?

Ketua Pemuda UMNO Bahagian persoal "Atas kriteria apa Najib boleh lantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji?"

Posted: 08 Jul 2013 11:56 PM PDT


Lantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru telah dipertikaikan oleh banyak pihak terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat.

Rentetan dari itu menulislah seorang macai UMNO dalam sebuah portal Pro UMNO kononnya Azeez layak dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji.


Kononnya menurut macai UMNO itu "Sebenarnya jika dikaji secara mendalam, Azeez sangat layak menggalas jawatan itu berdasarkan kepada latar belakang kerja amal yang dilaksanakannya selama ini. 

"Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan bahawa Azeez adalah seorang insan yang pemurah dan sangat prihatin dalam kerja kebajikan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Tulis macai itu lagi.. "Namun, dari coretan media sosial, nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru antaranya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Macai itu juga turut mempersoalkan apa jasa individu yang telah mempertikaikan lantikan itu.. "Boleh penulis tahu apakah jasa Mahfuz Omar dan Nurul Izzah dalam kerja amal, menjaga kebajikan rakyat serta membantu orang yang memerlukan???

"Contoh terdekat kita ambil ialah ketika pergolakan yang berlaku di Lahad Datu, siapa orang yang mula sampai untuk menghulurkan bantuan?

Itulah antara pendapat seorang macai yang cuba pertahankan lantikan Azeez itu.. mungkin dia tak tahu duit siapa yang Azeez gunakan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan itu.. Dan duit itu sudah tentulah bukannya dari kocek Azeez sendiri..

Kerana kebolehannya berfikir sehingga setakat itu sajalah yang menyebabkan dirinya terus kekal menjadi mangsa pembodohan Pemimpin UMNO..

Berikut pula adalah pendapat seorang Pemimpin UMNO yang mempersoalkan atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan?

Syed Mehdhar mahu PM kaji semula perlantikan Abdul Azez sebagai Pengerusi Tabung Haji 
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula perlantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH). 
Menurut beliau, perlantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum kerana kredibiliti dan intergriti Abdul Azeez dipersoalkan untuk menerajui TH sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam. 
Katanya, Perdana Menteri sewajarnya memberi keutamaan untuk melantik mana-mana pegawai kanan kerajaan yang telah bersara atau individu yang mempunyai latar belakang agama serta kredibiliti mereka dihormati oleh masyarakat khususnya orang Islam. 
"Tetapi, apabila Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH, pelbagai persoalan timbul dan ada pihak yang mempertikaikan intergriti dan kredibiliti beliau untuk menerajui lembaga tersebut," ujarnya. 
Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi TH. 
Katanya, TH merupakan sebuah badan yang mengurus dan mengawal selia ibadat haji disamping terbabit dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang disegani dan dihormati oleh dunia Islam. 
Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya. 
"Kita bukan ketandusan pemimpin yang berwibawa, kita ada tokoh atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti mufti dan ilmuan, maka golongan seperti ini yang sepatutnya diberikan keutamaan bagi menjamin kewibawaan TH terus dihormati," tambahnya. 
Pandangan itu kata beliau, bukan bermakna menidakkan kebolehan Abdul Azeez tetapi ramai yang berpendapat adalah tidak munasabah untuk beliau diberikan kepercayaan menerajui TH, sebuah lembaga yang bertanggungjawab terhadap urusan ibadat haji umat Islam di negara ini. 
Syed Mehdhar berharap Perdana Menteri akan berpegang kepada kata-kata 'pencapaian diutamakan rakyat didahulukan' dalam melihat semula kewajaran Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH. 
"Sekarang ini rakyat di pelbagai peringkat keliru dan hairan, atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan," tegasnya. 
Beliau bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan UMNO khususnya yang seolah-olah perlantikan individu tertentu sebagai pengerusi atau lembaga pengarah dibuat secara 'tangkap muat' dan hanya menjuruskan kepada kepentingan politik. 
Sepatutnya kata beliau, perlantikan tersebut perlu mengambil kira latar belakang ilmu atau profesion serta kelayakan seseorang itu bersesuaian dengan badan yang akan mereka pengerusikan bagi memastikan perlantikan tersebut tidak menjadi pertikaian orang ramai. 
"Apabila rakyat mempertikaikan perlantikan tersebut, mereka akan marahkan kepada Perdana Menteri dan UMNO menjadi sasarannya, ini yang menyebabkan mengapa rakyat menjauhkan diri daripada UMNO," tegasnya. 
Sehubungan itu tegas Syed Mehdhar, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan, beliau menolak sekeras-kerasnya perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH kerana tidak memiliki intergriti dan kredibiliti. 
"Sekarang rakyat menuntut slogan 'rakyat didahulukan', maka saya mohon Perdana Menteri kaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH," ujarnya lagi ~ UMNO Cheras

Mungkin Ketua Pemuda UMNO tu tak tahu sebab apa Azeez dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji.. antara sebab yang diperkatakan ialah sila lihat di SINI

UMNO akan failkan petisyen jika PAS menang di Kuala Besut kerana ini?

Posted: 08 Jul 2013 08:43 PM PDT


Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kelantan.

Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama ~ laporan penuh sila baca di SINI

Ustaz Azhar Idrus yang menyedari petisyen BN itu melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan petisyen yang mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

"Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya ketika ditemui ~ lapuran penuh sila baca di SINI.

Jika ditakdirkan UMNO/BN kalah dalam PRK Kuala Besut kali ini.. sekali lagi mereka dipercayai akan failkan petisyen terhadap kemenangan PAS..

Ini kerana Ustaz Azhar Idrus akan di bawa sekali lagi bagi membantu kempen PAS...

Bawa UAI gempur Kuala Besut.
MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.  
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.  
"Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI). 
"Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini," katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.  
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.  
"Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas," katanya ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: