Ahad, 7 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BUKTI PERAMPAS KUASA MESIR BERSEKONGKOL DENGAN AMERIKA:TENGOK GAMBAR INI

Posted: 07 Jul 2013 09:30 AM PDT

dasar penghianat agama dan negara...layak diapakan orang ini wahai saudara..

TPM MUHYIDDIN TERSENYUM MAHADHIR BAGI KLU UNTUK LAWAN NAJIB? DEMOKRASI MA...BACALAH

Posted: 07 Jul 2013 07:30 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata asas kejayaan sistem demokrasi, antara lain perlu merangkumi aspek kesanggupan menerima kekalahan, bukan kemenangan semata-mata.
Merujuk kepada penggulingan pemimpin Mesir oleh tentera dan protes besar-besaran di negara itu, Dr Mahathir berkata, ia tidak harus berlaku kepada sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi seperti di Mesir.
"Dalam kerajaan demokratik ada pemilihan, ada menang dan kalah, kalau kalah tak nak terima kekalahan, lepas itu buat angkara cuba jatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat melalui aktivis demonstrasi, maka tidak ada demokrasi," katanya.

BUKAN NAK HAPUS NAK PINDAH JA..KONG KALIKONG HANTU

Posted: 07 Jul 2013 07:08 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.
Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.

"Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau.

Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu.

"Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama.

"Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Zahid.

- Bernama

BLOG,FB TWITTER DAN LAIN AKAN DI PANTAU:DIMANA HAK RAKYAT? PALA BANA BETUL

Posted: 07 Jul 2013 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang.
"Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat.
"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.
"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya kepada Bernama. Wan Junaidi berkata segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat. "Walaupun kita bukan seperti sesetengah negara lain yang menyekat kebebasan dunia multimedia, tetapi ia bukanlah satu tiket kepada tentera siber ini untuk menyalahgunakan segala kelebihan yang diberi," katanya.
Beliau berkata media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan beberapa laman sosial lain perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelak ia terus disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. -BERNAMA

ameriaka nafikan terbabit rampasan kuasa mesir:KORANG PERCAYA?

Posted: 07 Jul 2013 02:10 AM PDT

3 The United States is "not aligned" with any political party or group in Egypt following the ouster of Islamist leader Mohamed Mursi, President Barack Obama said Saturday.

BUKTI UMNO BELA BANGSA:INI BUKTINYA TENGOKLA..

Posted: 07 Jul 2013 12:00 AM PDT


7 ORANG WANITA MATI AKIBAT SAMPLE WANGIAN?DI HOSPITAL AMPANG?

Posted: 06 Jul 2013 10:48 PM PDT

Polis menafikan khabar angin bahawa tujuh orang wanita mati di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang dekat Kuala Lumpur baru-baru ini selepas mereka menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losyen beracun.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh Ishar Singh dalam satu kenyataan di Facebook polis berkata perkara itu disahkan tidak benar selepas semakan dibuat dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan itu tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata dua tahun lepas turut dikhabarkan berlaku perkara yang sama di hopital berkenaan.

Polis menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu sedemikian dan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada akan diambil kepada sesiapa yang menyebarkannya.

- Bernama

UNTUK KEGEMILANGAN ISLAM:RAJA SAUDI WAJAR DIGULINGKAN

Posted: 06 Jul 2013 08:09 PM PDT

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh: 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M

ULAMA' PAS KALAU SEPERTI INI BAGUSLA!!! NI NAK TURUN JALAN RAYA JANGAN HARAPLAH..BEK DUK UMAH..SAKSIKAN KAIN KAFAN SIAP DIBAWA

Posted: 06 Jul 2013 06:30 PM PDT




7 ORANG INI WAJAR DIBUNUH?

Posted: 06 Jul 2013 11:00 AM PDT


Tiada ulasan: