Anak Sungai Derhaka |
- Guru wajar sokong BN pada PRK Kuala Besut?.. Jawapan dari NUTP buat Idris Jusoh
- Di manakah Mursi ketika ini?
- PM Kecam Rampasan Kuasa Tentera di Mesir
- PRK Kuala Besut: PAS terdesak cipta alasan kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut
- Berjuta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Raya Nyatakan Sokongan Kepada Mursi.. (Video Inside)
Guru wajar sokong BN pada PRK Kuala Besut?.. Jawapan dari NUTP buat Idris Jusoh Posted: 07 Jul 2013 08:48 AM PDT Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka, golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. "Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," Itu adalah kata-kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam. Kata-katanya itu adalah ayat yang biasa digunakan oleh macai-macai UMNO dalam kempen pilihanraya mereka tanpa mereka sedari bahawa wang yang digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan itu datangnya dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..(Ada orang kata Ahli UMNO dikecualikan dari cukai.. betul ke?) Bagi mereka oleh kerana Barisan Nasional adalah Kerajaan maka seluruh Kakitangan Kerajaan wajib mengundi Barisan Nasional.. Ini adalah respon Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Guru-guru tidak seharusnya "diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik. |
Posted: 07 Jul 2013 02:30 AM PDT SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah? Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak. Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan? Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba'ah dan kawasan sekitar Tahrir. Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat. Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan. Apa berlaku seterusnya? Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen. Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja. Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa. Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan. Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir. Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun. Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011. Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab. Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna? Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928. Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat. Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakin bertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan. Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin. Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian. Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan. Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950 selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan. Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu. Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak? Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni. Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011. Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad. Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang pilihan raya Presiden ketika itu. Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri. Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar. Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai "30 tahun yang penuh dengan kegelapan." Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu. Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu. Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan. ~ Sinar Harian |
PM Kecam Rampasan Kuasa Tentera di Mesir Posted: 06 Jul 2013 11:30 PM PDT PM atau Perdana Mentri yang dimaksudkan pada tajuk di atas bukanlah Perdana Menteri Malaysia tetapi Perdana Menteri Turki.. PM Malaysia bila nak kecam?.. Perdana Menteri Turki Jumat (5/7) mengecam intervensi militer di Mesir yang menggulingkan Presiden dari kelompok Islamis Mohamed Morsi sebagai musuh demokrasi, dan mengecam Barat karena tidak menyebut penggulingan itu sebagai kudeta. |
PRK Kuala Besut: PAS terdesak cipta alasan kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut Posted: 06 Jul 2013 10:12 PM PDT Pas menyedari kedudukan parti itu di Dun Kuala Besut belum cukup kuat sehingga terdesak mencipta alasan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penetapan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Mohd Mahdi Musa sebaliknya berkata, tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja itu bukanlah masalah kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Sehubungan itu, beliau melihat isu itu tidak sepatutnya timbul sama sekali, apalagi mendakwa SPR cuba halang kira-kira 3,000 pengundi muda dari Dun Kuala Besut di luar Terengganu balik mengundi. "Kita melihat tiada masalah apa-apa pun mengenai tarikh pengundian dan ini mungkin topik yang akan dibangkitkan Pas sekiranya mereka kalah pada PRK Dun Kuala Besut. Mereka menjadikan hari mengundi yang jatuh pada hari Rabu sebagai alasan jika kalah," katanya kepada Sinar Harian. Dun Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar dan daripada jumlah tersebut, Mohd Mahdi berkata, 55 peratus adalah pengundi berumur 40 tahun dan ke bawah. Dalam laporan Sinar Harian semalam, Pas menganggap SPR tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi PRK Dun Kuala Besut. Sementara itu, merujuk gerak kerja pihaknya menghadapi persiapan PRK Dun Kuala Besut, Mohd Mahdi yang juga Adun Kota Putera berkata, Pemuda Umno melakukan persiapan sejak awal dengan program turun padang melalui kumpulan 10 (K10). Beliau menjelaskan, pihaknya akan mendekati golongan muda melalui pendekatan 'personal touch' untuk memastikan mereka terus bersama-sama BN bagi mengekalkan kerusi sedia ada. |
Berjuta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Raya Nyatakan Sokongan Kepada Mursi.. (Video Inside) Posted: 06 Jul 2013 09:19 AM PDT Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara. Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir. Beberapa pegawai tentera bermuafakat menyeru Abdul Fatah Sisi menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara. Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah. Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami." Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi." Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru... Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas. Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular, yahudi dan syiah Mesir. Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas. Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Sementara itu..... Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau. Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi. Sumber dari SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan