Ahad, 7 Julai 2013

Addin

Addin


Ulama Tersohor,Dr.Yusuf Al-Qaradhawi Keluar Fatwa Seru Rakyat Mesir Sokong Morsi

Posted: 07 Jul 2013 09:43 AM PDT


Ulama berpengaruh di Timur Tengah, pada hari semalam (6/7/2013), mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir perlu mendukung Muhammad Mursi dan mendesak pihak tentera berundur dari panggung politik negeri itu, demikian kompas melaporkan.

Ulama kelahiran Kaherah itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwa yang kemudian diterbitkan di lamanweb rasminya itu mengatakan, campurtangan tentera yang kemudian menggulingkan Mursi bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan Mesir. 

"Dr Al-Qaradawi menerbitkan fatwa tentang perlunya mendukung presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat, Muhammad Mursi dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga menyerukan Panglima Tentera Abdel Fatah al-Sisi dan mereka yang mendukungnya untuk berundur demi mempertahankan legitimasi dan demokrasi," demikian pernyataan di dalam lamanweb rasmi al-Qaradawi, www.qaradawi.net 

Al-Qaradawi menambahkan, banyak ulama dari Universitas Al-Azhar Kaherah, salah satu institusi Islam paling berpengaruh di Mesir, menyetujui pandangannya. 

Al-Qaradawi adalah ketua Federasi Ulama Antarabangsa, merupakan pendukung utama revolusi yang "menyapu" sejumlah negara Arab pada 2011. Bulan lalu dia menyerukan perang suci melawan Presiden Syria Bashar al-Assad.




Iklan C (ii)
 



Gambar Dan Laporan Krisis Mesir Yang Tiada dalam Media Pro Umno

Posted: 07 Jul 2013 07:50 AM PDT

Mangsa serangan baltoji dan polis
Ini bukan di Syria, Ini berlaku di Mesir,Ummu Dunia,Mereka terbunuh pada tangan askar, Moga Allah menerima mereka sebagai syahid di sisiNya.

Al Fatihah..

Allahu Akbar!

Mangsa serangan baltoji di Dumyat
Antara yang cedera dan terbunuh di tangan tentera
GAMBAR MANGSA TEMBAKAN DI KEPALA OLEH TENTERA SEKULAR MESIRSaudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh. 





Innalillah. Al Fatihah.
Beliau ialah محمد صبحى الحداد.
Yang ditembak oleh tentera di hadapan bangunan Pengawal Republik.
Moga arwah tenang di sana.


Ayah beliau Subhi Al-Haddad merupakan pegawai Unit Pengawal Republik dan merupakan salah seorang pemandu Pejabat Presiden Mesir. 

Ketua FJP Baltim, Wafa Hijazi menceritakan detik pembunuhan beliau: 
"Salah seorang penyokong Mursi telah meletakkan potret Dr.Mursi di pagar berduri di hadapan bangunan tersebut kemudian salah seorang pegawai tentera mengoyakkan gambar. Ini menyebabkan mangsa menghampiri pegawai tentera yang berkawal lalu berlaku pertikaman lidah. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tembakan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian."



Penasihat Kementerian Waqaf,Sheikh Salamah Abdul Qawiy tercedera dihadapan pengawasan tentera.
Beliau antara ulamak yang turun bersama rakyat. Semoga cepat sembuh.



Sokongan dari Rakyat Turki untuk Dr Mursi.

Allahu Akhbar!!



~kelab maya PAS Mesir




Iklan C (ii)
 


Bertuahnya!! Rakyat Negeri Mana Yang Bilnya Hanya RM0.00..

Posted: 07 Jul 2013 04:29 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu.

Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13). 

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut beliau berkata, peruntukan yang diambil dari belanjawan 2013 itu dibuat kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu. 

"Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

"Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini," katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan semalam yang dipetik Selangorku. 

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS. 

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013. 

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu. ~harakahdaily



Iklan C (ii)
 


PAS Pilih Calon Paling Popular Di PRK Kuala Besut

Posted: 07 Jul 2013 03:54 AM PDT

SHAH ALAM – Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut semakin dirasai terutamanya ketika beberapa nama turut disebut akan dipilih parti masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian Online difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai tiga calon Pas sudah disenaraipendek untuk bertanding pada PRK Kuala Besut, 24 Julai depan.

Mengulas mengenai ciri-ciri calon, selain daripada anak tempatan, Pas turut mengutamakan calon yang popular di kawasan Dun berkenaan."Pas juga pastikan calon yang diletakkan pada PRK ini merupakan calon boleh menang untuk memastikan kerusi Dun Kuala Besut kembali dimenangi parti itu seperti tahun 1999.

"Keutamaan kita memang calon tempatan, tapi kita nak kali ini ia dikenali di pulau dan darat."...dan sudah semestinya kita akan meletakkan calon boleh menang di situ dan membawa isu tanah dan pentadbiran kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, Pas dan Umno dilaporkan akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan, senarai nama tiga calon itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Pas Pusat pada  Isnin bagi memilih calon yang layak.

"Kita akan buat pemilihan terakhir pada mesyuarat Isnin ini, Insya-ALLAH pada malam Isnin."Calon itu kita pilih semua orang muda, namun ada wakil daripada Pemuda Pas atau tidak, saya tidak boleh beritahu," katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Al-Baradei Tak Jadi Perdana Menteri Mesir.. Ini Puncanya

Posted: 07 Jul 2013 01:13 AM PDT

Al-Baradei dan isteri penampilan macam ciri pemimpin Umno
Pakar undang-undang yang pernah jadi bos hal-ehwal Atom di UN, El-Baradei yang teringin nak jadi Perdana Menteri Mesir gagal kerana Obama tak suka. 

Ini kata Obama:

SUMBER BLOOMBERG

Obama berubah hati sebab dia tengok rampasan kuasa di Mesir ditolak golongan Ikhwanul Muslimin, yang sanggup mati syahid. Jika konflik Mesir berterusan, kepentingan US dan Israel yang bermasalah akan semakin rumit.

Akibatnya, angan-angan El-Baradei musnah. Padan muka! Kononnya sebab Salafis menolak perlantikan El Baradei. Tapi kita tahu, dalang rampasan kuasa, US yang menolak sebenarnya.

SUMBER BLOOMBERG

Rakyat Malaysia - Bandingkan penampilan isteri El-Baradei dan isteri Presiden Morsi. Tak heran kalau pemimpin UMNO tak kondem rampasan kuasa, kan?

Dr. Najiaa, isteri Presiden Morsi

Siapa layak memimpin negara yang 95% rakyatnya beragama Islam?





Iklan C (ii)
 


Misteri Kehilangan Morsi

Posted: 06 Jul 2013 09:17 PM PDT


SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba'ah dan kawasan sekitar Tahrir.Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.Apa berlaku seterusnya?Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap PartiKebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

Beliau menuduh Mursi melakukan hasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan tidak menunaikan janji pilihan raya serta hanya melantik ahli Ikhwanul Muslimin untuk menduduki jawatan kanan.Kejatuhan Mohamed Mursi dilihat sebagai kejatuhan kerajaan Islam dan matinya demokrasi di Mesir.

Kejatuhan beliau turut memusnahkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang telah kukuh sehingga ke tahap ini selama lebih 80 tahun.Ini adalah kerana Mursi merupakan Presiden pertama negara itu dipilih rakyat secara demokrasi dan sedang berusaha membina kerajaan berasaskan Islam di Mesir, selepas kejatuhan Hosni dalam kebangkitan rakyat pada 2011.Tetapi apakah nasib Mesir selepas ini, Presiden sementara mula membuat barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. 

Dari Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid, semuanya mempunyai kaitan dengan Israel. Malah tidak mustahil, sekiranya bekas Presiden Mohamed El Baradei diangkat semula sebagai Presiden. Semua teka teki itu belum terjawab.

Dibunuh kejam seperti Sheikh Hasan Al Banna?Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah cabang dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.Sheikh Hassan dan pengikut pada asalnya bersatu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir serta membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai kerosakan akibat dari pengaruh Barat.

Pada awal penubuhannya, gerakan Ikhwanul Muslimin hanya menumpukan kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi melihat kepada penyertaan keahlian semakinbertambah, ia beralih ke dalam sfera politik dengan melakukan protes terhadap kerajaan.Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana melakukan perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi al-Nuqrashi pada 1948, sejurus dia mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.Al-Banna sendiri dibunuh tidak beberapa lama kemudian.

Penyokongnya mendakwa pembunuhan beliau diarahkan oleh kerajaan.Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap pada era 1950  selama berdekad di mana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan mengakibatkan ramai ahli berpindah ke negara lain dan ada di antara mereka dipenjarakan.

Selama 30 tahun kemudian Ikwanul Muslimin kembali berkembang seiring dengan perkembangan dalam minat mendalami agama Islam sama seperti yang berlaku ketika ini di Mesir dan mereka juga sedang giat memperkukuhkan sinar Islam di negara itu.Atau dipenjara seumur hidup seperti Hosni Mubarak?Di sebalik penahanan Mursi dan segala tuduhan tidak berasas itu, mungkinkan Mursi dipenjarakan seumur hidup sama seperti pemimpin diktator Hosni.

Bekas Presiden itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad.Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan meredakan ketegangan menjelang  pilihan raya Presiden ketika itu.

Hosni merupakan pemimpin Arab pertama dibicarakan di negara sendiri.Ketika keputusan dibacakan, Hosni tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar.Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai "30 tahun yang penuh dengan kegelapan."Menurutnya, Mubarak langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari dua tahun lalu.

Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati dan beberapa bandar utama lain melancarkan gelombang kebangkitan rakyat dan peristiwa itu sama seperti apa yang dialami rakyat Mesir sejak 30 Jun lalu.Kesimpulannya, sehingga kini tiada siapa tahu di manakah Mursi berada dan media juga disekat dari membuat liputan. Nasib isterinya hanya diketahui lewat kelmarin apabila menyatakan tetap berdiri teguh di belakang suaminya untuk menuntut keadilan dan pembebasan. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Ini Penjelasan Terbaru Tuan Guru Nik Aziz Berkenaan Isu Mesir

Posted: 06 Jul 2013 05:00 PM PDT

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati.

Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas.

ada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal.

Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Mursi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika AS yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat AS di Timur Tengah.ALLAH SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai.

Padahal ALLAH SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. ALLAH SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.Israel mewakili Yahudi dan AS mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya ALLAH SWT.

Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan sekular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah.

Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki?

Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?Itulah Yahudi dan AS. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan AS.

Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihan raya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)





Iklan C (ii)
 





Tiada ulasan: