Selasa, 30 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KAUM CHINA KENA BALIK CHINA INDIA BALIK INDIA?

Posted: 30 Jul 2013 08:17 AM PDT

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.

Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.

NONE"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.

Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".

Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.

Enggan layan panggilan telefon
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.

Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.

Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita.

"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.

Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian.

KALI INI GUAN ENG BEDAL POLIS KE UMNO?

Posted: 30 Jul 2013 07:30 AM PDT



Polis gagal banteras jenayah sehingga menyebabkan ia berleluasa dalam negara seperti tiga kes tembakan berlaku semalam, termasuk pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, Pengasas Bank Pembangunan Arab-Malaysian di tengah Kuala Lumpur pada siang hari, kata Lim Guan Eng (gambar).
Setiausaha Agung DAP itu berkata, ini membuktikan bahawa jenayah yang semakin meningkat bukan lagi persepsi tetapi bukti kegagalan polis dan keperluan mendesak untuk keluar daripada obsesi terhadap musuh politik Barisan Nasional (BN).
"Polis tidak lagi boleh menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat terhadap pembunuhan Hussain kerana beliau bukan penjenayah, tetapi seorang tokoh bank antarabangsa yang dihormati," kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Kes tembakan terhadap R Sri Sanjeevan ini pula dikaitkan hubungan polis dengan kongsi gelap, yang menyebabkan kredibiliti dan integriti polis merosot teruk," katanya.
Lim berkata, masanya sudah tiba untuk Kerajaan Persekutuan membenarkan polis memberi tumpuan kepada matlamat terasnya iaitu membanteras jenayah dan tidak boleh lagi dipergunakan sebagai alat politik BN.
"Statistik tidak pernah berdusta dan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching bulan ini, Menteri Dalam Negeri berkata, `sejumlah 112,583 anggota polis berpakaian seragam, 10,150 (9 peratus) berada dalam Jabatan Siasatan Jenayah, 4224 (3.8 peratus) dalam Siasatan Jenayah Narkotik dan 1,663 (1.4 peratus) di Jabatan Siasatan Komersial.
"Hanya 9 peratus daripada anggota polis yang terbabit secara langsung dalam membanteras jenayah di luar sana dan kenyataan ini tidak boleh diterima," katanya.
Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur semalam sementara isterinya cedera terkena tembakan.
Beliau yang kini penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.
Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.
Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan. – 30 Julai, 2013.

NEGARA KITA AMAN:SEHARI DUA TEMBAKAN PEMBUNUHAN BERLAKU?

Posted: 30 Jul 2013 02:00 AM PDT



 
Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.
Semalam, dua kes tembak dilaporkan – satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam – menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam kejadian semalam ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Kuala Lumpur pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas aktivis anti-jenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. 

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.  

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian  kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan melibatkan orang awam lain, antaranya:
  • 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
  • 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
  • 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
  • 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
  • 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
  • 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.

- Bernama

Umno mahu polis siasat isu gambar SK Pristana

Posted: 30 Jul 2013 12:21 AM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa menyebarkan gambar kontroversi menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan.
Umno Selangor menggesa polis menyiasat kes penyebaran gambar kontroversi yang menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan SK Seri Pristana mengikut Akta Hasutan.
Noh menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.
Noh yang dipetik dalam laporan Utusan Online itu juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar.
MP Tanjong Karang itu mendakwa, guru besar terbabit Mohamad Nasir Mohd Noor yang diarah bercuti sejak 25 Julai lalu, telah menjalankan tugas dengan baik.
Beliau juga mendesak ibu bapa berkenaan perlu meminta maaf kerana didakwanya membuat tuduhan palsu hingga menimbul kekecohan seluruh negara.

oOP...YG BETUL MAHADHIR NI...

Posted: 29 Jul 2013 07:30 PM PDT


(Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet - Thechulan.blogspot.com)

PUTRAJAYA: "Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

"Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti," tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

"Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

"Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan," ujarnya.

"Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

"Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

"Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.

"DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi," dakwa Mahathir.

Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.

Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.

"Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin," getus Mahathir.

"Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu," ujar Tun Mahathir.

Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

"Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam," katanya lagi.

"Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya," jelas Tun Mahathir. "Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti)," tambahnya.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.

Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.

"Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir. 

"Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.

Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.

"Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib," kata Tun lagi.

"BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya," kata Tun lagi.

"Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi," kata Tun.

"Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,"  ujarnya.

Akhir sekali Tun berkata "Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis".

Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf "sulit" dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.

KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.

Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.

Jangan banding PKM dengan komunis China

Posted: 29 Jul 2013 04:50 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya membandingkan hubungan Malaysia dan China dengan sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kenyataannya berhubung filem kontroversi 'The New Village'.
Khairy berkata Lim itu juga tidak membincangkan kewajaran tayangan filem berkenaan tetapi menggambarkan sikap berat sebelah dalam isu melibatkan "sejarah negara, identiti dan sentimen".

The New VillageAtas dasar itulah Lim mendakwa Pemuda Umno dan Utusan Malaysia merupakan hipokrit kerana tidak mempersoalkan hubungan Malaysia dengan negara komunis tersebut, kata menteri belia dan sukan itu.

Sedangkan, hubungan yang terjalin dengan negara seperti China, Cuba dan Vietnam itu merupakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang diiktiraf, kata Khairy.
Mengulas mengenai hubungan yang dijalin oleh Pemuda BN dengan CYL pula, Khairy berkata Parti Komunis China telahpun berubah.
Parti itu kini berjaya membentuk China menjadi kuasa besar dunia, katanya.
PKM pula yang didakwa diagungkan secara tersirat dalam 'The New Village', merupakan pasukan yang pernah bertindak ganas dan membunuh ribuan rakyat negara ini, kata Khairy.
The New Village"Ramai mati dalam keadaan mengerikan dengan perut terburai dan kepala dipenggal," katanya.

"Hakikat bahawa (China) itu komunis – yang lebih pada nama dan bukannya pada sifat – tidak membawa maksud yang sama dengan komunisme yang diingati rakyat Malaysia; komunisme yang diagungkan filem itu," kata Khairy lagi.

Dalam kenyataannya itu, Khairy berkata, Parti Komunis Cina berubah sejak zaman Perang Dingin sehingga zaman globalisasi dan melonjakkan China menjadi kuasa besar global.

Sedangkan PKM katanya, tidak pernah mengalami perubahan yang sama – apatah lagi membentuk kerajaan atau bertanggungjawab mengemudi ekonomi negara.

"Pemahaman asas begini PUN tidak mampu dicerna oleh Lim Guan Eng. Beliau lebih senang melihat kita memutuskan hubungan dengan China daripada memikirkan jika terdapat isu lebih serius berkenaan filem ini," kata Khairy.

The New Village"Tanpa menonton filem itu sekalipun, berdasarkan sedutannya tidak sukar untuk kita pastikan yang pemberontak komunis cuba digambarkan sebagai wira nasional," katanya lagi.

Lim dalam kenyataannya hari ini antara lainnya berkata hubungan antara Pemuda BN dengan CYL itu berbeza kerana ia merupakan hubungan terus antara parti politik dengan parti politik.
"Begitu pun tidak ada tindakan diambil apabil Khairy secara sedar dan niat yang jelas mewujudkan hubungan langsung dengan CYL melalui sebuah sekretariat," katanya.

Lim juga berkata, kedua—duanya juga tidak pernah mengkritik bekas ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor kerana menandatangani perjanjian damai bagi pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989.
Lim berkata demikian dengan merujuk kenyataan anggota exco Pemuda Umno Lokman Adam bahawa filem 'The New Village' itu secara tersirat mengagungkan Parti Komunis Malaya.

Lokman juga mendakwa filem tersebut menggambarkan Rejimen Askar Melayu dan polis yang berkhidmat dengan British sebagai "musuh dan orang jahat yang perlu dihapuskan," katanya.

Tiada ulasan: