Selasa, 30 Julai 2013

Addin

Addin


Rupanya Suspek Tembak Pengerusi MyWatch Adalah Kenalannya?

Posted: 30 Jul 2013 08:52 AM PDT


Sanjeevan parah akibat ditembak di Jempol tetapi keadaannya dilapor stabil. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimSuspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dipercayai kenalannya sendiri.

Mengikut laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan sedang dijalankan dengan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Mangsa sedang memandu kereta BMW kelabu di satu persimpangan di Bahau, Jempol sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan tembakan.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

RoS Belum Hantar Surat, Zahid Hamidi Dah Buat Keputusan - Lim Guan Eng

Posted: 30 Jul 2013 06:20 AM PDT

Lim Guan Eng (gambar) hari ini membidas pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya DAP mengadakan semula pemilihan parti kerana menurutnya ia bersifat dendam dan tidak rasional.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) sendiri belum menghantar sebarang surat arahan kepada mereka, tetapi bagaimana Ahmad Zahid boleh membuat keputusan sedemikian."DAP terkejut dengan pengumuman tidak berasas dan tidak matang oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Malah RoS sendiri pun tidak mengeluarkan sebarang surat kepada DAP mengenai keputusan itu, jelas sekali ini adalah satu tindakan salahguna kuasa dan penganiayaan politik," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Lim mengecam Ahmad Zahid kerana bercakap tanpa memberikan sebarang alasan terhadap keputusan tersebut, serta bersikap melulu.

"Beliau bercakap tanpa sebarang alasan bertulis mengapa DAP perlu menjalankan pilihan raya parti yang baru," katanya.Malah, Lim mendakwa tiada sebarang surat yang disediakan oleh RoS kepada DAP supaya menjalankan pilihan raya semula.

"Semasa Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke, yang juga MP Seremban melawat RoS pagi ini di Putrajaya, dia diberitahu surat itu belum sedia untuk dihantar lagi."Adakah RoS menyerahkan profesionalism dan integriti mereka kepada Umno dan BN?" katanya.

Sebelum ini, penasihat DAP, Lim Kit Siang menjangkakan RoS sedang bersedia membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Lim menggesa semua pemimpin dan ahli parti bertenang, serta beliau sendiri akan memanggil satu mesyuarat tergempar CEC pada malam esok bagi membincangkan langkah seterusnya.Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP tahun lalu berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Pada April lalu, RoS membuat keputusan tidak membatalkan pendaftaran DAP dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). ~the malaysian insider






Iklan C (ii)

Setelah Cubaan Bersihkan Najib Dalam Skandal Scorpene, Tembelang Jasbir Terbongkar..

Posted: 30 Jul 2013 05:10 AM PDT


Jasbir Singh Chahl pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam Scorpene namun menurut badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram), beliau dipecat.

Jasbir yang kemudiannya tidak berpuas hati memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak Baginda yang kemudiannya membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu sidang media hari ini, Jasbir adalah saksi kepada satu siasatan yang sedang berlangsung di Perancis, tetapi beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Surat Terbuka Buat Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 29 Jul 2013 11:58 PM PDT

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:

"wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)"

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.

Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea 'kerajaan perpaduan' tempohari.

Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?

Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.

Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.

Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.

Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.

PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.

PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani masyarakat dan isu.

Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan.

* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.





Iklan C (ii)


Punca Sebenar Pengerusi Mywatch Di Tembak Terbongkar

Posted: 29 Jul 2013 11:10 PM PDT

Ketua badan pemantau anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan dikatakan menerima beberapa ugutan bunuh selepas beliau mengancam untuk mendedahkan identiti polis yang jahat, kata bapanya.

Sanjeevan sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan perlindungan keselamatan 24 jam untuk keluarganya apabila beliau ditembak pada Sabtu lalu.

"Dia ada memberitahu kami mengenai ugutan yang diterima tetapi tidak memaklumkan siapa yang bertanggungjawab," kata bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan kepada The Malaysian Insider.

"Saya sudah banyak kali memintanya supaya berhati-hati. Saya nasihatkan dia untuk tidak terlalu menyiasat perkara ini, tetapi dia berdegil," katanya.

Bapa berusia 63 tahun itu, berkata, Sanjeevan yang masih bujang adalah anak bongsu daripada lima beradik itu amat rapat dengan keluarga dan memberi amaran supaya semua ahli keluarga berhati-hati.

Ramakrishnan berkata, Sanjeevan sebelum ini menceburi bidang hospitaliti sebelum memberikan tumpuan sepenuh masa kepada MyWatch.

"Walaupun dia anak bongsu, boleh dikatakan dia agak matang, tetapi sering terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya," katanya.

Sanjeevan ditembak ketika berada dalam kereta bersama seorang rakan di bandar Bahau, Negeri Sembilan, petang Sabtu. Penyerangnya dikatakan dua lelaki bermotosikal.

Mereka melepaskan beberapa das tembakan kepada Sanjeevan, tetapi mangsa yang terkena tembakan di dada selamat dan dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ke Hospital Serdang, semalam. Beliau yang dikawal rapi dijadualkan menjalani pembedahan.

Anggota polis bersenjata juga ditempatkan berkawal di hospital. Seorang ibu saudaranya yang enggan dikenali berkata, Sanjeevan sentiasa bekerja.

"Dia menganggap kerja anti jenayah sangat serius dan kami bimbang keselamatannya setiap hari. Dia terlalu bercita-cita tinggi dan apa yang berlaku ini umpama mimpi ngeri kepada kami," katanya.

Sejurus selepas kejadian tembakan itu berkata, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi akaun Twitternya berkata, Sanjeevan ditembak kerana beliau akan mendedahkan beberapa anggota polis yang dikaitkan dengan dunia jenayah.

Perkara ini turut didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berkata, Sanjeevan ada memberitahunya bahawa beliau mempunyai senarai nama pegawai polis yang sedang disiasat atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, Sanjeevan memberitahunya bahawa beliau yakin jenayah itu amat serius kerana pegawai polis yang disoal siasat itu sedang disiasat mengikut seksyen undang-undang yang membawa hukuman mati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, menggesa Rafizi untuk tampil dengan informasi itu.




Iklan C (ii)


Gambar Pengasas Arab Malaysian Bank Maut Di Tembak Akhirnya Tersebar..

Posted: 29 Jul 2013 06:51 PM PDT


SHAH ALAM - Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam.

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang.

Mereka sedang duduk di situ apabila seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan beberapa das tembakan. Penembak itu melarikan diri dengan teksi bersama dua lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya terkena satu das di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

"Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan urusan perniagaan," katanya.

Katanya, mayat Hussain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. ~sinar harian




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: