Selasa, 30 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Raikan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anjing?

Posted: 30 Jul 2013 08:39 AM PDT


Awal Ramadhan baru-baru ini pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook.

Menjelang akhir Ramadhan dan tibanya Hari Raya Aidilfitri ini pula Video '1 Hari Di Hari Raya' dengan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu) pula dimuatnaik kelaman FaceBook.

Video ini menunjukkan seseorang yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman itu menunjukkan seorang berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu.

Video berdurasi 1 minit 44 saat ini juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar seorang individu duduk bersama tiga ekor anjing di sofa.



Bagaimanapun menurut pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.. "Saya tiada niat hina Islam".

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

"Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya 'educate' orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan," katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

"Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif," katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

"(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak," katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, "saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat 'statement' kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya".

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

"Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini," katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia ~ Mynewshub 

Bernama melaporkan SKMM akan segera menyiasat pemilik video ini..


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. 

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima laporan mengenainya. Oleh itu, saya mengarahkan SKMM untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 21 Julai lalu dengar katanya ada satu pasukan pemantau salah laku internet yang akan secara sukarela memantau kemudian membuat laporan kepada polis jika kandungan sesebuah bahan di internet itu menyentuh sensitiviti atau menghina kaum dan bangsa lain.

Pasukan yang digelar Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT) itu diketuai oleh Penyelarasnya Huan Cheng Guan.

Dengarnya seperti serius, tetapi sehingga tengahari ini, belum ada sebarang makluman dari pihak SEMUT tentang kemunculan video menghina ini.

Mereka sudah tidak buat kerja atau memilih video yang tertentu sahaja untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ke mana pergi pasukan sukarela SEMUT ini?

"Jika bukan perunding, mengapa Altantuya minta $500,000 sebagai komisen," soal Cynthia kepada Jasbir

Posted: 30 Jul 2013 07:47 AM PDT


Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyifatkan saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat yang diketahuinya mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.

"Perkara ini menjadi perhatian ramai tetapi beliau tidak mendedahkan semua," katanya pada sidang media hari ini bagi mengulas kenyataan Jasbir yang dilihat memburuk-burukkan Suaram dalam NST.

Beliau berkata, Jasbir sepatutnya mendedahkan butiran pembekalan, selain peranannya dan mengapa beliau digugurkan dari rundingan berkenaan.

"Kami pelik mengapa butiran itu tidak disiarkan NST," katanya yang berpendapat Jasbir juga wajar mendedahkan punca Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan itu.

Tidak setuju dengan kenyataan dalam akhbar berkenaan, Cynthia berkata, Jasbir menyatakan Altantuya Shaariibuu tidak terlibat dalam proses rundingan tetapi ia bertentangan dengan kenyataan bapanya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding rojek itu.

"Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen," katanya.

Antara 2009 dan 2010 sewaktu kapal selam dalam proses penghantaran, beliau berkata, Jasbir membayar €114.9 juta kepada Perimekar yang mencatatkan kerugian daripada untung bersih, RM19 juta kepada RM3.3 juta.

Beliau berkata, laporan kewangan syarikat pada 2010 menunjukkan projek dengan kerajaan tamat pada Disember 2009 dan kerugian berlaku.

"Jadi, adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam? Dan, kenapa Jasbir tidak mendedahkannya?" katanya.

Cynthia turut mempersoal peranan Jasbir dalam Terasasi Sdn Bhd dan mengapa syarikat itu tidak didedahkan kepada umum.

"Jasbir pernah menjadi pengarah di syarikat itu sebelum Razak dan bapanya turut terlibat sama, katanya sambil mendesak suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mendedahkan hal berkenaan kepada umum.

Menyatakan Jasbir pernah menjadi perunding dalam perolehan dua kapal selam sebelum digugur, beliau berkata, saksi kes Scorpene itu juga memfail saman RM50 juta terhadap Razak yang sebelum membuat penyelesaian luar mahkamah.

Pada kenyataan dalam NST baru-baru ini, Jasbir bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam.

Urus niaga pembelian kapal selam juga menjadi antara sebab Razak menjadi tumpuan media pada 2006 apabila Altantuya didakwa mengancamnya sebelum mayatnya diletup di Puncak Alam.

Pada 2009, Suaram membuat aduan kepada Mahkamah Perancis yang membawa kepada siasatan membabitkan dua hakim berhubung dakwaan kerajaan Malaysia terbabit dalam rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene.

~ The Malaysian Insider

Rambo dipenjara 133 tahun dan 50 sebatan atas kesalahan rogol

Posted: 30 Jul 2013 01:09 AM PDT

 
Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan pada 2009.

Tertuduh atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 42, didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara pukul 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 petang 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong. Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Rabidin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Azman kemudiannya menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula. Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa.

Pada 5 Februari lepas, Rabidin yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara berjumlah 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas empat mangsa perempuan berumur antara lapan hingga 17 tahun.

Pada 21 Mac lepas pula dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen Raub selepas mengaku bersalah menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 November 2012. - BERNAMA

Najib Bohong Lagi.. Bekas Tentera Pula Menjadi Mangsa..

Posted: 29 Jul 2013 11:50 PM PDT


Pada 10 Oktober 2010, berjanjilah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kira-kira 300,000 bekas anggota tentera semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dua perkara telah dijanjikan iaitu sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.

Dan juga bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita. Kata Najib.

Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara.

Namun begitu.. tiga tahun telah berlalu.. meskipun janji tersebut telah diucapkan oleh Najib dan didengari dengan jelas oleh hampir kira-kira 20,000 orang itu.. janji tinggal janji, malah ada yang dikatakan telah mati mengharapkan janji Najib itu..

Bekas tentera tuntut janji PM 
IPOH - Biarpun gembira di sebalik menerima sumbangan perayaan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas tentera di negeri ini mengakui terkilan apabila janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum terlaksana sehingga ke hari ini.  
Salah seorang bekas tentera, Sarjan (B) Ahmad Tarmizi Khalid berkata, janji dibuat sempena Perhimpunan Raksasa Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010 lalu.  
Katanya, pada perhimpunan berkenaan Najib berkata pihak kerajaan akan melaksanakan pemberian sara hidup serta pampasan bagi semua bekas tentera yang mengalami kecederaan ketika bertugas.  
"Kami (bekas tentera) masih menunggu pelaksanaan dua perkara berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri pada perhimpunan bekas tentera tiga tahun lalu.  
"Kami juga berharap agar perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan," katanya.  
Ahmad Tarmizi berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Perak 2013 di sini.  
Difahamkan, Ahmad Tarmizi kehilangan sebahagian kaki kanannya setelah terpijak jerangkap samar ketika mengikuti satu operasi di Gopeng sekitar 1976 lalu.  
Sementara itu, Ahmad Tarmizi turut berkata kebanyakan golongan bekas tentera merasa agak terkilan dengan pemberian RM5,000 kepada anggota keselamatan yang cedera pada Ops Daulat di Lahad Datu, baru-baru ini.  
Katanya, jumlah berkenaan agak jauh bezanya dengan golongan bekas tentera yang sekadar menerima RM500, itu pun pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh JHEV ATM.  
"Kami agak terkilan dan berharap agar ia turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan demi menjamin kesejahteraan hidup golongan bekas tentera di negara ini," katanya.
~ Sinar Harian

Pengerusi MyWatch diugut bunuh kerana mahu dedah identiti polis jahat..

Posted: 29 Jul 2013 07:04 PM PDT


Ketua badan pemantau anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan dikatakan menerima beberapa ugutan bunuh selepas beliau mengancam untuk mendedahkan identiti polis yang jahat, kata bapanya.

Sanjeevan sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan perlindungan keselamatan 24 jam untuk keluarganya apabila beliau ditembak pada Sabtu lalu.

"Dia ada memberitahu kami mengenai ugutan yang diterima tetapi tidak memaklumkan siapa yang bertanggungjawab," kata bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan..

"Saya sudah banyak kali memintanya supaya berhati-hati. Saya nasihatkan dia untuk tidak terlalu menyiasat perkara ini, tetapi dia berdegil," katanya.

Bapa berusia 63 tahun itu, berkata, Sanjeevan yang masih bujang adalah anak bongsu daripada lima beradik itu amat rapat dengan keluarga dan memberi amaran supaya semua ahli keluarga berhati-hati.

Ramakrishnan berkata, Sanjeevan sebelum ini menceburi bidang hospitaliti sebelum memberikan tumpuan sepenuh masa kepada MyWatch.

"Walaupun dia anak bongsu, boleh dikatakan dia agak matang, tetapi sering terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya," katanya.

Sanjeevan ditembak ketika berada dalam kereta bersama seorang rakan di bandar Bahau, Negeri Sembilan, petang Sabtu.

Penyerangnya dikatakan dua lelaki bermotosikal.

Mereka melepaskan beberapa das tembakan kepada Sanjeevan, tetapi mangsa yang terkena tembakan di dada selamat dan dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban ke Hospital Serdang, semalam.

Beliau yang dikawal rapi dijadualkan menjalani pembedahan. Anggota polis bersenjata juga ditempatkan berkawal di hospital.

Seorang ibu saudaranya yang enggan dikenali berkata, Sanjeevan sentiasa bekerja.

"Dia menganggap kerja anti jenayah sangat serius dan kami bimbang keselamatannya setiap hari. Dia terlalu bercita-cita tinggi dan apa yang berlaku ini umpama mimpi ngeri kepada kami," katanya.

Sejurus selepas kejadian tembakan itu berkata, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi akaun Twitternya berkata, Sanjeevan ditembak kerana beliau akan mendedahkan beberapa anggota polis yang dikaitkan dengan dunia jenayah.

Perkara ini turut didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berkata, Sanjeevan ada memberitahunya bahawa beliau mempunyai senarai nama pegawai polis yang sedang disiasat atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, Sanjeevan memberitahunya bahawa beliau yakin jenayah itu amat serius kerana pegawai polis yang disoal siasat itu sedang disiasat mengikut seksyen undang-undang yang membawa hukuman mati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, menggesa Rafizi untuk tampil dengan informasi itu.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: