Rabu, 24 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


NAJIB TERSENYUM MUHYIDDIN GIGIT JARI? SAKSIKAN MENGAPA INI TERJADI

Posted: 24 Jul 2013 12:00 AM PDT



Nazri tidak berminat bertanding pemilihan Umno Oktober ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir SufariNazri tidak berminat bertanding pemilihan Umno Oktober ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir SufariDatuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz  memaklumkan untuk tidak bertanding dan berharap pihak tertentu menghenti spekulasi mengenai kemungkinan penglibatannya pada pemilihan Umno, Oktober ini.
"Saya langsung tidak berminat untuk bertanding dalam pemilihan Umno. Tidak payahlah buat spekulasi.
"Saya hanya berminat bertanding dalam pilihan raya umum. Lagi satu, saya minat jadi Ketua Bahagian Umno Padang Rengas," katanya, sedikit bergurau
Menteri Pelancongan dan kebudayaan itu berkata demikian secara tegas walaupun ada unsur gurauan ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Balai Seni Visual Negara, semalam.
Nazri pernah menjadi Ketua Pemuda Umno pada 1994 dan antara 37 Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Pemilihan Oktober ini dianggap ujian kepada pindaan perlembagaan ke atas Umno yang menyaksikan 146,500 perwakilan dari 191 bahagian seluruh negara bakal membuat pemilihan pucuk pimpinan parti.
Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapus sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain itu, dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden  hampir pasti tidak dipertanding, malah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan pendirian itu atas alasan ia  mengamal 'demokrasi terpimpin'.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyokong penuh cadangan dua jawatan tertinggi itu tidak dipertanding kali ini. - 24 Julai, 2013

UTAMAKANLAH ANAK ANDA:URUSLAH MEREKA

Posted: 23 Jul 2013 09:00 PM PDT

Sehingga 19 Jun tahun ini, seramai 55,537 kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas masih belum memohon kad pengenalan (MyKad) kali pertama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara penyumbang kepada masalah ini ialah sikap ibu bapa sendiri yang tidak mengambil berat, selain faktor ekonomi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Secara keseluruhan, Sabah mencatat jumlah tertinggi kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKad iaitu 8,259 disebabkan banyak kawasan pedalaman.

"Jadi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengerakkan program MY12 untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya mempunyai MyKad," katanya pada sidang akhbar selepas berbuka puasa bersama warga JPN di Putrajaya semalam.

Ahmad Zahid berkata menerusi program itu, sesi penerangan dengan kerjasama sekolah, pendaftaran di lapangan melalui khidmat Mobile JPN 1Malaysia dan Unit Mobile Kad Pengenalan, akan dilaksana.

Beliau berkata selain itu, JPN akan menjalankan program MY18 yang disasar kepada permohonan penukaran kad pengenalan apabila mencapai umur 18 tahun hingga genap 25 tahun.

Menerusi program itu, JPN akan memastikan rekod data pengenalan diri setiap individu dikemas kini secara berterusan dan membantu mereka berurusan menggunakan kad pengenalan berkenaan.

"Ia akan dijalankan melalui sesi taklimat dan dialog di sekolah, institusi pengajian tinggi dan kilang," katanya.

- Bernama

ZAKAT ANDA TELAH DICURI:BAYAR DI TEMPAT YG JELAS

Posted: 23 Jul 2013 06:30 PM PDT

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiada kaitan dengan sebuah laman web yang menerima pembayaran zakat, wakaf dan sedekah secara online seperti dilapor media baru-baru ini.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata aktiviti laman web itu tidak mendapat kebenaran dari pihaknya dan siasatan mendapati laman web itu beroperasi di Shah Alam serta turut menggunakan paparan muka kalkulator pembayaran zakat milik Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Kita menerima aduan daripada orang ramai kerana operasi laman web itu telah mewujudkan kekeliruan dan memberi tanggapan bahawa syarikat terbabit mendapat tauliah untuk mengutip serta mengagihkan zakat dan wakaf di Selangor," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam semalam.

Beliau berkata MAIS melalui LZS juga telah membuat laporan polis pada 19 Julai lepas berhubung perkara itu.

Katanya, MAIS turut melaporkan perkara itu di Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Agama Islam Selangor.

Mengulas lanjut, Mohamad Adzib berkata berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan, MAIS berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah serta membuat pungutan khairat termasuk kutipan wakaf tunai tanpa kebenaran MAIS.

Sehubungan itu, MAIS meminta orang ramai supaya membayar zakat atau wakaf terus kepada LZS atau Perbadanan Wakaf Selangor atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh MAIS.

- Bernama

INI DAH BAGUS:SAKSIKAN MENGAPA IA PATUT JADI CONTOH

Posted: 23 Jul 2013 04:55 PM PDT

Kempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan DarwisKempen berakhir dengan jentera BN, PAS menikmati kemasyhuran ikan bakar Kuala Besut. Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis

Tiada ulasan: