Rabu, 24 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tahniah! Secara Rasminya BN Kekal Kerusi Kuala Besut, Menang Seluruh Saluran Termasuk Undi Pos..

Posted: 24 Jul 2013 07:23 AM PDT


Secara rasminya SPR telah mengumumkan sebentar tadi bahawa calon dari Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah memenangi Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut.

Beliau telah memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang mendapat 5,696 undi, jumlah undi rosak dan ditolak ialah 125.

Majoriti yang diperolehi oleh Tengku Zaihan ialah 2,592 undi meningkat 158 undi berbanding Pilihanraya Umum 13 lalu iaitu 2,434 undi, walaupun lebih dari RM477 Juta telah dilaburkan disini bagi memikat hati pengundi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh calon PAS menyaksikan kemerosotan berbanding dengan jumlah yang diterima pada Pilihanraya Umum lalu sebanyak 679 undi.

Pada Pilihanraya Umum lalu calon PAS, Napsiah Ismail mendapat 6375undi..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan.. Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

Ni keputusan awal..


Ulasan menarik mengenai keputusan ini sila baca di ( SINI )

Ini Penjelasan Dari Pengetua Dan Pengerusi PIBG Berkenaan Bilik Persalinan Diguna Sebagai Tempat Makan

Posted: 24 Jul 2013 01:14 AM PDT


Ketika memasuki perkarangan sekolah kira-kira pukul 6 petang Selasa, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kelihatan tertekan kerana beberapa pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan menyoal mereka berulang kali mengenai tindakan tersebut.

Mereka menunjukkan kepada kami bilik persalinan yang berada dalam keadaan bersih pada ketika itu.

Dua meja dengan alas berwarna ungu diletakkan dalam ruang kecil dekat dengan bilik mandi dan singki serta kerusi.

Kantin sekolah itu yang bertentangan dengan bilik persalinan baju dibuka semula untuk murid-murid pada Selasa atas arahan Menteri Pendidikan.

Terdapat tiga bilik mandi dan tiga singki di dalam bilik tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan tandas perempuan dan tandas orang kurang upaya.

Menurut pegawai sekolah tersebut, terdapat kira-kira 28 pelajar bukan Islam di sekolah terbabit.

Guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor berkata, semua murid telah menggunakan bilik persalinan itu sejak Mac kerana ruang di kantin sekolah tidak mencukupi.

"Kemasukan pelajar meningkat melebihi 500 murid pada tahun ini. Malah kami tidak mempunyai bilik kelas yang cukup. Kami mempunyai purata kira-kira 49 murid dalam setiap kelas sekarang.

"Saya hanya memutuskan untuk memindahkan mereka ke bilik tersebut kerana kebanyakan murid-murid duduk di atas rumput atau berhampiran longkang kerana ruang yang terhad," katanya.



Beliau berkata, kantin sekolah itu ditutup lebih seminggu yang lalu kerana kerja pengubahsuaian.

Mohd Nasir membawa kami ke kantin itu untuk menunjukkan pintu kaca yang baru dipasang di sudut penjuru kantin tersebut.

Kerja pengubahsuaian sudah berakhir minggu lalu, katanya.

"Kantin itu sepatutnya dibuka semula pada Isnin. Saya tidak tahu mengapa ia ditutup. Saya berada dalam mesyuarat pada hari tersebut," kata Mohd Nasir.

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff berkata, ahli persatuan itu menyedari situasi itu apabila ia dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

"Sebagai ibu bapa, saya rasa ia bukan idea baik tetapi keputusan bukan terletak di tangan saya," katanya. 

Sementara itu, Mohd Nasir menegaskan beliau tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap para pelajar.

"Seperti yang anda boleh lihat, bilik mandi amat bersih. Hanya satu sebab saya memilih tempat itu kerana ia bilik paling dekat dengan kantin.

"Saya tidak bermaksud untuk mengapa-apakan murid-murid," katanya ~ mStar


Itu penjelasan mereka..

Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan tindakan beberap sahabat yang mendedahkan laman FaceBook milik peribadi Pengetua Sekolah ini..

Sepatutnya apapun yang berlaku kita sewajarnya menunggu penjelasan dari beliau sendiri.. kerana beliau hanya menjalankan tugasnya..

Dan aku yakin Pengetua Sekolah ini sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para pelajarnya..

Kurang Cerdik Rupanya Calon BN Ni.... Ditunjuknya Kertas Undi Kepada Media..

Posted: 23 Jul 2013 09:15 PM PDT


Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai calon kerana telah melanggar kerahsiaan dalam pilihan raya.

Tengku Zaihan, calon BN bagi DUN Kuala Besut dilaporkan tiba SMK Kuala Besut jam 8.20 pagi untuk membuang undi dengan ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau mempamirkan kertas undi setelah beliau mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri sebelum memasukkannya ke dalam peti undi.


Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).

"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya.. 

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 
Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 
(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 
(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 
Keseluruhan undang-undang sila lihat di SINI

Tapi.. seperti biasa.. oleh kerana beliau mewakili UMNO/BN undang-undang yang ada di atas tidak tertakluk kepadanya..

Kalau Calon PAS yang lakukan tu sudah tentu calon BN diumumkan menang percuma...

Angkara Kezaliman BN Kedah, Kakitangan Insaniah Holdings Bakal 'Makan Ketupat Berendangkan Pasir' Aidil Fitri Ini?

Posted: 23 Jul 2013 07:00 PM PDT


Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak.

"Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN.

Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang.

Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan. Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan!

Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil. Selepas Pakatan tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan.

Kerajaan negeri tidak meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu.

Ada cakap liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang membayar gaji staf Insaniah Holdings'.

Kakitangan Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan.

Antara tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana, Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada tindakbalas positif yang diterima.

Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak dapat berbuat apa-apa.

Masalah yang melanda Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah.

Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan tersebut.

Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN. Bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian mereka untuk semester baru.

Mereka hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja.

Untuk berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.

Jika disemak dalam laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang, Kulliyyah Usuluddin, Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah, Kulliyyah Muamalat, Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi.

Semua program yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi. Soalnya, jika hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung status program yang dikendalikan Insaniah Holdings.

Kalau tutup, lakukan mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa.

Pentadbir KUIN jangan letak kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.

Keyakinan masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh merudum.

Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini.

Sewaktu KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar baru ialah 1200 orang.

Apa yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi menyifatkannya sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.

Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.

Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.

Banyak IPT dinaik taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya Universiti Islam Antarabangsa.

Entahlah, masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula ~ Zulya Nota Utara

Nak Pertikai Umrah Anwar, Macai UMNO Terdedah Kejahilan Sendiri..

Posted: 23 Jul 2013 05:30 PM PDT


Berikutan dengan tersebarnya gambar Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim selesai mengerjakan umrah Jumaat lalu, maka muncullah seorang macai UMNO mempersoalkannya..

Merasakan dirinya bijak walhal jahil sebenarnya, macai itu mempersoalkan mana mungkin seseorang itu menunaikan Umrah dalam masa yang singkat..

Jika ada penyokong PAS yang mengatakan bahawa Umrah itu boleh dilaksanakan dalam masa 2 atau 3 hari, memang bahlol lah penyokong PAS itu tulis macai UMNO itu.

Kerana menurutnya ibadah Umrah itu memerlukan sekurang-kurangnya 12 hari untuk dilaksanakan dan perlu dilengkapkan 5 rukun yang telah ditetapkan..

Maka dengan kefahamannya itu terhasillah image atau gambar berikut dan disiarkan dilaman FaceBook miliknya..


Dan ini apa yang telah ditulis macai UMNO itu..


Kebodohan atau kejahilannya itu telah mengundang lebih dari 1,000 komen yang menghentamnya kembali kerana terlalu bodoh dan jahil.

Malah ada yang menawarkan untuk memberikannya kelas percuma mengenai Umrah, berikut adalah sebahagian dari komen yang dimaksudkan itu..

Itulah yang terjadi.. masa kecik-kecik dulu mak bapak hantar ke Sekolah dia lari.. sekarang kan dah jadi bangang..

Kalau bangang tak tunjuk kat orang tak apa jugak.. tapi bangang tunjuk kat seluruh dunia..

Kalau korang berminat nak tambah lagi nasihat-nasihat seperti di atas sila klik di ( SINI )

Pada saat-saat akhir berkempen di Kuala Besut, Pemuda PAS letakkan PAS sama taraf dengan UMNO.. Tahniahlee!!

Posted: 23 Jul 2013 09:13 AM PDT


Dalam saat-saat akhir tempuh berkempen yang dibenarkan bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia ini telah meletakkan PAS sama tarafnya dengan UMNO..

Sebelum itu ikuti dulu pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan pada 18 Julai lalu..

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut. 

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan. Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. 

Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini. Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan. 

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguam-peguam. Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan. 

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu. 

Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat. 

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut. 

sepenuhnya di SINI

Oleh kerana apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan dan janji-janji itu adalah rasuah kepada rakyat..

Maka tindakan Pemuda PAS seperti di bawah ini telah menjadikan PAS sama dengan UMNO.. kerana rasuah tetap rasuah.. walaupun lima sen nilainya..

Artikel penuh sila baca di ( SINI )

Jadi tak salahlah jika ada macai UMNO menyiarkan artikel dengan tajuk begini..

Lagi gambar sila lihat di ( SINI )
Lebih menarik lagi tindakan merasuah ini dihebahkan keseluruh alam cyber berserta dengan video.. videonya sila lihat di ( SINI )

Penyokong tegar PAS menyifatkan tindakan ini sebagai "Kempen PAS paling BANGANG di PRK Kuala Besu".. silalah baca di ( SINI )

Tiada ulasan: