Isnin, 22 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ORANG IDRIS JUSUH DENDAM MAT SAID:KETAHUI PUNCANYA

Posted: 21 Jul 2013 11:00 PM PDT

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut yang akan berlansung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di sini untuk 'mengajar' Datuk Seri Ahmad Said.

Salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang (gambar) berkata, orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya.

"Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pegi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB.

"Tapi Mat Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat," katanya ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat di sini malam tadi.

Beliau berkata, pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka hanya kerana wang RM50 dan sekantong rokok.

Sebaliknya mereka harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

"Dulu Mat Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan 'body guard'. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita.

"Kita kena berani tuntuk kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita," katanya lagi.

Beliau juga mengakui bahawa calon PAS, Che Long dan keluarga sangat dikenali penduduk di sini.

Che Long juga ujarnya memang senang untuk ditemui oleh penduduk Kuala Besut kerana sememangnya menetap di sini.

Berbeza dengan calon BN katanya, walaupun keluarganya berasal dari Kuala Besut, tapi bertugas dan tinggal di Putrajaya.

"Kita biar jadi 16:16 sekali. Kita tengok nak jadi macam mana. Kalau main bola, bila seri kena penalti.

"Sekurang-kurangnya Mat Said tahu kita oarang Kuala Besut tak pernah lupa apa yang dia pernah buat kepada kita," katanya

Jadikan kerajaan setara, bukan jadi ‘hamba’ BN, kata Anwar

Posted: 21 Jul 2013 09:00 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk  bantuan yang diberi parti pemerintah itu.
"Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang?
"Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi.Ketua Pembangkang itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka.
"Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah.
"Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas.
Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa.
BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750.
Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.
Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).
Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999.
"Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan.
Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar.
DUN Kuala Besut ialah kawasan pertama mengadakan PRK selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir berikutan Abd Rahman meninggal dunia.

MUHKRIZ AKAN SINGKIRKAN ZAHID HAMIDI?

Posted: 21 Jul 2013 06:30 PM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini seperti rakan sejawatnya Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya telah menentu pendirian saya dengan jelas. Saya akan akan mempertahankan (jawatan).

"Kami bertiga (naib presiden sekarang) akan mempertahankan jawatan kami," katanya dalam sidang medianya Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut petang ini.

Seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Husein yang juga menteri pertahanan.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan "lebih besar" daripada itu, Zahid berkata:

"Tidak secara keseluruhan. Kami tidak membenarkan diri kami bergerak ke atas dan ke bawah," katanya sambil menambah mereka terbuka untuk berdepan persaingan bagi mempertahankannya.

Siapa lari mara mencabar?
Setakat ini masih belum jelas siapa lagi yang akan mencuba nasib bertanding jawatan itu.

Bagaimanapun, ada ahli politik yang menjangkakan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan diketengahkan ke jawatan itu.

Jika spekulasi itu benar, ia selagi gus dilihat bakal memberi laluan sukar kepada Zahid apabila Shafie daripada Sabah dan Hishammuddin - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat berkedudukan selesa.

Sementara itu, Shafie semalam mengumumkan akan mempertahankan jawatannya kerana merasakan masih mampu memberi khidmat selain untuk memperkuatkan parti.

Shafie yakin sumbangannya sebagai menteri kemajuan luar bandar dan Wilayah selama lima tahun berjaya meningkatkan prestasi kawasan itu.

Sementara itu, pihak lain yang dispekulasikan media ke jawatan itu termasuk, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Nama-nama lain antaranya, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Tan Sri Rahim Tamby Chik.

PAS TAK MAHU KERUSI MENTERI BESAR HANYA TIPU HELAH?

Posted: 21 Jul 2013 05:00 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak mahu jawatan menteri besar Terengganu jika parti itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah "satu perangkap".

"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan di Terengganu. Jangan (rakyat) mudah terjebak dengan perangkap itu.

"Mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika mempunyai perubahan di kerusi DUN dengan keadaan 16:16," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal PDRM di Kuala Besut hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pengundi di DUN Kuala Besut tidak terjebak dengan kempen yang disifatkannya sebagai "riverse psycology" PAS.

Sebaliknya, tegasnya, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya malam kelmarin, Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang antara lain berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno mengingatkan pengundi bahawa akan berlaku 'kerajaan tergantung' dan mendakwa akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Terengganu jika "teori 16:16" menjadi kenyataan.

"Oleh sebab itu, pengundi di Kuala Besut cukup penting untuk menentukan masa depan Terengganu. Kalau kerajaan tergantung, kerajaan negeri tidak boleh dibentuk.

"Akan berlaku kekecohan siapa yang boleh bentuk kerajaan, kerana mempunyai kerusi yang seimbang. Oleh itu, tentukan BN menang terus, dengan memperoleh kerusi yang ke-17," katanya.

Sementara itu, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh menyifatkan pilihan raya kecil ini paling tenang dalam sejarah dan sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung perjalanan kempen.

Sambil berharap trend itu berlanjutan sehingga kempen tamat, beliau berkata sebanyak 2,789 anggota polis dikerahkan bertugas pada pilihan raya itu dan perbelanjaan sebanyak RM10.4 juta untuk PDRM mengendalikan pilihan raya ini.

Tiada ulasan: