Isnin, 22 Julai 2013

Addin

Addin


Gani Patail Kena Belasah.. Saksikanlah!!

Posted: 22 Jul 2013 09:25 AM PDT

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa raya kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gani berkata beliau memutuskan untuk membawa orang luar kerana pernah dituduh berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan.

Beliau menggesa orang ramai melihat pelantikan Shafee secara objektif kerana ini bukanlah pertama kali hal sedemikian berlaku.

Gani kemudiannya memberikan contoh peguam Datuk Tan Hock Chuan yang dilantik untuk menolong mengendalikan siasatan kes Teoh Beng Hock.

Gani turut memberikan contoh bekas ketua pendakwa raya perbicaraan Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang bersara awal dan turut mewakili pihak pembangkang.

"Saya tidak melihat sebarang sebab untuk tidak melantik Shafee," jelas beliau dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider dari London.

Yusof yang juga bekas ketua peguamcara pembelaan Anwar turut berdepan pertuduhan berkaitan Bersih 3.0. Yusof berkata beliau merupakan ejen bebas mewakili sesiapa sahaja selepas bersara daripada kerajaan.

Gani kemudian berkata Karpal Singh tidak akan membela Anwar jikalau hal berkaitan liwat merupakan isu remeh.

"Kami menghargai peranannya juga atas nama keadilan," jelas beliau.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam dalam pembelaan kes Anwar telah memberi notis kepada mahkamah rayuan hari ini kekal membantah Shafee mewakili kerajaan.

Karpal kemudian dalam satu permohonan bersama satu afidavit yang difailkan oleh Anwar akan meminta Shafee untuk digugurkan.

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya merupakan perkara luar biasa dan bakal melihatkan mahkamah tidak kompeten.

Beliau mempersoalkan mengapa orang luar dipilih apabila mahkamah mempunyai lebih ramai pegawai berpengalaman mengendalikan kes rayuan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

'PKR' Saman 'PAS'

Posted: 22 Jul 2013 08:13 AM PDT

Kurang dua hari sebelum proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, seorang pemimpin PKR mahu memfail saman terhadap Presiden PAS kerana menuduhnya mengedar pil kuda.

Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.

"Saya menderita akibat perkara ini," kata calon PKR bagi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu pada sidang media di Kuala Besut, hari ini.

Akibat daripada ucapan Hadi itu, beliau berkata, dirinya sentiasa diaibkan dan diejek dikalangan masyarakat kampung.

"Ia menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya," katanya.Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis."Nak jadi calon macam mana edar pil kuda?

Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.PAS dan PKR bertelagah berikutan kenyataan berkenaan, malah kedua-dua parti itu bertembung di beberapa kerusi DUN, antaranya di Kota Putera, Seberang Takir, dan Bukit Besi.

Mohd Shamsul, 27, berkata beliau terpaksa menarik diri dari bertanding kerusi Bukit Besi selepas dakwaan yang dibuat Abdul Hadi walaupun namanya tidak disebut secara spesifik."Bukan hanya saya, tetapi keluarga juga terkesan," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Rahsia-Rahsia Di PRK Kuala Besut

Posted: 22 Jul 2013 02:32 AM PDT

Setelah lebih seminggu kempen pilihan raya kecil Kuala Besut, hari ini saya hendak bercakap sikit fasalnya. Saya tidak turun ke Kuala Besut, pertamanya kerana bulan Ramadhan, keduanya kurang 'berangin'.

Dalam usia separuh abad begini sudah tidak berapa larat lagi untuk menjelajah dari satu pentas syarahan ke pentas syarahan. Semasa berlangsung pilihan raya kecil di kawasan itu tahun 1979 (kalau tidak silap), saya 'bertumah' berhari-hari dan ikut sama berada di tempat pengiraan undi sampai selesai. Ketika itu usia awal 20-an.

Pengiraan undi malam itu yang menggunakan kaedah lama memakan masa lebih enam jam. Lewat tengah malam baru keputusan diumumkan, di mana pilihan raya tahun itu dimenangi oleh calon BN.

Ia berlangsung dalam keadaan sengit. Selalunya pilihan raya kecil di negeri-negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan senantiasa sengit. Pas akan memberi tentangan habis-habisan apa lagi di Terengganu Pas berdendam sakan.

Dendam ini bukan kerana apa melainkan kerana Pas merasakan ia dikhianati oleh Umno dalam peristiwa penggulingan kerajaan Pas pimpinan Daud Samad dalam suasana tragis dalam tahun 1959. Saya percaya keadaan dan perasaan sama juga akan berlaku di Perak. Kalau adalah mana-mana pilihan raya kecil di Perak, Pas khasnya akan memberi tentangan hebat.

Di Kuala Besut ini sejauh mana ianya sengit dan berhawa saya tidak tahu kerana saya tidak turun walaupun sekali. Hanya memantau dan membaca laporan dalam media massa baru sahaja. Pastilah membaca media massa tidak akan dapat membuat ulasan atau gambaran tepat secara adil kerana media massa akan menulis mengikut kecenderongannya sendiri. Saya pula ada kaedah pengamatan tersendiri.

Pilihan raya kecil ini (24 Julai 2013) seperti sedia maklum ia adalah pilihan raya pertama selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya ini menjadi penting kedua-dua parti yang bertanding, Pas dan UBN kerana perbezaan kerusi di antara kedua pihak yang diraih dalam pilihan raya lalu tipis; 17:15. Keadaan itu UBN yang menjadi begitu terdesak kerana kalau mereka kalah ia boleh menjejaskannya sebagai kerajaan. Kedudukan dalam DUN Terengganu akan jadi 16:16. Kedudukan itu dari segi moralnya ia memenangkan Pas.

Justeru Umno akan mempertahankannya dengan apa cara sekalipun bagi mengelakkan berlaku suasana kritikal itu. Kekalahan UBN di Kuala Besut sesuatu yang sangat memalukan. Bukan saja Ketua Umno di situ, Idris Jusoh tetapi MBnya Mat Said juga akan terkising-kising. Keaiban itu juga akan terheret kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Najib Razak. Najib boleh menilai dan insaf kekalahan adalah satu simbol penolakan rakyat terhadap kepimpinannya selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga dan mencatat pilihan raya terburuk buat UBN.

Kalau berlaku suasana itu (berkedudukan 16:16) kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan. Keadaan kerajaan Terengganu jadi tidak stabil, dan akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Signifiken itulah yang diharapkan oleh Pas, pembubaran DUN Terengganu. Pembubaran memberi peluang kepada Pas untuk merampas Terengganu. Sebab itu Pas dalam kempennya tidak mahu kepada kerusi MB tetapi inginkan kerusi Kuala Besut. Pilihan raya semula untuk negeri Terengganu memberi peluang kepada Pas membetulkan kesilapan-kesilapan teknikal yang berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Pastinya kalau diadakan pilihan raya hal-hal yang berlaku di tiga DUN; Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir tidak akan berulang lagi. Kejadian itu menyebabkan Pas bersama PKR gagal membentuk kerajaan, akan menginsafkan Pas dan PKR agar jangan 'berkekah' sesama sendiri. Begitu juga isu seluar dalam Mustapa Ali yang dimainkan oleh Umno Terengganu akan dapat diatasi. Baru ini Pas tidak sempat cover isu berkenaan kerana ia ditabur begitu cepat dan meluas.

Bolehlah dianggap kemenangan Umno ke atas Terengganu dalam pilihan raya lepas berbau hamis kerana seluar dalam dikatakan milik Mustapa Ali menjadi isu yang cukup berkesan kepada pengundi saluran 1 dan 2.

Apakah rakyat Terengganu khasnya di Kuala Besut dapat merasai keperluan berkenaan di sebalik natijah pilihan raya kecil itu? Pengundi Kuala Besut seramai lebih 17,679 boleh menjadi penentu kepada masa depan Terengganu. Atau mereka boleh bertindak menjadi hakim memberi peluang semula kepada UBN dan Pas untuk menentukan kekuatan dan nasib mereka. Apakah pengundi di Kuala Besut boleh melakukannya? Boleh!

Kita berharap pengundi Kuala Besut akan membuat perhitungan sebaik mungkin mengenai nasib diri rakyat dan negeri Terengganu. Mudahan mereka tidak akan mudah terpesona dan menggadaikan maruah diri dengan tawaran projek yang belum tentu dibuat UBN sebanyak RM377 juta. Hendaknya mereka tidak mudah menjual undi mereka dengan wang ringgit. Sesungguhnya nilai peranaan dan tanggungjawab mereka bagi membuka nasib kepada negeri Terenggau yang ada ditangan mereka kini lebih mahal dari itu. Mereka kena menyedari hakikat ini. Pengorbanan mereka didambarkan.

Pengundi Kuala Besut juga perlu mengenang dan mengorek apakah hikmah menyebabkan Allah memanggil bekas Adun, Abdul Rahamn Moktar terlalu awal? Ia tidak sia-sia sebenarnya melainkan ada hikmah disebaliknya. Dalam hal ini bagi saya, Allah sengaja membuka peluang kepada pengundi Kuala Besut untuk menjadi pengadil atau penentu kepada dimensi baru politik di Terengganu. Allah sengaja memilih Kuala Besut mungkin kerana pengundinya berani dan adil membuat keputusan serta berkedudukan sama rata dari segi pengaruh dan kekuatan parti. Pemanggilan Allah kepada Abdul Rahman itu bukan semata-mata Allah ingin memberi rezeki tetapi ada hikmah dan rahsia jauh dari itu.

Salah satu rahsianya sekiranya pengundi Kuala Besut memberi kemenangan kepada Pas, ia menjadikan kedudukan kerusi 16:16. Kedudukan itulah membuka dimensi baru kepada politik Terengganu. Pertama ia menguji atau memberi peluang kepada kedua pihak apakah boleh duduk bersama, membentuk kerajaan campuran. Kedua, ialah bagi mengadakan pilihan raya semula berasingan dengan pilihan raya federal. Pilihan raya bersendirian itu dilihat lebih murni, bersih dan berwibawa.

Barang kali untuk melihat perwujudan kerajaan campuran agak sukar dan sesuatu yang amat mustahil bila diukur kepada minda politik orang Melayu yang kian hilang pedoman waktu ini. Kalau pun ada ura-ura itu ia tidak mudah dipersetujui secara jemain, tetap akan ada penentangan.

Maka natijah dari kemenangan nanti tidak dapat tidak ia membuka peluang membolehkan DUN Terengganu dibubarkan. Kesimpulannya apa yang saya dapat simpulkan pengundi di Kuala Besut diuji bukan saja memilih Pas atau Umno tetapi diuji sejauh mana mereka dapat membaca rahsia di sebalik kejadian itu.

Hendaknya seluruh pengundi Kuala Besut tidak akan mengsia-sia peluang yang ada ditangan mereka dan jadilah sebagai orang yang mencatat sejarah baru untuk negeri Panji Alam itu. Sudah pasti sekiranya Kuala Besut dimenangi Pas yang kemudian menjadikan kedudukan kerusi di DUN 16:16 pengundi Kuala Besut akan dikenang dan diingat sebagai pengundi yang bijak, bebas dan berani mengambil peluang keemasan bagi mewujudkan suasana memungkinkan DUN Terengganu dibubar.

Dalam kosokata lain pengundi Kuala Besut akan memiliki kuasa penasihat seperti MB yang ghalibnya bila sampai masa akan menasihat Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Pengundi Kuala Besut dalam kedudukan hari ini adalah sebagai penasihat Sultan. ~mso




Iklan C (ii)

Satu Lagi Projek Terbesar Gagal Di Bawah Pemerintahan BN

Posted: 22 Jul 2013 01:41 AM PDT


KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa membuka semula tender kepada kontraktor baharu bagi meneruskan pakej terbengkalai projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berikutan kontraktor asal projek itu menarik diri disebabkan kenaikan harga bahan binaan.
    
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, ia bagi memastikan projek LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dapat disiapkan mengikut jangka masa yang disasarkan iaitu pada Ogos 2014.
  
"Berdasarkan tempoh kontrak semasa pakej terakhir LPT2 yang akan disiapkan ialah Pakej 7, iaitu melibatkan laluan dari Bukit Mempusi ke Felda Kerteh 6 Kemaman sepanjang 13.5 kilometer," katanya.
  
Fadillah diminta menjawab isu kelewatan dan status kemajuan projek LPT2 serta tempoh masa ia dapat dibuka kepada orang ramai yang diaju oleh Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin pada sesi soal jawab Dewan Negara hari ini.
  
Menurutnya pembinaan pakej itu kini mencapai 50 peratus kemajuan dan sehingga 30 Jun tahun ini, keseluruhan projek LPT2 sudah disiapkan melebihi 88.5 peratus.
  
Mulai 2011, Fadillah berkata kerajaan telah melaksanakan pembukaan LPT2 secara berperingkat kepada lalu lintas melibatkan jajaran utara dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 72 kilometer.
  
Beliau turut menjangkakan keseluruhan projek itu dibuka kepada lalu lintas pada September 2014. ~bernama




Iklan C (ii)

Berita Gempar Buat Seluruh Umat Islam Di Malaysia..

Posted: 21 Jul 2013 11:59 PM PDT

Pengikut fahaman Syiah di Malaysia dianggar mencecah antara 300,000 dan sejuta orang, dakwa ketua kumpulan mahzab itu, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya."Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

"Ada laporan mengatakan 300,000 orang dan paling ramai pernah dilaporkan ialah sejuta orang," katanya dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Berhubung cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamil menyerahkan hal berkenaan kepada kerajaan.

"Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

"Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pula berkata Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap ia turut dilaksanakan di negeri lain.

Media baru-baru ini melaporkan kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuat kuasa sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman itu.

Malaysia setakat ini belum memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai majoriti penganut Syiah seperti Iran dan Iraq. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Kantoi!! Bank Kejar Syarikat Pengendali AES

Posted: 21 Jul 2013 08:08 PM PDT

PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.

Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.

Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.

Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta. Empat pemegang saham syarikat ini terdiri daripada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh.

Rozana ialah pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak kepada seorang tokoh Umno dari negeri Johor.

Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Para pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd.

Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting, di mana Omar Mustapha adalah rakan kongsinya. Omar pula ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari segi pembahagian kawasan operasi, perkhidmatan Beta Tegap meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Sementara kawasan operasi ATES pula meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan. ~kl-today




Iklan C (ii)

Sumber RM387 Juta Gula-Gula BN Di Kuala Besut Di Kesan?

Posted: 21 Jul 2013 06:50 PM PDT

PAS mempertikai perbuatan Barisan Nasional (BN) memberi bantuan ad hoc dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang kini dianggar hampir setengah bilion ringgit.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mempersoal sumber dana yang tidak melalui peruntukan belanjawan yang dibuat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Persoalannya, sumber manakah yang digunakan BN dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh PRK Kuala Besut," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

"Apakah ia sumber persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau Umno dan BN terus merompak dana khas persekutuan atau royalti petroleum hak rakyat Terengganu," katanya.

BN setakat ini mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggar bernilai RM387,490,750.

Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS mendakwa semua projek yang diumumkan kerajaan BN itu hasil perjuangan dan kempen yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan.

"Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang, maka rakyat Kuala Besut menerima habuan ini," kata Hatta. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: