Anak Sungai Derhaka |
- Ahmad Maslan Re-Cycle Propaganda Bodoh Untuk Disebar Di Kuala Besut..
- Orang kata Calon BN, Tengku Zaihan tu susah nak tersenyum.. betul ke?
- Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Ceramah Perdana UPU Tok Saboh, Kuala Besut
- Teksi 1Malaysia Najib hanya menguntungkan kroni..
- Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut
- Surau pun di kunci UMNO di Kuala Besut?
Ahmad Maslan Re-Cycle Propaganda Bodoh Untuk Disebar Di Kuala Besut.. Posted: 22 Jul 2013 07:00 AM PDT Dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang telah berlangsung diseluruh negara sebelum pilihanraya umum ke 13, UMNO dilihat menggunakan satu kaedah yang sama untuk merosakkan reputasi baik PAS, PKR ataupun DAP. Dalam satu-satu pilihanraya kecil itu jika yang bertanding menentang UMNO/BN di situ ialah PKR maka akan dipergunakanlah seluruh media yang ditunggang oleh mereka untuk menjahanamkan reputasi PKR di kawasan itu dan dalam masa yang sama cuba untuk memperbodohkan rakyat. Akan dilaporlah oleh media-media tunggangan mereka beratus-ratus malah ada kalanya mencecah ribuan orang ahli PKR keluar PKR. Alasan utama yang disediakan oleh penulis skrip mereka untuk dibaca oleh entah siapa-siapa yang dibawa ke dalam sidang media itu untuk mengaku sebagai ahli PKR ialah "Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim". Propaganda itu digunakan oleh UMNO/BN dalam semua pilihanraya kecil yang telah berlangsung dan melibatkan PKR, malah jika dijumlahkan seluruh ahli PKR yang keluar PKR, ada yang mendakwa PKR kini hanya tinggal DS Anwar dan DS Wan Azizah sahaja yang menganggotainya. Berakhirnya PRU13, kita mengharap propaganda bodoh dan murah itu ditinggalkan UMNO/BN.. dan pendekatan atau propaganda baru pula dipraktikkan mereka. Malangnya ianya tidak begitu.. Idea pembodohan rakyat menggunakan propaganda bodoh itu terus disuap kepada rakyat, memaksa rakyat mempercayainya oleh seorang Menteri pula yang digelar sebagai goblok oleh Blogger-blogger UMNO.. Menurut Timbalan Menteri Kewangan dan juga Ketua Penerangan UMNO itu.. sempena dengan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut ini kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional.. Menariknya.. Kata Ahmad Maslan, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN. Dah beberapa kali Zakaria menghubungi Ahmad Maslan rupanya.. tapi kenapa mudah sangat Zakaria tu dapat No. telefon Timbalan Menteri Kewangan tu? 200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional BESUT 21 Julai - Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN). Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini. Sebahagian daripada mereka iaitu kira-kira 50 penyokong pembangkang itu tampil dengan pendirian menyokong BN di Dataran Kuala Besut malam tadi. Yang hadir sama, Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan. Bercakap kepada pemberita, Ahmad berkata, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN. Menurutnya, perubahan pendirian mereka itu amat dihargai dan perkembangan itu tentu sangat penting untuk memberikan kemenangan kepada calon BN pada PRK Kuala Besut nanti. "Sebelum ini mereka tak kisah dengan politik BN dan UMNO tapi setelah melihat perjuangan tidak ke mana lalu mendorong mereka bersepakat menyokong BN. "Malah, sebelum ini, mereka terutama Zakaria yakin pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya tapi kini tidak lagi dan mulai berubah untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri)," katanya. Ahmad seterusnya percaya sokongan kumpulan terbabit yang beralih kepada BN akan mendorong kemenangan BN dengan kelebihan majoriti lebih besar. Dalam pada itu, Zakaria berkata, beliau mula beralih kepada BN setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar ibrahim. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Hadi melantik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pas bagi PRK Kuala Besut yang disifatkannya sebagai terselit agenda peribadi Presiden Pas itu dan bukan kepentingan parti. "Ini semua permainan Abdul Hadi melantik Husam sebab dia (Abdul Hadi takutkan Husam dan kami lihat Naib Presiden Pas sekarang bukan beliau yang dulu. "Saya kenal sangat Husam sebab beliau adalah keluarga terdekat saya dan tinggal dekat rumah di Kelantan," katanya. Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa ~ Lidah Rasmi UMNO Siapalah penulis skrip yang dihafal oleh Ahmad Maslan dan Zakaria ni.. macam re-cycle punya skrip saja ni.. |
Orang kata Calon BN, Tengku Zaihan tu susah nak tersenyum.. betul ke? Posted: 22 Jul 2013 12:26 AM PDT Laporan yang mengatakan calon Barisan Nasional (BN) Pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sukar tersenyum, mungkin benar dan mungkin tidak. Tetapi ini yang diperkatakan sejak kebelakangan ini termasuk orang luar yang datang berkempen di Kuala Besut sejak seminggu lalu. Sukar tersenyum adalah lebih tepat sukar memberikan senyuman memang elemen yang tidak baik kepada mana-mana calon pilihan raya terutama dalam pilihan raya kecil seperti ini. Label sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman ini pernah terjadi dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu dalam bulan Januari tahun 2009. Waktu itu calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilabelkan dalam kategori tersebut. Beliau bertanding melawan Abdul Wahid Endut dari PAS dan seorang calon bebas. Aziruddin Taib. Selain diserang dengan label orang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Wan Ahmad Farid atau dipanggil Wan Farid dianggap seorang yang sukar tersenyum atau pun memberikan senyuman. Isu ini menjadi perbualan umum bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah turut diperkatakan oleh ahli dan penyokong Barisan Nasional termasuk petugas-petugas parti dari luar Terengganu. Serangan peribadi Dan isu ini dimainkan secara berulang-ulang setiap hari sepanjang tempoh berkempen, hingga orang ramai beranggapan Wan Farid memang sukar tersenyum. Sama ada secara kebetulan atau tidak, bekas Timbalan Dalam Negeri kalah kepada Abdul Wahid dengan majoriti sebanyak 2,631 undi. Kekalahan Wan Farid itu mungkin boleh berulang kepada Tengku Zaihan atas faktor yang sama – sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman. "Tengku Zaihan tersenyum kalau orang suruh senyum," kata seorang petugas PAS yang dihubungi pagi ini. Sama ada petugas PAS itu bercakap benar atau tidak, itu satu isu yang lain. Tetapi serangan peribadi secara halus telah berlaku. Mungkin ia tidak sehebat serangan ke atas Wan Farid tetapi sedikit sebanyak orang melihat Tengku Zaihan sukar tersenyum atau sukar memberikan senyuman. Untungnya isu ini tidak menjadi perbualan umum di Kuala Besut, seperti dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dulu. Hari mengundi untuk pilihan raya kecil Kuala Besut ialah pada Rabu ini. Tengku Zaihan mengahadapi calon PAS, Endot @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dalam saingan satu lawan satu ~ Free Malaysia Today |
Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Ceramah Perdana UPU Tok Saboh, Kuala Besut Posted: 21 Jul 2013 09:12 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak menjadi hamba BN semata-mata kerana mahu bantuan dari mereka. "Pengundi Kuala Besut jangan jadi hamba dengan bantuan-bantuan BN. Pasal apa Umno curah banyak wang? "Sebab nak menang, kalau kalah peta politik akan berubah, gugat kuasa politik Umno," katanya depan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut malam tadi, lapor The Malaysian Insider. Ketua Umum PKR itu berkata, pengundi boleh mengambil bantuan yang diberi BN tetapi perlu berfikir sebelum mengundi kerana BN didakwanya bakal menindas mereka. "Kerana miskin, tak salah dapat RM500, RM200 tapi salah kalau dapat RM500, jadi hamba kepada pemerintah. "Kalau kata perlu undi BN untuk dapatkan bantuan, itu tidak masuk akal. Perlu tanya diri sendiri, kita ada pilihan," katanya pada ceramah menggunakan lori kecil yang dihiasi lampu warna-warni sebagai pentas. Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah PRK Kuala Besut PAS, Datuk Husam Musa. BN setakat ini sudah mengumumkan 10 projek dan bantuan untuk penduduk Kuala Besut yang dianggarkan bernilai RM387,490,750. Antara projek terbaru ialah projek RM250 juta pedalaman Kuala Sungai Besut dan pemasangan benteng pemecah ombak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PAS pula mendakwa semua projek itu hasil perjuangan dan kempen PAS selama ini yang mendedahkan kepincangan tadbir urus kerajaan. Sebaliknya, Anwar berkata, pengundi Kuala Besut harus mengambil peluang pilihan raya kecil (PRK) untuk mewujudkan kerajaan setara antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Menyeru pengundi memberi sokongan kepada Endut@Azlan Yusof, calon PAS yang lebih dikenali sebagai Che Long di Kuala Besut, beliau yakin PAS mampu mengulangi kemenangan pada 1999. "Siapa kata ini kawasan Umno? Tidak. Tahun 1999 dahulu PAS menang. Cuma, kita perlu tanamkan kekuatan itu," katanya merujuk kemenangan ke atas Terengganu hingga membentuk kerajaan negeri pada tahun berkenaan. Anwar juga tidak menolak kemungkinan BN akan mengadakan pilihan raya semula jika PAS menang kerusi itu yang sebelum ini dimenangi BN melalui calonnya, Dr Abd Rahman Mokhtar ~ Harakahdaily |
Teksi 1Malaysia Najib hanya menguntungkan kroni.. Posted: 21 Jul 2013 07:30 PM PDT Persatuan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) hari ini menyifatkan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bukan sahaja tidak membantu, malah tambah membebankan pemandu teksi. Pengerusinya, Amran Jan bimbang dengan TEKS1M berikutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mendedahkan butiran mengenai syarat perjanjian jual beli. "Urusan atau perjanjian sewabeli teksi ini berlaku antara pemandu teksi dengan siapa atau syarikat mana? "Konsortium Teksi ataupun SPAD Sdn Bhd? Dan, berapa lama tempoh bayarannya, adakah lima, tujuh atau sembilan tahun? Berapa pula bayaran bulanannya?" katanya. Pada kenyataan media hari ini, Amran juga mempersoal syarat TEKS1N pembelian Proton Exora untuk dijadikan teksi kerana ia membebankan pemandu teksi. "Dengan harga RM64,000 sebuah dan berenjin Campro ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya? "Sedangkan Proton Saga BLM berharga RM36,000 pun, ramai gagal di tenggah jalan sebab tak mampu tanggung kos penyelenggaraan yang tinggi," katanya. Beliau juga membidas pengumuman kerajaan yang memberi permit teksi mengikut program itu kerana ia tidak meningkatkan pendapatan mereka. Katanya, pemberian permit tidak memberi impak daripada segi meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang hanya memperoleh kira-kira RM1,500 sebulan. "Perancangan tunggang-langgang begini dilihat hanya menambah beban pemandu teksi dan pastinya, menambah satu lagi kroni yang akan mengaut keuntungan di atas penat jerih pemandu. "Dengan pendapatan semasa pemandu sekitar RM1,500 sebulan, kehidupan akan jadi lebih sengsara!" katanya ~ The Malaysian Insider |
Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut Posted: 21 Jul 2013 05:30 PM PDT Menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah (Datuk kepada Calon BN) merupakan antara pengasas PAS. Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah. "Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini. Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an. Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno. "Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut. "Dan selepas tamat belajar dia mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu. "Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan," ujarnya. Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS. Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini. Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya. Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar. "Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat," katanya. Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang. Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang. "Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya," ujar beliau. Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya ~ Harakahdaily |
Surau pun di kunci UMNO di Kuala Besut? Posted: 21 Jul 2013 03:30 PM PDT Sejak kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bermula,petugas dalam kalangan ahli PAS mula mengimarahkan sebuah surau yang terbiar di Kg Lampu dengan menunaikan solat tarawih, solat lima waktu dan sebagainya. Surau tersebut dibina atas tanah milik persendirian dan sebelum ini ianya ditinggalkan kerana ketiadaan imam dan bilal yang ingin bertugas secara sukarela. Dewan Ulama' PAS Kawasan Setiu telah menghidupkan surau tersebut akan tetapi surau itu telah dikunci selepas dua hari ia diimarahkan. Surau tersebut telah dikunci bagi mengelakkan sesiapa memasukinya. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh pihak yang berkaitan dengan UMNO. Ia turut mnyebabkan satu majlis kesyukuran yang dirancang di surau tersebut terpaksa ditukarkan ke tempat lain. Haji Omar Sidek antara ahli PAS yang sama-sama cuba mengimarahkan surau itu mengzahirkan rasa terkilan atas tindakan tersebut. Malahan baginya,penduduk seharusnya bersyukur dan sama-sama mengimarahkan surau tersebut bersama ahli PAS. Sumber : Mutaligat |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan