Ahad, 21 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KES BUNTUT ANWAR DAN SAIFOL BERULANG ESOK DI M

Posted: 21 Jul 2013 02:00 AM PDT

Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas. 

Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar negara, termasuk pemerhati.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

apa? MAHADHIR TUDUH PENTADBIRAN JUAL NEGARA?

Posted: 21 Jul 2013 12:30 AM PDT

Kerajaan tidak sekali-kali menjual maruah negara kepada orang luar apatah lagi membawa Malaysia bankrap dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Kota Kinabalu minggu lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri, berkata kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak dan mempertahan hak rakyat sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
"Ini terbukti apabila pendapatan negara daripada perdagangan termasuk melibatkan perniagaan luar negara terus meningkat hingga mencecah RM200 bilion setahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian zakat kepada 120 anak-anak yatim dan berbuka puasa di bawah program tanggung jawab korporat SME Bank di Masjid Pekan Bukit Gambir di Muar, petang semalam.
Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Razi Yunus; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gambir, M Asojan; Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Ledang dan pemimpin tempatan.
Sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Hamim berkata, Malaysia tidak boleh mengasingkan diri, sebaliknya perlu bersama negara-negara lain menyertai perundingan seumpama itu.
Beliau berkata, negara-negara lain yang menyertai perundingan itu juga memahami kehendak Malaysia dalam perundingan berkenaan.
Menyentuh bantahan badan-badan bukan kerajaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur terhadap perundingan itu, Hamim menyifatkan ia bermotif politik kerana Malaysia belum memuktamad rundingan. - Bernama, 21 Julai, 2013

TEKSI BAYSNG BAYANG

Posted: 20 Jul 2013 11:15 PM PDT

Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) menyifatkan pemberian 500 permit individu bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Julai lalu diselubungi perbagai persoalan misteri.

Pengerusinya Amran Jan berkata, ini penyerahan kedua selepas 200 permit diberi kepada pemandu teksi terpilih di Putrajaya pada 23 Mac lepas tetapi "sehingga kini 'bayang' teksi Exora pun tak nampak berada di atas jalan raya".

"Bila agaknya?" soal Amran lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Amran membangkitkan persoalan sekitar pemberian permit individu itu, termasuk syarikat yang terlibat - sama ada konsortium teksi atau SPAD Sdn Bhd - dan berhubung perjanjian sewa beli, tempoh dan jumlah bayaran bulanan.

"Dengan harga RM64,000 sebuah (teksi) dan berenjin CAMPRO ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya?

"Sedangkan kereta Saga BLM yang berharga RM36,000 pun ramai pemandu yang gagal di tengah jalan sebab tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraannya yang tinggi," katanya sambil menegaskan pendapatan semasa pemandu hanya RM1,500 sebulan.

BBPTB mencadangkan beberapa perkara yang perlu didahulukan sebelum pemberian permit individu, antaranya:

  • Selaraskan prasarana/ hentian teksi. Hentikan monopoli kawasan oleh kumpulan pemandu teksi.
  • Seragamkan sistem teksi, iaitu semua teksi menggunakan kadar tambang meter dan sistem kupon dimansuhkan.
  • Kawal pengeluaran permit kerana sudah ada 81,000 permit teksi dikeluarkan.
  • Menaikkan tambang sebanyak 30 peratus pada waktu puncak pagi dan petang.
  • Penguatkuasaan ke atas pemandu teksi yang melakukan kesalahan serius seperti tidak menggunakan kadar tambang meter.
"Bila mutu perkhidmatan sudah berada ditempatnya, tambang teksi dinaikkan. Akhirnya, barulah difikirkan kenderaan teksi yang kompetitif kepada pemandu dan juga penumpang," kata Amran.

Tiada ulasan: