Anak Sungai Derhaka |
Rumah bekas exco Melaka dipecah masuk ketika beliau sibuk di Kuala Besut Posted: 21 Jul 2013 08:46 AM PDT Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di Alor Gajah dipecah masuk awal pagi ini. Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi ini dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang. "Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram. Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah. "Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita hari ini. Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal. Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. - Bernama Tahun lepas rumah exco Melaka dipecah masuk kerugian RM200,000 baca di ( SINI ) |
Mahathir kata BR1M Idea bodoh Najib? Posted: 21 Jul 2013 07:26 AM PDT Jika ianya bukan satu pendekatan boodoh sudah pasti ianya memberikan keuntungan kepada UMNO/BN malangnya pemberian tunai itu tidak membantu UMNO/BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat gagal diperbodohkan mereka.. Ianya tidak membawa kesan kerana rakyat sedar bahawa wang yang diagihkan itu adalah wang dari cukai yang dibayar oleh rakyat sendiri dan bukannya wang yang datangnya dari perbendaharaan UMNO.. Dalam hal ini hanya rakyat yang masih bodoh boleh diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang mengatakan wang itu adalah milik UMNO .. tetapi majiriti rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang disangka.. BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan