Addin |
- Tembelang Calon BN Kuala Besut Akhirnya Terbarai..
- Pelik!! Kerajaan Rayu Kes Liwat Saiful Bukhari.. Apa Dah Jadi?
- Umno Hanya Boleh Berubah Apabila Kalah Dalam PRU - A. Kadir Jasin
- Mahathir Betul-Betul Tempelak Najib.. Saksikanlah!!
- Israel Sifatkan Jeneral Tentera Mesir Sebagai Hero Seluruh Bangsa Yahudi
Tembelang Calon BN Kuala Besut Akhirnya Terbarai.. Posted: 21 Jul 2013 09:07 AM PDT BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi. Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah. "Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini. Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an. Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno. "Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut. "Dan selepas tamat belajar dia mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu. "Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan," ujarnya. Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS. Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini. Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya. Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar."Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat," katanya.Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang. Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang."Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya," ujar beliau. Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya. ~harakahdaily Iklan C (ii) |
Pelik!! Kerajaan Rayu Kes Liwat Saiful Bukhari.. Apa Dah Jadi? Posted: 21 Jul 2013 03:58 AM PDT Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas. Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar negara, termasuk pemerhati. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. ~malaysiakini Addin : Pelik sungguh.. pihak kerajaan yang merayu dalam kes liwat ni, agak-agaknya dah tahu siapa yang menjdai dalangnya.. Iklan C (ii) |
Umno Hanya Boleh Berubah Apabila Kalah Dalam PRU - A. Kadir Jasin Posted: 20 Jul 2013 11:07 PM PDT Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) membayangkan peluang untuk Umno berubah tipis kecuali berlaku perubahan drastik termasuk kalah pilihan raya umum. "Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis."Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU," kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, hari ini. Pemilihan Oktober ini dikatakan bersejarah berikutan sistem kuota dimansuh tetapi Kadir menyifatakan ia bukan jaminan untuk parti itu memenuhi tuntutan perubahan. Seramai 146,500 perwakilan Umno dari 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Meskipun pindaan perlembagaan itu memberi ruang secara demokratik, Kadir berkata mustahil Datuk Seri Najib Razak dari kerusi Presiden Umno seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. "Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu," katanya. Beliau membandingkan pengunduran Abdullah berlaku akibat tekanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu. Selain itu, Umno juga sudah mengumumkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertanding atas alasan prestasi Umno yang baik berbanding parti lain. Sebaliknya, Kadir berkata banyak faktor lain menyebabkan jawatan penting Umno sekalipun dipertanding, tiada siapa yang cabar berikutan faktor kewangan Najib yang tak siapa mampu tandingi. "Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah "berunding" dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). "Cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Najib yang kaya sumber," kata Kadir. Kadir juga tidak menjangka Muhyiddin akan mengambil langkah merebut jawatan presiden parti walaupun prestasi Najib paling buruk berbanding perdana menteri terdahulu. "Muhyiddin pula dikatakan 'tidak berminat' mencabar Mohd Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM," katanya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Mahathir Betul-Betul Tempelak Najib.. Saksikanlah!! Posted: 20 Jul 2013 11:06 PM PDT Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar). "Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini. Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003. "Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat. "Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat. "Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya. BN membuat dua pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan berjanji melalui manifesto pilihan raya untuk memberi RM1,200 kepada keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Sekalipun begitu, BN hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, hanya 133 berbanding 140 pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Kepada satu soalan berkaitan kecaman Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan Malaysia berikutan akhbar itu dilihat menyiar laporan berunsur rasis, Dr Mahathir berkata: "Inilah jenis Melayu berkualiti rendah. Ini kerana nilai kehidupan mereka tidak tahu berterima kasih kepada Melayu lain." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Israel Sifatkan Jeneral Tentera Mesir Sebagai Hero Seluruh Bangsa Yahudi Posted: 20 Jul 2013 09:40 PM PDT Cinta Rakyat Israel kepada As Sisi yang 'Mulia'. Akhbar 'Middle East Monitor' menyebut bahawa duta Israel telah menyatakan sekembalinya beliau dari Kaherah. "Sesungguhnya semua rakyat Israel memandang General Abdul Fattah As Sisi sebagai seorang hero nasional untuk semua orang yahudi. Perkara ini disahkan lagi apabila beliau juga menyatakan demikian di dalam radio Israel bahawa As Sisi bukan seorang hero national bagi negara Mesir tetapi hero bagi seluruh kaum yahudi di Israel dan seluruh dunia. ~mutaligat Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan