Selasa, 23 Julai 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Selain Dakwat Kekal Tidak Kekal, Mohamed Salleh Turut Terima Kontrak Bekal Topi

Posted: 23 Jul 2013 01:39 AM PDT


[SH] PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan topi untuk petugas dan pegawai SPR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.

Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.

"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada tiga syarikat.

"Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak diberi kepada satu syarikat sahaja?

"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.

Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta.

"Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000 pegawai dan 250,000 petugas SPR.

"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya.




[Gambar] Politik di dalam Masjid/Surau: KO untuk PR, OK untuk BN

Posted: 23 Jul 2013 12:34 AM PDT

Sumber gambar di sini.

Bayangkan jika PAS berbuat begitu. 

P/s: 16:16. Undi calon PAS, PRK Kuala Besut.







[Kemas Kini] Tidak Bertamadun Sekolah Minta Murid Bukan Islam MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS

Posted: 22 Jul 2013 11:00 PM PDT




Murid bukan Islam diarahkan makan dan berehat di dalam bilik mandi dan persalinan pada bulan Ramadan.

Sekolah mana? Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa pelajar yang terlibat, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sri Pristana dan berdasarkan komen, TM yakin sekolah ini letaknya berhampiran dengan Saujana Utama Sg Buloh.

Persoalannya, mengapa murid bukan Islam diperlakukan begitu?  Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit,  Guneswari Kelly (klik link untuk baca rungutan dan lihat gambar), bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau. Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya.

Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut. Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam? Jika tiada pekerja am, terjejaskah puasa guru jika terpaksa menyapu cebisan makanan yang bertaburan di lantai?

Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak bertamadun. Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.

Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan.-DCM


P/s: Kalau alasan menghormati umat Islam berpuasa digunakan oleh pentadbir sekolah, maka tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?


Kemas Kini:

Alasan pihak sekolah arah murid bukan Islam makan di dalam bilik mandi dan persalinan di SK Sri Pristana:

Saya petik daripda blog Mazidul yang berhubung dengan pihak sekolah:

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


Kerja menukar pintu kayu kepada pintu kaca bermula dari hari pertama Ramadan. Masih belum siap? Kononnya, kerja-kerja itu membahayakan murid. Bukankah pihak sekolah boleh memasang tali tape keselamatan mengehadkan kawasan pengubahsuaian dengan kawasan makan pelajar bukan Islam?

Anda boleh terima alasan itu?


Empat Gadis Islam TOLAK Fatwa, Nekad Tanding Miss Malaysia 2013

Posted: 22 Jul 2013 09:30 PM PDT

Sebelum pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa memberikan respons terhadap nekad dan tekad empat gadis Islam yang mahu meneruskan penyertaan dalam Miss Malaysia 2013, jawablah dulu persoalan yang dikemukakan oleh mereka di sini.



[TMI] Empat gadis Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatal penyertaan mereka berkeras untuk terus bertanding merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

"Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik tetapi saya dimaklumkan penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.

Sementara seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

"Saya terharu melihat penganjur berusaha mempertahan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

"Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang," katanya.

Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. – 23 Julai, 2013.


P/s: Pada TM, haram tetap haram. Tindakan mendedahkan aurat dalam pertandingan rayu cantik, sukan, pekerjaan, dan urusan harian perlu dihentikan. Bertaubatlah. Sudah termaktub bahawa wanita perlu menutup aurat dan menjaga maruah dirinya.

Saudara, saudari, jangan hentam peserta ratu cantik saja! Tengok keliling anda, tengok kaum keluarga anda, anda mereka mendedahkan aurat?





Isteri Songsang Suami Bakar Diri

Posted: 22 Jul 2013 08:51 PM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] Ampang: Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.

Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.

Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.


KESAN terbakar di pintu rumah mangsa.

"Hanya dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering bertengkar. - 23/7/2013



Budak 14 Tahun Diperkosa Bergilir-gilir 8 Lelaki

Posted: 22 Jul 2013 06:45 PM PDT

Lokasi kejadian.

[SH] MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki cuba melarikan diri dengan motosikal masing-masing sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis.

Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.

Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.

Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja malang itu dirogol bergilir-gilir.

Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis. - 23/7/2013



P/s: Cari penyakit!!!



4 Didakwa Culik Pemuda Cina Kononnya Hina Islam

Posted: 22 Jul 2013 05:46 PM PDT


4 Didakwa Culik, Tinggal Mahkamah dengan Takbir

[MK] Empat suspek didakwa petang ini berkaitan penculikan pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang mendakwa turut dikasari, dibogelkan dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam".

Keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.


Dua lagi suspek masih bebas.

Menurut peguam negara, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan tersebut.

Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi.

Empat yang didakwa - Mohamad Asri Mohamad Jamili, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27.

Mereka didakwa bawah Seksyen 3, Aka Culik 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Mengadu cedera

Seksyen 3 berkaitan perculkan, penahanan salah atau pengurungan salah untuk mendapatkan wang tebusan.

Suspek yang bergari dibaawa ke mahkamah pada jam 2.20pm.

Semasan prosiding, peguam suspek memberitahu majistret Nurul Shahida Zainal bahawa anak guamnya mengadu mendapat kecederaan semasa tahanan.


Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.

Ketika meninggalkan mahkamah, suspek, sambil bergenang air mata sempat melaungkan: "Allahu Akhbar".

Ng (kanan), 21, dalam sidang media di Klang sebelum ini berkata, penculik mengasari, menconteng perkataan "saya hina Islam" di badannya dan memeras wang daripada abang iparnya.

Beliau menafikan penculikannya berkaitan dengan tindakan Alvin Tan dan Vivian Lee - penulis blog seks yang didakwa menghina Islam.


P/s: Blogger mesra UMNO melabel mereka ini orang yang berjihad. Wah!!!




Tiada ulasan: