Anak Sungai Derhaka |
- Idris Jusoh sarankan PAS bagi kemenangan percuma kepada BN sebagai menghormati Bulan Ramadhan..
- Gambar Mangsa Kekejaman Tentera Mesir Tersebar... Saksikan Betapa Kejamnya Mereka!!
- LIVE From Egypt.. Saksikan apa yang berlaku di Mesir sekarang..
- Transformasi Najib Hanya Retorik, Ketua Cawangan UMNO kata..
- Video Janji Najib Tentang Akta Hasutan Yang Zahid Hamidi Wajib Tonton..
Idris Jusoh sarankan PAS bagi kemenangan percuma kepada BN sebagai menghormati Bulan Ramadhan.. Posted: 08 Jul 2013 05:30 AM PDT Apa punya alasan tah yang Ketua Umno Bahagian Besut ni sediakan bagi mengelak pertembungan dengan PAS dalam PRK Kuala Besut ni.. Katanya sebagai menghormati bulan Ramadan.. PAS tak perlulah letakkan calon untuk PRK ni lagipun kawasan itu memang telah dimenangi oleh BN pada PRU yang lalu.. Dan beliau juga yakin BN akan memenangi kerusi berkenaan atas kapasitinya yang kini dilantik sebagai Menteri. Bagi menghormati bulan Ramadan dan kemenangan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu, Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menggesa PAS tidak meletak calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai depan. Idris yang ditemui di Parlimen hari ini berkata, kerusi berkenaan adalah kubu kuat Umno dan BN yang mana parti pemerintah itu berjaya mendapat 2,434 majoriti melalui calon mereka Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada 26 Jun lepas. "Pilihan raya tak payahlah, bagi BN menang, bagi menghormati bulan puasa ... kalau PAS tak bertanding lagi elok," kata Menteri Pendidikan II itu kepada pemberita. Jelasnya lagi, pembangkang memerlukan 1,200 undi lagi untuk menewaskan BN dalam pilihan raya kecil tersebut yang mana jelasnya adalah mustahil untuk mengubah fikiran pengundi di kawasan tersebut dalam tempoh kurang dua bulan selepas pilihan raya umum berlangsung. "Pilihan raya lagi duit negara rugi ... kita boleh tumpu kepada pembangunan negara, tempat tu tempat BN ... beri je lah." "Kali ini kita tidak sasar menang ... kita sasar majoriti bertambah kepada 4,000," tambahnya lagi. Kerusi berkenaan kosong selepas kematian A. Rahman, yang mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila menewaskan calon PAS Napisah Ismail. Idris turut menafikan berlaku perebutan dalam BN untuk kerusi tersebut, sebaliknya mengatakan perebutan berlaku dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) ekoran mereka masih belum mempunyai calon. "Saya tahu, saya ketua Umno di sana ... Perebutan berlaku dalam PAS, mereka masih belum ada calon," katanya, dan menambah BN akan memenangi kerusi berkenaan atas kapasitinya yang kini dilantik sebagai menteri. "Anggota Parlimen sekarang menteri pendidikan, orang Besut patut berasa bersyukur, kerana pengiktirafan telah diberi," katanya ketika ditanya keyakinan BN mendapatkan majoriti sedemikian. Beliau turut menambah, BN Terengganu juga telah mengemukakan nama calon di kerusi berkenaan yang juga terdiri daripada anak tempatan. PAS dijangka akan mengumumkan calon bagi kerusi Kuala Besut melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markas Besar Pemuda, Kampung Nail Kuala Besut malam esok. Pengarah PRK DUN Kuala Besut PAS, Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu menyenarai pendek beberapa calon yang layak dan terpulang kepada PAS Pusat untuk buat keputusan pada malam ini di Kuala Lumpur. BN melalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual mengumumkan calon parti itu berdasarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai manakala penamaan calon dijadualkan pada 12 Julai. PRK ini merupakan yang pertama selepas berlangsungnya Pilihan Raya 2013. DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar ~ The Malaysian InsiderApa kena mengena bulan Ramadhan dengan UMNO??.. tak faham aku.. |
Gambar Mangsa Kekejaman Tentera Mesir Tersebar... Saksikan Betapa Kejamnya Mereka!! Posted: 08 Jul 2013 01:28 AM PDT Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh. Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh. Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah. Sementara itu Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban. Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah. "Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah. "Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera. Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. Maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera ~ Harakahdaily *Pesakit jantung dan juga wanita-wanita mengandung dinasihatkan supaya jangan melihat* Al Fatihah buat semua mangsa kekejaman ini.. semoga Syahid dianugerahkan Allah buat mereka hendakNYA... LIVE sila lihat di SINI Sumber Gambar: TranungKite |
LIVE From Egypt.. Saksikan apa yang berlaku di Mesir sekarang.. Posted: 07 Jul 2013 11:41 PM PDT Bagi mengelakkan Tuan-tuan dan juga Puan-puan menjadi mangsa penipuan Stesen TV Mesir yang kini dikuasai oleh perampas kuasa diakhir laporan ini disertakan link atau URL yang membolehkan anda menyaksikan apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini secara LIVE. Semalam seluruh dunia telah ditipu oleh Stesen Televisyen yang dikawal oleh tentera Mesir... Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi. Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa. Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja. Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil. Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri. Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini. "Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati. Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu. Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya. "Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi. "Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya. Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta askar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir" ~ Harakahdaily Hari ini beberapa sumber melaporkan pihak tentera dan polis yang merampas kuasa mula melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penyokong Morsi.. Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, polis menyerang penunjuk perasaan pro-Morsi yang sedang membuat bantahan sambil duduk di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan sebentar tadi. SAKSIKAN!! LIVE di SINI |
Transformasi Najib Hanya Retorik, Ketua Cawangan UMNO kata.. Posted: 07 Jul 2013 08:56 PM PDT Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat ini mendedahkan bahawa transformasi yang sering dicanangkan oleh Najib hanyalah retorik semata-mata.. Hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme di dalam UMNO.. Bagaimanapun jika dibaca sepenuhnya laporan dari Sinar Harian ini akan jelas kepada kita apa yang menyebabkan beliau berkata demikian.. Bacalah... Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan. Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata. "Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya. "Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno," katanya pada sidang media di sini semalam. Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain. Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah. Jafri turut mendedahkan ketidaktelusan yang berlaku membabitkan pemberian wang lokaliti di setiap kawasan Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada PRU13 lalu. Menurutnya, terdapat kadar yang selaras untuk setiap Dun, namun perkara itu tidak berlaku kerana didakwa wujud penyelewengan. "Sepanjang saya menjadi ahli dan memegang beberapa jawatan dalam Umno, perkara ini tidak pernah berlaku. "Lokaliti dibayar RM10 saja dalam Dun Batang Kali, sedangkan di Dun lain lebih tinggi (mengikut kadar sebenar). Ini persoalan saya, tapi yang jelas transformasi masih tidak berlaku," katanya. Katanya, isu pemindahan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya dibawa ke Hulu Yam tetapi dibawa keluar tanpa pengetahuan pemimpin didakwa turut berlaku. Menurutnya, semua pendedahan beliau mempunyai fakta dan bukti nyata dan bukan tuduhan melulu. "Saya juga yakin dan percaya banyak laporan yang sampai kepada Perdana Menteri daripada ketua-ketua bahagian yang tidak telus. "Inilah antara punca tewasnya BN di enam kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang pada awalnya BN menzahirkan keyakinan tinggi untuk menang sedangkan laporan dihantar tidak telus. "Bagi saya kalau berlaku ketidaktelusan di peringkat ba-hagian dan negeri, kesannya adalah kekalahan berterusan di Selangor dan jangan hairan jika PRU ke 14 kita tewas lagi," katanya. Beliau berharap pemimpin Umno mengikut transformasi sebenar yang dibawa Presiden parti sekiranya mahu melihat kelangsungan berterusan ~ Sinar Harian Puncanya hanya kerana duit atau wang... hanya itulah yang diperjuangkan oleh Pemimpin UMNO.. malangnya perjuangan demi wang itu telah ditafsirkan sebagai perjuangan demi Bangsa dan Agama oleh macai-macai UMNO.. Rasanya kalau dihulur satu atau dua projek diamlah mamat ini.. |
Video Janji Najib Tentang Akta Hasutan Yang Zahid Hamidi Wajib Tonton.. Posted: 07 Jul 2013 10:02 AM PDT Pada 6 Julai lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan oleh Bernama telah menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu." Apa tujuan Zahid sebenarnya?.. Perkara ini telah diumumkan oleh Najib sendiri sebelum PRU13 lalu sebagai telah dimansuhkan.. tiba-tiba pula Zahid Hamidi menegaskan ianya akan dipinda bukan dimansuhkan? Adakah Zahid Hamidi cuba memperlihatkan kepada umum bahawa janji yang telah dibuat oleh Najib Tun Razak ini hanyalah satu lagi pembohongan untuk meraih undi daripada rakyat? Adakah Zahid juga meletakkan dirinya bersama Ahmad Maslan yang baru-baru ini telah mendedahkan pembohongan Najib yang kononnya bantuan BR1M boleh bertahan selama satu tahun?.. sila lihat di SINI tentang perkara itu.. Atau Zahid sedang cuba menimbulkan persepsi bahawa Najib memang seorang pembohong maka dengan itu beliau tidak layak dikekalkan sebagai Presiden UMNO? Saksikan pengumuman Najib ini.. Berikut adalah Komen Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perkara ini.. Sekalipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri dalam isu Akta Hasutan, Menteri Dalam Negeri itu perlu mengakui kesilapan atau meletak jawatan. "Alasan Ahmad Zahid tidak dapat diterima. Datuk Seri Najib Razak mesti komited untuk memansuh akta itu dengan mengarahkan Zahir mengakui kesilapan dan menyokong pemansuhan. "Atau Zahid patut letak jawatan dari Kabinet," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada kenyataan media, hari ini. Katanya, keengganan Ahmad Zahid bukan sahaja bercanggah dengan janji Najib tetapi menunjukkan beliau mengkhianati slogan pilihan raya Barisan Nasional (BN) iaitu 'Janji Ditepati' . Julai tahun lalu, Najib selepas memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, membuat pengumuman bahawa akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional. Jika BN gagal melaksanakannya, Lim meminta Najib memberi penerangan kepada rakyat alasan BN mungkir janji, mengkhianati pengundi dengan tidak menepati janji memansuh Akta Hasutan. Lim juga menolak dakwaan Zahid betapa pemansuhan akta itu bermakna tiada undang-undang yang mengawal kesalahan seperti menghasut, fitnah, tuduhan liar atau kutukan. "Ini tidak masuk akal kerana peruntukan jenayah itu ada dalam Kanun Keseksaan, selain membuat saman sivil," katanya, menambah Akta Hasutan disalah guna terhadap pemimpin pembangkang. Berdasarkan pengalamannya, Lim berkata: "Jelas, Zahid cuba mengekalkan undang-undang menindas untuk diguna pakai terhadap pemimpin pembangkang." Mengenai Ordinan Darurat, beliau berkata Zahid tidak wajar menyamakan kenaikan kadar jenayah terutama jenayah jalanan dengan pemansuhan ordinan itu. Malah, Lim menyifatkan kenaikan kadar jenayah disebabkan kegagalan penguatkuasaan dan keberkesanan anggota polis menjalankan tugas. "Jabatan Siasatan Jenayah (CID) hanya sembilan peratus dari keseluruhan pasukan polis. Malah, bilangan polis Cawangan khas (SB) hampir sama dengan anggota CID," katanya. Beliau berkata, sebanyak 41 peratus anggota polis terbabit dalam tugas pengurusan manakala 31 peratus berperanan dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Malah, Lim berkata, kebanyakan kakitangan polis dibahagi kepada tugas yang tidak berkaitan dalam pencegahan jenayah termasuk dijadikan senjata politik untuk 'mengurus' pemimpin pembangkang ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan