BRIGED MP SEGAMBUT |
- TENGOK GAMBAR NI:BETAPA KEJAMNYA MUSUH ISLAM DI MESIR
- MAHADHIR MUDAH LUPA:SEBABTU TAK MAHU MANSUH...KUKU BESI MA..
- GILA SEKS:DITAHAN DUA KALI MAIN SEKS DENGAN KUDA..CILAKA
- Mansuhkan Akta Hasutan cadangan PM, kata Subra
- INI BAGUS..LAGI BAGUS KALAU DARI AWAL..SETUJU?
- LAGI AHLI POLITIK MATI
- KEJAMNYA TENTERA MESIR:SAKSIKANLAH
- belanja meningkat BERBALOI SPR: BERBALOI PASAL ELAUN RATUS JUTA BUKAN?
- baling selipar kearah menteri ke
- melayu dan islam ketinggalan DALAM EKONOMI:INI SEBABNYA
TENGOK GAMBAR NI:BETAPA KEJAMNYA MUSUH ISLAM DI MESIR Posted: 08 Jul 2013 07:00 AM PDT |
MAHADHIR MUDAH LUPA:SEBABTU TAK MAHU MANSUH...KUKU BESI MA.. Posted: 08 Jul 2013 04:44 AM PDT Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan parti lawan. Menurutnya, jika kerajaan mahu memansuhkan dan menggubal undang-undang baru menggantikannya, kajian, dan pandangan umum mesti diambil kira, selain membandingkan dengan keadaan negara lain. "Jadi undang-undang tidak boleh digubal kerana parti lawan mendesak. Kalau ikut parti lawan negara kita tidak akan ada undang-undang. "Pada masa yang sama, mereka tuntut rule of law (kedaulatan undang-undang). Kalau tak ada undang-undang, mana ada rule of law," katanya. Beliau menjawab soalan pemberita sama ada beliau bersetuju kerajaan memansuhkan Akta Hasutan atau menggantikannya dengan akta yang baru. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam sekali lagi dilapor menegaskan akta itu harus dikekalkan dan jika dihapuskan, perkara utama seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan akan disentuh sesetengah pihak. Hasutan makin banyak Bagaimanapun, Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata, keengganan menteri memansuhkan akta tersebut menunjukkan BN tidak menepati slogan 'Janji Ditepati' semasa pilihan raya umum. Sementara itu, bercakap dalam sidang media sebelum itu, Dr Mahathir berkata beliau nampak hasutan semakin banyak sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sehingga wujud pihak yang menghina agama dan Nabi Muhammad SAW. "Kalau dahulu tidak tidak ada orang cerca agama, nabi dan sebagainya. Sekarang sudah ada. Kalau tiada ada undang-undang, kita hidup tanpa undang-undang bolehlah, tetapi ada masalah. "Masing-masing akan cerca sesiapa sahaja. Saya nak undang-undang. Saya hidup dalam undang-undang. The rule of law (kedaulatan undang-undang)," katanya. Ditanya kenyataan Zahid - ahli parlimen Bagan Datoh - yang mahu akta itu dipinda, sedangkan Najib mahu ia diganti dengan akta baru, Dr Mahathir berkata: "Itu pendapat PM. Saya berpendapat (kalau) kita nak pinda apa-apa akta, sehingga tidak berkesan, lebih baik tidak ada undang-undang. Kita bebas buat apa sahaja," katanya. Diminta menegaskan sama ada beliau bersetuju dengan meminda dan diganti dengan akta baru, beliau berkata tidak mengetahui mengenai peruntukan baru sama ada ia "lebih baik, ketat atau tidak ada kesan langsung". |
GILA SEKS:DITAHAN DUA KALI MAIN SEKS DENGAN KUDA..CILAKA Posted: 08 Jul 2013 12:00 AM PDT Austin (Texas): Seorang lelaki dari Hidalgo ditahan dua kali dalam tempoh dua minggu kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan seekor kuda, lapor media semalam. Minggu lalu Cirilo Castillo, 43, didakwa menceroboh harta persendirian dan berkelakuan kejam ke atas haiwan milik jirannya. Jurucakap polis berkata, Castillo dipercayai menyetubuhi seekor kuda bernama Nadia milik jirannya. Pada Januari 2012, Castillo juga pernah ditangkap atas kesalahan sama. Dia dibebaskan dari penjara pada April. Ekoran sabitan itu, jiran Castillo mengambil sikap lebih berhati-hati dan memasang kamera litar tertutup (CCTV). Sumber polis berkata, tindakan jiran terbabit memasang CCTV membolehkan perlakuan lucah melampau Castillo didedahkan. "Sebenarnya Castillo bukan lelaki yang berbahaya atau ganas - kecuali terhadap kuda," katanya. Justeru, kata sumber itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak ke atas Castillo. "Jika tidak, dia akan terus melakukan perbuatan itu," katanya. Katanya, kejiranan di situ semakin meluat dengan ketagihan aneh Castillo. Setakat ini tidak diketahui ikat jamin perlu dijelaskan Castillo bagi membolehkan dia dibebaskan sementara menunggu perbicaraan. - Agensi |
Mansuhkan Akta Hasutan cadangan PM, kata Subra Posted: 07 Jul 2013 10:54 PM PDT Hasrat kerajaan memansuhkan Akta Hasutan merupakan "cadangan" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam. Subramaniam berkata, kabinet akan "mempertimbangkan" kenyataan perdana menteri itu dan membuat "keputusan yang baik". "Perdana menteri ketua negara ini, beliau mempunyai hak untuk membuat cadangan," kata Subramaniam kepada pemberita di lobi Parlimen. Beliau ditanya sama ada perdana menteri menyuarakan perkara itu kepada kabinet sebelum mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan.M |
INI BAGUS..LAGI BAGUS KALAU DARI AWAL..SETUJU? Posted: 07 Jul 2013 08:00 PM PDT Kelas Aliran Agama (KAA) akan diperluaskan di semua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh negara berikutan sambutan positif ibu bapa pelajar terhadap pelaksanaannya. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Malaysia, Abdullah Md Din berkata kelas tersebut dimulakan pada 2008 di beberapa SMK terpilih dan jumlah kelas terpaksa ditambah bagi memenuhi permintaan tinggi ibu bapa. "Kejayaan pelaksanaan ini menyebabkan kita membuka kelas berkenaan di sekolah harian biasa dan sambutan amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan kali kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, di Tumpat hari ini. Pelajar yang mengikuti KAA akan mempelajari al-Quran dan Sunah, Bahasa Arab serta Syariah Islamiyah di samping mata pelajaran biasa seperti Fizik, Kimia dan Biologi. "Pendekatan ini membolehkan mereka mengikuti pengajian agama dan akademik secara serentak," katanya. Mengenai majlis Ihtifal tersebut, Abdullah berkata penganjuran program tersebut secara tidak langsung mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab dan al-Quran, selain dapat mencungkil bakat terpendam pelajar terutama berkaitan pengucapan awam. - Bernama |
Posted: 07 Jul 2013 07:00 PM PDT SEREMBAN, 7 Julai (Bernama) -- Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang R. Vinthan maut, selepas motosikal yang ditunggangi terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di Chuah, Port Dickson dekat sini, Sabtu. Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang itu, Vinthan, 56, yang menunggang motosikal jenis Modenas dikatakan dalam perjalanan dari arah Chuah menghala ke Port Dickson. Jurucakap polis berkata, apabila tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar tiang lampu di bahu jalan dan terjatuh di atas jalan. "Pada masa sama, sebuah kereta dari arah belakang yang tidak sempat menggelak telah merempuh mangsa dan motosikalnya menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini Ahad. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Sup Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat, sebelum dituntut anggota keluarganya. Dalam pada itu, Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang Datuk M. Veloo berkata, kehilangan Vinthan pastinya akan dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat dengan penduduk di kawasan itu. Katanya, mendiang sebelum ini dilantik sebagai Naib Pengerusi MIC Bahagian Telok Kemang pada 2009 dan merupakan Ketua MIC Cawangan Ladang Sengkang, Port Dickson sejak 1990. Mendiang Vinthan meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak berusia antara 19 hingga 26 tahun. -- BERNAMA |
KEJAMNYA TENTERA MESIR:SAKSIKANLAH Posted: 07 Jul 2013 05:48 PM PDT |
belanja meningkat BERBALOI SPR: BERBALOI PASAL ELAUN RATUS JUTA BUKAN? Posted: 07 Jul 2013 04:30 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan RM400 juta yang dinyatakan pada persidangan Dewan Rakyat adalah jumlah siling yang diluluskan Kementerian Kewangan dan bukan jumlah sebenar perbelanjaan mengendalikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah sebenar perbelanjaan PRU-13 hanya akan dapat diketahui apabila akaun perbelanjaan PRU13 ditutup memandangkan bayaran masih dilakukan pejabat-pejabat SPR negeri. "Dalam soal bajet, kita telus kerana perbendaharaan akan pastikan setiap kos pada PRU disertai dengan butiran-butiran dan akhirnya akan diperiksa dan diaudit. "Berdasarkan pengalaman kita, selalunya tidak melebihi jumlah besar atau jumlah siling yang diluluskan. Dasar SPR adalah ketika meminta peruntukan, kita tidak mahu apabila sampai setengah jalan, bajet tak cukup. Jadi kita akan membuat permintaan untuk jumlah atau anggaran besar itu," katanya dalam temu bual dengan Bernama di Putrajaya. Anggota Parlimen pembangkang mempersoal jumlah perbelanjaan SPR yang meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun berbanding hanya RM200 juta pada PRU12. Anggota Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook menyifatkan sebagai tidak wajar pertambahan perbelanjaan seratus peratus walaupun bilangan pengundi yang terlibat hanya bertambah 20 peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada Loke pada Isnin lepas menyatakan kos perbelanjaan mengendalikan PRU13 adalah RM400 juta, dengan pecahan kos adalah elaun lebih masa RM5.018 juta, sewaan pengangkutan, borang semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain-lain RM98.465 juta, bayaran perkhidmatan dan saguhati semua petugas PRU RM204.1 juta serta perbelanjaan lain RM93.354 juta. Wan Ahmad menjelaskan pertambahan siling peruntukan itu dibuat berdasarkan anggaran yang dikemukakan pejabat SPR setiap negeri sebelum dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Perbendaharaan. "Setiap kali bila ada PRU, memang peruntukan meningkat sejajar dengan keadaan semasa. Biasanya Perbendaharaan lulus secara jumlah besar dan pengagihan bajet diberi berperingkat-peringkat, termasuk sebelum PRU," katanya. Sebagai contoh, setahun sebelum PRU13, SPR membuat pelbagai persiapan seperti mengadakan latihan kepada petugas-petugas di setiap negeri yang perlu dilakukan beberapa kali. Semua ini melibatkan kos dan merupakan sebahagian daripada peruntukan yang diluluskan itu, katanya. Katanya keseluruhan petugas SPR pada PRU13 kira-kira 235,000, termasuk pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus, pegawai dan anggota penguatkuasa, petugas di tempat mengundi dan pemandu arah. Wan Ahmad juga menafikan para petugas diberikan bonus. "Tidak ada bonus, cuma elaun sahaja. Laporan kata petugas SPR dapat bonus adalah tidak tepat sama sekali. Untuk elaun, itu memang meningkat sebab kita mengambil kira kos inflasi dan sebagainya." Beliau menjelaskan caj perkhidmatan dan saguhati untuk petugas SPR adalah besar memandangkan ia melibatkan pembekalan topi, baju-T SPR, vest SPR, payung serta cenderahati lain seperti pen, cakera padat (CD) dan buku panduan. "Bayangkan semua ini untuk 235,000 petugas. Jangan lupa cenderahati turut diberi kepada mereka yang menghadiri taklimat pilihan raya, termasuk wakil-wakil parti politik dan petugas mereka," katanya. Beliau juga berkata SPR perlu menanggung kos petisyen pilihan raya selain menjelaskan perbelanjaan di sesetengah kawasan Parlimen memang lebih tinggi berbanding yang lain berikutan kedudukan geografi. "Di Sabah dan Sarawak sahaja, untuk PRU-13, SPR menyewa lebih 60 helikopter dan lebih 1,000 bot laju," katanya. Walaupun Anggota Parlimen pembangkang mempertikai kewajaran pertambahan perbelanjaan SPR, rakan mereka daripada BN berpendapat pertambahan peruntukan itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan. "Kalau tak cukup petugas, parti pembangkang juga yang kritik tak cukup. Kalau lebih, mereka kata membazir. Bagi saya, yang penting setiap peruntukan itu dibelanjakan dengan berhemah dan tidak ada penyalahgunaan," kata Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Ming. Lagipun, tempoh pilihan raya umum ke-13 lebih panjang berbanding sebelumnya dan turut menyumbang kepada pertambahan perbelanjaan. "Kali ini, kita ada dua minggu tempoh berkempen. Ia adalah satu angka berkadar. PR (pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat) yang mahukannya (tempoh berkempen)lebih panjang, sekurang-kurangnya 21 hari," kata Anggota Parlimen Labis (BN-MCA) Datuk Chua Tee Yong. Walaupun jumlah perbelanjaan pilihan raya kian meningkat, Wan Ahmad berpendapat ia tetap berbaloi dengan tujuan pilihan raya itu diadakan. "Kita perlu melihat daripada sudut kesinambungan proses demokrasi. Tidak ada salah. Sebab itu ada negara-negara maju yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit membantu negara mundur mengadakan proses demokrasi mereka. "Bagi negara kita, tak ada satu sen pun kita minta sumbangan daripada luar sebab kita nak jaga kedaulatan proses demokrasi di negara ini," katanya ketika mengakhiri temu bual. - Bernama |
baling selipar kearah menteri ke Posted: 07 Jul 2013 02:30 PM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata usahanya untuk melanjutkan siaran persidangan Parlimen di RTM adalah untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang mahu melihat stesen berkenaan bersikap lebih adil. "Jika sebelum ini timbul isu orang kata RTM hanya digunakan untuk menyiarkan wajah pemimpin kerajaan sahaja, sekarang tidak lagi. "Ini kerana kalau dalam waktu siaran langsung itu ahli Oparlimen pembangkang yang banyak bertanya soalan maka mereka akan dapat publisiti. "Kadang-kadang mungkin dia dapat lebih banyak daripada pemimpin kerajaan kerana kita tidak lagi tentukan berapa minit untuk kerajaan dan berapa minit untuk pembangkang," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia. Shabery berkata lanjutan masa dari 30 minit kepada 90 minit untuk tempoh perbahasan itu juga untuk meningkatkan ketelusan kepada apa yang berlaku di dalam Dewan. "Kalau masa itu mereka baling selipar, kita tengoklah," katanya. Shabery memperkenalkan siaran langsung 30 minit semasa menjadi menteri penerangan ada 2008, yang kemudiannya dipinda oleh penggantinya, Datuk Seri Rais Yatim. Rais menukar format siaran 30 minit itu untuk memfokuskan kepada jawapan menteri dan akan melencongkan siaran kepada wawancara dengan MP BN apabila wakil pembangkang sedang bertanya soalan. Katanya, lebih 1.8 juta penonton sudah mengikuti siaran melalui Internet itu ketika para ahli dewan mengangkat sumpah, 1 Julai lalu. |
melayu dan islam ketinggalan DALAM EKONOMI:INI SEBABNYA Posted: 07 Jul 2013 01:00 PM PDT Timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kadar penyertaan yang rendah di kalangan bumiputera memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan, imej dan dalam mengagih kekayaan. Beliau berkata hanya 15 peratus daripada kedai di Lembah Klang diusahakan oleh golongan bumiputera manakala selebihnya diusahakan golongan Cina. Ia bukan satu statistik yang baik dari segi agihan ekonomi negara, katanya dalam satu sidang media di Seremban, menurut laporan Sin Chew Daily. Katanya, keadaan itu dilihat sama seperti di bandar besar kecuali di Kelantan dan Terengganu. Katanya, beliau perlu menimbulkan perkara ini kerana senario masa kini tidak sihat untuk pembangunan ekonomi negara. "Apabila pelancong melawat Malaysia, mereka akan tanya: Hanya orang Cina di Malaysia? Di mana kedai orang Melayu, India, Kadazan dan Iban?," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Cina itu. Beliau juga menangkis dakwaan pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa BN melayan orang Cina sebagai "warga kelas ketiga". Katanya, orang Cina sudahpun menjadi warga kelas pertama sejak sekian lama. Jika tidak, orang Cina tidak akan memiliki 85 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan membentuk sebahagian besar daripada senarai 40 orang jutawan Malaysia, katanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan