Isnin, 8 Julai 2013

Addin

Addin


PRK Kuala Besut : Nama Ustaz Azhar Idrus Naik Lagi..

Posted: 08 Jul 2013 09:00 AM PDT

Ada seorang pensyarah sains politik telefon saya, beria-ia minta sampaikan kepada pemimpin PAS peri pentingnya pemilihan calon PRK Kuala Besut, yang dikira berupaya menarik sokongan pengundi atas pagar, malah pengundi BN sendiri sebelum ini.

Katanya, Kuala Besut boleh mengocakkan semula "ketenangan" politik Malaysia selepas lebih dua bulan PRU13. Kalau PAS menang, bukan saja Besut berkocak, tetapi juga Terengganu dan Malaysia secara keseluruhannya. 

"PAS perlukan sokongan baru lebih kurang 1,300 undi dan ia tidak mustahil jika kena calon yang dipilih.

Maaf, saya rasa tokoh-tokoh dalam PAS tak mampu menarik sokongan orang luar itu, kena cari calon yang benar-benar dapat menyebabkan orang atas pagar atau penyokong Umno sendiri, terfikir atau terdorong untuk mengundi PAS," katanya panjang lebar.

Beliau terus menamakan Ustaz Azhar Idrus sebagai calon yang dianggapnya paling sesuai. "PAS harus bersikap pragmatik dan realistik dalam pemilihan calon," ujarnya lagi, sambil menekankan hakikat bahawa Kuala Besut adalah kubu Umno.

Saya cuma terlintas: "Bersediakah Ustaz Azhar?" ~ahmad lutfi othman




Iklan C (ii)
 


(Gambar) Berita Sadis Mesir Yang Tak Di Siarkan Oleh Media Pro Umno

Posted: 08 Jul 2013 07:14 AM PDT


Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. 


Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.




Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Sementara itu Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah.

"Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.

Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. 

Maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera ~harakahdaily

*Pesakit jantung dan juga wanita-wanita mengandung dinasihatkan supaya jangan melihat*











Al Fatihah buat semua mangsa kekejaman ini.. semoga Syahid dianugerahkan Allah buat mereka hendakNYA...


LIVE sila lihat di SINI


Sumber Gambar: TranungKite


~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)
 


Dato' A.Kadir Jasin Percaya Media Arus Perdana Hanya Akan Bebas Bila BN Kalah

Posted: 08 Jul 2013 06:40 AM PDT

Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.

"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.

"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.

"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.

"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.

"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.

Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.

Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman-laman berita alternatif lain.

Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar sedunia. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 


Kita Di Tipu!! Apa Sebenar Yang Berlaku Di Mesir.. Saksikanlah!!

Posted: 08 Jul 2013 06:10 AM PDT


Bagi mengelakkan Tuan-tuan dan juga Puan-puan menjadi mangsa penipuan Stesen TV Mesir yang kini dikuasai oleh perampas kuasa diakhir laporan ini disertakan link atau URL yang membolehkan anda menyaksikan apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini secara LIVE.

Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.

Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.

Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja.

Stesen televisyen Al-Jazeera juga didakwa menyiarkan liputan sama yang bersumberkan video televisyen Mesir tersebut, namun penipuan tersebut didedahkan oleh seorang pemanggil.

Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.

Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.

"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.

Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.

Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.

"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi. 

"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya.

Penipuan tersebut turut ditegur agensi berita CNN Amerika yang menyiarkan kenyataan "Diminta askar Mesir hentikan penipuan.Dataran Tahrir lengang. Apa yang disiarkan sekarang adalah video lama. Para penyokong Mursi berjuta-juta memenuhi seluruh Mesir". ~harakahdaily


Siaran langsung dari Mesir di SINI.



Iklan C (ii)
 



Pekung PRU13 Umno BN Akhirnya Terbongkar..

Posted: 08 Jul 2013 12:50 AM PDT


BERA - Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.

Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.

Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.

"Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.

"Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran," katanya.


Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran.

Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU.

"Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera," katanya.

Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 



Calon PAS PRK Kuala Besut, Antara Tauke Ikan Dan Kontraktor..

Posted: 07 Jul 2013 11:28 PM PDT

Zakaria disebut sebagai calon
Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai.

Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas.

Zakaria disebut sebagai calon.

Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal.

Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya.

Bekas Pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh berkeras mengatakan UBN mempunyai kelebihan majoriti di DUN dengan adanya satu undi dari speaker. Belum ada precedent mengenai hal ini sebelum ini, jadi adalah elok juga kalau persimbangan itu diwujudkan.

Untuk menyaksikan situasi demikian kerusi Kuala Besut harus dimenangi oleh Pas. Sekiranya Pas menang pilihan raya kecil Kuala Besut satu senario baru selepas PRU-13 akan wujud. Senario itu juga akan mengubah perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berbalik kepada nama-nama yang disenarai-pendekkan, ada tiga nama itu iaitu; Nik Zawawi Nik Salleh iaini ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Zakaria Harun, seorang taukeh ikan di Kuala Besut dan Enduk@Azlan Jusoh yang dikenali dengan Che Long seorang kontrektor.

Nik Zawawi pernah menang kerusi Kuala Besut dalam pilihan raya 1999 bagaimana pun kalah dalam tahun 2004. Dalam pilihan raya lalu beliau tidak diletak bertanding di mana-mana kerusi. Ketidaan beliau dalam pilihan raya lalu menunjukkan Nik Zawawi bukan harapan Pas. Zakaria pula merupakan penyokong setia Pas di Besut, manakala Che Long adalah Bendahari Pas Besut.

Ketiga-tiga nama ini dikira layak untuk menjadi calon Pas. Pas Pusat mungkin mempunyai pandangan tersendiri untuk memilih salah seorang dari mereka. Kalau Pas meletakkan soal latar belakang dan perwatakan berbudaya Arab atau pun yang bergelar ustaz sebagai kriteria utamanya, sudah pasti Nik Zawawi adalah pilihan Pas.

Sebaliknya kalau Pas mengenepikan 'roma-roma' demikian sebaliknya lebih mementingkan kehendak pengundi bawahan Harun dan Che Long yang akan dipertimbangkan. Dalam tinjauan rambang di peringkat bawahan di Kuala Besut, menunjukkan pengundi tidak begitu minat untuk berwakil rakyat kepada mereka yang berbudaya elit yang renggang dengan rakyat. Nik Zawawi dilihat sebagai elitis dalam Pas.

Nama Harun dikatakan menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. Penglibatannya dalam bidang perniagaan meyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat serta disenangi oleh rakyat. Tetapi apa yang 'ugah' sedikit beliau kurang berminat untuk menjadi calon. Tetaoi sedia memikul tanggungjawab kalau tidak ada pilihan.

Sekiranya Harun menolak sudah pasti Pas akan memilih Che Long. Bendahari Pas itu juga sesuai dengan kehendak dan mood pengundi hari ini yang mahukan orang mudah diketengahkan. Usia Che Long di bawah 50-an di mana usia itu sesuai dengan mood dan selera pengundi muda yang mahu melihat golongan mereka diletak di hadapan.

Mengambil kira kepada perkembangan semasa dan keperluan sudah pasti mesyuarat Dewan Harian Pas malam ini akan memilih kontrektor berasal dari kampung Nail Besut itu sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Kuala Besut. Dalam pada itu majlis pengumuman calon akan diadakan malam besok bertempat di Kampung Nail yang akan dilakukan oleh presiden Abdul Hadi Awang.

Semua pimpinan tertinggi Pas juga hadir dan akan berceramah. Mereka termasuk Mohamad Sabu, Husam Musa, Wahid Enduk dan lain-lain. ~mso



Iklan C (ii)
 



Najib Lebih Popular Daripada Anwar Dalam Twitter Pada PRU13

Posted: 07 Jul 2013 08:56 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 95 peratus komen positif daripada pengguna laman Twitter semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh 82 peratus komen negatif di laman sama.

Hasil kajian itu diumumkan oleh pensyarah Jabatan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Faizal Kasmani di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Beliau mendapati 64 peratus pengguna Twitter memberi komen neutral kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor manakala Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa masing-masing mendapat komen negatif masing-masing dengan 75, 84 dan 94 peratus.

"Sebanyak 11,942 tuit menggunakan label #pru13 dikirim pada hari pengundian 5 Mei lalu manakala tuit bahasa Melayu berjumlah 4,752 dan bahasa Inggeris 753 tuit.

"Sebanyak 94 peratus memberi komen positif kepada Barisan Nasional (BN) dan 45 peratus komen positif kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun PKR, DAP, PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat komen negatif dengan 81, 77 dan 39 peratus," katanya.

Beliau berkata, isu kempen dan manifesto menjuarai tuit dalam #pru13 dengan 2,036 tuit manakala aspirasi calon dan parti menduduki tangga kedua dengan 703 tuit dan keputusan pilihan raya 611 tuit.

"Hasil kajian itu menafikan dakwaan yang mengatakan rakyat terpisah dari sudut jurang digital yang membezakan penduduk bandar dan luar bandar.

"Peningkatan jumlah tuit ketara menggunakan #pru13 membuktikan pengguna laman Twitter mengirim tuit lebih banyak berbanding hari biasa," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 



Najib Kena Kutuk Dengan Ahli Umno

Posted: 07 Jul 2013 08:41 PM PDT

Beliau seharusnya merayakan pelantikan sebagai pengerusi sebuah institusi yang dihormati, akan tetapi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diserang dari pelbagai penjuru baik dari partinya sendiri mahupun daripada pembangkang.

Paling melukakan Ahli Parlimen Baling itu adalah serangan dari partinya sendiri.

Dari kaca mata ahli-ahli politik Umno, pilihan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sesuatu yang tepat dari segi pengalaman, kelayakan dan kemampuan untuk memimpin organisasi – mempunyai dana RM35 bilion.

Kritikan paling keras terhadap ahli politik berumur 47 tahun itu adalah beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib.

Nama beliau juga dikatakan satu-satunya yang dihantar oleh perdana menteri ke Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri hal ehwal Islam untuk menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.

Abdul Azeez sedar dengan rungutan mengenai pelantikannya dan beliau bukan pilihan popular. Akan tetapi, beliau percaya dirinya perlu diberi peluang.

"Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian," kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.

"Saya anggap semua kritikan tersebut sebagai kritikan membina. Fokus utama saya adalah untuk menjaga kebajikan jemaah haji dan umrah," tambahnya.

Beliau sedar tentang kritikan kerana tidak mempunyai latar belakang perniagaan dengan pantas mengatakan TH mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah berwibawa untuk melakukannya.

"Hala tuju perniagaan Tabung Haji saya fikir sudah baik.

"Kita mempunyai ahli lembaga pengarah yang berkaliber seperti Datuk Othman Mahmood yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi dari segi perniagaan saya dah tak perlu bimbang sangat," katanya.

Akan tetapi, Abdul Azeez mengakui tanggungjawab sebagai pengerusi TH merupakan satu amanah besar yang beliau pegang dan berjanji untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan jemaah haji Malaysia.

"Berkenaan dengan aduan tentang jemaah haji yang tidak dapat menunaikan ibadah kerana menunggu terlalu lama sehingga meninggal dunia. Saya akan semak perkara ini dan cuba untuk memperbaikinya," katanya.

Abdul Azeez yang menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara seperti menjalankan program di Gaza, Palestin.

Penyokong Najib mempertahan pelantikan Abdul Azeez mengatakan ahli politik itu membuktikan beliau adalah pemimpin yang efektif dan berpengalaman sebagai ahli lembaga pengarah TH.

Perdana menteri sendiri hanya mendiamkan diri kerana tahu mood dalam Umno yang tidak begitu memihak kepadanya selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Penentangan dalaman terhadap pelantikan Abdul Azeez memberikan indikasi hari di mana Najib sentiasa disokong oleh partinya sudah berakhir.

Dalam masa 48 jam lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan dari Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyerang perdana menteri secara terbuka mengatakan beliau akan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen jika tidak dapat lebih banyak wang dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Sebelum ini media melaporkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Najib supaya meneliti semula pelantikan Abdul Azeez supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno dan BN.?

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.??

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," kata Naib Presiden PKR itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan pelantikan Abdul Azeez dan mendesak Najib menimbang semula tindakan itu.??

Menurut Mahfuz, pelantikan jawatan tertinggi agensi kerajaan perlu melalui proses saringan ketat bagi mengelakkan daripada dana awam itu diselewengkan.??

"Sepatutnya, untuk melantik seorang sama ada jawatan pengerusi, lembaga pengarah, CEO dan panel pelaburan TH, saya fikir sepatutnya kita perlu lakukan tapisan yang telus dalam pelantikan itu.??

"Pengisian jawatan itu bukan untuk membantu ahli politik yang tidak mendapat jawatan di atas (menteri) untuk menampung pendapatan dan sebagainya," kata Naib Presiden PAS itu dipetik dari laporan media.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini Najib akan memberikan habuan kepada ahli politik Umno dengan melantik mereka mengisi jawatan syarikat berkait kerajaan seperti TH, Telekom Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 



Kesatuan Perguruan Belasah Kebiadapan Idris Jusoh..

Posted: 07 Jul 2013 05:58 PM PDT


Guru-guru tidak seharusnya "diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

"Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional," kata Hashim hari ini.

Beliau menambah: "Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.

"Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut."

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

"Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan," tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 



Umno Berjaya Memartabatkan Bangsa Melayu.. Saksikanlah!!

Posted: 07 Jul 2013 05:48 PM PDT


Timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kadar penyertaan yang rendah di kalangan bumiputera memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan, imej dan dalam mengagih kekayaan.

Beliau berkata hanya 15 peratus daripada kedai di Lembah Klang diusahakan oleh golongan bumiputera manakala selebihnya diusahakan golongan Cina.

Ia bukan satu statistik yang baik dari segi agihan ekonomi negara, katanya dalam satu sidang media di Seremban, menurut laporan Sin Chew Daily.

Katanya, keadaan itu dilihat sama seperti di bandar besar kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, beliau perlu menimbulkan perkara ini kerana senario masa kini tidak sihat untuk pembangunan ekonomi negara.

"Apabila pelancong melawat Malaysia, mereka akan tanya: Hanya orang Cina di Malaysia? Di mana kedai orang Melayu, India, Kadazan dan Iban?," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau juga menangkis dakwaan pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa BN melayan orang Cina sebagai "warga kelas ketiga".

Katanya, orang Cina sudahpun menjadi warga kelas pertama sejak sekian lama.

Jika tidak, orang Cina tidak akan memiliki 85 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan membentuk sebahagian besar daripada senarai 40 orang jutawan Malaysia, katanya. ~malaysiakini

Addin :

Terbukti Umno gagal selama 56 tahun memerintah negara tetapi pentadbiran PAS di Kelantan berjaya memartabatkan Islam dan secara tak langsung Melayu mendapat kesan positif.




Iklan C (ii)
 



Tiada ulasan: