Sabtu, 20 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar Anwar Ibrahim Tersebar Lagi!!.. Saksikan!

Posted: 20 Jul 2013 01:30 AM PDT

Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan pada sekitar November tahun lalu berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook.

Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah.

Maka dengan itu mereka mula menyindir Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah.

Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"

Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.. sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun tiada sebarang rakaman gambar yang dapat memuaskan hati macai-macai UMNO..

Aku pernah meminta rakaman gambar beliau di Mekah tapi Anwar kata dia tak ada gambar di Mekah tu untuk menyokong hujjah..

Tapi bagi kali yang ke tiga beliau ke Umrah ini.. (dah selesai jumaat lalu).. ada gambar membuktikannya..


Ini surat dari Jusuf Kalla menafikan laporan Berita Harian kononnya “Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.”

Posted: 19 Jul 2013 09:30 PM PDT


Mantan Timbalan Presiden Indonesia M Jusuf Kalla menafikan beliau diwawancara oleh Azharri Siddiq mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk membiayai aktiviti Perhimpunan Blackout 505.

"Pertemuan saya dengan Azharri pada 1 Jun lalu hanya silaturahim singkat kerana diatur oleh seorang anggota Parlimen Indonesia," kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Kuala Lumpur semalam, di mana sesalinannya difakskan kepada ibu pejabat PKR.

Jusuf Kalla menjelaskan demikian sebagai merujuk kepada artikel akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2013 di bawah tajuk "Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505."

Ujarnya, "saya baru membaca Berita Harian tanggal 28 Jun 2013, artikel yang menyebut ada wawancara khas saya dengan AzharriSiddiq perihal "Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505."

Beliau menafikan bahawa beliau pernah diwawancara mengenai isu tersebut dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak realistik dan tidak benar.

"Oleh kerana itu, wartawan Azharri telah memohon maaf kepada saya berhubung dengan isu yang menimbulkan kontroversi ini," jelasnya.


Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau akan menyaman Berita Harian kerana menyiarkan berita palsu hingga mencemari nama baik beliau.

Beberapa siri perhimpunan Blackout 505 telah dianjurkan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 yang didakwa berlangsung dengan penuh penyelewengan dan penipuan.

Penganjur dan para demonstran turut menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. ~ free malaysia today

Orang Islam yang dahaga melampau boleh minum air ketika berpuasa?.. Apa punya fatwa nie??

Posted: 19 Jul 2013 07:30 PM PDT


Selama ini aku sangka hanya di Malaysia ada Ulama yang mengeluarkan fatwa yang pelik-pelik untuk menghalalkan tindakan pihak UMNO.. rupa-rupanya kat negara lain pun ada juga,,

Apa punya fatwa tahlah ni.. tak pernah aku dengar lagi fatwa yang mengatakan kalau terlampau dahaga semasa sedang berpuasa boleh minum air..

Seorang Ulama Kanan di Iran telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan "Umat Islam boleh menghilangkan dahaga yang melampau ketika berpuasa dengan meneguk air secukupnya bagi menghilangkan rasa dahaga itu.."

"Mereka yang tidak boleh menanggung dahaga melampau boleh minum hanya air yang cukup untuk menghilangkan itu. Ini tidak akan berbuka puasa," kata fatwa oleh Ayatollah Assadollah Bayat Zanjani.

Bagaimanapun fatwa tersebut telah menimbulkan perdebatan dikalangan Ulama di negara Republik Islam itu, lapor media, Khamis lalu.

Ayatollah Nasser Makarem Shirazi menolak fatwa itu dengan menegaskan tidak boleh "berpuasa dan minum pada masa yang sama", dan menegaskan bahawa apa-apa kecacatan dalam puasa mesti diganti dengan berpuasa pada hari lain tahun ini.

Media juga melaporkan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei dan Ayatollah Ali Sistani menolak fatwa itu dengan berkata "keadaan lemah atau dahaga tidak mewajarkan untuk berbuka puasa".

Ini laporannya..

Muslims can quench thirst in Ramadan: Iran cleric

TEHRAN: A decree by a senior Iranian cleric that Muslims can quench "extreme thirst" during the Ramadan fasting month has stirred debate in the Islamic republic's clergy, media reports said Thursday. 

"Those who cannot bear extreme thirst can drink just enough water to quench it. This would not break their fast," said the fatwa by Grand Ayatollah Assadollah Bayat Zanjani, who is seen as close to reformers. 

But his fatwa quickly came under fire from Grand Ayatollah Nasser Makarem Shirazi. 

He ruled out "fasting and drinking at the same time", and reiterated that any break in the fast must be compensated for by fasting on some other day in the year. 

Media reports also referred to decrees by supreme leader Ali Khamenei and Grand Ayatollah Ali Sistani according to whom "a state of weakness or thirst does not merit a break in the fast". 

But Zanjani, who is based in the holy city of Qom, said Islam allows some breaks in fasting. 

He said this would depend on "certain climatic and geographical conditions", given that in countries such as Iran Ramadan fasting can last up to 16 hours in summer. 

Those who "fall sick when fasting or if the fasting deteriorates an existing illness", or "workers who work hard for a long day" can drink if it means their survival, Zanjani said on his website. 

People in such cases also do not have to compensate by fasting on some other day, he added. 

"Imam Sadegh (the sixth Shiite imam) himself said that people can drink if it is to save their lives," Zanjani argued. 

During Ramadan, Muslims refrain from eating, drinking, smoking and having sex between sunrise and sunset ~ Astroawani

Hari ini dalam sejarah.. Najib dibelasah dua Tokoh Wartawan Negara..

Posted: 19 Jul 2013 03:30 PM PDT


Hari ini dunia blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam menghentam Najib..

Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis..

"Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 

Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini. 

Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com 

Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan.

"Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 

Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk "berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam. 

Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?". kadirjasin.blogspot.com 

Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

Sumber : Mummy Rokiah

Suami Baru Abby Abadi Orang Kelantan .. Namanya Farhan..

Posted: 19 Jul 2013 09:30 AM PDT

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.


Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya, tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang & sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: 'berita bahagia' ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros.


Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana. 

Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, 'nak kahwin sangat dah' yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya ~ MyNewsHub

Pengumuman yang tela Abby lakukan sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: