Sabtu, 20 Julai 2013

Addin

Addin


Berita Yang Menggetarkan Jiwa Najib

Posted: 20 Jul 2013 10:39 AM PDT

Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene.Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.

"Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul dana yang dianjurkan oleh Suaram.Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene.

Cynthia juga berkata mahkamah Perancis kini sudah melanjutkan siasatan terhadap keadaan semasa yang membawa kepada kematian Altantuya Shaariibu dan terutamanya jika terdapat salah guna kuasa oleh Najib negara semasa memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan Balasubramaniam juga telah membuat dua pengakuan bersumpah yang berbeza-beza.

Balasubramaniam kemudiaan membuat pendedahan campur tangan Najib dan ahli keluargannya dalam kes tersebut sehinggakan Americk membuat pendedahan susulan pada mesyuarat agung Majlis Peguam pada 16 Mac 2013, beberapa hari selepas penyiasat persendirian tersebut meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Isunya adalah sama ada SD kedua Balasubramaniam dilakukan atas arahan Najib dan sama ada Najib telah mengarahkan peguam (Tan Sri) Cecil Abraham untuk menyediakan SD2," kata beliau.

Americk, tetamu yang dijemput pada majlis anjuran Suaram semalam mengesahkan beliau akan memberi keterangan di Paris.Cynthia juga mendedahkan bahawa seorang lagi rakyat Malaysia telah memberi keterangan bertulis kepada mahkamah sebelum pilihan raya umum Malaysia 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata saksi itu telah meminta identitinya dirahsiakan.Beliau berkata hakim utama dalam siasatan yang masih dijalankan itu, Roger Le Loire meminta penjelasan tentang bagaimana keterangan baru-baru ini sama ada ia akan memberi kesan kepada siasatan yang sedang dijalankan.

Pada tahun 2009, Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis hingga membawa kepada siasatan melibatkan dua hakim penyiasat.Pada April tahun ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM458 juta sebagai rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera laut.

Pengkritik di Malaysia mendakwa bayaran itu adalah sogokan, yang menyalahi undang-undang di Perancis, undang-undang Malaysia dan juga antarabangsa.Cynthia berkata, Perancis dan pihak berkuasa Hong Kong juga telah bekerjasama untuk mendedahkan rasuah oleh firma milik rakyat Malaysia, Terasasi yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene.

"Siasatan meliputi sekitar rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan sembilan syarikat lain dengan hubungan politik di Malaysia," tambah beliau.Americk semalam mendedahkan pihak polis tidak pernah bertanya kepada  Balasubramaniam tentang soalan penting  melibatkan pembunuhan Altantuya walaupun ditahan selama 14 hari pada tahun 2006.

"Tiada siapa yang berminat dalam apa yang dia tahu. Semua keterangan dia berikan telah disunting polis telah disunting dan dibersihkan untuk kegunaan di mahkamah," katanya.Peguam itu berkata hal tersebut mendorong anak guamnya untuk tampil dengan SD1 yang menjadi kontroversi.

Beliau juga berkata, kajian yang teliti dan terperinci ke atas SD1 akan mendedahkan tidak ada langsung Balasubramaniam menyebut nama Najib dalam pembunuhan Altantuya."Apa yang Balasubramaniam kata ialah kedua-dua Abdul Razak Baginda dan Altantuya memberitahunya dia pernah menjadi teman wanita Najib," kata Americk yang mengatakan beliau hanya memperincikan fakta dan bukan andaian.

Balasubramaniam kemudian membuat SD2 untuk menarik balik kandungan dalam SD1 dan berhijrah sementara ke India bersama keluarganya.Americk berkata tindakan tergesa-gesa tersebut diambil adalah jelas menunjukkan situasi bahaya yang dihadapi oleh anak guamnya sejurus selepas membuat SD1.

Abdul Razak telah dibebaskan pada tahun 2009 kerana bersubahat dalam kes pembunuhan model Mongolia, yang juga bekas kekasihnya.Dua anggota polis bekas Sirul Azahar dan Azilah Hadri juga telah merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan sabitan Mahkamah Tinggi. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Erdogan Lebih Baik Daripada Najib.. Ini Buktinya

Posted: 20 Jul 2013 09:00 AM PDT

Akhbar harian Turki, Zaman melaporkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan enggan berbicara dengan Naib Presiden Mohamed ElBaradei dari Mesir apabila beliau menawarkan diri untuk mengadakan rundingan dengan Turki.

Sebaliknya Erdogan menempelak ElBaradei dengan mengatakan beliau bukan dilantik ke jawatan itu secara sah tetapi pelantikannya adalah hasil dari rampasan kuasa tentera.

Kata Erdogan, beliau menerima sepucuk surat dari ElBaradei memohon diadakan perbualan telefon berikutan kritikan keras beliau terhadap rampasan kuasa oleh pasukan tentera di Mesir.

"Kenapa saya perlu bercakap dengan awak? Awak bukan (naib presiden) yang dilantik. Awak seorang naib presiden yang dilantik hasil dari kudeta tentera," kata Erdogan merujuk kepada ElBaradei pada satu majlis di Ankara.

ElBaradei, bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dilantik sebagai naib presiden Mesir untuk hubungan luar selepas tentera mengguling Presiden Dr Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu dan mengisytiharkan ketua hakim mahkamah perlembagaan, Adli Mansour sebagai presiden sementara.

Sikap Erdogan ini berbeza dengan sikap kebanyakan pemimpin Arab yang lain yang merestui tindakan tentera Mesir menggulingkan Morsi dari parti Ikhwanul Muslimin. Para pemimpin negara Arab, terutama Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan menyatakan sokongan secara terang-terangan menyokong tindakan tentera Mesir itu.

Malahan bantuan kewangan berjumlah ratusan juta dolar dari negara-negara tersebut datang mencurah-curah bagi menandakan sokongan mereka. Negara-negara Arab ini jugalah yang menyemarakkan api peperangan saudara di Syria dengan membiayai para pemberontak di negara itu.

Dengan berselindung di sebalik imej Islam, mereka inilah yang sebenarnya bekerja untuk Amerika Syarikat dan Israel bagi mengucar-kacirkan rantau Afrika Utara dan Timur Tengah demi kepentingan kedudukan mereka untuk terus menerajui kerajaan dan merampok harta kekayaan milik negara.

Kestabilan politik Mesir dan hasrat kerajaan pimpinan Morsi untuk melaksanakan syariat Islam menjadi ancaman terbesar kepada negara haram Israel. Maka sebab itu, apabila kerajaan Morsi ditumbangkan maka arahan pertama dari Israel ialah agar tentera Mesir merobohkan terowong bawah tanah ke Gaza dan menutup pintu Rafah.

Terowong bawah tanah ini merupakan urat nadi atau 'nyawa' bagi para penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar kerana melalui terowong-terowong ini segala bentuk bantuan terutama keperluan makanan disalurkan.

Tindakan jahat, khianat

Tindakan tentera meroboh dan menutup terowong-terowong ini adalah satu tindakan jahat dan khianat terhadap umat Islam dan rakyatnya sendiri serta sekali gus penduduk Palestin di Gaza terkurung dan terpenjara dalam negara mereka sendiri.

Dalam pada itu, tentera Mesir akan terus menangkap dan menahan para pemimpin Ikhwan dan para penyokongnya sehingga kebangkitan rakyat di negara itu dihampuskan atau kembali reda. Mereka melakukan kekejaman ini untuk memenuhi nafsu tuan-tuan mereka, Amerika dan Israel.

Tetapi rakyat Mesir yang memilih Ikhwan Muslimin untuk menerajui kerajaan melalui pilihan raya baru-baru ini dalam sistem demokrasi yang adil terus menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran agar kerajaan tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi.

Penggulingan Morsi melalui kudeta tentera merupakan satu contoh di mana sistem demokrasi diperkotak-katikkan dan hanya menjadi alat untuk Barat dan Amerika untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak itu.

Jika sistem demokrasi itu tidak memihak dan menguntungkan mereka maka mereka akan berusaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat. Dalam kes Mesir, kononnya Morsi tidak pandai mentadbir pada hal beliau hanya setahun menjadi presiden.

Rampasan kuasa tentera juga pernah berlaku di Algeria apabila pilihan raya presiden itu memihak kepada parti Islam FIS di mana Ali Benhaj dipilih sebagai presiden dan dengan bantuan Perancis kerajaan pilihan rakyat itu digulingkan.

Erdogan mungkin satu-satunya pemimpin Arab yang tinggal, selain Mahmud Ahmedinejad dari Iran yang berbangsa Parsi, yang secara berani dan lantang mengkritik dan menentang Barat dan sekutu-sekutunya.

Keberanian Erdogan jelas kita lihat apabila beliau menempelak Presiden Israel, Simon Peres dalam satu forum ekonomi di Geneva berhubung tindakan tentera Israel menyerang kapal Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan untuk para penduduk Palestin dan Gaza.

Di samping mengkritik ElBaradei, Erdogan juga mengkritik Barat sebagai tidak mempunyai pendirian dan harga diri untuk mengecam apa yang berlaku di Mesir.

Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai lagi para pemimpin Arab untuk terus tampil dan dengan berani mempertahankan kedaulatan dan maruah negara-negara masing-masing dari terus dihina dan dihinjak-hinjak oleh kuasa Barat dan sekutunya.

Bandingkan kenyataan Najib berkenaan isu Mesir, seolah-olah pro Israel. (Baca di sini)




Iklan C (ii)



Najib Di Belasah Oleh Orang-Orangnya Sendiri.. Saksikanlah!!

Posted: 20 Jul 2013 04:20 AM PDT


Hari ini dunia blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam menghentam Najib..

Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis..
"Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya?  
Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.  
Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut".~ zamkata.blogspot.com 

Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan.

"Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 
Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk "berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam. 
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?".~ kadirjasin.blogspot.com 

Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.







Iklan C (ii)



Exco Pemuda Umno Suruh KJ Di Beri Mandat Baru, Pemuda Umno Johor Sebaliknya.. Apa Sudah Jadi?

Posted: 19 Jul 2013 11:59 PM PDT

Pemuda Umno Johor secara sebulat suara bersetuju mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan menjelang pemilihan parti tersebut yang bakal diadakan pada Oktober, memberi petunjuk penyandangnya Khairy Jamaluddin (gambar) bakal berdepan tentangan.

Dalam mesyuarat khas Pemuda Umno Johor di Batu Pahat malam semalam, seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda Umno Bahagian bersetuju supaya jawatan tersebut dipertandingkan dan Datuk Zulkurnain Kamisan menyifatkan pendirian tersebut tidak mempunyai motif tertentu kerana selari dengan pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri sebenarnya berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang telah bekerja keras dalam meletakkan parti pada hati golongan muda.

"Cuma biarlah pemilihan kali ini mengikut suara hati akar umbi," kata Ketua Pemuda Umno Johor itu dipetik dari Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu lagi, Zulkurnain juga meminta supaya pimpinan Umno memberikan ruang kepada golongan muda untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi pada pemilihan kali ini serta memuji langkah Presiden Datuk Seri Najib Razak yang melantik ramai wakil Pemuda Umno di dalam Kabinet selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

"Malah kami juga mengucapkan terima kasih dan menyanjung tinggi keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan kepada ahli Pergerakan Pemuda Umno pada PRU-13 lalu sehingga memberi peluang kepada mereka menjawat jawatan penting dalam Kabinet," tambah beliau.

Pendirian diambil oleh Pemuda Umno negeri Johor dilihat bertentangan dengan pendirian Exco Pergerakan Pemuda Umno yang sebulat suara mahu Ketuanya, Khairy diberikan mandat baru dalam pemilihan parti tahun ini.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, berdasarkan pencapaian Pemuda Umno pada pilihan raya 5 Mei yang lalu di bawah pentadbiran Khairy, kedudukan orang nombor satu dalam sayap parti itu perlu dikekalkan.

Selain itu, beberapa pergerakan di negeri lain juga menyatakan pendirian sama, antaranya Pemuda Umno Kelantan telah pun mencadangkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda yang disandang oleh Khairy tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Pemilihan pada Oktober ini adalah ujian kepada pindaan perlembagaan yang dilakukan ke atas parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu dimana 146,500 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Namun, Khairy sehingga kini masih berteka-teki untuk sama ada akan mempertahankan jawatannya ataupun tidak, namun beliau mengalu-alukan supaya jawatan tersebut dipertandingkan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ini Penjelasan Khalid Samad Berkenaan Kenyataannya Yang Di Putar Belit

Posted: 19 Jul 2013 10:38 PM PDT

Adalah jelas video yang disiarkan sebuah portal berita mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit'.Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri.

Saya tidak membela Duta Vatican dan tidak juga menyatakan bahawa ianya merupakan pendirian Pas Selangor.Di dalam temuramah tersebut, saya sekadar menjelaskan bahawa pendirian duta tersebut adalah pendirian serta pendapat peribadi beliau yang tidak mungkin kita ubah.


Saya juga menyebut bahawa beliau tidak sepatutnya campur tangan kerana ini adalah urusan negara kita dan sebagai tetamu maka adalah tidak wajar memberi sebarang komen terhadap isu tersebut.

Namun saya turut menjelaskan bahawa ianya mungkin disebabkan wujudnya undang-undang yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan ini boleh menyebabkan beliau keliru.

Terakhirnya saya juga menyatakan bahawa beliau telahpun meminta maaf dan bagi saya ianya adalah memadai dan isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi.

Pada masa yang sama saya tidak sama sekali menyentuh pendirian majlis fatwa Kedah atau Kebangsaan sepertimana yang telah didakwa pihak tersebut.

Amat malang apabila dalam keadaan ketiadaan isu di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, 'mereka' begitu terdesak sehingga memutar-belit fakta.

Wallahualam.

Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam




Iklan C (ii)



PAS Boleh Menang Di Kuala Besut Jika..

Posted: 19 Jul 2013 09:47 PM PDT

Pengundi di Kuala Besut perlu belajar daripada masyarakat bandar yang celik internet dan mempunyai kesedaran politik dengan memilih Pakatan Rakyat (PR), kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramahnya di Kuala Besut malam tadi berkata golongan celik internet yang menetap di bandar majoritinya menolak Umno dan Barisan Nasional (BN), yang mana perlu dijadikan contoh oleh pengundi di kawasan berkenaan.

"Orang Kuala Besut belajar daripada mereka yang terpelajar. Mereka yang celik internet tolak BN, belajar daripada mereka," kata Abdul Hadi di hadapan 500 penyokong parti Islam berkenaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dijadualkan 24 Julai depan.

Ahli Parlimen Marang itu turut mengemukakan contoh trend Pilihan Raya 2013 yang membuktikan sokongan golongan celik internet dan teknologi maklumat memihak kepada pembangkang.

"Kita berjaya menerangkan melalui media baru. Orang celik internet tidak sokong Umno," katanya, dan menambah, pembangkang juga berjaya menerima undi daripada golongan terpelajar.

"Di Terengganu, semua kawasan bandar kita menang, Kuala Terengganu, Dungun, semua kita menang. Tapi kawasan Kuala Besut, kita kalah ... kita tak salahkan orang Kuala Besut, masing-masing sibuk dengan urusan ke laut, tidak sempat buka internet," katanya.

Mengulas lanjut berhubung kedudukan kerusi DUN yang dianggap kritikal di Terengganu, veteran PAS itu menjelaskan pihaknya mahukan kedudukan seri 16:16 antara PAS dan BN di negeri Darul Iman itu bagi menegur kepimpinan BN, dan bukannya mengharapkan kedudukan menteri besar.

"(Umno) beri kita 16 kerusi, mereka 16, biar seimbang. Biar dia jadi MB, kita nak 16 kerusi, apa kaedahnya? Kita boleh tegur dia (Umno) ... benda tidak molek kita boleh bangkang, benda betul kita sokong, baru kita ada kekuatan betulkan kerajaan BN," katanya.

Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kerusi pertama diadakan PRK selepas kematian penyandang Dr Ab Rahman Mokhtar dari BN yang memenangi kawasan berkenaan selama dua penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada hari ini di Pangkalan Tentera Udara (TUDM) Gong Kedak, sementara pilihan raya akan berlangsung pada 24 Julai.

PAS mempertaruhkan calon daripada ahli perniagaan Endut@Azlan Yusof, manakala BN meletakkan golongan profesional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, di mana kedua-duanya anak jati Kuala Besut.

BN sebelum ini memenangi 17 kerusi daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, dengan baki masing-masing 14 milik PAS, dan satu PKR. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)



Sekitar Pengundian Awal Di PRK Kuala Besut

Posted: 19 Jul 2013 08:25 PM PDT

KUALA BESUT: Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung hari ini.

Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa. ~bernama





Iklan C (ii)



Mengapa Guru-Guru Ini Ditembak?.. Ini Penjelasannya

Posted: 19 Jul 2013 07:46 PM PDT

Tiga guru ditembak sepanjang dua minggu lalu, satu trend membimbangkan dan insiden berlaku berhampiran dengan sekolah di mana muridid mungkin turut menjadi mangsa.

Insiden berlaku di Kelantan dan Kedah. Dalam ketiga-tiga kes itu, guru lelaki ditembak dari jarak dekat semasa berada dalam kereta. Dua daripadanya mati serta merta manakala seorang lagi berada dalam kecederaan serius.

Ketiga-tiga insiden berlaku apabila guru itu sama ada dalam perjalanan ke sekolah atau sedang meninggalkan kawasan sekolah.Polis sedang mencari motif termasuk kemungkinan membabitkan hutang tidak berbayar daripada ceti haram akan tetapi setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan.


Dilaporkan hutang isi rumah Malaysia mencapai angka merbahaya, dengan 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan dikatakan kebanyakan daripada yang berhutang adalah penjawat awam.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini kebanyakan penjawat awam berhempas pulas membayar pinjaman untuk memenuhi keperluan keluarga. Sesetengahnya mencari pekerjaan kedua untuk menampung kehidupan.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini serta merta dan meminta ahli mereka berjaga-jaga."Guruu seharusnya memberi tumpuan kepada profesion mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman mendesak Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap kes tembakan ini dan mengambil langkah sepatutnya untuk melindungi guru."Kelihatan nyawa guru sudah tidak bernilai," kata Normala dipetik dari Harakahdaily."Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini."Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.

"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily.Pembunuhan Hashim Mat Zain pada 8 Julai dipercayai membabitkan masalah kewangan dan polis kini menemui beberapa petunjuk berhubung kes itu.

Hashim, 43, yang menguruskan hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Tawang mati selepas ditembak sebanyak tiga das.Mangsa ditemui mati dengan tiga tembakan apabila keretanya terbabas berhampiran sebuah rumah 300m dari sekolah."Siasatan setakat ini mendapati mangsa dibunuh disebabkan masalah kewangan," kata seorang pegawai kanan polis.

Tetapi pegawai itu mengatakan polis masih belum menemui motif percubaan bunuh terhadap seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, di Pasir Mas, Kelantan pada 12 Julai.Mat Zaki menderita kecederaan serius apabila ditembak di lehernya di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas. Beliau kini masih lagi berada dalam wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II.Insiden ketiga berlaku pada 18 Julai apabila seorang guru sekolah mati selepas ditembak sembilan kali di lampu isyarat berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim.

K.Shamugan, 45, dari Taman Bidara berhenti di simpang lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila dua lelaki menaiki motorsikal Yamaha LC mendekatinya dari sebelah kiri kereta.Saksi memberitahu polis, seorang daripada lelaki itu mengambil pistolnya dan menambak mangsa berulang kali. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Tiada ulasan: