BRIGED MP SEGAMBUT |
- ZUL NORDIN SELAMAT..
- KJ BERMASALAH DENGAN PEMUDA JOHOR?
- presiden pas tegaskan tak jadi mb terengganu tak masalah
Posted: 20 Jul 2013 12:00 AM PDT peguam Negara mengkelaskan kes Datuk Zulkifli Noordin yang didakwa menghina agama Hindu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) selepas polis memajukan hasil siasatan kes itu kepada mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Semua laporan yang kami terima, siasatan secukupnya telah dibuat. "Kertas siasatan kes kemudiannya kami kemukakan kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya. "Jadi dalam kes Datuk Zulkifli Noordin, peguam negara dah arah hentikan siasatan, no further action," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri malam tadi. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan status kes bekas calon BN Shah Alam itu dan gesaan membakar Bible oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. Dalam ucapan kontroversi itu, didakwa dibuat 10 tahun lalu, Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir. Merujuk kepada kes Ibrahim Ali pula, Khalid menjelaskan yang kertas siasatan juga telah dimajukan kepada peguam negara tetapi sehingga kini peguam negara masih belum mengeluarkan arahan lanjut tentang kes itu. Kes Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kembali mencuri perhatian memandangkan timbulnya pendangan yang mempersoalkan layanan berbeza ke atas mereka berbanding pasangan Alvin-Vivian, yang didakwa mempersenda Islam melalui bahan yang dimuatkan di Internet. |
KJ BERMASALAH DENGAN PEMUDA JOHOR? Posted: 19 Jul 2013 10:36 PM PDT Pemuda Umno Johor secara sebulat suara bersetuju mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan menjelang pemilihan parti tersebut yang bakal diadakan pada Oktober, memberi petunjuk penyandangnya Khairy Jamaludin bakal berdepan tentangan. Dalam mesyuarat khas Pemuda Umno Johor di Batu Pahat malam semalam, seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda Umno Bahagian bersetuju supaya jawatan tersebut dipertandingkan dan Datuk Zulkurnain Kamisan menyifatkan pendirian tersebut tidak mempunyai motif tertentu kerana selari dengan pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010. "Pergerakan Pemuda Umno negeri sebenarnya berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Pusat yang telah bekerja keras dalam meletakkan parti pada hati golongan muda. "Cuma biarlah pemilihan kali ini mengikut suara hati akar umbi," kata Ketua Pemuda Umno Johor itu dipetik dari Utusan Malaysia hari ini. Dalam laporan itu lagi, Zulkurnain juga meminta supaya pimpinan Umno memberikan ruang kepada golongan muda untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi pada pemilihan kali ini serta memuji langkah Presiden Datuk Seri Najib Razak yang melantik ramai wakil Pemuda Umno di dalam Kabinet selepas pilihan raya umum ke-13 lalu. "Malah kami juga mengucapkan terima kasih dan menyanjung tinggi keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan kepada ahli Pergerakan Pemuda Umno pada PRU-13 lalu sehingga memberi peluang kepada mereka menjawat jawatan penting dalam Kabinet," tambah beliau. Pendirian diambil oleh Pemuda Umno negeri Johor dilihat bertentangan dengan pendirian Exco Pergerakan Pemuda Umno yang sebulat suara mahu Ketuanya, Khairy diberikan mandat baru dalam pemilihan parti tahun ini. Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, berdasarkan pencapaian Pemuda Umno pada pilihan raya 5 Mei yang lalu di bawah pentadbiran Khairy, kedudukan orang nombor satu dalam sayap parti itu perlu dikekalkan. Selain itu, beberapa pergerakan di negeri lain juga menyatakan pendirian sama, antaranya Pemuda Umno Kelantan telah pun mencadangkan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda yang disandang oleh Khairy tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pemilihan pada Oktober ini adalah ujian kepada pindaan perlembagaan yang dilakukan ke atas parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu dimana 146,500 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Namun, Khairy sehingga kini masih berteka-teki untuk sama ada akan mempertahankan jawatannya ataupun tidak, namun beliau mengalu-alukan supaya jawatan tersebut dipertandingkan. - 20 Julai, 2013. |
presiden pas tegaskan tak jadi mb terengganu tak masalah Posted: 19 Jul 2013 09:27 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan. "Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia. "Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama. "Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi. Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN. Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu. Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof. "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru. Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan