Anak Sungai Derhaka |
- Bukan projek saja yang pemimpin UMNO sapu.. tanah pun diaorang sapu jugak.. baca nih!
- Oh! Kenyataan Calon PAS Kuala Besut telah dimanipulasi rupanya..
- Kempen 'Jualan Murah' Minuman Keras Sempena Ramadan Berlangsung?
- Puasa atau tidak Tajuddin Rahman nie?.. Sakan punya tabur fitnah di Kuala Besut ni..
- Alahai.. Macam ni punya bangang pun boleh Najib lantik jadi Menteri..
Bukan projek saja yang pemimpin UMNO sapu.. tanah pun diaorang sapu jugak.. baca nih! Posted: 15 Jul 2013 07:49 AM PDT Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13. "Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung. Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek. "Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin. Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia. Tapi.. bukan projek saja yang pemimpin UMNO dan BN sapu.. tanah pun diaorang sapu jugak.. Baca nih.. Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut. Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902). Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih. Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi. "Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini. "(Sedangkan) dalam kempen pilihan raya, mari dengan beri kambing, lembu. Kononnya projek membangunkan Kuala Besut yang paling terpinggir dalam empat DUN dalam Besut," katanya dalam sidang media pagi ini. Dalam sidang media itu, Dr Dzulkefly yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menunjukkan peta dan lokasi lot tanah itu dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut. Ditanya sama beliau mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaannya, Dr Dzulkefly berkata: "Itu akan didedahkan... Kita tahu... Jangan bimbang. Kami mahu mereka mencabar kami (balik). "Kita semak. Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran kami semalam," katanya. Malaysiakini sudah menghubungi keempat-empat pihak yang dinamakan di atas. Setakat ini hanya Nawi yang memberikan responnya dengan mengakui perkara itu. ~ Malaysiakini |
Oh! Kenyataan Calon PAS Kuala Besut telah dimanipulasi rupanya.. Posted: 15 Jul 2013 12:13 AM PDT Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media. Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan. "Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya. Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media. "Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya. Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media. "Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya. Dalam kenyataan akhbar disiarkan semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan. Diminta menjelaskan mengenai kenyataan itu, Hanafiah memberitahu, apa yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti. "Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media," katanya. Menurutnya, jika dipilih, Azlan memutuskan tidak akan mengambil elaun wakil rakyat, sebaliknya akan menyalurkan wang itu untuk tabung bantuan yang akan ditubuhkan bagi bantu golongan memerlukan di Kuala Besut ~ Sinar Harian Ni video rakaman itu.. |
Kempen 'Jualan Murah' Minuman Keras Sempena Ramadan Berlangsung? Posted: 14 Jul 2013 11:30 PM PDT SDR PENGARANG, SAYA menulis kepada pihak tuan untuk memaklumkan bahawa masih terdapat pihak peniaga yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam apabila mengiklankan kempen jualan murah produk barangan mereka sempena bulan Ramadan dan juga menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Saya berkata demikian kerana saya masih melihat terdapatnya pasar raya besar yang turut mengiklankan "jualan murah" beberapa jenama minuman keras di bawah 'banner' sempena bulan Ramadan dan Hari Raya. Jelas sekali, ketidakperihatinan pihak yang mempromosikan kempen ini mencerminkan sikap tidak memahami sensitiviti umat Islam sebaliknya berpendapat bulan Ramadan dan Hari Raya sebagai satu pesta keramaian atau majlis meraikan kedatangan suatu musim perayaan yang bersifat kebudayaan dan amalan ritual. Sama ada Ramadan atau tidak, umat Islam sememangnya tidak mengambil minuman keras kerana ia adalah sejenis minuman yang diklasifikasikan sebagai haram. Justeru pada pandangan saya, masyarakat bukan Islam khususnya para peniaga harus memahami latar belakang ini agar mereka tidak melakukan kesilapan dengan mengaitkan kempen 'jualan murah' minuman keras dengan 'jualan murah' sempena bulan Ramadan. Ada baiknya juga jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan mengambil inisiatif dengan mengadakan peringatan dan kempen mereka sendiri kepada para pekedai dan pengusaha pasar raya agar tidak melakukan kesilapan yang serupa berhubung perkara di atas. MUHAIMIN ABDUL RAHMAN NAZRI GUNUNG SEMANGGOL PERAK |
Puasa atau tidak Tajuddin Rahman nie?.. Sakan punya tabur fitnah di Kuala Besut ni.. Posted: 14 Jul 2013 08:30 PM PDT Demi meneruskna agenda memperbodohkan rakyat, Ramadhan langsung tak dihormati oleh pemimpin UMNO ini.. dia tabur fitnah serupa saja dengan masa bukan bulan Ramahdan.. Kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada sekitar 100 orang pengundi di Kuala Besut.. ~ Karpal Sing akan dilantik menjadi Presiden jika DAP berjaya menguasai Putrajaya melalui PAS. ~ DAP akan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada mereka.. yang bodohnya kenyataan dia ni bila DAP dah jadi Presiden pasal apa pulak DAP nak tuntut jawatan TPM tu?.. lantik sajalah wakil DAP jadi PM terus.. ~ Beliau juga mendakwa Karpal telah berkata bahawa jika PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh menyebut isu 'perjuangan Islam' dan mesti 'langkah mayat beliau' dahulu jika ingin menubuhkan sebuah negara Islam. ~ Jika PAS menguasai Terengganu , ia hanya akan menjadi boneka kepada DAP, yang akan mempengaruhi pemimpin Terengganu seperti DAP mempengaruhi PAS di Kelantan dan PAS di Selangor. ~ Anwar Ibrahim juga tidak menyokong tuntutan royalti, dan DAP dikatakan akan meminda Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa bumiputera. ~ Di Pulau Pinang pula dia kata Melayu telah di dilayan secara tidak adil dan cuba diusir keluar dari Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan cara membina rumah-rumah mahal bernilai RM700, 000, RM1, 000,000 RM2, 000,000. yang diluar kemampuan pembeli Melayu.. Lagi apa fitnah dia, korang bacalah kat bawah ni..
Puasa atau tidak dia ni?.. sakan punya fitnah ni.. |
Alahai.. Macam ni punya bangang pun boleh Najib lantik jadi Menteri.. Posted: 14 Jul 2013 05:55 PM PDT Jika sebelum ini Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik oleh Najib tanpa usul periksa telah mencadangkan bagaimana mahu mendapatkan harga ayam yang murah ini pula lagi seorang Menteri yang dilantik Najib menyerlahkan kebangangangannya.. Sebelum ini Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyarankan supaya pengguna membeli ayam di Pasar Tani, kerana kononnya harganya ialah RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa. Padahal harga Ayam di Pasar Tani lebih tinggi dari apa yang disebutkannya itu.. ( lihat di SINI ) Juga berkaitan dengan Ayam..Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan cuba menunjukkan jalan penyelesaiannya kepada rakyat.. KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. Jangan makan Ayam katanya tapi makanlah Ikan dan Daging.. jawapan yang tak disangka akan dikeluarkan oleh seorang Menteri.. Dua perkara tersirat dalam jawapannya itu.. Pertama, beliau menyerlahkan tahap kebijaksanaannya yang sebenar atau lebih mudah dikatakan tahap kebodohannya kerana memberikan saranan yang begitu bodoh buat rakyat.. Kedua, beliau juga menunjukkan selama ini beliau tidak pernah turun ke pasar-pasar untuk meninjau harga barangan kerana harga ikan dan daging adalah lebih mahal dari harga ayam.. Rakyat membeli Ayam dan terpaksa makan Ayam kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan Ikan dan Daging.. Tapi Menteri yang bangang ni sarankan rakyat makan ikan dan daging pula sedangkan harganya lebih mahal dari harga Ayam.. Sebagai contoh di KB ikan gelama kering harganya antara RM40 hingga RM 60.00 sekilo,daging RM23.00/kilo dan ikan tenggiri RM 25.00/kilo. Macammana rakyat yang telah beralih dari makan yang mahal kepada makanan yang murah mampu untuk membeli barangan yang lebih mahal pula? Kalau nak ikut saranan Menteri lantikan Najib ni.. Tarif Elektrik naik sarankan rakyat jangan guna elektrik, Minyak naik jangan guna minyak.. Kereta mahal jangan guna kereta.. Harga beras naik jangan makan nasi.. Apalah malang nasib rakyat Malaysia ni.. dapat Menteri pun tahap pemikirannya macam orang tak lulus SRP.. tapi tak lulus SRP pun aku rasa tak bodoh macam ni. Rugi aku rasa bayar income tax.. Nasib kitalah.. dapat Menteri yang bangang hasil sokongan penyokong-penyokong yang sudah tentu lebih bangang dari dia.. Bukan aku sorang saja yang kat dia ni bangang tapi ramai lagi, malah yang kata dia ni bengong pun ada tak percaya sila lihat di SINI dan SINI. Shahidan pun bangang jugak.. baca kat ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan