BRIGED MP SEGAMBUT |
- DI PUSAT SEKS LORONG HAJI TAIB
- ADUN UMNO DAPAT ANUGERAH TANAH:TANAH RAKYAT PULA DI RAMPAS..APA NI
- KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi
- AMARAN POLIS:RUSUHAN KAUM INDIA DAN MELAYU DI KELANG..
- PEREMPUAN SIHIR...
- PERSAUDARAAN VATICAN:UMMAT ISLAM SADARLAH
- UMNO DAPAT TENAGA BARU..KETAHUI APA DIA
DI PUSAT SEKS LORONG HAJI TAIB Posted: 15 Jul 2013 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Kemesraan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood ketika menyantuni penghuni Lorong Haji Taib dan sekitar Chow Kit baru-baru ini membuktikan keseriusan beliau mahu membantu mereka turut menikmati kemeriahan Ramadhan al-Mubarak. Walaupun ada yang tidak menutup aurat namun penghuni di Lorong Haji Taib tidak segan silu untuk berbual mesra bahkan ada yang berpeluk ketika bertemu Dr Mariah. Beliau ditemui ketika menyampaikan makanan nasi tomato serta risalah keistimewaan bulan Ramadhan kepada penghuni di Lorong Haji Taib sempena Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan untuk mengutip sumbangan yang akan diberikan kepada mereka. "Bulan Ramadhan ni kita sediakan makanan untuk berbuka puasa. Datang ya...boleh sama-sama solat tarawih sekali. Macam tahun sebelum ini," katanya kepada penghuni yang ditemui. Ada penghuni yang meluahkan mahu datang tetapi tidak mempunyai telekung baru untuk bersama-sama solat tarawih. Dr Mariah yang mendengar luahan itu terus mengatakan, "Ha...tak apa...kita sediakan telekung." Program Ihya Ramadhan yang dijalankan selama lima tahun itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni Lorong Haji Taib dan mereka mula menunjukkan minat untuk terus mengetahui program selanjutnya. Setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat telah menyediakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di dewan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Kemuncak program itu, Lajnah akan menyampaikan sumbangan kewangan; pakaian untuk kanak-kanak, orang dewasa serta makanan kepada anak-anak yatim; masyarakat setempat serta ibu-ibu tunggal sekitar Chow Kit. Sehubungan itu bagi melicinkan perjalanan program Ihya Ramadhan, beliau merayu kepada seluruh pembaca Harakah dan umat Islam seluruh negara dapat menyalurkan sumbangan kewangan atau tajaan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. Sumbangan boleh dihantar terus ke akaun Dana Kami Prihatin ke akaun Bank Islam "DANA KAMI PRIHATIN" di nombor 12113010026150 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood 019-2361889. |
ADUN UMNO DAPAT ANUGERAH TANAH:TANAH RAKYAT PULA DI RAMPAS..APA NI Posted: 15 Jul 2013 07:30 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini. "Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu," kata Nawi melalui SMS ketika ditanya Malaysiakini berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini. Dzulkefly hari ini mendakwa, ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut, termasuk Nawi masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut. Sambil menyindirnya sebagai "tradisi mendahulukan penguasa politik", Dzulkefly mencabar pemimpin BN itu menjelaskan dakwaan yang disokong oleh dokumen berkaitan yang enggan didedahkan pada masa ini. Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902). Malaysiakini turut menghubungi tiga lagi pihak yang dinamakan tetapi belum mendapat respon setakat ini |
KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi Posted: 15 Jul 2013 07:11 AM PDT Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi). Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain. Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain. "Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius. Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama. "Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini. Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan." Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. |
AMARAN POLIS:RUSUHAN KAUM INDIA DAN MELAYU DI KELANG.. Posted: 15 Jul 2013 02:00 AM PDT KLANG, 14 Julai (Bernama) -- Polis Selangor pada Ahad memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden pergaduhan di daerah Klang Utara di sini, dalam minggu ini. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat. "Insiden berkenaan bukan rusuhan dan tidak berkaitan antara satu sama lain. Jadi saya beri amaran kepada sesiapa yang sebarkan maklumat palsu sehingga membimbangkan masyarakat kita akan ambil tindakan tegas dengan menahan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini. Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua MIC Bahagian Kapar, T.Ganesan; Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger; dan anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Kapar, Abdul Rahim Shaharudin. Mereka menafikan maklumat palsu tersebut. Menurut Thaiveegan, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan perlu berhubung terus dengan pihak polis bagi mengelakkan wujudnya rasa bimbang atau takut. Abdul Rahim meminta orang ramai supaya tidak bimbang berikutan pihak polis sentiasa menjalankan tindakan pencegahan di kawasan terlibat. Dalam kejadian pada 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan. Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang di sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas. Ekoran insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian. Ketiga-tiga mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan. -- BERNAMA |
Posted: 15 Jul 2013 12:24 AM PDT Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) William Burns, pegawai kanan pertama negara itu yang melawat Mesir selepas penggulingan presidennya akan mengadakan perbincangan peringkat tertinggi pada Isnin di Kaherah. Pada mana yang sama, ribuan penyokong bekas presiden Mohamed Mursi terus membanjiri jalan raya untuk melepaskan perasaan marah mereka, lapor Reuters. Rakyat Mesir dikejutkan dengan tunjuk perasaan yang menyebabkan keganasan, dengan 92 nyawa terkorban. Bagaimanapun, walaupun terdapat perbezaan ketara antara kumpulan pro dan anti-Mursi, tetapi kali ini kedua-dua pihak bersatu ekoran syak wasangka mereka dengan motif Washington kali ini. Burns bakal menghadapi persoalan janggal apabila melawat Kaherah, yang mana potret duta negara Uncle Sam itu Anne Patterson diconteng dengan tulisan: "Balik rumahlah, perempuan sihir'. Lawatan Burns akan melibatkan perbincangan dengan tentera dan ketika perdana menteri sementara Mesir memuktamadkan senarai kabinetnya. Perdana menteri baru itu diberi tugas menyempurnakan rancangan yang disokong tentera untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam bukan dan kembali kepada pentadbiran awam. Serangan di bandar sempadan Israel Tentera menggulingkan Mursi pada 3 Julai selepas jutaan turun ke jalan raya menuntut pengundurannya. Langkah itu menyemarakkan kemarahan penyokong tokoh Ikhwanul Muslimin itu, yang juga pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi. Pertembungan dengan penyokong anti-Mursi kemudian menyebabkan 35 terkorban pada insiden 5 Julai. Minggu lalu, 53 penyokong Mursi dibunuh oleh tentera di perkarangan berek tentera elit Pengawal Republik yang dianggap "pembunuhan beramai-ramai" oleh Ihkwan. Tentera pula menyalahkan serangan permulaan terhadap tenteranya sebagai punca. Empat tentera turut terkorban dalam insiden itu. Ekoran itu, Ikhawan menggerakkan puluhan ribu penunjuk perasaan, yang kemudiannya ternyata berlangsung aman, Militan Islam di Mesir di kawasan tanpa undang-undang di Utara Sinai, sempadan Israel dan Genting Gaza, menyeru rakyat untuk bangun menentang pihak tentera. Beberapa siri serangan didakwa dilakukan. Dalam perkembangan terkini, suspek pengganas itu melepaskan grenad dengan pelancar roket terhadap bas pekerja dari bandar El Arish di Sinai, yang meragut tiga nyawa dan kecederaan kepada 17 lagi, menurut sumber perubatan. |
PERSAUDARAAN VATICAN:UMMAT ISLAM SADARLAH Posted: 14 Jul 2013 09:30 PM PDT Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Dalam satu kenyataan hari ini, Anifah berkata sebagai sebuah negara berdaulat campur tangan sebegitu akan hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu dalam menyumbang ke arah memastikan kestabilan dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia. "Perkara ini (isu kalacimah Allah) sedang didengar di Mahkamah Rayuan dan semua pihak perlu membiarkan kes itu diputuskan berdasarkan kedaulatan undang-undang negara," katanya. Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian. Sokongan terbuka biskop itu mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan sangat menghina kepada umat Islam serta rakyat Malaysia. - Bernama |
UMNO DAPAT TENAGA BARU..KETAHUI APA DIA Posted: 14 Jul 2013 07:24 PM PDT Pengerusi Social Care Foundation Tan Sri Robert Phang Miow menyifatkan tindakan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook kelmarin, adalah melampau. Phang yang ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini, berkata tindakan itu telah menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalankan ibadah puasa. "Ia bukan perkara yang sihat. Kita patut menghentikan tindakan ini dan tidak membiarkan ia berlaku," katanya. Pasangan itu yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Robert Phang Miow ditemui selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dikatakan mempertikai titah Sultan Johor melantik Datuk Tee Siew Kiong sebagai anggota Exco kerajaan negeri. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan