Isnin, 15 Julai 2013

Addin

Addin


Ini Berita Baik Buat Penjawat Awam

Posted: 15 Jul 2013 09:09 AM PDT

Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'."Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik," katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos. 

Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. ~bernama




Iklan C (ii)
 


Rupanya Obama Ugut Morsi Sebanyak 3 Kali Sebelum Rampasan Kuasa

Posted: 15 Jul 2013 06:20 AM PDT

MESIR: Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.'Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera, Presiden Dr. Muhammad Morsi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika, Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi.

Ikhwanonline melaporkan, Eryan (gambar) yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.Eryan dilaporkan mendedahkan perkara itu dalam temubual dengan stesen Al-Jazeera semalam.

Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir, Dr.'Esom Haddad.Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding.

Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Morsi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu.

Beliau juga menggesa agar Morsi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya. ~harakahdaily



Iklan C (ii)
 



Ahli Parlimen Persoal Nama Kementerian Di Tukar 3 Kali

Posted: 15 Jul 2013 04:20 AM PDT

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar) mempersoal penukaran nama Kementerian Pendidikan yang dilakukan hampir tiga kali berikutan  dilakukan tanpa kajian teliti.

"Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 dinyahkan dari parti, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran."Tak ada sebab apa pun, kajian pun tak ada.

Tapi tukar," kata Johari merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan itu, di Dewan Rakyat hari ini."Lepas itu, dipecahkan pula dengan dua kementerian. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi.

Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan," katanya.Johari turut mengaitkan penukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.

Katanya, individu yang bertanggungjawab memansuh bahasa Inggeris dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenaln dasar PPSMI iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat.

Kedua-duanya tak ada kajian," katanya. – 15 Julai, 2013.Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar) mempersoal penukaran nama Kementerian Pendidikan yang dilakukan hampir tiga kali berikutan  dilakukan tanpa kajian teliti."Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 dinyahkan dari parti, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran.

"Tak ada sebab apa pun, kajian pun tak ada. Tapi tukar," kata Johari merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan itu, di Dewan Rakyat hari ini."Lepas itu, dipecahkan pula dengan dua kementerian. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan," katanya.

Johari turut mengaitkan penukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.

Katanya, individu yang bertanggungjawab memansuh bahasa Inggeris dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenaln dasar PPSMI iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 



Ahli Parlimen BN Ni Puasa Ke Tidak.. Saksikanlah!!

Posted: 15 Jul 2013 02:32 AM PDT

PRK: Pas hanya perkakas pada DAP, PKR

BESUT - BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka. "Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.

"Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Raihan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu, Nawi Mohamad dan Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr Marzuki Zakaria. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 



BN Gagal Di Kuala Besut.. Rintihan Rakyat Buktinya

Posted: 14 Jul 2013 10:01 PM PDT


Terdapat persamaan aneh antara pilihan raya kecil 24 Julai ini dengan apa yang berlangsung pada tahun 1979.

ada 34 tahun lepas, anggota dewan undangan negerinya Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun - sama seperti tarikh kematian wakil BN Dr A Rahman Mokhtar pada tahun ini.

Tempoh berkempen pada 1979 juga berlangsung pada bulan Ramadan.Dalam pilihan raya pada masa itu, Wan Zakaria Wan Abdul Rahman (BN) menewaskan Husin Jusoh (PAS) dengan majoriti 979.

Kali ini, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berdepan Azlan Yusof daripada PAS.Bagaimanapun, antara 1979 hingga 2013, masih terdapat persoalan berbangkit berhubung pembangunan di kawasan itu yang masih sedikit.

Nelayan Mohd Faizul Anuar Mat Sin dan Mohd Zaki Che Abdullah antara mereka yang merintih dengan keadaan itu. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
 



Gerakan Untuk Menggulingkan Chua Soi Lek Bergema Lagi

Posted: 14 Jul 2013 08:00 PM PDT

Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng.

Pada kenyataan media bersama itu, mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua supaya segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi.

Mereka turut menyenarai tujuh perbuatan yang didakwa dilakukan Soi Lek hingga menjadikan menjejaskan kredibiliti MCA, antaranya sikap dolak daliknya untuk meletak jawatan dan isu jawatan pemimpin MCA dalam kerajaan.

Antaranya, Soi Lek berulang kali mengumum untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang tetapi tidak berbuat demikian, selain kenyataan terhadap parti SUPP yang akhirnya memakan diri. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)
 


Kerajaan Persekutuan Melakukan Kesilapan Terbesar.. Saksikanlah!!

Posted: 14 Jul 2013 05:00 PM PDT

KEADILAN mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes A Kugan.

Tindakan ini langsung tidak prihatin kerana hanya memanjangkan penderitaan keluarga Kugan, termasuk ibunya N. Indra, yang telah terpaksa berjuang begitu lama dan gigih untuk memenangi keadilan untuk anaknya.

Tidak patut seorang ibupun melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan Kerajaan Persekutuan.Rayuan ini juga sekali lagi menarik perhatian terhadap kegagalan Kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan takut, malah fobia, terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban.

Justeru, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya membebankan keluarga malang ini dengan penderitaan berpanjangan dan membazir masa dan wang yang berharga, tetapi sebaliknya melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia sebagaimana didesak masyarakat sivil selama ini termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat.Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah.

Tujuannya juga agar tragedi seperti kes Kugan ini dan begitu banyak lagi kematian di dalam tahanan – yang menjejaskan nama baik negara – tidak akan berulang lagi.Jelas dan nyata sekali Kerajaan Persekutuan tersilap dalam membuat keputusan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: