ANAK SENGAT |
| ULAMA TERAS KEBANGKITAN... MESIR MENANTI WAKTU KEMBALI.. Posted: 03 Jul 2013 06:34 PM PDT Berita sedih sedang nelanda dunia. Bumi anbiya Mesir sekali lagi bergolak. Kerajaan pilihan rakyat digulingkan oleh kuasa tentera dengan dokongan sekutu ahzab moden . Di belakangnya pasti Israel, yang bimbang dengan kebangkitan Islam yang menjadi ancaman kepada mereka di tanah arab. Rakkyat Mesir yang menyokong Ikhwan diberitakan sedang bersedia. Menanti seruan jihad para Ulama amilin mereka . Ada yang sudah meninggalkan wasiat untuk keluarga. Mereka adalah pemuda ikhwan yang telah ditarbiah dengan jihad. Tarbiah menjadikan mereka lebih takutkan Allah. Di ketika inilah tarbiah sangat berguna. Mereka yang dibina sekian lama dengan tarbiah jihad sudah bersedia. Cuma menanti arahan ulama mereka untuk bangkit. Menanti saat dan menilai maslahah yang paling aula. Ketika ini hanya arahan Ulama mereka yang mampu menggerakkan kebangkitan. Ia bukan di asaskan atas kehendak kuasa semata tetapi ianya di asaskan atas seruan jihad. Inilah yang di jelaskan oleh Allah dengan istilah.. " sehingga kami ketahui siapakah sebenarnya mujahidin dari kalangan kamu dan orang yang benar sabarnya". masa untuk menilai pejuang sebenar yang layak menerima anugerah syurga Allah! Jelas.... musuh menyedari bahawa Ulama adalah ancaman besar dari kerja jahat tentera Mesir ini. Sebab itu di beritakan ulama kini menjadi sasaran tangkapan pemerintah junta kudeta Yahudi.. Mungkin sejarah pembunuhan dan penyiksaan seperti Assyahid Syed Qutb akan berulang. Sebagaimana di Syiria, Mesir juga akan memberi tumpuan kepada menangkan para Ulama yang boleh menggerakkan kebangkitan ummah ini. Kepentingan dan peranan ulama di sedari oleh musuh Islam sejak dulu... sebab itu Ulama akan terus di musuhi... setelah gagalnya tawaran dan pujukan ... Dalam sejarah Islam... selamanya Ulama adalah teras kebangkitan... Bak Kata TGNA .. Ulama dan kebangkitan Islam serta kepimpinannya adalah ibarat isi dan kuku... Semoga Ulama di Mesir bakal menggerakkan kebangkitan semula menegakkan hak dan keadilan rakyat Mesir.. |
| You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan