RAKYAT MARHAEN |
- Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)
- Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)
- Nik Aziz backs deposed Morsi, says people power will bring him back
- Morsi Diguling, Tentera Rampas Kuasa, Arab Saudi Ucap Tahniah...
- Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah
- Sejarah FIS Algeria berulang di Mesir.
- PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama
- Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!!
- PRK Kuala Besut: Pertembungan Sengit Antara Ulama
- SPR: PRK K. Besut guna dakwat kekal...
- Anggota Parlimen Simpang Renggam enggan tarik balik dakwaan Anwar miliki 20 akaun bank
- Polis Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin
- UMNO SUDAH TIDAK MAU PARTI ITU DIKAITKAN DENGAN PERKASA!!
- TUAH BADAN ANTARA IBRAHIM ALI DENGAN AZEEZ RAHIM....CARA SAMA TAPI NASIB BERBEZA!!
- PRK K. Besut: Isu tempatan pengaruhi pengundi
- Almarhum Ustaz Fadzil Noor mematangkan PAS
- Kes bunuh, dakwat kekal, rasuah isi petisyen PRU13
- Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang - TGNA
- Rampasan kuasa: Morsi tumbang, kini dalam tahanan tentera
- Who is Adly Mansour?
- The rise and fall of Morsi
- Kit Siang dares police to raid Red Bean Army HQ
- BN, Red Bean Cabinet : Shahidan, most gullible minister
- Marwan Bishara speaks on Egypt crisis
- Tahrir celebrates as the army takes control
Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2) Posted: 03 Jul 2013 09:00 PM PDT |
Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1) Posted: 03 Jul 2013 09:00 PM PDT |
Nik Aziz backs deposed Morsi, says people power will bring him back Posted: 03 Jul 2013 08:55 PM PDT Despite being toppled from power, Egyptian president Mohammed Morsi will have his opportunity to bounce back, said PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. In a statement, he expressed sadness and sympathy for the ongoing chaotic scenes in Egypt and described it as the country's darkest moments repeating itself. "I am confident that the Egyptian people will not keep quiet over the developments. Morsi was elected as president in a legal election, not because of electoral fraud." Nik Abdul Aziz likened Morsi's situation to that of Venezuelan president Hugo Chavez, who was overthrown on April 11, 2002, but later returned to power three days later after the people protested. "Chavez reclaimed the presidency on the back of people power and it is not impossible for Morsi to do the same. Coup d'etat and dictatorships are not the people's choice in this era." Nik Abdul Aziz said he watched a press conference by the Egyptian military announcing the seizure of power and it was reported that the Grand Imam of Al-Azhar, Sheikh Ahmed El-Tayyeb, supported them. "This is a sign that the military is not confident of their strength and decided to use an Islamic scholar to convince the people. Read More / Baca Lagi >> |
Morsi Diguling, Tentera Rampas Kuasa, Arab Saudi Ucap Tahniah... Posted: 03 Jul 2013 08:50 PM PDT Arab Saudi ialah kerajaan pro Islam pertama ucap tahniah kepada kepimpinan Adly Mansour seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency / BBC News. Ini bermaksud secara tak langsung ia bersetuju juga dengan kejatuhan Dr. Morsi. Pada semalam, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah Al-Sisi, telah merampas kuasa daripada Presiden Mesir, Dr. Morsi selepas amaran 48 jam berakhir. Morsi sebelum ini telah diarahkan berundur dalam masa 48jam sebelum tentera melakukan tindakan drastik. Tetapi Morsi tidak memenuhi tuntutan tersebut. Sebelum dan selepas rampasan kuasa, beberapa siri demo telah dilakukan di Mesir untuk menjatuhkan Morsi. Demo2 tersebut menuntut agar Morsi digantikan dan tuntutan mereka didengari. Dalam demo2 tersebut, beberapa orang tercedera, ini termasuklah pro dan anti Morsi. Punca kepada demo2 tersebut ada kaitan dengan apa yang diputuskan oleh Morsi pada tahun lepas. Semua neh berkait rapat dengan satu dekri berkaitan kuasa mutlak Morsi dalam usaha untuk kembalikan semula keamanan dan kestabilan ekonomi di Mesir. Ada yang mengatakan bahawa demo2 tersebut adalah didorong oleh pembangkang di Mesir dan ia didalangi oleh pro Mubarak. Puak2 sekuluar, liberal serta pro kristian turut menentang dekri tersebut, bersama2 pihak pro pembangkang di Mesir. Pembangkang di Mesir juga telah melancarkan satu petition untuk mengumpul tandatangan bagi protes akan keputusan Morsi. Tanda-tangan tersebut dikatakan telah mendapat jutaan sokongan. [entah betul entah tidak]. Selepas beberapa siri demo berlaku, tentera akhirnya mulai masuk campur dalam pentadbiran politik sedikit demi sedikit. Tentera akhirnya telah membuat keputusan bahawa mereka akan membubarkan parlimen buat sementara, dan membuat lantikan presiden yang baru bagi mengantikan Morsi, sebelum menyerahkan kembali pentadbiran kepada rakyat selepas krisis ini tamat. Morsi yang pada awalnya terdedah dengan maklumat tersebut tidak bersetuju. Morsi telah mendapat maklumat tersebut sebelum tentera berjumpa dan memberikan amaran berdepan kepada Morsi. Selepas mereka mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan tentera mengemukakan amaran 48 jam secara berdepan dan saluran media, Morsi tetap memilih untuk tidak tunduk terhadap desakan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah Posted: 03 Jul 2013 08:36 PM PDT KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu. Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu. Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu. Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah. Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai. Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru. El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi. |
Sejarah FIS Algeria berulang di Mesir. Posted: 03 Jul 2013 08:29 PM PDT Presiden Mesir DR Muhammad Mursi diguling oleh Menteri Pertahanan/Panglima Angkatan Bersenjata Jenderal Abdel Fattah al Sisi yang diangkat oleh Mursi sebagai pembantunya. Al Sisi mengumumkan bahwa ketua Mahkamah Agung (MA) untuk sementara akan memegang kekuasaan presiden dan undang-undang . Sejarah FIS di Algeria kembali berulang di Mesir. Tentera merampas kekuasaan yang sah. Umat Islam di mana-mana pun belajarlah dari Kudeta Tentera di Mesir dan ke atas FIS di Algeria(klik). |
PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama Posted: 03 Jul 2013 08:27 PM PDT PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi (gambar) dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka. Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang. "Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini. "Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik," tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Morsi ke tampuk kuasa. "Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!! Posted: 03 Jul 2013 07:40 PM PDT Bahang pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah mula dirasai oleh semua pihak. Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundinya tetapi semua pihak, baik UMNO mahupun PAS iaitu parti yang bakal bertanding di kerusi itu seperti sudah melonjak semangat masing-masing untuk memenangi kawasan itu. Bahkan jika pilihanraya itu diadakan pada bulan puasa pun, semangat mereka tetap sama. Di pihak PR, pada peringkat awalnya seperti nampak kecelaruan dengan PAS dan PKR masing-masing mahu meletakkan calonnya manakala DAP pula menyarankan agar dipulaukan pilihanraya walaupun jelas dalam pilihanraya umum lalu kawasan itu ditandingi oleh PAS. Sama ada semua itu suatu strategi atau percubaan melemahkan semangat musuh tetapi kini nampaknya semua sudah sepakat bahawa PAS yang sepatutnya meletakkan calonnya di Kuala Besut itu. UMNO pula sudah mengumumkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah Pilihanrayanya dengan dibantu oleh Idris Jusoh selaku timbalannya. Beberapa nama bakal calon juga sudah mula kedengaran. Meskipun perlantikan Idris mungkin disebabkan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Besut tetapi cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa UMNO telah mengenepikan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dari sebarang peranan dalam pilihanraya kecil ini. Dengan tiadanya peranan khusus untuk Ahmad Said dalam pilihanraya ini, beliau mungkin hanya menjadi pengiring kepada mana-mana pemimpin pusat yang turun berkempen ke kawasan itu nanti, suatu peranan yang jauh lebih kecil kerana biasanya seorang Menteri Besar akan dijadikan Timbalan Pengarah dalam pilihanraya kecil. Read More / Baca Lagi >> |
PRK Kuala Besut: Pertembungan Sengit Antara Ulama Posted: 03 Jul 2013 07:38 PM PDT PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Terengganu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ulama. Ini kerana kedua-dua parti, Umno dan PAS akan menurunkan calon yang ada latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dikuasai oleh pengundi Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Menurut sumber, Umno mungkin meletakkan Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun. Sebelum bertugas di Dungun, Nik Zulhaiza merupakan pegawai hal ehwal agama di Besut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Syariah di Besut, Setiu dan Kuala Terengganu. Sementara itu PAS dijangka mencalonkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut. Read More / Baca Lagi >> |
SPR: PRK K. Besut guna dakwat kekal... Posted: 03 Jul 2013 07:37 PM PDT ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah. Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13. "Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya. Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. - Bernama |
Anggota Parlimen Simpang Renggam enggan tarik balik dakwaan Anwar miliki 20 akaun bank Posted: 03 Jul 2013 07:35 PM PDT Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng menegaskan semalam tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat pada hari Selasa mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel. Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan. Menafikan kenyataannya bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu. "Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara. "Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen? Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat. Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks. Read More / Baca Lagi >> |
Polis Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin Posted: 03 Jul 2013 07:31 PM PDT KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini. Seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa waran tangkap sudah dikeluarkan untuk ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin. Sementara itu, lokasi Morsi kini masih tidak dapat diketahui. Seorang pembantu presiden berkata, Morsi dipindahkan dari pejabat beliau di ibu pejabat Pengawal Republikan ke lokasi yang tidak didedahkan. Beberapa pembantu beliau berkata, mereka kini tidak dapat berhubung dengan Morsi dan tidak mengetahui status presiden itu. - AFP |
UMNO SUDAH TIDAK MAU PARTI ITU DIKAITKAN DENGAN PERKASA!! Posted: 03 Jul 2013 07:28 PM PDT Jangan kaitkan Perkasa dengan Umno GEORGETOWN - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam A.Tanasekharan hari ini diberi amaran keras oleh Speaker Dewan, Law Choo Kiang kerana mengaitkan Perkasa dengan Umno. Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan Perkasa untuk mengadakan demonstrasi anti-kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum. "Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam. Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Adun (BN-Pulau Betong) Muhamad Farid Saad menuntut Law, meminta agar wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut. "Umno adalah Umno, Perkasa adalah Perkasa. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara. "Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid. - Bernama PERGH!!!!!... BETAPA HINANYA PERKASA SEKARANG INI DIMATA UMNO...HABIS MADU SAMPAH DIBUANG... PERKASA KINI SUDAH DILIHAT MACAM NGO YANG TIDAK MEMBAWA UNTUNG KEPADA PERJUANGAN UMNO. KALAU PERKASA MASIH TAK SEDAR DIRI.. TAK TAHU NAK CAKAP APA..SELALU JIKA PERKASA CUKUP RAPAT DIHATI UMNO SUDAH PASTI ADUN UMNO/BN TIDAK MELENTING JIKA PERTUBUHAN ITU DIKAITKAN DENGAN UMNO. JELAS SEKARANG PERKASA UMPAMA KEDATANGAN MU TIDAK DIUNDANG PEMERGIAN MU TIDAK DIHALANG MALAHAN AKAN DIHAMBAT. |
TUAH BADAN ANTARA IBRAHIM ALI DENGAN AZEEZ RAHIM....CARA SAMA TAPI NASIB BERBEZA!! Posted: 03 Jul 2013 07:27 PM PDT Walaupun cara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim serupa 100% apabila bersalaman dengan Rosmah Mansor malahan Ibrahim Ali kelihatan lebih menghormati sebab lebih rendah beliau membongkokkan badannya namun nasib mereka tidak serupa. Azeez Rahim walaupun sekadar lulusan SPM namun telah diangkat sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji sedangkan Ibrahim Ali yang tumpas di Pasir Mas pada PRU 13 lalu, langsung sebelah mata tidak dipandang mengakibatkan beliau semalam dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perkasa telah hentam dan serang Najib serta UMNO. Jika diukur dari pengaruh peribadi dan ramainya penyokong antara Ibrahim Ali dengan Azeez Rahim, kena akui Ibrahim Ali jauh lebih ramai dan hebat dijulang. Read More / Baca Lagi >> |
PRK K. Besut: Isu tempatan pengaruhi pengundi Posted: 03 Jul 2013 07:26 PM PDT Dijangka berentap pada bulan puasa, BN pastinya bermati-matian berusaha mempertahankan kerusi itu, manakala Pas bakal menggempur habis-habisan untuk merampasnya. Ikuti wawancara bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hamdan Aziz membincangkan isu Dun Kuala Besut. Bagaimana Dr melihat situasi di Dun Kuala Besut? Daripada galur sejarah pilihan raya di Dun Kuala Besut, pada peringkat awal ternyata kawasan ini merupakan kubu kuat Pas. Buktinya pada pilihan raya umum pertama pada 1959, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun ketika itu, salah satu kerusi dimenangi Pas adalah Kuala Besut. Kerusi Kuala Besut pernah menjadi milik Pas sebanyak tiga kali iaitu pada 1959, 1969 dan 1999. Bagaimanapun, setelah parti Barisan Sosialis menjadi kurang dominan, kebanyakan penyokong beralih kepada Umno atau Pas. Pada pilihan raya umum 1978 memperlihatkan penduduk Terengganu memberikan undi secara mutlak kepada BN, daripada 28 kerusi dipertandingkan, BN memenangi kesemuanya. Dun Kuala Besut ketika itu dimenangi BN melalui calonnya, Zakaria Muda. Bagaimanapun Zakaria meninggal dunia pada 26 Jun 1979. Sesuatu yang menarik, tarikh ini adalah sama dengan tarikh kematian penyandang Kuala Besut sekarang, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar iaitu 26 Jun 2013. Kematian Zakaria menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan pada 30 Julai 1979, iaitu ketika bulan puasa. Pada PRK itu, Pas mengetengahkan Datuk Husin Awang manakala BN mempertaruhkan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman, namun Husin tewas kepada Wan Zakaria. Adakah isu nasional mampu memikat hati pengundi Dun Kuala Besut? |
Almarhum Ustaz Fadzil Noor mematangkan PAS Posted: 03 Jul 2013 07:25 PM PDT Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Saya masih ingat, pada 23 Jun 2002 di Majlis Pengkebumian Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan ringkas dengan nada sebak mengatakan keberatannya memangku jawatan Presiden PAS ditambah lagi beliau sedang memegang jawatan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu. Tuan Guru Abdul Hadi merasakan dirinya memegang amanah besar untuk mewarisi wadah perjuangan PAS yang ketika itu menjadi satu parti yang menjadi harapan masyarakat di samping melalui kematangan politik. Dan ketika itu PAS sedang melalui era kerjasama politik di atas dasar tahalluf siasi bersama DAP dan KeAdilan yang sangat mencabar. Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi mengatakan bagaimana besarnya cabaran yang berada di bahunya untuk meneruskan kerja-kerja peninggalan Allahyarham Ustaz Fadzil yang digagas untuk membawa PAS kepada satu tapak perjuangan yang semakin hari semakin diterima oleh rakyat dalam negara ini. Ustaz Fadzil telah membawa PAS ke tahap yang sangat matang dan ianya terbukti apabila PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan termasuklah profesional serta cerdik pandai di samping dikukuhkan oleh para alim ulama. Read More / Baca Lagi >> |
Kes bunuh, dakwat kekal, rasuah isi petisyen PRU13 Posted: 03 Jul 2013 07:24 PM PDT Di sebalik seberkas afidavit, nota, testimoni dan pelbagai lagi bukti yang melengkapkan 39 petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat (PR) selepas tamat PRU 13, terselit kisah K Murugan, atau lebih tepat lagi, kisah pembunuhan kejamnya. Kematiannya hanya mendapat sedikit perhatian di akhbar tempatan ketika menjelangnya 5 Mei, dan jika tidak kerana usaha berterusan keluarganya dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Vasantha Kumar, kisahnya pasti tidak diendahkan langsung hingga sekarang. Vasantha, yang juga calon Tapah, berkata Murugan bekerja untuknya dalam pertarungan menentang calon MIC, Datuk M Saravanan. Beliau berkata, Murugan bertanggungjawab menganjurkan rapat umum politik dan golongan akar umbi mengenalinya. Menurutnya, Murugan menerima ugutan bunuh dan disuruh berhenti daripada menjalankan kempen untuk pembangkang. Bagaimanapun, dia mengabaikan ugutan itu dan tidak teragak-agak keluar dari rumahnya pada 1 Mei selepas menerima panggilan telefon dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup. Mayatnya ditemui di sungai, ditenggelami dengan besi buruk sementara tangan dan kakinya terikat. Vasantha berkata: "Kita percaya Murugan dibunuh untuk menakutkan pengundi. Pengundi tempatan mengenalinya dan tugasnya ialah menganjurkan ceramah untuk saya." Kejadian ini mungkin yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu pembunuhan diangkat menjadi sebab untuk membatalkan keputusan pilihan raya. Ini juga adalah kali pertama dalam sejarah apabila terlalu banyak petisyen pilihan raya difailkan oleh Barisan Nasional (BN) dan PR. Jumlah keseluruhan petisyen difailkan ialah 58 di semenanjung Malaysia, Sembilan di Sabah dan dua lagi di Sarawak selepas tarikh akhir, 12 Jun lalu. Kes yang banyak difailkan ini mungkin tidak mengejutkan kerana pelbagai tuduhan mengenai penipuan dan undi diusik berlaku sepanjang tempoh kempen PRU 13. Antara punca lain yang menyebabkan banyak petisyen difailkan ialah akibat daripada kesedihan PR kerana gagal menawan Putrajaya. Read More / Baca Lagi >> |
Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang - TGNA Posted: 03 Jul 2013 07:16 PM PDT |
Rampasan kuasa: Morsi tumbang, kini dalam tahanan tentera Posted: 03 Jul 2013 07:08 PM PDT KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. "Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini," kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan. Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini. Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu. |
Posted: 03 Jul 2013 07:04 PM PDT |
Posted: 03 Jul 2013 07:03 PM PDT |
Kit Siang dares police to raid Red Bean Army HQ Posted: 03 Jul 2013 06:53 PM PDT |
BN, Red Bean Cabinet : Shahidan, most gullible minister Posted: 03 Jul 2013 06:52 PM PDT |
Marwan Bishara speaks on Egypt crisis Posted: 03 Jul 2013 06:51 PM PDT |
Tahrir celebrates as the army takes control Posted: 03 Jul 2013 06:51 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan