Kelab Greenboc |
- Utusan Kalah Lagi .. Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Nizar
- TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi
- [TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?
- [GAMBAR BERBICARA] Kebetulan Atau "Ter"sengaja?
- [VIDEO] MP Simpang Rengam Terkedu Kena Pelupoh Dengan Anwar
- Walaupun Sudah Tak Jadi MB, TG Nik Aziz Terus Dikunjungi...
Utusan Kalah Lagi .. Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Nizar Posted: 04 Jul 2013 01:05 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000. Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. "Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. "Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. "Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. "Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah. "Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi. Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. -HD Ulasan GB Alhamdulillah, rezeki Datuk Nizar. Jangan lupakan GB Datuk Seri.... daripada RM250,000 tu belanja GB RM250 pun jadilah... hehehe Apa-apa pun tahniah daripada GB, belum sempat pun ucap sempena kemenangan sebagai ADUN Changkat Jering. |
TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi Posted: 03 Jul 2013 11:20 PM PDT PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka. Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang. "Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam," kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini. "Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik," tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Mursi ke tampuk kuasa. "Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir," katanya. "Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir." Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan. Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan. Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater. Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu. Mohamed Mursi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun.
klik untuk baca |
[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya? Posted: 03 Jul 2013 08:35 PM PDT Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi. Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula. Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013). Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi. Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei. "Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera. "Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini," kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan. Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya. Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung. Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir. "Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis. Sebelum ini Mursi dengan tegas menyatakan: "Harga mempertahankan kesahihan demokrasi adalah nyawa saya. Kesahihan ini merupakan jaminan untuk mempertahankan negara," katanya dalam ucapan selama 45 minit tersebut. Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui. Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya. Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa. Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara. Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan. Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir. Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi. "Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir. "Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". Ucapan Dr Morsi : |
[GAMBAR BERBICARA] Kebetulan Atau "Ter"sengaja? Posted: 03 Jul 2013 05:20 PM PDT |
[VIDEO] MP Simpang Rengam Terkedu Kena Pelupoh Dengan Anwar Posted: 03 Jul 2013 07:50 AM PDT Anwar: Yang dilapor Wikileaks melibatkan MP Pekan, bukan saya KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. "Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks. "Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya. According to court testimony by Altantuya's cousin Burmaa Oyunchimeg, Altantuya had shown Burmaa a photograph of 3 persons taking a meal together: Altantuyaa, Razak Baginda, and a government official. When questioned by the lawyer of the victim's family, Karpal Singh, Burmaa identified the official as then Deputy Prime Minister Najib Tun Razak."Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi. Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta). Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan. "Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks," katanya. "Masa berucap tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani menjerit dari bawah. Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat. Justeru, Anwar bercadang merujuk Liang ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahguna kekebalan berhujah di Parlimen. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar menyatakan untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini. "Kita semak tidak ada. Ini menunjukkan bukti yang luput. Tidak ada asas sama sekali. Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno," kata Anwar.
|
Walaupun Sudah Tak Jadi MB, TG Nik Aziz Terus Dikunjungi... Posted: 03 Jul 2013 05:05 AM PDT Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an. Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama. Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar. Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru. "Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu. "Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol," ujarnya. Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu. Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari. Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru. Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu. "Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan," ujarnya. Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti. Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit. -HD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan