Rabu, 3 Julai 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Perhatian : Amaran kepada Nik Abduh

Posted: 03 Jul 2013 09:00 AM PDT


Apakah muslihat Ibrahim Ali kali ini ? Aku sangat sangsi dan sangat khuatir di atas keselamatan Nik Abduh yang sejak jadi seorang ahli parlimen sangat gemar naik teksi untuk ke parlimen.

Ini adalah kerana Ibrahim, veteran politik itu yang juga turut dikenali sebagai katak, akhirnya akan melompat dan mengambil tempat duduk sebagai pemandu teksi sepenuh masa!

Nik Abduh kena perhati dan pastikan teksi siapa bila dia tahan untuk dinaiki pergi ke parlimen nanti .... takut nanti kena jual!

Ibrahim Katak yang kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan membuat pengumuman bersejarah tersebut di sini

Pertempuran sengit : 16 mati, sekurang-kurangnya 200 cedera

Posted: 03 Jul 2013 06:54 AM PDT

Anggota Ikhwan Muslimin duduk di bawah banting berhampiran  
Universiti Kaherah pagi tadi. Kredit: Amr Abdallah Dalsh/Reuters

Ahram Online, Rabu 3 Jul 2013 : Pertempuran meningkat berhampiran Universiti Kaherah di daerah Giza lewat malam Selasa di ibu negara, di mana penyokong Presiden Mohamed Morsi terus berdemo. 

Menurut kenyataan terbaru Kementerian Kesihatan, 16 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 200 cedera. 

Mereka yang cedera termasuk seorang pegawai polis - Satea El-Nomany - yang telah ditembak di mata, menurut laman web berita Bahasa Arab bahasa Al-Ahram ini. Pasukan keselamatan telah dilaporkan campur tangan dalam usaha untuk menamatkan pertempuran. 

Puluhan ribu penyokong  dengan gambar Mursi di satu himpunan 
berhampiran Dataran Raba El-Adwyia Kaherah. 
Kredit: Reuters/Khaled Abdullah

Menurut saksi yang dipetik oleh Reuters, tembakan kedengaran di kawasan tersebut dan polis dilihat menembak gas pemedih mata.

Penunjuk perasaan pro-Morsi mula berkumpul di luar Universiti Kaherah lewat malam Isnin sebagai respons kepada perhimpunan pembangkang berjuta-juta-kuat menuntut supaya langkah Morsi ke bawah.

Pertempuran meletus pada waktu kawasan sebelum malam Selasa alamat televisyen Morsi, di mana beliau mencabar panggilan untuk berundur, memetik kesahihan demokrasi beliau.SUMBER

PAS perlu terbuka membenarkan siapa sahaja yang layak untuk bertanding apa sahaja jawatan parti.

Posted: 03 Jul 2013 01:28 AM PDT

PAS akan membuat pemilihan pucuk pimpinan pada Muktamar , bulan November tahun ini nanti.

PAS , sesuai dengan cogankatanya PAS UNTUK SEMUA, perlu bersikap terbuka dan membenarkan siapa sahaja yang layak untuk bertanding apa sahaja jawatan parti. Selagi seseorang itu adalah ahli dan mendapat pencalonan dan sokongan, dia adalah layak untuk apa-apa jawatan.
 
Kita perlu belajar dari pengalaman Umno dan cuba menghindarkan dari terjebak dengan gejala tersebut.

PAS perlu membersihkan dirinya dari labelisma seperti Erdogan vs Ulama, Syiah vs ASWJ.

PAS juga perlu benar-benar tegas membuktikan penentangannya untuk tidak berpakat dengan Umno atau meneruskan projek UG.

Berikut adalah transkip bekas PM, Allahyarham Tun Hussein Onn berupa nasihat kepada Umno ketika pemilihan Umno 1987 yang melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah menzabar kepimpinan Mahathir, PM ketika itu.

Sejarah nampaknya akan berulang sekali lagi, bila khabar angin kuat mengatakan Tengku Razaleigh akan mencabar PM Najib pula pada PAU kali ini.

Kempen pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Muktamar penghujung tahun ini nanti biarlah berjalan secara terhormat dan bersih sebagaimana yang dibenarkan oleh syarak dan perlembagaan parti.

Kenyataan Allahyarham Hussein Onn dpt mencerahkan kepada kita banyak perkara . Antaranya yang jelas dan terbaru ialah mengenai pelantikan orang yg tidak ada kelayakan boleh jadi pengerusi Tabung Haji ...

Kelantan perlu berhati-hati supaya tidak menerima nasib buruk sebagaimana apa yang telah menimpa PAS di Kedah. Harap Kedah telah sedar dan mendapat pelajaran daripada sikap sombong dan kebodohannya dahulu.

Kepada Kelantan, saya sekadar ingin mengatakan bahawa lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai....kalau korang tak faham, aku tak mahu cakap lebih dari itu.Biarlah Johari sahaja yang mengenali Manikam! Kah!3 
Soalan
0:00 ~Tun,… sekali lagi, saya mengucapkan berbanyak terima kasih oleh kerana Tun sudi menerima kami utk bertemu ramah mengenai perkara-perkara dan isu-isu politik dan juga halhal berkaitan sedikit sebanyak mengenai pentadbiran, samada dalamasa Yang Berbahagia Tun, mahu pun dalam zaman pentadbiran yg ada sekarang.
0:27~ Untuk memulakannya, Tun, soalan kami ialah, dulu dizaman pimpinan Dato Onn, Allahyarham, Tunku Abdul Rahman Al-haj, Allahyarham Tun Razak, mahupun yang berbahagia Tun sendiri, tidak terdapat semangat berpuak-puak didalam parti seperti sekarang. Apa pendapat Yang Berbahagia Tun, tentang sikap berpuakpuak didalam Umno ini ? 

Jawapan Tun
0:57~ Semasa dulu-dulu, secara umumnya, bagi pucuk pemimpin, pemimpin tidak ada memilih err penyokong-penyokongnya, err.. orang-orang err…pilihannya…errr…diletakan atau digalak-galakan di bahagian err … di Majlis Tertinggi …. Errr ataupun di peringkat yang atas-atas nih! 

1:32 ~ Err….. Sekarang nampaknya, dgn sebab apa pun saya pun tak tahu, nampak ada tanda-tandanya yg pucuk pimpinan tu, memilih orang-orangnya. Dan meletakan orang-orangnya di … bukan sahaja di bahagian malahan di cawangan-cawangan juga. Ini satu lagi (tulang?) khidmat membangkitkan perasaan berpecahpecah. 

2:01 ~ Yang kedua, kalau org-org yg dipilih, yg dia letakan dibahagian ker ataupun di peringkat nasional pun, orang-orang ini ada kadang-kadang adalah baru sangat. Orang terus dipilih errr bukan daripada orang-orang yang sudah lama dengan Umno; ada juga termasuk orang-orang yang baru-baru. Jadi ini membangkitkan perasaan marah, tidak berpuas hati kepada ahli-ahli Umno.Yang ini satu lagi sebab-sebab yang ada berpecah belah di dalam Umno. 

2:49 ~ Ketiga, barangkali, ada biasa terdengar mana orang-orang yang menyokong pucuk pemimpin, diberi peluang, diberi apa ini, kemudahan samada dalam projek-projek ker , dalam kontrak ker dan sebagainya.Dan ini satu lagi apa ini, sebab-sebabnya ada perasaan berpecah belah di sana. 

3:21 ~ Dulu, macamana yg dikatakan, tidak ada pecah belah sampai macam ini. Kali ini dengan sebab saya sebutkan banyak adanya sebab penindasan kita …nampak yang kita terasa .. err … berpecah-pecahan di dalam Umno. Sebab bukan sahaja dibahagian peringkat kebangsaan, peringkat nasional …. Ah! Terus turun ke bahagian dan ke cawangan. 

Soalan
3:58 ~ Berkaitan dgn pertanding tahun '87, di mana ahli-ahli Umno akan memilih pucuk pimpinanan. Saya nak tanya dgn Tun, waktu lagi Tun menjadi presiden Umno , terdapat juga pencabar terhadap kepimpinan Tun; mengapa Tun tidak mengambil sikap mengecam tokoh yg mencabar kepimpinan Tun itu? 

Jawapan Tun
4:43 ~ Tun : Macamana yang saya sudah terangkan didlm akhbar, beberapa minggu dahulu, iaitu perlembagaan Umno membenarkan sesiapa pun nak bertanding merebut jawatan presiden. Ini adalah termaktub di dalam perlembagaan kita dan perlembagaan ini digubal dan dibuat bukan setahun dua tahun, bahkan berbelas-belas tahun, berpuluh tahun, daripada tahun 46, ada peruntukan itu. 

5:01 ~ Jadi pada saya, jika seseorang tu nak bertanding atau pun nak merebut jawatan presiden, apalah salahnya? 

5:13 ~ Perlembagaan ada memperuntukan … dan inilah bagaimana yang apa orang yang menggubal ini perlembagaan Umno itu membayangkan dan diharap dengan ada peruntukan ini, dapat orang-orang yang betul ada kemampuan dan kebolehan nak menawarkan dirinya sebagai presiden. 

5:46 ~ Jadi bagi saya, tidak menjadi satu masalah yg besar. Peruntukan ada dalam perlembagaan, apalah saya nak menahan atau nak membuat riuh dgn percabaran itu keatas saya.

Tiada ulasan: