Tukar Tiub |
- TAHNIAH TAMAROD
- AKHIR NYA YANG BANGANG JAGA YANG BODOH
- NAJIB HILANG KE MANA?
- SPRM BUAT KERJA KE?
- ANAK MUDA DAN GRADUAN TANAM ANGGUR
- POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA
- AL- FATIHAH - HARI INI DALAM SEJARAH
- PENIPUAN TERBUKTI - APA LAGI MAHU?
- BERAMAL BERPOLITIK - PROGRAM JEMPUTAN SEBELUM RAYA -
- SAH - TELAH DI BUKTIKAN
Posted: 03 Jul 2013 06:57 PM PDT TAHNIAH TAMAROD APA SEKARANG DI MESIR presiden morsi letak jawatan kerajaan sementra ditubuh perlembagaan lama digantung perlembagaan baru akan ditulis pilihan raya bebas dan bersih ada di adakan kembali kemenangan morsi dengan jalan tipu dilupuskan TAHNIAH TAMAROD TAHNIAH TAMAROD TAHNIAH TAMROD TAHNIAH TAMAROD SIAPA ITU TAMAROD terdiri dari: GABUNGAN ANAK MUDA Kesatuan Anak Muda Revolusiner Barisan Anak Muda Angakatan Anak Muda Masperi Kesatuan Anak Muda Sosialis Fron Anak Muda Liberal Fron Democratic 6 April Gerkan Mina Daniel PARTI POLITIK PENYELMAT NAGARA terdiri dari: Parti Demoktarik Front Parti Wafd Parti Perlembagaan Parti Mesir Bebas Parti Komunis Mesir Parti Sosislis Mesir Parti Gabungan Sosialis Popular Parti Tagammu Parti Nasserist Parti Sosial Demokratik Mersir Parti Karama Parti Mesir Merdeka Garis Popular Mesir Kesatuan Kebangsaan Untuk Perubahan TAHNIAH TAMAROD The committee includes the Revolutionary Youth Union, the Front's youth organisation, the Maspero Youth Union, the Socialist Youth Union, the Liberal Youth Front, the Justice and Freedom Youth, the April 6 Democratic Front, the Mina Daniel Movement, and the National Salvation Front member parties - the Democratic Front Party, the Constitution Party, the Wafd Party, the Free Egyptians Party, the Egyptian Communist Party, the Egyptian Socialist Party, the Socialist Popular Alliance Party, the Tagammu Party, the Nasserist Party, the Egyptian Social Democratic Party, the Karama Party, the Egypt Freedom Party, the Egyptian Popular Current and the National Association for Change. TAMARODISTA SAMBUT KEMENANGAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
AKHIR NYA YANG BANGANG JAGA YANG BODOH Posted: 03 Jul 2013 06:00 PM PDT MACAM BELUT MASUK KE LUBANG AMAH KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun. KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MACAM PINANG DI BELAH TUKUL BESI.... kah kah kah.. kah kah kah... MACAM SIREH PULANG KE SAKU BANGLA.... kah kah kah.. kjah kah kah...MACAM ANAK LELAKI KUTTY PULANG KE MADRAS.... kah kah kah.. kah kah kah... RAIS YATIM JADI PRESIDEN ?.... kah kah kah.. kah kah kah...MEMANG TEPAT.... kah kah kah.. kah kah kah....PEROGOL MENJAGA DONUT.... kah kah kah AKHIRNYA PEROGOL MENJAGA DONUT -------- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Jul 2013 07:30 AM PDT Nama Najib Razak cuba 'dihilangkan' dari mahkamah?KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Nama Perdana Menteri, i Najib Razak seolah-olah cuba 'dihilangkan' dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam. Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah. Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis. "Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu," kata Sivarasa. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... SEKARANG MAT MONGOL DI LONDON.... kah kah kah.. kah kah kah...BERANI GI KE PARIS ATAU TIDAK?.... kah kah kah.. kah kah kah...CUBA CUBA LAAAA..... kah kah kah.. kah kah kah... KAH KAH KAH.... kah kah kah.. kah kah kah...ADA WARANT KE MENUNGGU.... kah kah kah NOTA hilang tak ditemui dalam mahkamah kerana bijak menyamar kah kah kah -------- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Jul 2013 06:00 AM PDT Saya merujuk kepada jawapan di Parlimen yang diberikan oleh Senator Dato' Paul Low mengenai jumlah pertuduhan bersabit kes rasuah yang telah dibuat yang ada dilampirkan bersama. Untuk menentukan keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maklumat ini perlu dibaca bersama dengan data-data operasi SPRM dan dibandingkan dengan maklumat yang sama dari negara yang diiktiraf berkesan menangani gejala rasuah. Saya telah mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa keberkesanan SPRM berbanding dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) boleh dibandingkan menggunakan data-data berikut: 1) Jumlah laporan dan maklumat per kapita
Jumlah maklumat yang diterima oleh SPRM per kapita adalah jauh lebih rendah berbanding maklumat yang diterima oleh ICAC (satu pertiga dari maklumat yang diterima ICAC). Ini bermakna banyak kejadian rasuah masih belum dilaporkan kepada SPRM, sama ada berpunca dari persepsi rakyat yang tidak yakin dengan keupayaan SPRM ataupun rakyat yang masih menerima perlakuan rasuah sebagai amalan biasa. Keadaan ini adalah salah satu sebab kenapa indeks persepsi rasuah (CPI) tidak meningkat walaupun pelbagai jalan diambil kerana rakyat tahu dikalangan mereka masih banyak kes rasuah yang berlaku tetapi tidak diambil tindakan (besar kemungkinan kerana tidak dilaporkan pun kepada SPRM). 2) Jumlah tindakan dan kertas siasatan berbanding maklumat yang diterima
Perbandingan statistik di antara SPRM dan ICAC mengukuhkan lagi persepsi yang meragui keberkesanan SPRM apabila jumlah tindakan yang diambil apabila maklumat diberikan (dalam bentuk kertas siasatan dibuka) hanyalah 1,304 berbanding 6,475 maklumat yang diterima. Ini bermakna daripada setiap 5 maklumat berkenaan rasuah yang diberikan, hanya 1 yang berakhir dengan kertas siasatan dibuka. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar 77% tindakan diambil ke atas setiap satu maklumat yang disampaikan kepada ICAC. 3) Jumlah siasatan yang berakhir dengan pendakwaan
Untuk menilai keberkesanan pendakwaan yang berakhir dengan sabitan kesalahan, saya membandingkan peratusan purata bagi tempoh 2009 hingga Mei 2013 bagi Malaysia (seperti jawapan Menteri) dengan kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Hong Kong yang dibawa oleh ICAC bagi tahun 2011. Sekali lagi, sabitan kesalahan kes yang dikendalikan ICAC adalah lebih tinggi hingga mencecah 86% berbanding dengan sabitan kesalahan kes-kes yang dibawa oleh SPRM. Angka-angka ini membuktikan stigma yang masih wujud dan menebal di kalangan rakyat yang meragui keberkesanan dan kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan. Apatah lagi apabila hanya satu dari setiap lima laporan yang dibuat yang berakhir dengan siasatan sedangkan sebahagian besar dikategorikan sebagai "tiada tindakan lanjut". Ini adalah cabaran besar buat Senator Dato' Paul Low yang diberi mandate untuk menaikkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Saya akan memantau setiap tahun angka-angka ini dan akan terus membawanya ke Parlimen supaya ia dapat menghasilkan tindakan yang memperbaiki kelemahan-kelemahan SPRM sedia ada. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi Ahli Parlimen Pandan -------- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ANAK MUDA DAN GRADUAN TANAM ANGGUR Posted: 03 Jul 2013 01:30 AM PDT MARI KITA BINCANGKAN dua minggu dahulu saya bertemu dengan seorang anak muda ini sesudah forum di dewan china anak muda ini berkesah dia telah lulus dan berijazah dia telah mendapat lesen untuk menjadi juru terbang dia telah membelanjakan RM170,000 untuk mempelajari ilmu ini tapi diakhir pengajian anak muda ini TIDAK ada pekerjaan memeranjatkan lagi mengikut anak muda ini ada 2,000 lagi - graduan lesen kapal terbang tanpa kereja dua minggu dahulu juga saya bertemu dengan seorang anak muda yang baru berjaya m endapat diploma ekonomi dia pergi melamar kerja untuk menjadi pelayan bas mewah yang membawa pelancung dari kuala lumpur ke singapura dan pulau pinang dia berjaya aakan mula berkerja jumaat ini tahniah! tapi anak muda ini juga berkesah bahawa ketika ditemuduga ada seorang graduan berijazah IT yang juga melamar kerja pelayan bas saya juga difahamkan dalam negara kita pada ketika ini ada lebih 60-80 ribu graduan menganggur mungkin angka ini kurang mungkin angka ini lebih saya juga membaca apa yang sedang berlaku dieropah minggu ini pemimpin 28 negara eropah akan membincangkan nasib 6 juta anak anak muda dan graduan di eropah yang menganggur justeru tukar tiub meminta para pembaca mengeluarkan pandangan terhadap masalah ini anggaplah ini wacana kita sesama kita yang bukan sahaja pandai nke jalan raya kita juga wajib memiliki fikrah yang berupaya memberi cadangan membina NOTA: para pembaca sila tulis pandangan tukar tiub akan memaparkan pandangan itu hendaknya biarkan tulisan dan pandangan itu membantu kita bersama mendirikan negara bangsa bukan sumpah seranah ANAK MUDA KERJA MEMOTONG BUAH ANGGUR Berita gembira 28 SeptemberRASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Najib Razak. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA Posted: 02 Jul 2013 10:00 PM PDT APA BERLAKU DI SYRIA? Sebelum sampai ke Damas saya telah melintasi Amman Jordan. Saya membawa jemputan yang sama. Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Bagitu juga dengan GUPS – General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lebanon. Ketika ini Perang Saudara di Lebanon baru bermula. Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut telah ditutup kerana Perang Saudara. Lalu untuk membunuh masa saya meligari kota Damas. Pada tahun 1974, saya saperti ramai anak-anak muda di Malaysia tidak ada langsung ada kefahaman tentang Sunni dan Shia. Ketika saya membesar saya tidak mengetahu tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang saya fahami - saya ini adalah penganut Islam tidak lebih dari itu. Sunni dan Shiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya. Saya bertemu dengan mazhab Shiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 – lama sebelum Revolusi Iran kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf Ayatolalh Khomeini masih lagi 'orang buangan' Najaf sebelum dia dihalau keluar dari Najaf ke Kuwait dan berakhir di Paris. Dengan pecahnya Revolusi Iran penganut Islam di Malaysia telah disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Shiah. Penganut Shiah di Iran telah bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran telah melonjakkan naik kesedaran tentang Shia dikalangan anak-anak muda Islam diseluruh dunia. Mazhab Shiah dilihat membawa garis melawan imperialis. DAMASCUS ANTARA KOTA TERTUA Di zaman Perang Dingin dahulu yang dijadikan musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis, kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang kita saksikan. Awas, kaum pemodal antara bangsa dengan cekap telah menggunakan perbezaan mazhab – Sunni dan Shia – untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Shiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai warga Syria. DAMASCUS KOTA SEJARAH ZAMAN Justeru, sekali lagi saya tegaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Shiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria - Sunni, Shiah, Kristian, Baath atau Majusi. Perperangan dan pembunuhan di Syria ini adalah sebahagian dari ajenda Anglo-Amerika untuk menaklok bumi Arab. Kenapa perlu di taklok bumi Arab? Jawabnya: minyak. Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki ajenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan keatas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001. DATARAN UMMAYAD - DAMASCUS Dari fakta pembacaan - negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama saperti dizaman Rasullulah. Sebuah lagi negara Arab yang bagitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam , atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Shiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin membangunkan Syaria untuk menjadi sebuah Darul yang lebih demokratik. Mari kita bertanya: bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah negara yang bernama Qatar ini? Telah saya katakan tadi bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum pemodal antarabangsa untuk menaklok bahan bakar petrolium. Iraq dahulu bebas dan merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran. Untuk menundukkan atau menyerang Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semanjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu dari segi ketenteraan. KOTA ALEPPO - INDAH BERSEJARAH Apabila kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal. Israel telah dipacakkan ditengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal bergerak sebagai pengkalan tentera Amerika. Israel menjadi Polis untuk Amerika. Sahehlah bahawa bahan bakar minyak petrolium ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi kapitalis dunia hari ini dijana oleh bahan bakar petrolium. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah. Kalau kita beli minyak dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu membeli minyak dipasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar. Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faizal - pada tahun 1972 – ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari Amerika. Amerika juga akan memastikan rejim Saudi selamat dari diganggu gugat oleh Isreal atau musuh dalaman. Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengekspot barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli. BAZAR ANTARA TERTUA DIDUNIA Kong kalikong Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertalok dibawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empire Rom – kini kita dijajah oleh Empire Amerika. Saudi memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan. Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka kesah Sunni dan Shiah. Kesah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis. Ketika saya di Beirut pada tahun 1975 – saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria. Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, towkay penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu dumba kita. Di Lebanon - Christian dengan Islam. Di Rawanda Tutsi dengan Hutu. Di Syria Sunni dengan Shiah. Dan di Malaysia Melayu dengan China. ( TT) DIMUSNAH OLEH KUASA IMPERIAL ANGLO-AMERIKA NOTA tulisan ini telah disiarkan oleh SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 ---------- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
AL- FATIHAH - HARI INI DALAM SEJARAH Posted: 02 Jul 2013 09:00 PM PDT 46 tahun pemergian Abdul Samad GulMALAM itu, dalam tahun 1967, 2 Julai, lampu-lampu di jalan Datuk Pati dan jalan berhampiran seperti letih bercahaya, seorang lelaki berjalan gagah menuju kereta yang di pakir di sela-sela deretan bangunan yang kumuh.Tiba-tiba, saat mahu membuka pintu kereta, satu pukulan keras tepat mengenai kepalanya. Lelaki yang masih muda itu rebah – tewas (di rumah sakit). Algonjo kabur. Hari ini (2 Julai), genap 46 tahun tragedi hitam itu berlaku, namun ia seperti semalam terjadi, ingatan sentiasa segar, terutama ketika berjalan melewati lokasi Medan Ilmu yang menepatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, kerana di situlah, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir (PAS) Abdul Samad Gul Ahmad Mianji (gambar) tewas akibat tusukan kapak kecil di kepalanya. Malam itu, Almarhum menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul saw anjuran PAS di Banguan PAS. Setelah majlis usai, ia berjalan ke kereta, dalam cahaya lampu yang samar-samar itu, algonjo menunggu untuk menamatkan riwayatnya. Selain Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas Hilir dan Ahli Parlimen kawasan itu, Almarhum juga sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat. Almarhum terkenal sebagai pemidato terbaik, sehingga kelantangan dan keberaniannya digeruni seteru politik PAS ketika itu. Kematiannya secara tragis adalah gambaran betapa kalutnya pemikiran politik awan (1960an). Almarhum dikebumikan sianghari 3 Julai 1976 di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu-ribu pendukung PAS ikut serta menghantar jenazah ke tempat persemadiannya. Sebaik saja jenazah di bawa turun dari rumahnya, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, Ustaz Khaidir Khatib membaca sebuah puisi khusus buat Almarhum: SEKARANGAN BUNGA Dikelubungi suasana sedih dan sayu, kami terima berita kematianmu, terkorban di hujung senjata musuhmu, yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki. Kegagahanmu berjuang membangkitkan semangat anak bangsamu, menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu, Kini engkau pergi dipanggil Tuhan, yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan. Bertepuk tanganlah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu, menari dan berpesta mereka di lambung riang, tetapi kami semua adalah Samad! kami rakan seperjuanganmu, kami telah bertekad tak akan berganjak dari garis ini, Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu. Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang, istirehatlah wahai roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita, setiap kami yang tinggal akan merelakan diri, untuk hancur demi keagungan agama Allah yang mulia ini. Itu bendera ALLAH MUHAMMAD masih berkibar, Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang mengambil tempatnya. Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid, ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur, dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah! terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini, yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang Al- Fatihah! BERAMAL dan BERPOLITIK ----- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENIPUAN TERBUKTI - APA LAGI MAHU? Posted: 02 Jul 2013 08:30 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB pru13 telah selesai tapi pru13 belum selesai orang ramai pengundi anak muda bakal pengundi tidak puas hati kerana berlaku penipuan ini barah yang akan membesar jika tidak ditemui satu jalan penyelesaian barah ini akan membunuh keyakinan orang ramai terhadap sistema pemilihan perwakilan di malaysia tuntutan orang ramai agar 7 pesuruhjaya spr lewtak jawatan adalah tepat ianya adalah permulaan kita semua wajib memikirkan jangka panjang pakatan rakyat atau barisan nasional wajib memikirkan yang maha penting adalah mendirikan tamadun negara bangsa Presiden PAS cadang tubuh tribunal post PRU13 Harakah02 Jul 2013 KUALA LUMPUR:Presiden PAS mendesak SPRM bertindak berani menyiasat secara telus dan terperinci segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU13 lalu termasuk tragedi dakwat kekal yang tidak kekal.
------ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BERAMAL BERPOLITIK - PROGRAM JEMPUTAN SEBELUM RAYA - Posted: 02 Jul 2013 07:31 PM PDT SELAK:SERAK arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT). Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai 2013 di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 tempahan dalam talian di www.tix.my tempahan panggilan di 03-79-60-04-39 dan 017-228-98-46. Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan. MEMBELI BELAH BARANGAN DAN MAJALAH HASIL KERJA ANAK MUDA KL Zine Festival & Distro Day Out berlangsung sabtu 6 Julai 2013 jam 2:00 petang di M.I.A Art Centre Jalan Ampang RADIO BANGSAR UTAMA akan buat siaran secara langsung Sabtu ini dari M.I.A Art Centre Jalan Ampang sempena KLZF&DDO 2013 TIPU PILIHANRAYA TURUN JALANRAYA akan dijual disana MALAM INI JAM 9:00 NOTA: malam ini radio bangsar akan membuat temu bual jam 9:00 dengan penggerak kl zine festival sila layari stesen punk rock ini | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 02 Jul 2013 07:13 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB apa lagi bukti mahu? ada lagi sesiapa yang mahu bukti pilihan raya tipu? ada lagi yang tak percaya undi di sabah tipu? apa lagi bukti mahu? 'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan' Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini. Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan. Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan. Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang. Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap. Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming. --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan