Selasa, 30 Julai 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


polis jahat terlibat dadah dan menjadi mafia bersenjata dalam cubaan membunuh saksi...siasatan wajar di jalankan dan bukan mengugut pihak lain tutup mulut isu ini.....!!

Posted: 30 Jul 2013 10:08 AM PDT

Kita menuntut agar pendedahan Pengerusi badan Pemantau Jenayah, My Watch, R Sri Sanjeevan berhubung penglibatan polis dengan sindiket jenayah disiasat.

Begitu juga  dengan  tahap keselamatan terhadap Sanjeevan ditingkatkan selepas cubaan bunuh terhadapnya pada 27 Julai lalu.

Kita mengulangi desakan supaya polis siasat secara terperinci percubaan bunuh ini termasuk dakwaan anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram,

Kita  tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk mendedahkan perkara itu..

SanjeevanSri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang dua hari lalu.

Mangsa kini dilaporkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar , Seremban setelah mendapat rawatan di Hospital Jempol. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sanjeevan sebelum itu mendakwa menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang empat lelaki bersenjata parang di ‘basement’ sebuah hotel di Kuala Lumpur, diikuti ancaman diekori beberapa lelaki mencurigakan di Terminal LCCT Sepang.

Insiden tembakan yang melibatkan beliau dua hari lalu turut berlaku beberapa jam selepas beliau memuatnaik tulisan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau menerima ugutan tembak dipercayai dari anggota polis.

polis banggang atau zahid hamidi yang paling banggang...sibuk nak dera pemimpin dan penyokong pakatan rakyat...polis yang ramai pon jadi makan gaji buta dan barua politik UMNO....!!!!

Posted: 30 Jul 2013 09:58 AM PDT

   

Adakah punca jenayah semakin meningkat sekarang ini berpunca dari kekurangan bilangan anggota polis dan kekurangan peralatan?

Zahid Hamidi nak salahkan apa pula atau siapa pula selepas ini? Kenyataan dari seorang menteri  banggang  kepala samseng  sebegini hanya menambahkan lagi kerisauan rakyat. Ini bermakna selagi nisbah polis dan rakyat belum 1:35, maka selagi itu jenayah sukar dikawal. Berapa pula nisbah polis dan rakyat tahun 70an, 80an dulu?

Berita 30 Julai 2013 - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan,” katanya.

 

 

penyapu sial

 

 

zahid hamidi...nyanyi bangau oh bangau...polis makan gaji buta jaga pemimpin politik UMNO yang terlampau...maka jenayah tidak tidak terkawal....kata indeks jenayah makin turun...tapi kenapa mengelabah sangat...sampaikan cari alasan yg tidak manasabah...inilah budaya haprak pemimpin UMNO yang tak pernah mengaku kelemahan diri sendiri....!!!!

rakyat yang dah sedar dari kena tipu ..nak salahkan internet pulak punca kebanyakan rakyat keliru...apa punya banggang menteri bangsat seekor ini...!!!

Posted: 30 Jul 2013 12:18 AM PDT

  

woii  mat  mulut berbuih....rakyat lagi keliru dengan isu ini....PM 47 %...bangla+nepal+vietnam+kemboja=pengundi hantu....!!!!

Cadangan untuk menyekat akses internet yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menyelesaikan masalah kekeliruan rakyat.

Kegagalan kerajaan bertindak adil adalah punca rakyat menjadi keliru.Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet..

Sebelum ini, Ahmad Shabery sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan internet.

Sikap kerajaan yang melakukan "dwi-standard" dalam banyak perkara termasuk kaum, agama dan berkaitan dengan parti politik menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara.Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN.

Begitu dalam soal sensitiviti antara kaum, kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain..

Jasbir Chahl digesa beri keterangan di Perancis dan bukan cakap merapu seperti orang yang telah di beli maruahnya oleh kerajaan UMNO-BN...!!!

Posted: 30 Jul 2013 12:02 AM PDT

  

 

Broker pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sepatutnya membantu siasatan berhubung skandal kapal selam itu dengan memberi keterangan di Mahkamah Perancis sekiranya beliau serius membantu rakyat Malaysia memahami isu ini dengan lebih jelas.

Ini kerana keterangan Jasbir di mahkamah lebih penting berbanding penjelasan beliau tentang hubungan antara wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Jasbir tidak perlu mengulas hubungan mereka berdua kerana beliau memang tiada kaitan dalam isu itu tetapi apa yang kita tahu daripada latar belakang kes, Jasbir adalah individu pertama yang memulakan rundingan pembelian kapal selam Scorpene seperti didedahkan siasatan pihak berkuasa Perancis.


Kita juga tahu Jasbir kemudiannya bertindak menyaman Razak di mahkamah selepas berlaku pertikaian antara mereka kerana antara tahun 1997 dan 1998, Razak dengan bantuan  Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan mengambil alih rundingan yang dijalankan oleh Jasbir...

Kenyataan Jasbir itu sekaligus mendedahkan bahawa siasatan di Perancis masih berlangsung dan menunjukkan usaha NGO Suaram membangkitkan isu ini di Malaysia masih relevan diteruskan.

Tiada ulasan: