Ahad, 28 Julai 2013

Addin

Addin


Lagi Berita Gempar Buat Umat Islam Malaysia...

Posted: 28 Jul 2013 07:49 AM PDT

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengambil pendekatan tidak popular apabila dengan tegas melarang empat wanita Islam daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World baru-baru ini. 

Ketegasan Wan Zahidi telah menyelamatkan satu lagi percubaan memperlekehkan Islam di negara ini selepas beberapa pihak lebih menyelamatkan kuasa politik berbanding Islam. Sebenarnya larangan terhadap wanita Islam menyertai Miss Malaysia World bukan perkara baharu. 

Pada 1996 sudah dikeluarkan fatwa yang melarang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu yang memakai pakaian mandi yang mendedahkan aurat.

Sepatutnya tanpa fatwa sekalipun, sudah tidak ada wanita Islam yang menyertai Miss Malaysia World di atas sebab yang disebutkan di atas tadi. Tidak perlu menunggu larangan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam kerana menyertai pertandingan ratu bukanlah suatu yang dapat mempertingkatkan kesucian Islam malah merendah dan sekaligus menghina Islam. Empat peserta Islam itu ialah Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan.

Salah seorang peserta, Sara Amelia berhujah, selepas fatwa itu dikeluarkan, ada peserta Islam misalnya Rima Fakih pernah memenangi pertandingan itu di Amerika Syarikat (AS) pada 2010 dan Hammasa Kohistani yang beragama Islam memenangi Miss England pada 2006. Dia merujuk penyertaan peserta Islam di luar negara sebagai asas kukuh untuk mewajarkan menyertai Miss Malaysia World.

Dia perlu sedar bahawa ada juga orang Islam yang menjadi pembunuh dan penjahat, tetapi bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa perbuatan itu dibenarkan oleh Islam? Bagaimanapun biarlah kerana pandangan itu datang daripada orang yang berfikiran singkat dan bertujuan melepaskan diri.

Tetapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertenggek di atas nama Islam dianggotai pula oleh kelompok cerdik pandai, Sisters In Islam (SIS) bukan mempertahankan larangan itu sebaliknya mencabar di segi kesahihan undang-undang. Kenyataan SIS yang disiarkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini bukanlah suatu yang memeranjatkan kerana sejak lama dahulu SIS sentiasa memberikan kenyataan yang mencabar pihak berkuasa agama Islam.

Sepatutnya kenyataan SIS yang mempertikai bahawa fatwa melarang wanita Islam menyertai pertandingan itu kerana tidak diwartakan sebagai undang-undang tidak perlu dilayan. Tetapi memandangkan pertubuhan ini menggunakan nama Islam, masyarakat wajar dijelaskan bahawa isunya bukanlah larangan itu menjadi undang-undang atau tidak, tetapi untuk menyelamatkan wanita Islam terjerumus dalam agenda yang mencemarkan Islam.

SIS menganggap larangan atau fatwa yang dikeluarkan pada 1996 itu sebagai tidak Islamik, tidak demokratik dan melanggar hak asasi. SIS sudah tentu menjadi wira dalam isu ini kepada pihak yang mahu menjerumuskan Islam dalam acara yang tidak bertamadun ini. Pihak yang selalu melabelkan orang Islam sebagai konservatif dan anti kemajuan sudah pasti mengiktiraf SIS sebagai agen pembudayaan baharu terhadap Islam.

Untuk makluman SIS, tidak semua larangan dalam Islam itu diwartakan sebagai undang-undang. Apa yang dilakukan oleh seorang peserta Miss Malaysia World adalah perkara asas yang dilarang dalam Islam sekalipun kononnya penganjur berjanji peserta Islam hanya memperagakan pakaian sukan. Sekiranya berjaya ke peringkat Miss World, pernahkah kita melihat peserta akhir berpakaian sukan? Islamik sangatkah penganjur Miss World untuk mengasingkan peserta Islam dan bukan Islam?

SIS menganggap larangan ini sebagai tidak demokratik dan melanggar kebebasan hak asasi manusia. Adakah ini bermakna larangan ke atas orang Islam supaya jangan minum arak atau makan daging babi adalah melanggar hak asasi manusia?

Kalau begitu perbuatan sepasang remaja Cina yang mempromosi sup tulang babi sebagai menu berbuka puasa bukan satu kesalahan kerana makan sup tulang babi tidak diwartakan sebagai undang-undang di mana-mana negeri di negara ini.

Kebebasan

Agak malang kerana SIS memperjuangkan hak asasi keempat-empat wanita Islam kerana Mufti Wilayah Persekutuan telah menghalang kebebasan hak asasi mereka menyertai Miss Malaysia World. Tetapi pada masa yang sama SIS tidak memperjuangkan Islam kerana tidak melihat larangan mufti itu sebagai satu usaha pemurniaan Islam. Adakah bagi SIS empat wanita Islam itu sebagai golongan teraniaya kerana kebebasan mereka telah dihalang sekalipun membuat perkara yang boleh mencemarkan Islam?

Kontroversi ini juga boleh diambil iktibar oleh orang Islam sendiri yang menjadi penganjur pertandingan ratu di negara ini. Barangkali penganjur Miss Malaysia World melihat orang Islam sendiri kerap menganjurkan pertandingan ratu (walaupun bukan berpakaian mandi), jadi apa salahnya dia membuka penyertaan kepada wanita Islam.

Kita patut bertekad supaya perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada ketinggian Islam dan tamadun budaya tidak diteruskan lagi. Walaupun tidak ada larangan menganjurkan pertandingan ratu di negara ini, tetapi tidak usahlah diteruskan lagi. Kononnya menghargai kecantikan wanita tetapi caranya memperalatkan secara bertentangan dengan Islam.

Malah tidak ada pertandingan ratu tidak memundurkan masyarakat. Belum ada lagi pertandingan ratu yang dianjurkan di negara ini menyumbang kepada pembangunan manusia. Binalah kesedaran sendiri supaya apabila ada larangan oleh pihak berkuasa, ia tidak dianggap menghalang kebebasan hak asasi.

Kita jangan tunggu SIS kerana syor supaya orang Islam tidak menjadi penganjur ratu tidak diwartakan sebagai undang-undang. SIS tidak akan sokong syor ini kerana selagi tidak dijadikan undang-undang, ia satu pelanggaran terhadap hak asasi manusia. Nampaknya bagi SIS, kebebasan hak asasi lebih penting daripada melarang orang Islam supaya jangan menghina agamanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)




Peguam PAS Bidas Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak

Posted: 28 Jul 2013 01:06 AM PDT


Sebelum itu.. Dalam hal ini untuk meletakkan kesalahan 100% kepada TG Haji Hadi adalah tidak wajar kerana beliau bercakap berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang sekelilingnya..

Cuma silapnya TG Haji Hadi dalam hali ini ialah beliau gagal mendapatkan maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan berita yang diterimanya itu.. mungkin faktor kekangan waktu yang menghalangnya pada masa itu..

Biasalah.. Pemimpin-pemimpin kita ni.. bila diaorang dah ketandusan isu apa saja yang kita sampaikan kepada mereka (kita disini maksudnya yang rapat dengan mereka), mereka akan cakap saja dalam ceramah..

Sama seperti maklumat yang Presiden PKR dapat semasa PRU13 lalu.. bezanya maklumat yang Presiden PKR perolehi itu disiasat dulu sumbernya dan kesahihannya..

DS Wan Azizah diberikan beberapa keping gambar yang menunjukkan puluhan buah bas diletakkan di sebuah kawasan letak kenderaan yang luas kononnya sedang menunggu pengundi hantu diturunkan di lapangan terbang untuk dihantar keseluruh Semenanjung.

Beliau menerima gambar itu semasa berada di Yayasan Aman, Penanti... secara kebetulan aku juga berada di bangunan itu pada hari itu..

Jadi diserahkannya gambar itu kepada aku dengan bangganya oleh Setiausaha PKR Permatang Pauh, minta aku draft kenyataan media bagi diadakan sidang media mengenai gambar itu..

Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang... he.. he.. he.. memang aku suka sangat nak buat kerja belasah UMNO/BN tu..

Walaupun begitu aku tak terus menyerbu membabi buta.. aku cari dulu sumber asal gambar tu..

Hasil cariannya didapati gambar tersebut bukanlah dirakamkan di dalam Malaysia tapi diluar negara..

Bila Presiden tanya "Mana Press Statement nya?"..

Jawab aku.. "Press Statement apa bendanya.. gambar tu bukan dirakan dalam Malaysia tapi di US pada tahun 1992 dulu...."

Ha.. nasib baik aku tak bedal terus UMNO hari tu.. kalau tak mungkin Presiden aku pun kena saman dengan UMNO/BN pasal fitnah..

Itu pasal Presiden PKR dan aku.. ini pula adalah kenyataan balas Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak

Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat.
Malah, Ketua Pemuda Gombak dilihat cuba untuk mengheret sama para Peguam Pas dalam kenyataan beliau termasuk JUHAM secara langsung apabila beliau menyatakan "Saya ternanti-nanti dan menunggu respons daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS".
JUHAM ingin menasihati Ketua Pemuda Gombak agar merujuk kepada peguam terlebih dahulu sebelum memberikan komen sebegini agar tidak dilihat gopoh dan jahil undang-undang.

Timbalan Ketua Pemuda iaitu YB Nik Mohamad Abduh sendiri telah menasihatkan pemuda agar tidak gopoh.

Namun, Ketua Pemuda Gombak nampaknya telah ingkar dengan saranan Timbalan Ketua Pemuda beliau sendiri.

Kenyataan jahil undang-undang sebegini tidak akan timbul jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan komen sebegini.

Apatah lagi, Ketua Penerangan di kawasan beliau sendiri adalah graduan undang-undang.

Namun Ketua Pemuda Gombak nampaknya lebih selesa untuk berlagak seperti hero membela Presiden.

Lebih-lebih lagi tatkala PAS akan berhadapan pemilihan pimpinan pada muktamar tidak lama lagi.

Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang.

Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.

Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan. Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden.

Justeru, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Jila dilihat kepada kenyataan ugutan itu, ia timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin memuncak.

Maka sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

Jadi, hanya mereka yang buta politik sahaja akan bersikap gopoh dan melompat terkinja-kinja untuk melayan kenyataan politik sedemikian.

Apatah lagi, melayan kenyataan politik sedemikian hanya akan memberikan bola tanggung kepada Barisan Nasional untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa.

Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut.

Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

Perlu diingat bahawa JUHAM hanya akan memberikan respon kepada sesuatu isu undang-undang yang mempunyai merit di sisi undang-undang dan berlandaskan fakta, bukannya melayan karenah politik murahan sebegini.

Oleh itu, jika Ketua Pemuda Gombak ingin terus dilihat sebagai hero, silakanlah dengan segala hormatnya.

Namun, janganlah diheret sama JUHAM, Lajnah Undang-undang serta peguam PAS dalam karenah politik sebegini.

Ini kerana JUHAM tidak berminat dengan politik murahan menjelang pemilihan nanti tatkala pihak JUHAM sedang sibuk dengan pelbagai isu undang-undang yang lain terutamanya Petisyen Pilihan Raya yang sedang rancak berjalan di seluruh negara.

JUHAM dan para peguam PAS sudah lali dan sudah terbiasa dengan rasa tidak dihargai atas segala keringat yang kami curahkan walaupun tenaga serta harta kami dilaburkan tanpa henti.

Semuanya kerana Islam, PAS serta Presiden yang kami sayangi. Para peguam PAS tidak terbiasa dengan kenyataan bersifat "membodek" untuk mempamerkan rasa cinta kami kepada Presiden.

Hanya tenaga serta harta yang kami curahkan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.


Noorazmir Zakaria
Ketua unit


~anak sungaiderhaka



Iklan C (ii)




Cubaan Bunuh Pengerusi MyWatch Untuk Halang Dedah Jenayah Polis - Musa Hassan

Posted: 27 Jul 2013 11:48 PM PDT


Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi MyWatch itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan.

"Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan.. Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi.

Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu.Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.

Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu.Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang.

MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

JAWI Benarkan 4 Finalis Miss Malaysia Bertanding?

Posted: 27 Jul 2013 07:08 PM PDT

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.    

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.  "Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. 

Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.    Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.    

Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.    

Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.    

Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.    Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.     

Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan. ~malaysiakini




Iklan C (ii)

Berita Dari Penang Yang Tidak Di Siar Oleh Media Pencacai Umno BN

Posted: 27 Jul 2013 05:47 PM PDT

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan didedahkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka.

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan didedahkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. 

Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

DAP kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.

Jelas sekali bawaha Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP akan menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP akan bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.

DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, saya telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. 

Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. 

DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.DAP telah mengarahkan peguam kami untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya kami ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.

LIM GUAN ENG



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: