Anak Sungai Derhaka |
- Ketua Pemuda PAS Gombak nak jadi Hero tapi jahil undang-undang, dan buta politik
- Cubaan bunuh Pengerusi MyWatch ada kaitan dengan twitter ini?
- Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3..
- MIRAC sebagai satu lagi projek pembodohan rakyat
Ketua Pemuda PAS Gombak nak jadi Hero tapi jahil undang-undang, dan buta politik Posted: 27 Jul 2013 10:30 PM PDT Sebelum itu.. Dalam hal ini untuk meletakkan kesalahan 100% kepada TG Haji Hadi adalah tidak wajar kerana beliau bercakap berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang sekelilingnya.. Cuma silapnya TG Haji Hadi dalam hali ini ialah beliau gagal mendapatkan maklumat dari sumber lain untuk mengesahkan berita yang diterimanya itu.. mungkin faktor kekangan waktu yang menghalangnya pada masa itu.. Biasalah.. Pemimpin-pemimpin kita ni.. bila diaorang dah ketandusan isu apa saja yang kita sampaikan kepada mereka (kita disini maksudnya yang rapat dengan mereka), mereka akan cakap saja dalam ceramah.. Sama seperti maklumat yang Presiden PKR dapat semasa PRU13 lalu.. bezanya maklumat yang Presiden PKR perolehi itu disiasat dulu sumbernya dan kesahihannya.. DS Wan Azizah diberikan beberapa keping gambar yang menunjukkan puluhan buah bas diletakkan di sebuah kawasan letak kenderaan yang luas kononnya sedang menunggu pengundi hantu diturunkan di lapangan terbang untuk dihantar keseluruh Semenanjung. Beliau menerima gambar itu semasa berada di Yayasan Aman, Penanti... secara kebetulan aku juga berada di bangunan itu pada hari itu.. Jadi diserahkannya gambar itu kepada aku dengan bangganya oleh Setiausaha PKR Permatang Pauh, minta aku draft kenyataan media bagi diadakan sidang media mengenai gambar itu.. Seperti orang mengantuk disurungkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang... he.. he.. he.. memang aku suka sangat nak buat kerja belasah UMNO/BN tu.. Walaupun begitu aku tak terus menyerbu membabi buta.. aku cari dulu sumber asal gambar tu.. Hasil cariannya didapati gambar tersebut bukanlah dirakamkan di dalam Malaysia tapi diluar negara.. Bila Presiden tanya "Mana Press Statement nya?".. Jawab aku.. "Press Statement apa bendanya.. gambar tu bukan dirakan dalam Malaysia tapi di US pada tahun 1992 dulu...." Ha.. nasib baik aku tak bedal terus UMNO hari tu.. kalau tak mungkin Presiden aku pun kena saman dengan UMNO/BN pasal fitnah.. Itu pasal Presiden PKR dan aku.. ini pula adalah kenyataan balas Kenyataan Balas JUHAM terhadap Kenyatan Ketua Pemuda PAS Gombak Kenyataan Ketua Pemuda PAS Gombak yang dilihat seakan-akan cuba untuk menjadi hero dan ingin dilihat sebagai "pembela presiden" tatkala Tuan Guru Haji Hadi Awang diugut untuk disaman berhubung isu pil kuda adalah suatu tindakan yang gopoh dan tidak bertempat. |
Cubaan bunuh Pengerusi MyWatch ada kaitan dengan twitter ini? Posted: 27 Jul 2013 07:18 PM PDT Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi MyWatch itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis. Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan. "Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeeva) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan. Twitter R Sri Sanjeevan 25 Julai lalu.. Semalam The Malaysian Insider melaporkan.. Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban Assisten Kominisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang tadi. Dalam kenyataan itu mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah. Sebelum ini pada Januari lalu Sanjeevan membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh oleh seorang lelaki Melayu. Ugutan bunuh diterima Sanjeevan selepas memberi maklumat kepada polis mengenai kegiatan premis perjudian haram di Simpang Pertang. MyWatch yang dinaungi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan sebuah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara. |
Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3.. Posted: 27 Jul 2013 05:30 PM PDT Seramai 2,373 pemandu teksi menerima insentif sebanyak RM600 daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, semalam. Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai menghargai peranan mereka dalam negeri seperti mana yang terkandung dalam manifesto PR pada PRU-13 lalu. Menurutnya, bayaran insentif itu akan dilakukan dua kali setahun iaitu RM300 untuk penggal pertama dan selebih akan diberi pada awal Januari tahun depan. "Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik. "Jika didapati ada aduan mengenai salah laku, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik baki insentif itu, jadi mereka perlu memastikan khidmat yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik kepada pengguna," katanya selepas menyerahkan insentif di daerah Timur Laut, semalam. Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa menerima insentif berkenaan. Guan Eng juga berharap sumbangan itu mampu meringankan beban mereka terutama kepada yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. ~ Roketkini |
MIRAC sebagai satu lagi projek pembodohan rakyat Posted: 27 Jul 2013 09:14 AM PDT Usaha kumpulan ekstrimis perkauman, PERKASA menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) konon demi memupuk perpaduan adalah mengarut kerana pertubuhan radikal itu masih berpegang dengan perjuangan perkauman sempit. Malah, menurut Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, tindakan mengejut mereka membuat 'pusingan U' menjalinkan hubungan dengan dua NGO bukan Melayu menjadi tanda tanya dan satu jenaka bagi rakyat Malaysia. "Ia adalah tindakan yang memalukan," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menyifatkan MIRAC sebagai satu lagi projek pembodohan rakyat tidak menolak bahawa penubuhan MIRAC merupakan satu stategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman. "Seperti yang kita maklum, PERKASA yang kami kenal adalah segerombolan ekstrimis yang menjadi alat UMNO untuk membakar sentimen perkauman sehingga mampu menggugat keharmonian rakyat lebih-lebih lagi pemimpin utama mereka seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin adalah watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman dalam minda rakyat Malaysia," ujarnya. Mengambil contoh kenyataan dan tindakan pemimpin PERKASA seperti Zulkifli Nordin, Sivakumar berpendapat PERKASA hanya akan memperalatkan NGO bukan Melayu yang bersekongkol dengannya untuk menyokong tindak-tanduk perkauman yang bakal dilaksanakan. "Pertubuhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk menikam kaum masing-masing," jelasnya. Kenyataan Sivakumar itu terbukti benar sebaik sahaja piagam MIRAC ditandatangani. "Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin dalam kenyataan medianya berkata bahawa PERKASA akan membela dan memberi sokongan penuh kepada Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor berhubung isu 'makan dalam tandas'. "Ini sangat jelas membuktikan PERKASA tidak pernah dan tidak akan menjaga hati dan kesejahteraan kaum bukan Melayu di negara ini. "Kenyataan Zulkifli yang menghina orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia," katanya. Ini tambah Siva termasuk pendirian PERKASA dalam kes novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina. "Tambahan pula, PERKASA juga membela akhbar Utusan Malaysia yang jelas menghina kaum Cina dengan berita 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU-13," katanya lagi. ~ Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan