Ahad, 28 Julai 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Betul ke nie Zahid polis tidak terlibat dengan tembakan pengerusi MyWatch..???...dah bunuh tahanan dalam penjara dan wanita monggolia ,dah terlibat bebaskan taiko besar samseng RM 5 juta dan dah melakukan keganasan di perhimpuan BERSIH yang lepas lepas...tak kan kerja busuk macam ini polis tak buat kot...???..

Posted: 28 Jul 2013 10:58 AM PDT

 

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mengatakan polis tidak terlibat dalam kes tembakan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan.

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, beliau akan memastikan polis akan mempercepatkan penyiasatan kes itu dan menahan mereka yang terlibat.

"Saya sendiri mengenali beliau dan saya pasti tiada polis yang terlibat dalam kejadian," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh.

Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.

Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan.

Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!".

(Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga).

 

 

penyapu sial

 

 

pecah rekod kalau perompak dan pencuri dengan ikhlas mengaku yang dia buat kerja keji macam tu...mana ada mau mengaku ....ini budaya orang UMNO-BN....budaya baling tangan sembunyi batu.....kalau boleh orang lain nak di kambing hitamkan...!!!!

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) jadi anjing UMNO....tergamak berbohong di bulan puasa....bikin malu umat islam .....tak takut tuhan ke...nak mengampu biarlah berpada pada....!!!!

Posted: 28 Jul 2013 04:43 AM PDT

Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman (gambar) mesti membuktikan bahwa ahli DAP berharap untuk menubuhkan parti baru, atau beliau akan dihadapkan di mahkamah kerana bertindak jahat dan telah prejudis hendak mengharamkan DAP dengan apa cara sekali pun dengan pemalsuan dan pembohongan yang direka-reka. Datuk Abdul Rahman berkata ROS tidak akan melayan permohonan oleh ahli DAP untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Ini keterlaluan kerana pimpinan DAP langsung tidak menimbangkan mahupun mambangkitkan cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baru di dalam atau diluar mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). DAP memang  kesal dengan tindakan Datuk Abdul Rahman yang secara sedar membuat pembohongan sedemikian di saat beliau berpuasa di bulan Ramadan. ROS telah membiarkan dirinya dipergunakan sebagai alat politik UMNO bagi mengalahkan DAP di saat UMNO tidak mampu mengalahkan DAP dalam pilihanraya umum dengan membatalkan pendaftaran DAP.

Jelas sekali bahawa Datuk Abdul Rahman telah membuat keputusan awal berkaitan isu tersebut sebelum siasatan selesai dan memang bersungguh-sungguh mahu mengharamkan DAP. DAP wajib menentang usaha terbaru BN untuk menghancurkan DAP ini di dalam dan luar mahkamah. DAP  wajar bertahan dengan usaha tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj mandat popular rakyat melalui pilihanraya yang telah memberi DAP 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN, sehingga menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia.

Kita tahu DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan pihak ROS dan memberi apa sahaja maklumat yang diperlukan dan DAP tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Di atas permintaan Datuk Abdul Rahman, Lim Guan Eng  telah bertemu dengan beliau di Pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sebelum pilihanraya umum. Tidak ada pun Datuk Abdul Rahman bercakap tentang melakukan pemilihan semula CEC bagi menyelamatkan parti. Sebaliknya Datuk ABdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Namun dengan bertindak prejudis terhadap isu ini, Datuk Abdul Rahman jelas memungkiri janji. walaupun DAP telah dengan jujur mengakui kesilapan yang dibuat ketika mengumumkan keputusan pemilihan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Jelas sekali ROS besungguh mahu menghukum DAP kerana ia bertindak jujur.

DAP telah mengarahkan peguam mereka untuk melihat kepada penipuan terbaru oleh Datuk Abdul Rahman ini dan menimbang kemungkinan untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap beliau dan akhbar The Star kerana membuat pembohongan kononnya mereka  ada menyatakan harapan untuk menubuhkan sebuah parti baru.

 

 

penyapu sial

 

 

ROS,SPR,PDRM mahu pun Jabatan Pendaftaran - mereka semua jabatan dan ajensi pemerintah.Ketua-ketua depa semua "Yang Mengikut Perintah".Mana yang berani nak kata "TIDAK"(NO) kepada UMNO/BN apatah lagi PM.Itulah sebabnya kena "bunuh" ibunya dulu UMNO/BN baru ada keadilan,kaki tangan kerajaan buat kerja jujur dan ikhlas.Selagi UMNO/BN berkuasa hakim dimahkamah pun tak boleh percaya

INI AKIBAT PEMIMPIN2 MEREKA SUKA BER-KAWAN LEBIH BAIK DENGAN SYAITAN..MAKAPENGIKUT MEREKA RELA DILEMBUKAN .Ingatlah sampai sekarang ada beribu2 alasan mereka untuk mnghalang PAKATAN RAKYAT menggunakan satu lambang/bendera SUPAYA spr dpt
menghalang penggunaan pelbagai bendera parti.TIPUUU dn SAPUUU...satu malaysia..rakyat sentiasa dibodohkan dulu Pencapaian KRONI2 diutamakan...

pemimpin negara kepala samseng....anjing anjing suruhannya lagi besar lagak samsengnya....sudah ada rekod bunuh tahanan dalam penjara kini aksi lebih berani dengan bunuh saksi yang mahu dedah penglibatan PDRM dalam kes dadah pulak....!!!!

Posted: 28 Jul 2013 04:17 AM PDT

Pengerusi MyWatch ada senarai polis disiasat kerana dadah mati kena tembak

Beberapa jam sebelum ditembak, R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.

Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada Sanjeevan," katanya.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.

Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Beliau berkata, kenyataan Sanjeevan kepadanya juga konsisten dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sejurus selepas kejadian tembak.

Sementara itu, rakan Sanjeevan, Vel Paari - bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC - terkejut dengan kejadian berkenaan, apatah lagi mereka baru sahaja bertemu dua hari lalu untuk merancang menikmati tosai, minggu depan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga sedih dengan kejadian cubaan bunuh terhadap Sanjeevan dan berharap polis segera menahan dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

 

 

penyapu sial

 

contah contoh samseng  telur UMNO yang  di lindungi....eloklah samseng lindungi samseng....!!!

 

apa nak heran....kepala negara boleh bunuh wanita monggalia dengan C4 melalui 2 ekor anjing suruhan dari PDRM...budaya ini di ikuti oleh menteri samseng dalam negeri yang kaki pukol orang , keganasan PDRM ke atas tahanan semakin menjadi jadi yang menyebabkan semakin ramai tahanan terkorban di penjara dan kini semakin berani pulak bunuh saksi yang mempunyai bukti pegawai atasan PDRM terlibat dengan sindikit dadah

apalah nak jadi negara KUKU ini...inilah budaya yang di tonjolkan oleh UMNO selama 50 memerintah negara...samseng samseng semakin dilindungi ...rakyat semakin di takut takutkan...akhirnya keselamatan dalam negara tidak menjamin keselamatan untuk rakyat...selagi UMNO memerintah negara inilah jadinya...

demi menjamin keselamatan rakyat ...UMNO-BN wajib di tolak di PRU 14 nanti......ameeennn

Tiada ulasan: