Selasa, 2 Julai 2013

Addin

Addin


Anwar Miliki 20 Akaun Luar Negara Termasuk Israel?

Posted: 02 Jul 2013 09:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks. Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.

Persidangan bersambung esok. ~bernama

Addin:

Zaman sekarang zaman bukti dan fakta..bukannya zaman auta. Jadi.. tuduhan perlulah dengan bukti. Seperti tuduhan PKR terhadap skandal NFC yang menyaksikan Ketua Wanita Umno letak jawatan.





Iklan C (ii)
 


Noh Omar Teruk Kena Belasah..

Posted: 02 Jul 2013 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Datuk Seri Noh Omar malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali berhubung isu undi popular apabila mengatakan Parlimen Tanjung Karang yang diwakilinya lebih besar berbanding Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

"Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja," kata Azmin membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding KEADILAN bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain – 'kami bertanding dalam satu gabungan'.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri," sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan dewan gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 


BN Terdesak Sekat Suara Rakyat.. Ini Buktinya

Posted: 02 Jul 2013 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan hari ini melahirkan kekecewaan atas kegagalan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengawal media sosial dan menyifatkannya sebagai 'harimau tidak bertaring'.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata kelemahan sistem dan penguatkuasaan hukuman yang dilaksanakan suruhanjaya itu menyebabkan pihak berpentingan mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk merosakkan kemakmuran dan keharmonian negara.

Beliau berkata keadaan itu menjadikan mahkamah tidak boleh mengambil tindakan sedangkan keadaan yang berlaku hasil penggunaan media sosial secara tidak bermoral yang berleluasa itu semakin membimbangkan.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan undang-undang lebih tegas supaya masalah berkaitan media sosial khususnya berkaitan dengan penyalahgunaannya dapat diatasi.

"Saya cukup kecewa dengan SKMM sebab gagal kawal media sosial. Jadi, saya terpanggil untuk membahaskan tentang SKMM, yang seolah-olah 'harimau tidak bertaring'.

"...dan saya juga bersetuju dengan cadangan mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes melibatkan isu media siber," katanya merujuk cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Bung Mokhtar menarik perhatian dewan bahawa keadaan begitu tidak berlaku di Singapura dan Britain hasil tindakan melesenkan media sosial, sekali gus berjaya memastikan pihak berkenaan bertanggungjawab ke atas apa yang dikeluarkan.

"Sebab itu saya minta kerajaan kaji akta yang ada supaya SKMM punyai sistem, pendekatan dan akta yang lebih tegas untuk menyekat mana-mana pengamal media sosial daripada terlalu bebas agar negara tidak terjebak dalam kejadian yang berlaku seperti di Mesir," katanya. ~bernama



Iklan C (ii)
 


Ahmad Maslan Sahkan Najib Seorang Pembohong

Posted: 02 Jul 2013 02:30 AM PDT


BR1M 500 DI GAMBARKAN MAMPU MENGUBAH NASIB RAKYAT MISKIN SELAMA-LAMANYA TAPI HAKIKATNYA BR1M RM1,200 HANYA MAMPU BERTAHAN SEKADAR 2 BULAN SAJA!!!!

Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja...

Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi...

Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun.

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.
Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.


"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013.


AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO. ~omakkau



Iklan C (ii)
 


Shahidan Kassim Backup SPR Pulak

Posted: 02 Jul 2013 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR – Kandungan Silver Nitrat di dalam dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu ada kurang satu peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, faktor kepada pengurangan jumlah bahan kimia itu dilakukan kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.

"Kita menerima pakai apa yg telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika kita guna melebihi had, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan tertentu.

"Saya akan jelas perkara ini dengan lebih jelas esok," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Kandungan silver nitrat yang rendah di dalam dakwat kekal dipercayai menjadi punca insiden di mana dakwat itu boleh hilang apabila dibasuh.

Isu dakwat kekal menjadi perbualan hangat pihak pembangkang sehingga mereka mendakwa berlaku penyelewengan di pihak SPR.

Pada sidang media yang sama, Shahidan turut menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pergerakan kumpulan Red Bean Army.

Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib mewakili 130 NGO Melayu Islam.

Menurut Shahidan, pihaknya akan meneliti kandungan memorandum itu sebelum membawa ke dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.

"Kita lihat sejauh mana keperluan dan bahayanya kumpulan ini kepada masyarakat sehingga perlu menubuhkan RCI," katanya. ~sinar harian





Iklan C (ii)
 


'Pekerja Asing Filipina Bukan Isu Besar' - Ketua Pengarah Imigresen

Posted: 02 Jul 2013 12:56 AM PDT

Pendatang asing tanpa izin dari Filipina bukan menjadi isu besar di Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini.

Saksi ke-148 itu berkata, hal ini kerana jumlah pekerja asing Filipina yang bekerja di negara ini tidak berada dalam kuantiti ramai.

"Saya selalu jumpa Duta Filipina, kita berbincang berkenaan pendatang asing di Malaysia, ia bukan isu besar ... sebab saya tidak nampak isu pendatang asing ini dibangkitkan secara khusus dalam mesyuarat di peringkat Kuala Lumpur.

"Kita ada perbincangan dengan Filipina, tetapi tidak kerap. Pekerja asing Filipina (di Malaysia) tidak begitu besar. Setakat ini kita hanya benarkan pekerja lelaki sahaja untuk datang bekerja di Malaysia, sementara subsektor pembantu rumah hanya pekerja wanita," katanya kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Pendatang asing Filipina di Sabah merupakan satu isu besar ekoran pendatang daripada negara berkenaan dipercayai memperolehi kewarganegaraan secara tidak sah, malah RCI juga telah membuktikan kewujudan "Projek IC" di negeri berkenaan.

Ketika mengulas dari aspek agama pendatang asing tanpa izin di Sabah yang majoritinya beragama Islam, Alias yang dilantik sebagai ketua pengarah Imigresen sejak 15 Oktober 2010 berkata ianya hanyalah satu kebetulan memandangkan kebanyakan warga asing berkenaan datang dari Indonesia dan Selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Secara kebetulan banyak pendatang Muslim, ia bukan satu isu, tetapi bergantung kepada jiran terdekat kita," katanya merujuk epada Indonesia dan Filipina.

Beliau yang telah 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam turut menjelaskan beberapa kekangan yang dihadapi jabatan berkenaan dalam menguruskan kemasukan pendatang ke Malaysia, khususnya di negeri Borneo ini.

"Apabila bercakap pasal orang asing, banyak perkara di luar kawalan kita. Migrasi dari seluruh dunia berjumlah 300 juta orang.

"Bagi Sabah, kedudukan geografinya yang bersempadanan dengan negara lain, isu-isu di negara berkenaan, menyebabkan Sabah menjadi tumpuan immigran," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan membentuk sistem yang komprehensif termasuk membentuk profil lengkap setiap pendatang di negara ini dan juga kawalan sempadan yang lebih ketat.

"Imigresen ada kekangan tapi bukan bermakna kita tak menjalankan tugas sewajarnya. Kita perlu ada sistem yang betul-betul komprehensif, contohnya setiap warga asing perlu ada profil lengkap, sempadan perlu dikawal rapi, pengurusan baik dengan negara sumber supaya mereka membantu kita," katanya dan menjelaskan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan sembilan negara Asia Tenggara, kecuali Filipina bagi tujuan itu.

"Hal-hal ini menjadi kekangan. Memandangkan dalam kes negara sumber, negara berkenaan menyumbang migrasi warga asing ke Sabah."

Di Sabah, jelasnya lagi, Imigresen tidak boleh melakukan operasi bersendirian sebaliknya operasi berhubungkait dengan pendatang akan diuruskan oleh Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Imigresen tidak boleh jalankan operasi bersendirian dalam konteks pendatang tanpa izin di Sabah, kita ada maklumat tapi ada kekangan seperti luas pesisiran pantai.

"Imigresen juga hanya ada kuasa menjaga pintu masuk sah sahaja," katanya lagi. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 


SPR Dapat Bonus RM200 Juta Kerana Kegagalannya

Posted: 01 Jul 2013 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak layak memperoleh sebarang bonus berikutan kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan bersih dan adil.

Beliau mempersoal rasional bayaran elaun RM200 juta kepada pegawai dan kakitangan SPR yang bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

"SPR gagal dalam tugas. Bagaimana mereka boleh menerima anugerah? Ini mengecewakan pembayar cukai," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Azmin bagaimanapun mengakui kakitangan kerajaan yang bertugas dan bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi kebimbangan utama kami ialah pegawai tinggi SPR," katanya merujuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi badan itu.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pemberian bonus itu adalah penyalahgunaan dana pada PRU lalu.

"Ia jumlah yang terlalu besar (merujuk RM200 juta), apatah lagi RM7 juta dibelanja untuk dakwat kekal," kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

"Kerajaan perlu memberi penjelasan dan butiran perbelanjaan terperinci terhadap dana yang digunakan. Ini perlu kerana ia wang rakyat," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis berkata, kerajaan memperuntukkan RM400 juta kepada SPR untuk mengendalikan PRU 13.

Katanya, dari jumlah itu, RM200 juga dibayar sebagai bonus dan elaun kepada mereka yang bertugas pada pilihan raya berkenaan.

Jumlah RM400 juta itu adalah pertambahan 100 peratus berbanding peruntukan pada PRU 2008.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar hairan mengapa kos berkenaan naik sehingga 100 peratus sedangkan pertambahan jumlah pengundi cuma 20 peratus. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 


Rahsia Keluarga Taib Mahmud Terbongkar Lagi..

Posted: 01 Jul 2013 11:18 PM PDT

Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion.

"Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?, soal Chong.

Melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud.

Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn.

Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus).

Justeru, beliau mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mengenalpasti tanah negeri yang dijual atau diberi kepada syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai keluarga Taib Mahmud.

"Hasil laporan suruhanjaya itu harus dibentang ke Parlimen," tegas ahli parlimen Kuching tersebut. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
 


Nama Najib Razak Hilang

Posted: 01 Jul 2013 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah cuba 'dihilangkan' dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.

Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah.

Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.

"Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu," kata Sivarasa.

Dalam pada itu, Sivarasa mempersoalkan, sama ada pendakwaraya mahupun peguam bela, kedua pihak tidak pernah mempersoalkan motif pembunuhan.Sedangkan, motif pembunuhan adalah soalan penting dalam perbicaraan.

"Soalan yang ditanya langsung tidak menjurus kepada motif pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan secara terancang pasti mempunyai motif.

"Jika keduanya tidak mempunyai motif, kita perlu selidik siapa yang mempunyai motif, untuk kita pergi kepada pendedahan yang lebih jelas," katanya. ~keadilandaily





Iklan C (ii)
 


Apa??.. Pengerusi Baru Tabung Haji Hanya Berkelulusan SPM?

Posted: 01 Jul 2013 06:41 PM PDT


Betul ke berita paling sedih tentang perlantikan beliau ialah kenyataan dalam berita printscreen ini.  Dinyatakan bahawa ada tukang komen di blog Rocky's bru menyatakan bahawa Azeez hanya berkelulusan SPM. (baca sini).

Sungguh  berat dakwaan ini.. Mintak pihak Azeez memberikan pencerahan tentang isu ini. Betul ke? kalau betul apa merit yang melayakkan beliau sebagai Pengerusi Tabung Haji.. mintak pencerahan..

Mungkin satu malapetaka bagi rakyat Malaysia..


Ralat: Maaf... bukan CEO tapi pengerusi.






Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: