BRIGED MP SEGAMBUT |
- MEREKA ISLAM:BUKAN ISU BESAR SETAKAT PENDATANG
- KAD PENGENALAN RM150?
- UMUR 15 BAGI LELAKI DAN 10TAHUN BAGI WANITA WAJAR DIBENAR MENUKAR AGAMA
- BETUL KATA ANWAR:AKU IKUT NABI JE...
- KELIRU PUNYA PASAL TELAH MENAMPAKKAN PARTAI DALAM BN ANTI ISLAM?
- BUNG RADEN BUAT KECOH DALAM DEWAN RAKYAT?
- SAKSIKAN:DEMI RAKYAT YB PAKATAN TIDAK SEBULU..DALAM UMNO TAKDA TAU..
- SAYA TIDAK SOKONG USTAZ AZHAR IDRUS BERTANDING:IA AKAN MEROSAKKAN SUASANANYA
MEREKA ISLAM:BUKAN ISU BESAR SETAKAT PENDATANG Posted: 02 Jul 2013 08:30 AM PDT Pendatang asing tanpa izin dari Filipina bukan menjadi isu besar di Malaysia, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini. Saksi ke-148 itu berkata, hal ini kerana jumlah pekerja asing Filipina yang bekerja di negara ini tidak berada dalam kuantiti ramai. "Saya selalu jumpa Duta Filipina, kita berbincang berkenaan pendatang asing di Malaysia, ia bukan isu besar ... sebab saya tidak nampak isu pendatang asing ini dibangkitkan secara khusus dalam mesyuarat di peringkat Kuala Lumpur. "Kita ada perbincangan dengan Filipina, tetapi tidak kerap. Pekerja asing Filipina (di Malaysia) tidak begitu besar. Setakat ini kita hanya benarkan pekerja lelaki sahaja untuk datang bekerja di Malaysia, sementara subsektor pembantu rumah hanya pekerja wanita," katanya kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Pendatang asing Filipina di Sabah merupakan satu isu besar ekoran pendatang daripada negara berkenaan dipercayai memperolehi kewarganegaraan secara tidak sah, malah RCI juga telah membuktikan kewujudan "Projek IC" di negeri berkenaan. "Secara kebetulan banyak pendatang Muslim, ia bukan satu isu, tetapi bergantung kepada jiran terdekat kita," katanya merujuk epada Indonesia dan Filipina Beliau yang telah 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam turut menjelaskan beberapa kekangan yang dihadapi jabatan berkenaan dalam menguruskan kemasukan pendatang ke Malaysia, khususnya di negeri Borneo ini. "Apabila bercakap pasal orang asing, banyak perkara di luar kawalan kita. Migrasi dari seluruh dunia berjumlah 300 juta orang. "Bagi Sabah, kedudukan geografinya yang bersempadanan dengan negara lain, isu-isu di negara berkenaan, menyebabkan Sabah menjadi tumpuan immigran," katanya. Beliau turut mencadangkan kerajaan membentuk sistem yang komprehensif termasuk membentuk profil lengkap setiap pendatang di negara ini dan juga kawalan sempadan yang lebih ketat. "Imigresen ada kekangan tapi bukan bermakna kita tak menjalankan tugas sewajarnya. Kita perlu ada sistem yang betul-betul komprehensif, contohnya setiap warga asing perlu ada profil lengkap, sempadan perlu dikawal rapi, pengurusan baik dengan negara sumber supaya mereka membantu kita," katanya dan menjelaskan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan sembilan negara Asia Tenggara, kecuali Filipina bagi tujuan itu. "Hal-hal ini menjadi kekangan. Memandangkan dalam kes negara sumber, negara berkenaan menyumbang migrasi warga asing ke Sabah." Di Sabah, jelasnya lagi, Imigresen tidak boleh melakukan operasi bersendirian sebaliknya operasi berhubungkait dengan pendatang akan diuruskan oleh Petugas Khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Imigresen tidak boleh jalankan operasi bersendirian dalam konteks pendatang tanpa izin di Sabah, kita ada maklumat tapi ada kekangan seperti luas pesisiran pantai. "Imigresen juga hanya ada kuasa menjaga pintu masuk sah sahaja," katanya lagi. - 2 Julai, 2013. |
Posted: 02 Jul 2013 08:02 AM PDT Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini. Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan. Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan. Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang. Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap. Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming. |
UMUR 15 BAGI LELAKI DAN 10TAHUN BAGI WANITA WAJAR DIBENAR MENUKAR AGAMA Posted: 02 Jul 2013 07:00 AM PDT Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel berkata parti itu mahu rang undang-undang kontroversi, yang memberi hak kepada ibu atau bawa menukar agama anak bawah umur, dipinda kerana bimbang akan mencetus masalah. Katanya, MIC juga berpendirian agar penukaran agama tidak melibatkan kanak-kanak bawah umur 18 tahun. Pendirian berkenaan dibangkitkannya dalam mesyuarat kabinet pada minggu lalu, kata menteri sumber asli dan alam sekitar itu dalam satu sidang media pada pagi ini "Kanak-kanak di bawah 18 tahun - tidak boleh hanya seorang dari ibu-bapa menukar agamanya. Itu akan jadi masalah... Kita akan cadangkan kita perlu sedikit pindaan. "Bawah 18 tahun sepatutnya tak ada penukaran agama, selepas umur 18 tahun tak ada masalah," katanya lagi. Menurutnya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga sudah menyatakan kesediannya untuk memperhalusi perkara tersebut. "Dia (Jamil) pun mahu berbincang," katanya ringkas. Beliau menjelaskan pendirian MIC tentang Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013. Seksyen 107(b) dalam cadangan pindaan itu memberikan hak menukar agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kepada salah seorang ibu bapa yang telah memeluk Islam. |
BETUL KATA ANWAR:AKU IKUT NABI JE... Posted: 02 Jul 2013 05:00 AM PDT Menurut Islam, penukaran agama kanak-kanak hanya boleh dibuat melalui persetujuan ibu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan membincangkan langkah untuk meminda undang-undang Islam berkaitan penukaran agama kanak-kanak itu sebelum membuat pandangan rasmi. Beliau merujuk kepada pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013, yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak melalui persetujuan seorang ibu, bapa atau penjaga sahaja. Katanya, terdapat kes spesifik dalam sirah nabi apabila Nabi Muhammad menghantar seorang kanak-kanak kembali kepada ibunya kerana hanya bapanya sahaja yang memeluk Islam |
KELIRU PUNYA PASAL TELAH MENAMPAKKAN PARTAI DALAM BN ANTI ISLAM? Posted: 02 Jul 2013 02:30 AM PDT Timbalan Presiden MIC Dr S Subramaniam menyalahkan kesalahan menterjemah yang menyebabkan kontroversi berkaitan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013. Bercakap kepada pemberita hari ini, menteri kesihatan berkata, versi Bahasa Malaysia rang undang-undang itu tidak selari dengan versi Bahasa Inggeris. Menurut Subramaniam, versi bahasa Inggeris dalam cadangan pindaan rang undang-undang itu berkata, penukaran agama kanak-kanak memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga (parent or guardian). Bagaimanapun, katanya, versi bahasa Malaysia menterjemahkan perkataan parent kepada "ibu atau bapa". Ditanya sama ada MIC akan mengundi menentang rang undang-undang itu di Parlimen, Subramaniam berkata, beliau tidak menjangkakan ia akan sampai ke tahap itu. |
BUNG RADEN BUAT KECOH DALAM DEWAN RAKYAT? Posted: 01 Jul 2013 10:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa gamat apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempersoalkan kelewatan kerajaan menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mula mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berhubung prosedur rundingan yang diambil pihak berkuasa dalam isu tersebut. "Jawapan ini tidak boleh diterima. Kenapa ambil masa yang lambat? Kenapa masih perlu ada rundingan dengan orang penceroboh?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa. Terdahulu ketika menjawab soalan Bung, Wan Junaidi memberitahu Dewan bahawa pihak keselamatan hanya mengetahui kawasan persempadanan negara diceroboh pengganas selepas anggota polis diserang. "Pada mulanya kita tak mengetahui, hanya selepas penyelidikan pertama baru kita tahu bahawa mereka bersenjata dan cuba hancurksn negara. "Selepas itu polis memulakan penyiasatan dan apabila polis diserang baru kita tahu kelompok ini adalah pengganas," katanya. Selain itu menurut Wan Junaidi, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan Filipina dalam menyelesaikan konflik pencerobohan Sulu di Lahad Datu. "Menerusi semangat Asean dan serantau, kita mesti melibatkan Filipina. Sebab itulah siasatan yang kita buat memakan masa yang banyak. "Kita tidak mengetahui siapa mereka yang berada di dalam hutan dan di tepian pantai yang menyerang kita. Kita kena bekerjasama dengan mereka dalam siasatan ini," katanya. Jawapan Wan Junaidi sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan apabila Datuk Ghaffur Salleh (BN-Kalabalakan) berterusan mempertikaikan langkah pencegahan yang diambil kerajaan terutama dalam menjamin keselamatan rakyat Sabah. "Kalau orang masuk rumah saya dengan senjata, apa saya buat? Mereka buli saya lagi. Mahu runding lagi? Tentu tidak boleh. Saya ambil short gun, saya terus tembak sahaja. "Ini bererti kita lalai, kita biarkan rundingan terlalu lama. Mereka mahu tuntut Sabah. Kenapa ambil masa lama. Ada Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) pun belum rasa selamat," kata Ghaffur. Bagaimanapun usaha Wan Junaidi untuk cuba meredakan kemarahan Ghaffur dengan memberi jaminan bahawa rakyat Sabah boleh berasa selamat dengan kewujudan Esscom, mengundang celahan sinis ahli politik senior Sabah itu. "Kita tak rasa terjamin. Jadi kita tak mahu timbalan menteri kata kita rasa terjamin," tegas Ghaffur. Selain itu Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) turut membangkitkan mengenai kecekapan agensi penguatkuasa negara menangani pencerobohan di Lahad Datu. Menjawab mengenai persoalan itu, Wan Junaidi berkata, kewujudan Esscom yang meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer merupakan langkah terbaik yang diambil kerajaan. Katanya, kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam Esscom ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau. "Jangan kita kata kerajaan tak ambil tindakan, apa yang berlaku boleh disebut sebagai 'wake up call' kepada kita untuk memperketatkan kawasan sempadan, sebab itulah kita tubuhkan Esscom," katanya. |
SAKSIKAN:DEMI RAKYAT YB PAKATAN TIDAK SEBULU..DALAM UMNO TAKDA TAU.. Posted: 01 Jul 2013 04:30 PM PDT ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali menegur kerajaan negeri yang menurutnya akan membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM761 juta dalam sidang DUN kali ini. Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya membentangkan belanjawan tambahan itu, kecuali berlakunya krisis ekonomi atau malapetaka besar sehingga menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka. Belanjawan tambahan itu antara lainnya melibatkan RM165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kata Azmin. Selain itu, RM24 juta lagi diperuntukkan sebagai pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pelaksanaan projek dan RM76 juta untuk perbelanjaan bagi menampung kekurangan bagi projek pembangunan yang sedang dilaksanakan, katanya lagi. "Jika disemak rekod selama lima tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, mulai 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada satu kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga tiga kali. "Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa kerajaan negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur. "Apatah lagi, ini adalah mesyuarat pertama penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri," katanya sewaktu menyampaikan ucapan membahas titah ucapan diraja hari ini. Dalam ucapannya juga, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak turut mempersoalkan sama ada peruntukan yang diluluskan dalam belanjawan yang lalu telah dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan pertama pada 2013. "Apabila dewan bersidang untuk meluluskan belanjawan negeri pada setiap tahun, ianya adalah bertujuan secara prinsipnya untuk mendapat kelulusan rakyat melalui dewan bagi tujuan - tujuan pembangunan yang telah dirancang. "Adalah amat malang sekiranya dalam setiap sidang dewan, ahli-ahli Dewan Negeri diminta untuk memberi kelulusan terhadap perbelanjaan perbekalan tambahan atas alasan perbelanjaan luar jangka. "Ianya membayangkan bahawa kerajaan negeri telah memesongkan dewan yang mulia ini dengan membentangkan Belanjawan yang berimbang tetapi tiga atau empat bulan berikutnya tampil di Dewan dengan mengemukakan sejumlah perbelanjaan perbekalan tambahan yang akhirnya akan menjadikan belanjawan defisit bagi negeri Selangor," katanya. Beliau menggesa kerajaan negeri meneliti semula keperluan perbentangan belanjawan pembekalan tambahan itu dan menggesa kerajaan negeri cermat mengimbangi keperluan penstrukturan korporat dan kepentingan rakyat melalui unjuran dan perancangan yang menyeluruh. Dalam ucapannya, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata keupayaan pengurusan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diukur berdasarkan pengurusan yang cekap, berhemah dan tidak bergantung dengan dana kerajaan. Sebaliknya, tegasnya, peranan GLC adalah untuk menjana keuntungan dan mengembalikannya kepada rakyat melalui kerajaan negeri dengan memberi contoh bagaimana Petronas yang mengembalikan keuntungan kepada rakyat melalui pembayaran dividen dan cukai kepada kerajaan persekutuan. "Insya-Allah mungkin dalam dua bulan lagi, kita akan bertemu semula dalam sesi belanjawan negeri supaya usaha ini dapat mengelakkan kekerapan perbelanjaan perbekalan tambahan dalam Dewan yang mulia ini," katanya. |
SAYA TIDAK SOKONG USTAZ AZHAR IDRUS BERTANDING:IA AKAN MEROSAKKAN SUASANANYA Posted: 01 Jul 2013 10:00 AM PDT Pesuruhjaya PAS Terrengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata parti itu menimbang untuk mengetengahkan yang dipertua PAS kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Laporan Sinar Harian hari ini menyebut, beliau menjelaskan perkara itu berikutan kekeliruan yang timbul apabila penceramah popular Azhar Idrus dikatakan akan diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil itu. Katanya, kekeliruan itu timbul kerana beliau sebelum ini sekadar menyebut nama "Ustaz Azhar" apabila ditanya mengenai identiti bakal calon yang akan diketengahkan PAS. Kenyataannya itu menyebabkan sesetengah organisasi media melaporkan bahawa calon yang dimaksudkan adalah Azhar Idrus, yang juga digelar "Ustaz Azhar". "Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai yang dipertua PAS kawasan (Besut)," katanya seperti dipetik akhbar tersebut. Katanya lagi, Azhar Idrus juga tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya dengan mewakili parti politik, namun masih melihat jika tokoh tersebut akan berubah sikap. "Dia orang Ladang (di Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (jika Azhar Idrus minat bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Laporan itu juga menyebut beberapa lagi nama yang tersenarai – wakil Muslimat PAS, Napisah Omar yang menjadi calon untuk kawasan tersebut dalam pilihan raya umum lalu. Mohd Abdul Wahid juga berkata, timbalannya Satiful Bahri Mamat dilantik mengetuai jentera parti sebagai sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan