Selasa, 16 Julai 2013

Addin

Addin


Panas!! Pemimpin Umno SMS Suruh Undi PAS

Posted: 16 Jul 2013 09:53 AM PDT

BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji."Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.

Beliau juga menegaskan, rakyat Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaj

Malahah katanya penerimaan paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang dipertandingkan pada PRU1

"Rakyatat bandar dan pinggir bandar dan lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk beruba

"Sayaya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh penyokong yang hadir.

Baca selanjutnya di SINI.




Iklan C (ii)
 





SPR Akui Ada Kertas Undi Pos Tidak Di Kira

Posted: 16 Jul 2013 08:35 AM PDT

KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.

"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.

Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.

"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya. ~mStar




Iklan C (ii)
 


Ini Penjelasan SPR Berkenaan Pendedahan Indentiti Syarikat Pembekal Dakwat Kekal

Posted: 16 Jul 2013 06:18 AM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

"Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.

"Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Rafizi hari ini mendedahkan identiti pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah 'rakan rapat' pemimpin tertinggi SPR.

Beliau berkata kontrak kepada Mohd Salleh, pemegang kad pengenalan Singapura, diberi secara rundingan terus.

Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya ke-13,

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada PRU13 berikutan ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya dan pembangkang menjadikannya sebagai antara punca penipuan undi. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 


Akhirnya.. Identiti Syarikat Pembekal Dakwat Kekal Terbongkar

Posted: 16 Jul 2013 04:20 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.

"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).

"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".

Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.

"Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.

Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.

"Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.

Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal.




Iklan C (ii)
 


Menteri Muslim Ini Di Kecam Kerana Bersumpah Dengan Al-Quran

Posted: 16 Jul 2013 03:11 AM PDT

Menteri muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, Ed Husic diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.

"Saya adalah saya." kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri, Kevin Rudd pada hari Isnin kelmarin.

"Jelas..saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil. " ujarnya.

"Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda akan ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain." katanya.

Husic yang berasal dari Bosnia adalah muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, beliau telah menerima ratusan komen di halaman Facebooknya dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya yang menggunakan Al-Quran dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaan yang digunakan untuk mengangkat sumpah.

"Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia." kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.

"Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan 'buku teroris', buku sama yang digunakan oleh Al-Qaeda. Menjijikkan," antara komen yang lainnya.

"Memalukan..memalukan..memalukan." tulis Ross.

"Saya sangat kecewa dengan kerajaan seperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia."


"Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikut anjing dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran. Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!" kata pengguna lain, Steve Kerr


Husic yang berusia 43 tahun melakar sejarah pada tahun 2010 apabila beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney Barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab al-Quran.




Iklan C (ii)
 


Turki Tidak Iktiraf Pemerintahan Baru Mesir

Posted: 16 Jul 2013 12:47 AM PDT


Turki dengan tegas menyatakan hanya mengakui Muhammad Mursi sebagai ketua negara yang sah di Mesir. Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan, menyatakan akan terus menilai hubungan luar negerinya selepas munculnya rejim "tidak sah" di Kaherah.

"Bagi kami (Turki) Presiden Mursi adalah satu-satunya presiden Mesir yang sah. Dia dipilih oleh rakyatnya dengan cara paling demokratis di negara itu," kata Erdogan seperti disiarkan Today Zaman, Ahad (14/7) dan oleh Egypt Independent Isnin (15/7).

Menurut Erdogan, Mursi adalah cermin kepada kemahuan majoriti masyarakat di Mesir. Jika pembangkang menghendaki untuk memerintah semestinya menjadikan cara yang sama untuk membentuk pemerintahan, yakni pemilihan umum.

"Jika seperti ini terus terjadi di Mesir (penolakan terhadap pelihanraya umum), situasi itu sama saja dengan mengabaikan kemahuan rakyat," katanya. Erdogan juga mengecam kehadiran tentera dalam transisi kekuasaan yang tidak berpelembagaan tersebut.

Today Zaman mengatakan, Erdogan dan Mursi merupakan dua pemimpin negara yang punya pengaruh sama terkait dengan susunan politik di rantau tersebut. Keduanya juga menjadi "representatif" bangkitnya parti-parti Islam modern.

Jika Mursi kuat dengan dokongan politik Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ketua Parti Keadailan dan Kebebasan (FJP) di Mesir, Erdogan pula menjadi Ketua Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki. Keduanya merupakan juga teman politik yang amat padan. ~greenboc




Iklan C (ii)
 


Akibat Sebar Fitnah, Anwar Mahu Saman Berita Harian

Posted: 15 Jul 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menyaman akhbar Berita Harian berikutan laporan fitnah kononnya Ketua Pembangkang itu mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Black 505.Laporan pada 29 Jun lalu tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia.

"Saya telah putuskan untuk saman Berita Harian kerana fitnah jahat ini," kata Anwar dalam Dewan Rakyat pagi ini.Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan demikian pada sesi soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung fitnah tersebut.Anwar mahu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan mengapa Kementerian berkenaan terpaksa mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan dalam isu ini.

Ini berikutan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebelum itu membangkitkan isu tersebut dan meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bentuk pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian dalam memantau NGO-NGO yang mendapat bantuan dana antarabangsa dalam melakukan aktiviti mereka di Malaysia.

"Dengan kenyataan terbuka di media dan kenyataan Yusoff Kalla, mengapa Kementerian Dalam Negeri menunggu berbulan untuk memberi penjelasan berhubung persoalan yang dikorek oleh (Ahli Parlimen) Kepala Batas sedangkan isu itu terbatal dengan sendirinya," bidas Anwar.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff Kalla melalui telefon dan menyatakan rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian."Tulisan itu tak benar.

Tidak datang dari saya. Saya akan bantah," kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.Tambahnya, Yusoff Kalla telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Berita Harian, Ketua Pengarang Berita Harian,Eksekutif Berita Harian dan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian danNew Straits Times.

"Bagaimanapun setakat ini belum ada pembetulan dan penjelasan," kata Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan artikel tersebut adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.Justeru Anwar menyatakan peguamnya dan Yusoff Kalla akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Berita Harian yang memfitnah kedua-dua mereka. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 


PKR Tidak Melatah..

Posted: 15 Jul 2013 09:37 PM PDT

SHAH ALAM – Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyatakan pihaknya akan bekerja keras untuk mencapai misi 16:16 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan sekali gus menolak spekulasi beliau memboikot calon Pas.

Menurutnya, PKR Terengganu akan membantu calon Pas menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada penduduk bagi menghormati bulan Ramadan di samping mengelakkan kempen berbentuk fitnah.

Beliau juga berkata, misi 16:16 penting untuk melonjakkan kedudukan pembangkang di negeri "penyu bertelur" itu.

"Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan supaya kedudukan sama (16:16).

"Saya juga nak ada kedudukan yang baik di dalam negeri Terengganu ini.

"Saya akan pastikan kami menang, bukan setakat sokong tetapi bekerja keras," katanya kepada Sinar harian Online.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai spekulasi memboikot calon Pas, Azan menyatakan itu adalah spekulasi "nakal".

"Itu hanya spekulasi nakal, niat tak baik.

"Saya pada hari penamaan calon ada di Shah Alam selesaikan isu mahkamah," ulasnya.

Sebelum ini, beberapa blog pro Umno memainkan isu ketidakhadiran Azan dan timbalannya, Abd Rahman Yusof di Majlis Pengumuman Calon Pas PRK Dun Kuala Besut, 9 Julai lalu dengan mengaitkan kepimpinan PKR negeri tidak berpuas hati dengan pemilihan calon Pas di kerusi tersebut.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila kedua-duanya juga tidak kelihatan pada hari penamaan calon.

Spekulasi itu dipercayai timbul berikutan Azan sebelum ini pernah mengundang sedikit kontroversi apabila meminta Pas mempertimbang untuk memberikan kerusi Dun Kuala Besut kepada calon PKR dalam PRK ini.

Bagaimanapun Azan kemudiannya tampil dengan kenyataan bahawa PKR sedia memberi laluan kepada Pas.

Mengulas lanjut, Azan yang juga bekas ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, pengundi perlu bijak memilih calon yang boleh memberi kebaikkan kepada rakyat dan negeri.

"Ini bukan pertandingan antara parti BN dan Pas, ini adalah pertandingan untuk rakyat memilih siapakah calon yang benar-benar baik untuk memimpin mereka.

"Saya yakin PR telah melakukan banyak perkara baik terhadap rakyat," tambahnya. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Projek Raih Undi BN, Bomba Di Kerah Untuk Siapkan Rumah Dalam Tempoh 7 Hari

Posted: 15 Jul 2013 08:45 PM PDT


Gara-gara untuk memenangi hati rakyat dan meraih undi dalam masa yang singkat, Umno BN sanggup membuat projek membina semula rumah terbakar dalam tempoh 7 hari.


Zaman sekarang kesemua agensi kerajaan di kerah oleh Umno BN untuk membolot dan meraih laba politik semasa pilihanraya.


Rumah siap pasang 7 hari untuk keluarga miskin

Jertih: Kerajaan memperkenalkan pembinaan rumah pasang siap menggunakan sistem Iris Koto bagi membantu keluarga miskin berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dan mangsa bencana termasuk kebakaran.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata inisiatif baru diperkenalkan kerajaan itu hanya mengambil kos antara RM60,000 hingga RM70,000 bergantung kepada keluasan dan lokasi tapak digunakan.

Katanya, pembinaan rumah itu hanya memakan masa tujuh hari untuk siap, hasil kepakaran tempatan dan teknologi dari Jepun.

Ia dilaksana sepenuhnya Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Buat pertama kali, pembinaan rumah berkenaan akan dilaksana di Kampung Pok Kolok, Kuala Besut. Ia mula dibina hari ini (semalam) oleh bomba dan dijangka siap sepenuhnya Selasa depan dengan kos RM37,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program turun padang melihat pembinaan rumah berkenaan di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pok Kolok, di sini, semalam.

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Perluas konsep

Abdul Rahman juga bercadang memperluaskan konsep rumah itu ke seluruh negara khusus bagi membantu golongan miskin yang tidak mempunyai kediaman selesa kerana pembinaannya terbukti selamat dan menjimatkan kos.

"Pembinaan rumah seperti ini memang menjadi komitmen berterusan kerajaan, dilaksana melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Ia sebahagian usaha bagi mencapai sasaran kerajaan membina satu juta rumah dalam tempoh lima tahun," katanya.

Sistem Iris Koto menggunakan rangka binaan ringan dengan simen dimasukkan ke dalam polisterin.

Sementara itu, Pengarah Bomba Terengganu, Md Salleh Sarbini, berkata 10 anggotanya dari balai Besut dan Jertih akan terbabit dalam menyiapkan rumah berkenaan.

Katanya, rumah yang akan dibina itu berkeluasan 83.6 meter persegi dan mempunyai tiga bilik tidur.

Tengku Zaihan pula berharap pembinaan rumah murah seperti itu dapat diperbanyakkan lagi di Kuala Besut khusus bagi membantu nelayan. ~berita harian




Iklan C (ii)
 


Bekas Hakim Tempelak Menteri

Posted: 15 Jul 2013 07:02 PM PDT

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, menurut Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Menyatakan pandangannya mengenai kesahihan IPCMC di bawah Perlembagaan Persekutuan, bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuat rujukan kepada Perkara 140. "Perkara 140 itu memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis dengan cara dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

"Oleh itu, tidak ada sebarang keraguan tentang ketekalan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau membuat komen susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi bahawa cadangan penubuhan IPCMC akan mengakibatkan 'pertindihan bidang kuasa dan undang-undang dalam kalangan agensi penguatkuasa' dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta bertentangan dengan konsep keadilan.

Berdasarkan niat untuk memudahkan perdebatan yang lebih bijak mengenai IPCMC, Mohamed Dzaiddin memetik beberapa petikan Laporan Siasatan Suruhanjaya PDRM yang menyatakan bahawa:

"Salah satu cara berkesan untuk memastikan doktrin, undang-undang, peraturan dan prosedur dipatuhi dan dilaksanakan adalah dengan penubuhan badan pengawasan luar. Kaedah ini telah diterima pakai oleh banyak sistem kepolisan moden di mana pengalaman membuktikan mekanisme dalaman semata-mata tidak memadai, tidak boleh dipercayai dan sering tidak berkesan."

Laporan 2005 itu, seperti yang dipetik oleh Mohamed Dzaiddin, juga berkata bahawa: "Tujuan: IPCMC hendaklah menjalankan pengawasan PDRM dan dalam hal ini melaksanakan fungsi-fungsi utama seperti berikut:

# Menerima dan menyiasat aduan mengenai PDRM dan anggotanya.
# Mencegah, mengesan dan menyiasat rasuah dan salah laku serius dalam PDRM.
# Mencadangkan langkah-langkah kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi
meningkatkan integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan
orang awam terhadap PDRM.

Laporan itu seterus menyebut bahawa 'IPCMC akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pasukan Polis dan Bahagian Tatatertib PDRM.' ~bernama




Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: