BRIGED MP SEGAMBUT |
- LELAKI DI BOGEL KARENA BLOG SEKS LUCAH DAN BABI?
- RELA AKAN NAIK DAUN SEMULA...KES MENYAMAR AKAN MENINGKAT SEMULA..?
- DEMO BESAR ANTI PERJANJIAN TPPA:OK..KITA OK JE..
- yusuf KALLA:SAMAN JANGAN TAK SAMAN..
- APA? DAP TAJA BLOGER SEKS..LUCAH DAN BABI?
- BANYAK DUITNI:120RIBU+60RIBU..MASUK MASUK...
- AMERIKA KAWAL TENTERA MESIR
- Mat Sabu: Nak ubah Najib, pangkah Che Long
LELAKI DI BOGEL KARENA BLOG SEKS LUCAH DAN BABI? Posted: 16 Jul 2013 09:00 AM PDT Polis mencari saki baki kumpulan yang disyaki menahan dan melarikan seorang penjaga kafe siber dalam satu kejadian di Taman Sri Muda, Shah Alam pada malam tadi hari ini ditahan polis. Empat daripada lapan individu berkenaan telahpun ditahan di lokasi berasingan di Bukit Jalil, Kampung Medan dan Ampang pagi ini, lapor Utusan Online. Laporan itu menyebut, tindakan suspek yang melarikan penjaga kafe siber tersebut, dipercayai berhubung perbuatan menghina Islam di laman sosial. Laporan tersebut memetik kenyataan ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob yang berkata kesemua suspek yang berusia 20-an disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik. Polis akan mengambil keterangan penjaga kafe siber tersebut serta teman wanita lelaki berkenaan esok untuk mengenalpasti motif perbuatan kumpulan suspek itu. Rentetan kejadian tersebut, lapor Utusan, bermula pada jam 3 pagi semalam semasa lelaki tersebut sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda. Lelaki itu kemudiannya ditahan dan dibawa dengan sebuah kenderaan bas mini jenis Toyota ke satu kawasan hutan. Suspek kemudiannnya meninggalkan lelaki tersebut di satu kawasan di tepi Lebuh Raya Damansara - Ulu Kelang dalam keadaan bogel dan badan lelaki itu turut diconteng, menurut Zahedi. "Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya untuk dibogelkan dan diconteng badannya sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Seluar, baju dan pakaian dalamnya telah dilarikan. "Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit menemuinya pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," kata Zahedi seperti dipetik Utusan. Sementara itu, satu laporan Bernama hari ini menyebut, lelaki berkenaan Ng Mun Tatt, 24, turut dicederakan oleh suspek. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laporan tersebut berkata Ng diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan satu gambar kontroversi yang dimuatkan di Facebook oleh pasangan blogger seks Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24. Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan." Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. |
RELA AKAN NAIK DAUN SEMULA...KES MENYAMAR AKAN MENINGKAT SEMULA..? Posted: 16 Jul 2013 07:57 AM PDT Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapat kelulusan bagi meletakkan Rela sebagai sebuah jabatan. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu lagi bertujuan memperkukuh peranan agensi itu. "Ia akan dilaksanakan tanpa sebarang peruntukan tambahan dan penambahan jawatan"Agensi itu akan berfungsi lebih berkesan sebagai sebuah organisasi kesukarelawan yang dapat membantu polis dan lain-lain agensi keselamatan menjaga ketenteraman awam. "Rela juga akan diberi bekalan dan peralatan sesuai dengan tugasan mereka, selain pakaian seragam ditukar kepada jenis celoreng digital," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota Rela di Putrajaya, hari ini. Ahmad Zahid berkata, langkah itu juga memberi peluang kenaikan pangkat dan menggalakkan penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti. "Rela juga diminta untuk mengklasifikasi tiga kategori bagi anggotanya iaitu aktif, separa aktif dan tidak aktif bagi membolehkan latihan tambahan diberi," katanya. Katanya, KDN juga akan menentukan setiap ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendapat peruntukan, memberi bantuan RM20,000 untuk menyediakan pakaian anggota Rela di Parlimen masing-masing. Selain itu, katanya, KDN memutuskan untuk melantik ahli-ahli Parlimen berkenaan dilantik sebagai ahli kehormat Rela. Beliau berkata, kabinet juga memutuskan status pangkat Rela akan dibezakan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Nama pangkat itu akan diumumkan kelak dan digazet," katanya. - Bernama, 16 Julai, 2013. |
DEMO BESAR ANTI PERJANJIAN TPPA:OK..KITA OK JE.. Posted: 16 Jul 2013 04:00 AM PDT Parti Sosialis Malaysia (PSM) memberi amaran akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi membantah Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA) jika kerajaan menandatanganinya tanpa perbahasan di Parlimen. Bendahari PSM, A Sivarajan berkata Amerika Syarikat yang merupakan salah satu pihak dalam perjanjian perdagangan itu sendiri sudah membentangkannya di Kongres, namun Malaysia sehingga kini gagal memberikan jawapan mutlak isi perjanjian itu kepada orang ramai. "Kalau TPPA dikuatkuasakan, kita akan gembleng 28 juta rakyat Malaysia seluruh negara untuk tentang perjanjian ini," kata Sivarajan kepada pemberita di hadapan pintu Parlimen pagi tadi. Sivarajan bersama kira-kira 50 orang penyokong PSM berhimpun di hadapan Parlimen selama kira-kira 45 minit pagi ini. Beliau bersama beberapa orang wakil kemudiannya dibenarkan memasuki bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada para MP pada kira-kira jam 11.15 pagi. |
yusuf KALLA:SAMAN JANGAN TAK SAMAN.. Posted: 16 Jul 2013 02:00 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menyaman akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung dakwaan Pakatan Rakyat menerima wang dana asing untuk perhimpunan Black 505. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu. "Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar (kanan). Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal. Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut. |
APA? DAP TAJA BLOGER SEKS..LUCAH DAN BABI? Posted: 15 Jul 2013 11:35 PM PDT Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh ekoran tindakan MP Kinabatangan membangkitkan dakwaan bahawa DAP mungkin "menaja" tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuatkan kandungan kontroversi di Internet. Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dalam ucapannya pagi ini meminta agar kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit yang sebelum ini terkenal dengan kontroversi video seks. Kekecohan tercebut apabila Bung mendakwa DAP mungkin "menaja" pasangan tersebut. "Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan. Penjarakan. "Saya rasa gejala ini berlaku selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) PRU 13, mungkin ini semua tajaan DAP," kata Bung. Kenyataannya itu mengundang kemarahan MP DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping). "Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," jerit Nga. Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat seorang demi seorang MP berkenaan bangun membantah kenyataannya. "Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya lagi sambil ketawa. |
BANYAK DUITNI:120RIBU+60RIBU..MASUK MASUK... Posted: 15 Jul 2013 07:00 PM PDT Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, yang menghadapi pertuduhan menerima rasuah, semalam memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mengetahui satu bungkusan plastik yang ditemui di rumahnya mengandungi wang tunai RM60,000. Wahid, 60, berkata dia menerima bungkusan itu tanpa memeriksa kandungannya memandangkan ia diserahkan kepadanya oleh seorang rakan. Bungkusan plastik itu ditemui di atas sebuah meja di belakang pintu utama rumahnya, katanya semasa menjawab soalan Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dalam prosiding hari pertamanya membela diri terhadap pertuduhan rasuah itu. Menurut Wahid, dalam serbuan yang dilakukan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini SPRM) pada 10 Julai 2008 di kediamannya di Jalan Duta di Kuala Lumpur, turut ditemui wang tunai RM12,300 di ruang tamu dan RM90,500 lagi di bilik tidur. Dia turut menafikan wang RM102,800 itu antara yang dibayar oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian kepadanya dalam urusan mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh. Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 dari Low pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada 10.15 malam, 10 Julai 2008. Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan supaya dia dipanggil membela diri atas pertuduhan itu. Dalam keterangannya, Wahid berkata serbuan BPR itu dilakukan selepas rakannya itu (Low) secara tiba-tiba datang ke rumahnya untuk menyerahkan bungkusan plastik berkenaan. "Dia (Low) datang dengan tergesa-gesa sambil menyerahkan bungkusan itu dan menyuruh saya menyerah (bungkusan) kepada kawannya bernama 'Sim'," kata Wahid. Ditanya sama ada dia mengetahui bungkusan itu mengandungi wang tunai, Wahid menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak membuka bungkusan tersebut." Abdul Razak: "Kalau Low letak bom, Datuk terima begitu sahaja ke?" Wahid: "Mungkin, sebab dia kawan saya." Abdul Razak: "Bahaya ni, pukul 10 malam, Datuk terima apa sahaja. Kalau dadah?" Wahid: "Mungkin (saya terima) sebab dia kawan saya." Wahid menjelaskan disebabkan tidak mengetahui kandungan bungkusan itu, dia tidak menolak pemberian rakannya itu. Selesai Wahid memberi keterangan, Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk mencabar kesahihan keterangan Wahid berikutan percanggahan fakta ketika siasatan kes itu dengan pembelaan Wahid hari ini. Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu dan menyambung perbicaraan. - Bernama |
Posted: 15 Jul 2013 06:00 PM PDT Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyebelahi mana-mana pihak semasa pergolakan semasa Mesir sedang berlangsung, kata Timbalan Setiausaha Negara William Burns pada Isnin, dalam usaha menjawab kebimbangan kedua-dua pihak pro dan anti presiden Mohamed Mursi yang digulingkan. Burns - yang sedang dalam rangka lawatan ke Kaherah untuk bertemu pemimpin kerajaan sementara Mesir berkata - tentera dan masyarakat perniagaan menegaskan dalam taklimat bersama kedutaan AS bahawa, terpulang kepada rakyat Mesir, dan bukan AS, untuk membawa negara mereka ke arah pemerintahan awam, lapor Reuters. Tentera pada 3 Julai lalu menggulingkan presiden Islamis Mohamed Mursi selepas jutaan rakyat turun ke jalan raya bagi menuntut pengundurannya. Pergerakan Ikhwanul Muslimin menyifatkan tindakan itu sebagai rampasan kuasa dan menganjurkan siri tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan sejurus selepas peristiwa itu. "Kami tidak menyebelahi mana-mana personaliti atau mana-mana pihak," kata Burns, yang menjadi pemimpin kanan pertama AS yang melawat Mesir sejak Mursi digulingkan. "Saya tidak datang dengan penyelesaian Amerika, saya tidak datang untuk berceramah kepada sesiapa. Kami tidak cuba untuk menggunapakai model kami ke atas Mesir." Beliau juga berkata tidak percaya Mesir akan mengikuti jalan rakyat Syria yang memasuki kancah perang saudara, walaupun bantahan ganas melibatkan penyokong dan penentang Mursi telah menyebabkan kematian berdozen-dozen rakyat negara itu. "Saya tidak fikir bahawa Mesir sedang dalam bahaya mengulang semula tragedi yang kita lihat di Syria hari ini," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita antarabangsa itu. |
Mat Sabu: Nak ubah Najib, pangkah Che Long Posted: 15 Jul 2013 04:58 PM PDT Jika tidak berpuas hati dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemilih di Kuala Besut patut mengundi calon PAS Azlan Yusof dalam pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Mohamad mendakwa, antara isu yang menjadi perbualan, termasuk di kalangan pemimpin kanan Umno Terengganu, berhubung pelantikan ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji awal bulan ini. "Orang Umno ini, kalau benda yang tak boleh bercakap, dia beritahu Abang Matlah (Mohamad)," kata Mohamad (kiri) dalam ceramah di Seberang Luar, malam tadi, tanpa mendedahkan identiti pemimpin yang dimaksudkannya itu. "Dia (pemimpin Umno negeri) kata, tolong beritahu orang Besut, menangkan (PAS di) Kuala Besut, ajar sikit Najib (kerana) lantik orang yang tidak berupaya untuk menjadi pemimpin Tabung Haji." Berkuatkuasa 1 Julai, Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011 secara rasmi menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan perbadanan itu sejak Ogos 2007. Menurut perbadanan itu, pelantikan Abdul Azeez itu diyakini mampu meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang. Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rungutan itu disalurkan padanya ekoran masih ada pegawai atau bekas pegawai kerajaan yang berupaya dan mampu bekerja lebih baik berbanding Abdul Azeez "Kata mereka, nak ubah pemikiran Najib ini, menangkan (calon PAS di) DUN Kuala Besut ini dan menangkan Che Long (Azlan), pada 24 Julai ini," katanya Mohamad Azlan berdepan, 48, seorang ahli perniagaan berdepan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dalam pilihan raya kecil Kuala Besut kali ini. Kekosongan kerusi DUN yang mempunyai 17,683 pengundi berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. Sebagai kawasan majoriti Melayu, isu-isu yang dekat dengan hati umat Islam, seperti yang berkaitan Tabung Haji dilihat antara strategi PAS untuk merampas kerusi kubu kuat BN itu. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan