Tukar Tiub |
- TIGA TUNTUTAN #TIPU505
- RAKYAT SABAH DIBUNGKUS UNTUK DI TIPU
- PERCUBAAN UNTUK SABOTAJ GERAKAN RAKYAT
- TUKAR TIUB MEMECAH BERITA LAGI
- SATU TUGAS SUCI UNTUK ANAK MUDA
- MALAM INI TUKAR TIUB DI TEMERLOH
- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
- PERCUBAAN UNTUK HINA RAKYAT MALAYSIA
- SATU MALAYSIA JADI MARAH KERANA DITIPU
Posted: 20 Jun 2013 06:00 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB tiga tuntutan diajukan 1 - 7 pesuruhjaya spr letak jawatan 2 - adakan pemilihan semula ditempat berlaku penipuan 3 - hentikan projek persempadan semula tiga tuntutan ini amat adil tiga tuntutan ini amat masuk akal jika esok 7 pesuruhjaya spr letak jawatan pasti himpunan di dataran padang merbok dibatalkan orang ramai bukan saperti tohmah dan fitnah dari media united malays national organisation bukan mahu buat onar bukan mahu buat kacau orang ramai marah kerana kena tipu orang ramai marah kerana dakwat kekal tidak kekal jika si penipu mengaku dan letak jawapan maka satu langkah bijak Pakatan seru rakyat hadir di Padang Merbok, tuntut pilihan raya semula KUALA LUMPUR, 20 Jun: Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara. Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi tiga tuntutan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik. "Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik," ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan menolak kenyataan Pengerusi SPR, i Abdul Aziz Yusof kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul. "Ini sama sekali tidak boleh diterima dan dimaafkan kerana sebelum ini Aziz sendiri mendakwa kononnya mungkin berpunca botol tidak digoncang, kesilapan dengan kontrakor pembekal dakwat dan ada nasihat daripada pihak kesihatan bahawa dakwat itu boleh sebabkan barah. "Dakwat kekal ini adalah perkara asas yang menjadi bukti kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. "Jadi kita tekad untuk memberi komitmen yang tinggi kepada perhimpunan pada Sabtu ini bagi mendesak supaya pengerusi dan timbalannya segera meletakkan jawatan," ujarnya lagi. |
RAKYAT SABAH DIBUNGKUS UNTUK DI TIPU Posted: 20 Jun 2013 07:30 AM PDT satu lagi bukti saheh ini bukan datang dari mulut mat rempit ini bukan datang dari mulut mat pet ini datang dari mulut pemimpin bumiputera sabah justeru sahehlah bahawa dalan negara dunia ketiga dalam sejarah rejim yang zalim belum pernah berlaku belum pernah terjadi sebuah rajim yang zalim dapat digantikan dalam pilihan raya Pendatang tentukan hasil pilihan raya di Sabah' Pemberian kerakyatan secara haram kepada jumlah besar orang asing di Sabah membolehkan kumpulan pendatang menentukan bentuk politik di negara ini, kata veteran politik Sabah Wilfred Bumburing. "Jika kamu lihat statistik keputusan pilihan raya di beberapa kawasan tertentu, kehadiran pendatang haram menentukan keputusan pilihan raya," kata Wilfred kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang haram di Sabah, di Kota Kinabalu hari ini. Wilfred (kiri) yang juga anggota dewan undangan negeri Tamparuli berkata, satu contoh dapat dilihat di Batu Sapi. "Jelas pendatang di sana mengatasi pengundi tempatan," katanya -------- |
PERCUBAAN UNTUK SABOTAJ GERAKAN RAKYAT Posted: 20 Jun 2013 05:30 AM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB satu penghinaan jika mek dogal dibenarkan mengunakan dataran padang merbok ketika rakyat berjuang menentang kezaliman ketika rakyat menentang penipuan ketika rakyat menegakkan yang hak syarikat lanchow ini sengaja buat sabotaj untuk mengagalkan 3 tuntutan rakyat jika orang ramai tak sedar jika anak muda tak sedar hancurlah negara ini Penganjur 505 tetap mahu Padang Merbok PETALING JAYA – Penganjur perhimpunan Black 505 tetap bertegas perhimpunan Sabtu ini akan tetap diteruskan di Padang Merbok, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan tiga lokasi lain. Pengerusi Sekretariat Black 505, Johari Abdul berkata, pemilihan lokasi di Padang Merbok tetap diteruskan seperti mana dirancang. "Mereka berikan stadium, tetapi kami tetap mahukan Padang Merbok, seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat PR," katanya dalam sidang media, semalam. ------ |
TUKAR TIUB MEMECAH BERITA LAGI Posted: 20 Jun 2013 02:56 AM PDT MAT EZAM TULIS SURAT PADA MAT NAJIB adalah difahamkan seorang lelaki yang mengakui namanya mat ezam telah menulis surat panjang lebar kepada seorang lelaki benama mat najib surat ini adalah luahan perasaan kerana gagal untuk menggulingkan kerajaan pakatan di selangor tapi ini hanya mukadimah bukan ini isi induk surat itu si mat ezam telah meminta mat najib menjadikan dirinya mat ezam sebagai setiausaha politik kepada mat najib sama ada kerja ini dapat atau tidak bergantung kepada rekomen dari lokman adam kah kah kah kah kah kah kah kah kah NOTA jika mat ezam berjaya maka berjayalah perancangan itu kah kah kah |
SATU TUGAS SUCI UNTUK ANAK MUDA Posted: 20 Jun 2013 02:00 AM PDT DALAM RIBUAN MANUSIA INI PERHATI DAN CATITKAN NAMA PARA YB YANG HADIR KOMENTAR TUKAR TIUB anak anak muda ini satu tugas suci satu tugas yang wajib dilakukan sila catitkan yb mana yang turun bersama yb mana yang lekeh takut ke jalan raya jika muka yb tidak dilihat di jalan raya kita terus goddam yb jenis ini ini tugas suci anak anak muda yb jenis takut ke jalan raya wajib dimalukan di face book yb yang tak turun itu wajib di gasak sepanjang masa sehingga yab yab ini menyesal bukan menyesal jadi yab tapi menyesal dilahir ke dunia ini bukan satu ancaman ini satu janji NOTA jika bertemu yb yang ada dalam demo sila naikan nama dan gambar mereka Wakil rakyat menang wajib turun – Pengerusi Sekretariat Black 505 KUALA LUMPUR 19 JUN: Pengerusi Sekretariat Black 505, Johari Abdul menyeru agar wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu menjadi barisan hadapan dalam kebangkitan rakyat melawan penipuan pilihan raya BN. Katanya, jika pihak yang kalah atau yang tiada kena mengena dengan pilihan raya menuntut SPR dibebaskan dan pilihan raya dilaksana secara adil, maka rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang. ------- |
MALAM INI TUKAR TIUB DI TEMERLOH Posted: 19 Jun 2013 10:27 PM PDT SEMUA DI JEMPUT DATANG SEMUA DI JEMPUT UNTUK MENDENGAR HASUTAN KITAB HISHAMUDDIAN RAIS BOLEH DIDAPATI MALAM INI kitab tentang teori kitab tentang politik kitab yang lebih awal memaparkankan mencatitkan dan membuktikan segala bentuk penipuan yang telah yang sedang yang akan dirancang dalam pilihan raya kitab ini lebih awal telah menerangkan bahawa dalam pru13 ini penipuan akan berlaku |
Posted: 19 Jun 2013 10:00 PM PDT FLASH MOB DI TERUSKAN Kejadian tangkapan di depan Sogo 15 Jun lalu tidak langsung memberi kesan kepada anak muda untuk meneruskan aksiFlashmob ke seluruh tanahair. Walaupun diberkas oleh anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam, ia tidak mungkin akan mematahkan semangat malah membangkit adrenaline menuju aksi sebenar 22 Jun 2013 di Padang Merbuk Setakat semalam, beberapa lagi flashmob telah berjaya dilaksanakan termasuklah di P.Pinang, Sg Besar Selangor dan semalam di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur. Namun salah satu venue iaitu di Kuantan mendapat tentangan hebat dari pihak polis hingga memaksa flashmob yang dimulakan beberapa minit terhenti. Semalam ketika di Jalan Tun Perak juga terdapat lebih 30 orang polis berkawal. Flashmob diteruskan juga dan berakhir sejam kemudian dengan matlamat yang tercapai. Rahsia kejayaan kali ini ialah, memastikan mereka yang berkumpul memegang sepanduk tidak lebih dari empat orang. Setiap spot hanya disertai berempat dan terdapat 6-7 spot di sepanjang jalan Tun Perak. Kami ingin menegaskan bahawa pada tarikh selain 22 Jun 2013, tidak ada sebarang perhimpunan jalanan dianjurkan. Hanya aksi spontan sambil menyampaikan ekspresi bantahan terhadap penipuan pilihan raya sambil mengolah persetujuan orang ramai. Flashmob bukan jenayah, tidak mengganggu, tidak merosakkan dan tiada peruntukkan undang-undang yang membenarkan perserta flashmob ditangkap. Walaupun gagal di Kuantan, ia tidak terus berakhir. Aksi flashmob di Kuantan dan venue lain terus disusun dan dilancarkan mengikut jadual, dengan strategi bagi memastikan matlamatnya sampai. SENARAI AKSI FLASHMOB #SuaraRakyat505 Flashmob TERENGGANU | Khamis 20Jun | 5pm | Depan Giant K.T'ganu Lihatlah, pada awalnya hanya dua lokasi flashmob sahaja diatur dan ia hanya berlaku di Kuala Lumpur. Kezaliman dan penindasan yang berlaku 15 Jun lalu telah menjadikan seluruh bandar-bandar di tanahair sebagai medan keberanian anak muda. Ayuh anak muda kita 'warm up' dulu sebelum masuk aksi sebenar 22 Jun. Datang ke padang merbuk dan tidak balik selagi bos SPR dan kuncu-kuncunya tidak meletak jawatan. Kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN! EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia. -------- |
PERCUBAAN UNTUK HINA RAKYAT MALAYSIA Posted: 19 Jun 2013 08:46 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB dikatakan dataran padang merbok tetiba ditempah oleh syarikat laknat bernama mekdogal ini satu penghinaan rakyat mahu membuat satu yang baik syarikat laknat ini mahu mengiklankan racun mahu mengiklankan makanan yang mengemokkan menghodohkan rakyat malaysia membodohkan rakyat malaysia ini satu penghinaan! NOTA lihat dbkl tidak berani menuliskan siapa yang melanggan hanya ditulis digunakan oleh pemiliknya guna untuk apa? untuk bik mama kencing dalam belukar kah kah kah Tak boleh anjur 'Blackout505' DBKL tak benar Padang Merbok diguna untuk berhimpun Kuala Lumpur: Polis tetap tidak membenarkan perhimpunan 'Blackout505' yang dirancang pembangkang di Padang Merbok, di sini, Sabtu ini, kerana lokasi itu tidak dibenarkan digunakan pemiliknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Justeru, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, memberi amaran kepada penganjur dan peserta supaya tidak meneruskan perhimpunan itu atau polis terpaksa mengambil tindakan tegas. -------- |
SATU MALAYSIA JADI MARAH KERANA DITIPU Posted: 19 Jun 2013 08:35 PM PDT ANAK MUDA MARAH KERANA KENA TIPU KOMENTAR TUKAR TIUB ada dua pekara yang berbeza satu niat rakyat untuk menjatuhkan kerajaan zalim satu lagi niat nak jadi ahli parlimen dua pekara ini bertemu di jalan raya jika ini difahami maka tuntaslah jiwa dan tujuan rakyat ialah orang ramai orang ramai telah ditipu maka orang ramai marah bila orang ramai marah mereka turun ke jalan raya inilah yang berlaku
RAKYAT MARAH KENA TIPU -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan