Biaqpila |
- UNDI AWAL POS MENANGKAN BN SETIAWANGSA?
- CARA BERKESAN MELAWAN GAS PEMEDIH MATA
- ADUN KENA PUKUL
- MANGSA KENALAN FACEBOOK: GADIS 17 TAHUN DIROGOL DAN DILIWAT BERGILIR-GILIR
UNDI AWAL POS MENANGKAN BN SETIAWANGSA? Posted: 20 Jun 2013 07:52 AM PDT Petisyen Setiawangsa: calon PKR peroleh 56.8% majoriti, iaitu 5,573 undi lebih daripada BN pada hari pengundian biasa. Tetapi BN dapat 82% undian daripada undi awal & pos. Jurang yang tak masuk akal antara sokongan undi sebenar dengan undi awal membangkitkan kes prima facie bahawa peti-peti undi awal telah diusik. #pdgmerbok622 #black505 #siasatpru13 SUMBER RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
CARA BERKESAN MELAWAN GAS PEMEDIH MATA Posted: 20 Jun 2013 12:00 AM PDT |
Posted: 19 Jun 2013 09:00 PM PDT Lydia menunjukkan lebam di lengan kanan akibat dipukul dengan batang buluh. Adun Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mendakwa, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Intan jam 7 malam, beliau ternampak wanita berusia 50-an membakar sampah dekat padang permainan berhampiran rumahnya. Melihatkan kepulan asap yang memenuhi kawasan perumahan itu, dia segera meminta individu itu menghentikan pembakaran memandangkan ia mengundang pencemaran udara, menimbulkan bau busuk serta membahayakan kanak-kanak serta orang ramai. "Saya cakap baik-baik, bukan tengking dan marah kerana perbuatannya salah serta boleh dikena tindakan undang-undang, tetapi dia tidak puas hati," katanya. Kok Fooi mendakwa, wanita itu kemudian mencabar dirinya dengan mengatakan dia berhak berbuat demikian dan sekiranya tidak berpuas hati, dia juga boleh membakar sampah di hadapan rumah wakil rakyat terbabit. "Bagi membuktikan tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang, saya merakamkan perbuatannya melalui kamera telefon bimbit, namun secara tiba-tiba telefon saya terlepas. "Akibat marah perbuatan dia dirakamkan, wanita itu segera mengambil sebatang buluh lalu memukul di bahagian lengan kanan saya," katanya. Beliau berkata, bahunya sekali lagi dipukul sebaik sahaja dia menundukkan kepala untuk mencapai telefon bimbitnya. Katanya, wanita terbabit sekali lagi mencederakannya di tangan sebelah kiri sehingga merosakkan permukaan jam tangan miliknya. Menurutnya, akibat itu, beliau mengalami lebam-lebam di lengan kanan, kiri, bahu serta sengal badan. Kekecohan dikatakan itu turut disaksikan penduduk di kawasan berkenaan yang berkumpul di kawasan sekitarnya. Difahamkan, wanita itu sering melakukan pembakaran terbuka dan tindakannya itu mengundang pencemaran udara selain mengganggu ketenteraman jiran lain. "Pembakaran sampah termasuk polistirena dan beg plastik memberi kesan kurang baik terutama apabila sisa toksik dan bau busuk merebak. "Tujuan saya membuat laporan ialah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menyiasat perkara itu. Katanya, kes akan disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali. SH RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
MANGSA KENALAN FACEBOOK: GADIS 17 TAHUN DIROGOL DAN DILIWAT BERGILIR-GILIR Posted: 19 Jun 2013 07:42 PM PDT Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan 'ringan' sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. SH RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan